Showing posts with label Bandar Baru Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bandar Baru Bangi. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Mimpi Sedih

Mimpi ialah satu perkara yang cukup pelik tapi istimewa yang berlaku pada manusia. Betapa otak boleh menghasilkan satu dunia imaginasi yang tottally 100% berbeza ngan realiti. Cukup pasti kalau setiap mimpi tu difilemkan then ia akan jadi jauh lebih berkualiti dan hebat dari filem Razak Mohidin or MIG cam Hantu Botol Kicap dan seangkatan. Hmmm.


Cuma masalah tentang mimpi ni bagi aku ialah once kita terbangun then sebahagian mimpi tu akan automatically akan terhilang dan tak lama lepas tu kita tak akan ingat langsung apa yang kita mimpi kan tu. Tapi Alhamdulilllah tuhan bagi aku aka manusia yang punya masalah ingatan quite teruk ni untuk ingat certain-certain mimpi yang pernah aku alami (yang mostly mengakibatkan aku kekadang tak tahu beza satu adegan tu ialah mimpi atau ingatan).


...


Malam tadi mimpi aku agak best gak ar. Kira under classified sedih gak ar.

Semuanya bermula apabila 4 orang cikgu muda ni yang cukup sangat bersemangat mengajar untuk sekolah mereka. Satu hari ni mereka berempat menyelinap sembunyi-sembunyi keluar dari sekolah pergi ke bandar terdekat untuk beli barang-barang untuk satu event sekolah ni. Matlamat diaorang nak beli barang tu guna duit mereka sendiri tanpa pengetahuan admin or cikgu-cikgu yang lain supaya event tu jadi lebih meriah dan student mereka akan lebih gembira. Idea asal plan tu ialah dari 2 cikgu lelaki yang hyper happy go lucky dan ceria tahap kanak-kanak Ribena. Salah seorang lelaki tu ialah aku ar.

Sekolah tu sangat besar sehingga pihak admin sediakan sebuah bas khas untuk sesiapa nak ke bandar berdekatan. Tapi punya ar lama menunggu sehingga mengakibatkan 4 cikgu tu nekad untuk jalan kaki keluar pintu depan dan tunggu bas luar. Masa tunggu luar tu tak ar lama mana sangat tapi sorang dari cikgu tu (Indian girl) dah gave up dan tak jadi join. Lepas tu baru ada sebuah bas yang quite uzur gak datang. 


(Bas tu buat aku teringat kat bas Bandar Baru Bangi masa belajar dulu. Bas tu guna enjin Mercedes tapi badan bas bukan main teruk lagi. Air cond guna angin semulajadi dan bila hujan then jangan dudok tepi ar sebab tingkap tu dah sangat keras untuk ditutup. Lebih suck bila bas tu start bergerak dan ia akan memaksa semua penumpanng menari lagu Shake Your Bon-Bon sepanjang perjalanan. Hmmm..)




Disebabkan sesi penungguan tadi sangat lama so mereka bertiga sangat extra happy dalam bas. Tapi moment tu jadi kureng sikit bila ada sorang mamat bandar yang rupa cam mat gian sikit tu try nak mengushya cikgu ompuan sorang tu.  Tapi diaorang bertiga buat tak layan jer..





Tapi sampai-sampai jer diaorang kat bandar tu hari dah nak masuk malam so diaorang bertiga berebut ar pergi ke kedai tu. Masalahnya kedai tu dah tutup masa operasi. Gi kedai kedua yang bit jauh tapi pun sama gak. Waktu tu hari dah totally malam. Semua kedai sekitar dah tutup habis. Herannya mereka bertiga still tak nak balik. Rasanya mungkin alang-alang jarang keluar bandar so mereka nak ambik peluang tu jalan-jalan sekitar gak dulu kot.

Cuma masalahnya makin diaorang jauh jalan makin diaorang masok kawasan yang sunyi dan gelap. Aku rasa diaorang ni sesat dah tapi masalahnya tak nak balik jalan asal. Still nak explore tempat tu. So sedar tak sedar kawasan sekitar dah banyak pokok-pokok besar dan kawasan rumah tinggal or perumahan terbengkalai. 

Sehingga ar diaorang masok kawasan yang ada beberapa orang gelandangan. Still mereka buat tak ada apa-apa. Waktu ni ar kalau dalam wayang then automatically mulut kita akan start sumpah seranah kata "Apsal korang masih nak masuk lagi..? Balik je ar.." .Sehingga ar sorang gelandangan tu start tegur mereka dan suroh join lepak sekali then baru ar diaorang rasa tak best dan baru nak blah. Tapi sorang gelandangan yang aku syak as penagih tahan kaki salah seorang dari mereka dan baru ar mereka bertiga start nak lari.




Masalahnya sekarang ni mereka bertiga dah sesat dan malam dah makin larut dan leih sucks: dah tak ada bas yang akan bawak mereka balik semula ke sekolah.







So mereka terus lari dan lari. Part ni sangat mendebarkan sebab mereka dikejar oleh geng gelandangan tadi cam versi manusia lari dari dikejar zombi yang jalan perlahan. Leh imagine ar kan?






Sehingga ar mereka yakin mereka dah tak dikejar lagi dan kawasan sekitar makin familiar. Rerupanya mereka dah nak sampai tempat mereka turun dari bas tadi. Sampai betul-betul kat tempat mereka turun then mereka bertiga berhenti. Muka terkejut sebab mereka jumpa 3 jasad manusia terbaring penuh darah atas kaki lima lantai bangunan tu. Dan lebih mengejutkan bila 3 jasad tu ialah milik mereka bertiga sendiri. 






Then scene jadi gelap dan ada suara wanita menjerit dan bila keadaan kembali terang then bermula scene ingat kembali pada saat-saat mereka turun dari bas tadi. Mat gian tu pun turun sekali dan masih lagi nak usha cikgu ompuan tu. Maka sorang cikgu lelaki ni (bukan aku) pun tegur ar baik-baik kata 'Jangan kacau' tapi malangnya mat gian tu lebih awal keluarkan pisau Ramboo dan serang cikgu lelaki tu. Cikgu perempuan tu menjerit dan aku pun try jadi hero tapi malangnya pun kena tusuk pisau tu. Dan last-last benda yang sama berlaku pada cikgu pompuan tu gak.





That how nasib 3 cikgu muda yang cukup bersemangat untuk anak murid menghabiskan sisa-sisa terakhir nyawa mereka. Then kebetulan lak alarm phone aku berbunyi tanda suroh bangun Suboh. Hmmm..






Bagi aku mimpi ni sangat sedih sebab ia bermula dengan moment-moment happy saat cikgu muda tu mengajar dan anak murid happy dan suka cikgu tu dan ia berakhir dengan tragis. Sad ending yang berlaku pada orang baik ialah benda yang worth untuk diratapi ar. Hmmm

Tuesday, November 13, 2012

An Indian Guy & Me

(this post might sound racist tapi percayalah yang aku seorang yang anti racist dan India dalam post ni merujuk kepada masyarakat India Malaysia that include yang beragama Islam, Hindu atau masyarakat Sikh)
 
Waktu aku mula-mula sampai kat UKM dulu then as usual bebudak Semenanjung yang tipikal akan kata Sarawakians akan sangat cultural shock tengok bangunan-bangunan di Semenanjung tinggi-tinggi as mereka fikir orang Sarawak still duduk kat rumah panjang (or atas pokok), cawat ialah pakaian rasmi dan kiri kanan still hutan tebal. What the F rite tapi aku memang ada 1 cultural shock masa tu: terlalu banyak orang India. Wakaka..


Sarawak mempunyai populasi masyarakat India yang cukup kecil. But still kat Kuching jer ada India Street, Masjid India, beberapa kuil Hindu dan sebuah kuil Sikh. Even aku pernah sekali masa Thaipussam tertembong ar marching mereka yang sangat banyak buat aku persoalkan: mana mereka bersembunyi selama ni? Sebab kalau korang gi Sarawak then kebarangkalian untuk korang jumpa an Indian sangat kecil tau (melainkan korang gi India Street) sama cam kebarangkalian untuk korang jumpa burung kenyalang liar kat Sarawak. Yaa, aku hanya pernah tengok kenyalang liar kat Bangi dan Kuantan jer pun. Hmmm..

Malah masyarakat India di Sarawak pun rasanya dah berasimilasi dengan budaya Sarawak. Contoh masa aku jadi penceramah PLKN last year ada sorang mamat India dari Sarawak ni. Jangan katakan budaya even bahasa tamil pun dia tak tahu. Dia hanya cakap dialek Melayu Sarawak jer. Hmmm...

So bila aku belajar kat Bandar Baru Bangi (yang lebih dekat ngan Kajang berbanding Bangi) then populasi masyarakat India dalam life aku bertambah mendadak. Lebih-lebih lagi Kajang seems like little India ar. Aku kenal beberapa rakan India dan budaya mereka. Yap, tarian ialah a part of their life dan mereka masih kuat mengamalkan budaya tradisonal mereka kecuali budak English Language Study dan Literature In English yang lebih modern and open. 



...




Tahun lepas ialah tempoh aku agak kureng ngan masyarakat India (tak ar semua) bila ada 2 orang senior  India tempat kerja aku ni sangat maniacly tak suka aku tanpa aku tahu sebab kenapa. Even bebudak-bebudak lain pun kata benda yang sama. Dia marah and malukan aku depan pekerja & customer, dia mengapi-apikan aku depan bos etc. Dan next to mall aku kerja tu lak ada kedai mamak yang aku kekadang akan makan kat situ. As bebudak kata yang may be senior tu dah berkomplot ngan mapley tu kot sebab bila aku datang situ: mereka x layan aku bila aku nak order, order aku sangat lambat sampai, bila dah sampai then makanan yang salah. 

Sehingga sorang budak situ kata: may be kelahiran aku sebelum ni aku ialah musuh kepada masyarakat India or senior tu pernah ada classmate masa sekolah dulu yang buat dia teringat kat aku. Dia sangat benci mamat tu sebab dia disukai cikgu dan semua pelajar, selalu kena puji etc sehingga walau betapa bijak or betul si senior tu still mamat yang cam muka aku tu akan dipilih oleh cikgu. Gosh, jauhnya imaginasi kan?


Tapi sejujornya aku x menyerang seluruh masyarakat India hanya sebab tindakan dia. Aku hanya serang dia as an individu. Sebab aku tahu baik or jahat tu ada dalam diri setiap individu yang kira apa kepercayaan or warna kulit mereka. Aku hanya bersimpati sebab dia punya pengalaman hitam as kanak-kanak yang akhirnya membentuk dirinya yang cukup menyedihkan as hari ni. Hmmm..












Selamat hari Devali.

Monday, May 14, 2012

There Something About Mc D

Semalam tengok TV ada iklan Mc D ngan Foldover Ayam yang kembali. Duh, rasanya kali terakhir Mc D ada foldover either penghujung 2007 or awal tahun 2008 aka waktu tu aku masih tahun 3 kat UKM sebab kalau aku gi Mc D then Foldover ialah benda yang aku akan request tapi after Foldover dah tak de then aku dah beralih arah pada Big Mac. Hmmm...


Aku punya sejarah yang banyak ngan Mc D.Even ada kekawan yang kata kalau diaorang gi Mc D then benda pertama yang terlintas dikepala hotak diaorang ialah aku. I dont know laa tapi I used to sangat-sangat suka ngan Mc D dulu so kalau x ada apa-apa event so aku akan ajak kekawan lepak sana, Malah aku pon berjaya merecruit beberapa orang yang tak suka Mc D previously kedian dah jadi gian Mc D afterward. Wakaka..

Aku pernah makan Mc D 2 minggu berturut-turut tanpa henti sekaligus menjadikannya as cam makanan ruji ar pulak. Waktu zaman belajar dulu-dulu ar. Tak ada aktiviti nak dibuat malam-malam so ajak sorang kawan ni then lepak Mc D berjam-jam. Cerita ar banyak benda. Kalau zaman belajar UKM dulu then pasti kuar ngan Ence Isyraf aka rumate either kat Mc D kat warta or Mc D kat Kajang. Aku suka feel Mc D Warta sebab ia cam warm sikit plus kami ada port sendiri. Waktu tu memang both akan order Foldover ar. Dia jugak yang mempengaruhi aku guna blackpaper dan word dia mempersoalkan Mc D as '100% Daging Lembu Asli..' Maknanya ada daging lembu x asli ke?

Cuma yang tak bestnya Mc D warta cuma bukak untill 11pm jer so kena berambus awal ar berbanding Mc D Kajang 24 jam. Masalahnya Mc D Kajang jauh, jalan berlobang-lobang, lampu jalan banyak x da. Hmmm..


Then masa di GEMs pulak selalu lepak ngan geng satu kumpulan. Kalau diaorang tak nak then lepak ngan Koland aka rumate gak dalam masa memang setiap malam ar. Destinasi either Mc D Airport or Mc D Tun Jugah sana.


Kedian masa kerja kat Pahang tempohari still kalau tak Mc D then KFC ar makanan utama aku. Sebab tempoh masa kerja aku panjang menjadikan aku malas nak ambik tengahari. Balik kerja around 2-3 pagi then gi Teluk Cempedak dan beli ar makanan tu. Aku makan separuh then separuh lagi aku simpan untuk sarapan. Hasilnya almost 4 bulan sana aku dapat kurangkan berat badan hampir 10 kg. Hmmm..
















Hanya sebuah restoran makanan segera mampu menyimpan banyak kenangan. Hmmm. Korang..?