Showing posts with label East Coast Mall. Show all posts
Showing posts with label East Coast Mall. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

An Indian Guy & Me

(this post might sound racist tapi percayalah yang aku seorang yang anti racist dan India dalam post ni merujuk kepada masyarakat India Malaysia that include yang beragama Islam, Hindu atau masyarakat Sikh)
 
Waktu aku mula-mula sampai kat UKM dulu then as usual bebudak Semenanjung yang tipikal akan kata Sarawakians akan sangat cultural shock tengok bangunan-bangunan di Semenanjung tinggi-tinggi as mereka fikir orang Sarawak still duduk kat rumah panjang (or atas pokok), cawat ialah pakaian rasmi dan kiri kanan still hutan tebal. What the F rite tapi aku memang ada 1 cultural shock masa tu: terlalu banyak orang India. Wakaka..


Sarawak mempunyai populasi masyarakat India yang cukup kecil. But still kat Kuching jer ada India Street, Masjid India, beberapa kuil Hindu dan sebuah kuil Sikh. Even aku pernah sekali masa Thaipussam tertembong ar marching mereka yang sangat banyak buat aku persoalkan: mana mereka bersembunyi selama ni? Sebab kalau korang gi Sarawak then kebarangkalian untuk korang jumpa an Indian sangat kecil tau (melainkan korang gi India Street) sama cam kebarangkalian untuk korang jumpa burung kenyalang liar kat Sarawak. Yaa, aku hanya pernah tengok kenyalang liar kat Bangi dan Kuantan jer pun. Hmmm..

Malah masyarakat India di Sarawak pun rasanya dah berasimilasi dengan budaya Sarawak. Contoh masa aku jadi penceramah PLKN last year ada sorang mamat India dari Sarawak ni. Jangan katakan budaya even bahasa tamil pun dia tak tahu. Dia hanya cakap dialek Melayu Sarawak jer. Hmmm...

So bila aku belajar kat Bandar Baru Bangi (yang lebih dekat ngan Kajang berbanding Bangi) then populasi masyarakat India dalam life aku bertambah mendadak. Lebih-lebih lagi Kajang seems like little India ar. Aku kenal beberapa rakan India dan budaya mereka. Yap, tarian ialah a part of their life dan mereka masih kuat mengamalkan budaya tradisonal mereka kecuali budak English Language Study dan Literature In English yang lebih modern and open. 



...




Tahun lepas ialah tempoh aku agak kureng ngan masyarakat India (tak ar semua) bila ada 2 orang senior  India tempat kerja aku ni sangat maniacly tak suka aku tanpa aku tahu sebab kenapa. Even bebudak-bebudak lain pun kata benda yang sama. Dia marah and malukan aku depan pekerja & customer, dia mengapi-apikan aku depan bos etc. Dan next to mall aku kerja tu lak ada kedai mamak yang aku kekadang akan makan kat situ. As bebudak kata yang may be senior tu dah berkomplot ngan mapley tu kot sebab bila aku datang situ: mereka x layan aku bila aku nak order, order aku sangat lambat sampai, bila dah sampai then makanan yang salah. 

Sehingga sorang budak situ kata: may be kelahiran aku sebelum ni aku ialah musuh kepada masyarakat India or senior tu pernah ada classmate masa sekolah dulu yang buat dia teringat kat aku. Dia sangat benci mamat tu sebab dia disukai cikgu dan semua pelajar, selalu kena puji etc sehingga walau betapa bijak or betul si senior tu still mamat yang cam muka aku tu akan dipilih oleh cikgu. Gosh, jauhnya imaginasi kan?


Tapi sejujornya aku x menyerang seluruh masyarakat India hanya sebab tindakan dia. Aku hanya serang dia as an individu. Sebab aku tahu baik or jahat tu ada dalam diri setiap individu yang kira apa kepercayaan or warna kulit mereka. Aku hanya bersimpati sebab dia punya pengalaman hitam as kanak-kanak yang akhirnya membentuk dirinya yang cukup menyedihkan as hari ni. Hmmm..












Selamat hari Devali.

Friday, October 12, 2012

Telefon Public

Soalan cepu emas:
Bila kali terakhir korang pakai public phone?
a) Baru jer 5 minit lepas sebab tempat kamiorg tak ada coverage handphone.
b) Semalam kot itupun aku guna untuk ugut boss aku. Aku guna public phone supaya dia x dapat detect nombor tu.
c) 15 tahun lepas even aku siap simpan koleksi card phone lagi. Nostalgia habis ar
d) Public phone? Apa tu? Cam handphone gak ker? Guna touch screen tak?


Kali terakhir aku pakai public phone ialah tahun lepas. Kat East Coast Mall, Kuantan. Hari tu entah apsal aku leh tertinggal handphone kat rumah pulak. Dan hari tu aku shift siang so balik ngan Uda cuma masalahnya masa dan tempat Uda tunggu aku x sama setiap masa so dia akan update masa ke masa ar. Then nak pinjam handphone kawan sekerja lak waktu tu ar ada alasan tak da kreadit, tak da bateri etc. Last-last diaorg rekomenkan public phone..

Duh, waktu tu dalam otak aku terlintas sambil kata 'Wei, benda tu wujud lagi ke zaman sekarang ni..?'. Sebab aku mati-mati fikir yang benda tu dah terhapus seiring waktu (cam lirik lagi Hari Ini, Esok dan Seterusnya by Nirina Zubir lak) sebab adanya handphone yang mampu milik. Jujor wei aku fikir yang public phone dah dilupuskan around 4 tahun lepas cam tu. So aku gi ar ke arah yang dibagitahu. 

Bila dah jumpa public phone tu aku agak terkesima plus tergamam jap. Sebab terlalu banyak unfamiliar button yang rasanya sebelum ni kalau tak silap aku public phone suppose to cuma ada 12 button cam phone rumah jer. Sebaliknya button yang ada mengelirukan. Penemuan baru aku masa tu ialah rerupanya kita pun leh hantar SMS melalui public phone gak. Hmmm..

So aku ambik langkah basic. Aku masukkan duit syilling dan tekan nombor. Kemudian aku ngan gabra cari mana ar button call. Entah apsal aku rasa kadar kecerdikkan aku menurun sangat ar waktu tu sehingga bila dah habis cakap still aku leh cari button end call. Hmmm..








Sebenarnya ada satu lagi issue yang aku yakin ia berlaku pada semua orang gak. Nombor telefon. It either korang lupa handphone cam aku or handphone hilang or habis battery. Then korang nak call either guna public phone or pinjam phone dari orang sekitar. Dan masa tu ar masalah utama berlaku. Korang tak ingat nombor sesapa pun sebab dah jadi tabiat korang save number dalam phone.

Tapi thanks goodness waktu tu aku dah tulis awal-awal nombor-nombor penting dalam buku nota aku. Hmmmm..















Teringat masa kecik-kecik dulu ngan anak-anak flat polis akan guna public phone untuk call 999. Then bila operator jawab so terus letak balik dan ketawa puas puas. Duh, anak polis sendiri yang buat panggilan palsu. Hmmmm..

Friday, May 18, 2012

AWAS.. Rahsia Popcorn Sedap..!!

Bekerja dalam cinema menjadikan aku tahu most all of apa yang berlaku dalam satu produksi wayang nih dari tiket, hall, management, housekeeping, cara susun filem, dapur bla bla bla. Dan salah satu part yang most of all akan kaitkan ngan wayang ialah POPCORN. Kadang-kadang ada customer tu beli satu bucket of POPCORN dan bila wayang habis still bucket tu penuh lagi. It seem ia ada satu benda yang mesti beli tapi tak wajib di makan. Hmmm.


Bila masuk bab POPCORN ni aku pernah buat POPCORN sepanjang satu hari suntuk kerja untuk beberapa hari. Realitinya semua yang kerja bahagian Concession wajib tahu buat popcorn dan akan bergelumang ngan minyak, caramel, sugar, corn seed sehingga end of the day korang akan perasan yang baju korang sangat manis. Dan bila direndam then airnya jadi kuning. Huhuhu

Dan Golden Screen Cinemas (GSC) sangat famous with it POPCORN laa. Jujor aku kata yang x ada cinema lain yang pandai buat POPCORN cam GSC. Even management pusat GSC pernah kata POPCORN GSC East Coast Mall (yang mana aku pernah kerja dulu) as POPCORN paling sedap antara GSC lain. Kalau korang nak tahu POPCORN GSC Mid Valley, mat-mat Bangla yang buat sebab tu rasanya spicy rempah ratus sikit. Wakaka..

Satu fakta yang penting masa korang beli POPCORN then korang perlu tahu yang popipng POPCORN ni tak semudah korang makan POPCORN. Ia sangat meletihkan. Popping machine tu bukannya cam kuali tapi keseluruhannya dah cam besar sebijik van ar. Plus bukannya kerja tu sekali dua jer tapi berpuluh-puluh kali semata-mata nak memenuhi kehendak rakus customer. Sehingga kita fikir 'Customer ni makan popcorn cam makan nasi jer..' tapi part yang tak best habis satu filem tengok hall berterabur POPCORN atas jalan, bucket masih penuh. Rasa cam usaha korang tak dihargai jer.

Waktu tu baru aku faham iklan Jalaluddin Hassan ngan Raja Farah waktu kecik dulu cuma kali ni jadi cam sebutir popcorn/ corn seed tu umpama setitik peluh pekerja yang popping POPCORN tu. Sebab kerja ni sangat panas, berpeluh macam mandi tapi percayalah yang rahsia menjadikan POPCORN sedap bukan sebab peluh tu. Wakaka..









Satu perkara pelik yang aku belajar tentang POPCORN ni ialah setiap kali orang berbeza masak akan menghasilkan rasa POPCORN yang berbeza. Yaa it sound ridiculous tapi ia berlaku among pekerja. Walaupun rupanya kuning keemasan dan rasa manis tapi kekadang feel sedap tu lain-lain. Kekadang tu kita leh tahu hari ni sapa yang popping sebab rasanya lain.

So rahsia yang menjadikan popcorn tu sedap ialah keikhlasan dan kasih sayang. Sebab kalau orang yang buat tu tak ikhlas, marah-marah then feel sedap tu tak ada. So kesimpulannya korang masak ar apa benda sekalipun kalau ia disertakan ngan kasih sayang so sedap ar makanan tu melaikan kalau makanan tu sememangnya tak sedap langsung then tak ada apa yang dapat membantu. Hmmmm


















Post ini aku tujukan untuk STARBUCKS tadi yang tak sedap langsung sebab tak ada kasih sayang. Pekerjanya sekadar berebut nak siapkan pesanan pelanggan sehingga nilai kasih sayang tu lupa nak diletak pada kopi tu. Hmmmm.. Kecewa..













Btw akibat terlalu asyik membuat POPCORN aku bawak balik rumah berplastik-plastik besar popcorn untuk dimakan oleh abang, kakak ipar dan anak buah aku.. Wakaka..










Btw bila aku type POPCORN then aku akan teringat porn jer. Sah-sah otak kotor.. Hmmmm

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu & Soalan Buduh

Di hari guru yang separa mulia ni buat aku nak kuarkan satu post khas. Teringat 1 basic rule before kita mengajar ialah: there are no such students yang bodoh maka setiap soalan yang ditanya walau se-ridiculous mana sekalipun ia tak akan pernah dikira as soalan buduh. Dah namanya pun pelajar so mereka masih dalam proses pembelajaran lagi tu dan kau pulak cikgu then ajar ar students kau benda yang mereka tak faham tu. Ada paham..?



Last few week aunt aku gi umrah so one evening ni dia call rumah kami dan bercakap ngan my 6 years old niece. Habis cakap then niece aku tu tanya "Apsal kat Mekah masih siang sedangkan kat sini dah malam..?" Wow bijak soalan anak buah aku sorang ni. Memperlihatkan deria otaknya cukup bernas untuk bertanyakan soalan cam tu. So kami sekeluarga terangkan ar.



Cuma masalahnya korang percaya tak kalau aku kata yang aku pernah dengar soalan yang sama dari mulot seorang lelaki yang berusia 23 tahun. Memula aku ingatkan dia bergurau tapi rerupanya dia memang tak tahu kenapa peristiwa cam tu berlaku. 


Membuatkan jauh di dalam hati aku memberi beberapa persoalan cam: Dia tahu ke yang bumi ni bulat or dia percaya bahawa dunia ni sebenarnya rata dan kalau kita berterusan berlayar kat lautan then kita akan jumpa penghujung dunia as cam dalam Pirates Of Carribean tu.


Dia tak pernah ambik subjek Geography ke masa sekolah dulu or dalam kelas masa subjek tu dia tidur ker or cikgu dia lupa ajar ke benda basic bahawa bumi ni berbentuk sfera..?








































Ketika berhadapan dengan manusia cam tu then aku cukup yakin bahawa memang ada manusia yang betul-betul bodoh dalam dunia ni. So x leh nak salahkan cikgu gak. Hmmmm.

Monday, September 19, 2011

Kaki Wayang

Technically dah seminggu aku bekerja dalam satu bidang baru yang tak pernah aku kerja or tak pernah aku terfikir akan bekerja: cinema. Aku pegang post Assistant Manager. Tapi untok 6 bulan terawal ni title aku just trainee jer dulu. Gila apa kalau masok jer terus buat semua benda-benda yang tak pernah dibuat selama ni then jadi assistant terus. Boleh jer kalu nak company ni bankrupt. Wakaka.

(typo plak. Sepatutnya Kaki Wayang tapi jadi lain plak)

So sepanjang tempoh 6 bulan ni aku akan buat dari sebasic2 perkara sehingga ke kerja assistant. Untuk minggu pertama aku duduk jadi ticketing or word dalam Golden Screen Cinema (GSC) aka tempat kerja aku ni as Box Office (BO). Maka melalui pemerhatian selama kurang seminggu tu aku boleh kelaskan penonton wayang ni kepada beberapa kumpulan:

Kaki 'Kaki' Wayang
Sejauh mana kekerapan korang menonton wayang? Seminggu sekali or sebulan sekali? Kalau korang kelaskan diri korang as kaki wayang then korang lom jumpa lagi mereka jenis ni. Sebab jenis kaki ‘kaki’ wayang ni menonton wayang setiap hari. Ulang sekali lagi: SETIAP HARI. Just imagine kalau dalam sebulan ada 9 tayangan then mereka akan menonton satu cerita sehingga 2-3 kali sebab setiap hari muka mereka saja yang beli tiket. Sehingga jurujual tiket siap dah tahu nama dan latarbelakang mereka. Kadang-kala heran gak tengok mereka ni cam tak ada social life or tak bosan ker?Nak buat cam ne ar kan kalu dah ketagihan kan?

Hidup Mati Wayang
Sejak bila korang start tengok wayang? Usia 10 tahun, 20 tahun or 30 tahun? Dan pada usia bila plak korang fikir akan berhenti tengok wayang? 50 tahun, 60 tahun or after balik dari haji? For most people, wayang sekadar wayang tapi bagi golongan hidup mati wayang ni lain. Mereka ada terlalu banyak memori dalam panggung wayang. Parents mereka bawak waktu kecik, jumpa awek kat wayang, melamar kat wayang (berlaku sehari sebelum aku lapor diri) bawak anak pertama tengok wayang bla bla bla.. So golongan ni terlalu susah nak melepaskan diri dari wayang or kesetiaan mereka dapat dilihat bila dah tua-tua cam mana sekalipun mereka masih rela beratur panjang nak beli tiket walau seuzur mana sekalipun. Dah hidup mati wayang nak buat cam mana lah kan? Hmmm..

Penonton Wayang Biasa
Cam mana nak kata ek? Better aku buat flow chart ar. Mereka datang kaunter-mereka pilih movie-mereka pilih seat-kalau seat tu tak ada then kita recommendkan seat lain pun mereka tak kisah-mereka bayar-mereka blah. Sangat-sangat command ar. Kumpulan ni sangat-sangat biasa dan sangat-sangat banyak.

First Timer Wayang
Bagi certain orang, wayang ialah alternative lain untuk mereka menonton cerita selain beli DVD pirate or tunggu tayangan filem tumasa raya nanti tapi bagi certain orang lain plak, wayang ialah tempat yang sangat mewah. Then nak pergi setahun sekali pun sangat ar susah. Mereka ni nak gelak susah nak simpati pun susah gak. Bila sampai kat kaunter then mereka sampai berpeluh dahi. Kita tanya movie apa then mereka balas balik ngan soalan yang sama. Pendek kata ia akan ambik masa lama sangat nak entertain mereka. Kalau ada jurujual yang baik akan tunjok satu persatu ar tapi kalau yang malas nak layan then sumbat jer dudok seat paling depan. Itu belum lagi part diaorang masok hall lagi.. Hmmm..

Penonton Diraja
Dalam customer service, customer is a king tapi golongan penonton di Raja ni plak jenis yang nak kita layan dia sebagai raja jer sepanjang masa. It seem jurujual ni cam hamba abdi yang tak ada perasaan or kedudukan sangat rendah dalam struktur masyarata yang ditugaskan khas untok layan mereka jer. They dont care feeling jurujual ni. Kalau satu hall tu dah penuh dan yang tinggal seat depan screen jer then mereka nak gak duduk seat tengah or belakang. Bila kita kata seat tu dah penuh still mereka tak percaya. Even sempat nak ugut panggil manager lagi. Belum masok bab muka yang masam jer all the time. Sangat malas nak layan mereka.

Penonton Keliru.
Ada penonton yang sangat sekejap berada kat kaunter sebab mereka dah awal-awal tahu apa nak tengok, jam berapa, seat mana etc. Tapi tak semua custumer cam tu. Ada customer sangat susah nak tentukan filem apa nak ditengok. Mereka ni sangat lama kat kaunter. Sehingga jurujual rasa cam bersalah plak pada mereka yang beratur panjang dibelakang. Dah lah mereka ambik masa lama buat satu keputusan filem apa yang nak ditengok then nak pilih masa lagi or then seat lagi memang berjanggut nak tunggu. Belum masok part bila dah buat satu keputusan then tak jadi then buat sekali lagi then cancell lagi. Aaaargh...!!

Penonton Booth Telephone.
Ada penonton yang terlalu susah nak berenggang dengan telefon. Mereka jadikan telefon lebih daripada gadjet then to them ia cam teman hidup mati mereka jer. So jenis penonton cam ni pun menyakitkan hati gak. Mereka datang kaunter sambil bergayut ngan handphone then buat signal suroh kita tunggu jap. Then seminit berlalu masih lagi bercakap tanpa henti. Bila dah berhenti then mereka buat pilihan movie then tak pasti berapa tiket nak beli or seat nama nak duduk then mereka call lagi for few minutes. Sangat-sangat sengal dan meyakitkan hati gak..




Sebenarnya ada banyak lagi type of penonton nih yang malas nak tulis semua. Tak ada masa. Sebab aku dah nak masok kerja few minute nih. Kali ni pun aku dapat blogging guna wifi free STARBUCK. Contoh penonton lain cam jenis yang belagak hebat bila kuar ngan awek, penonton yang datang dalam group yang besar then masing-masing dengan perangai pelik then nak bayar dan ambik masa lama kumpol duit sorang-sorang, penonton yang cuma ada duit RM1 dan syiling, penonton yang loner yang setiap hari habis kerja akan menonton sesorang, penonton yang setiap kali datang akan bawak awek berbeza etc.



















A week di sini memang syok. Ada rakan sekerja yang woke dan ada gak yang SHIT. Plus aku ada jumpa kawan baru yang aku rasa aku akan ada kawan baik baru lepas ni. Tak sabar nak masok kerja.
















So jumpa next time dan buat pembaca yang berada di bandar Kuantan then jangan lupa gi East Coast Mall dan tegor aku. Mana tau aku leh bagi tiket wayang free ar kan?Hmmm..