Showing posts with label Mc Donalds. Show all posts
Showing posts with label Mc Donalds. Show all posts

Monday, September 24, 2012

The Innocence Of Mc D

Sewaktu penonton Innocence of Muslim kat Youtube, aku sikitpun tak terdetik rasa marah. Even bagi aku ia satu video yang sangat lawak ngan cinematography yang sangat teruk. Bagi aku orang yang buat video tu totally tak represent Christianity, Jews or American sikitpun. Yang menjadikan aku tak paham dan marah ialah melihat reaksi certain masyarakat Islam seluruh dunia yang demonstasi bakar sana sini, rosak sana sini sampai ada yang nak bunuh orang Amerika or fasiliti Amerika. Sedangkan kita tau yang video tu totally tak represent Muhammad S.A.W dan Islam sikitpun tapi cara kita melatah cam membuktikan tuduhan tu memang benar pulak. Hmmmm..


Tapi bila ada sorang mahasiswa UKM dalam debatnya kata yang Mc D adalah punca Sarawak maju buat aku rasa marah pulak. Mungkin sebab waktu issue tu kuar sakit aku membuatkan emosi aku tak stabil tapi mungkin gak sebab dia guna status mahasiswa untuk kuarkan statement kurang bijak tu then ia start jadi issue.

Aku kalau di Semenanjung orang jarang dapat guess aku as a Sarawakian so kekawan mostly akan diajukan ngan soalan-soalan yang mencabar tahap cipan ar cam: Korang kat Sarawak dudok atas pokok or dalam gua ke? Korang hari-hari pakai cawat ker? Korang kalau nak berak then perlu gali lobang dalam tanah ke? Bunyi soalan tu sangat cam lawak sangat tapi kalau korang nak tahu soalan tu ialah jenis soalan yang ditanya oleh mahasiswa universiti waktu aku belajar dulu. Hmmmm..

Or waktu aku kerja kat Pahang last year masa ada sorang pekerja ni setelah dia tahu aku orang Sarawak then dengan penuh curious dan yakin dia tanya "Apsal korang (orang Sarawak) suka sangat makan biawak ek?" Biawak..? Seriously? 




Buat aku teringat masa emak aku nak resign kerja around 40 tahun dulu then boss dia sangat-sangat halang. P/s: emak aku orang Johor. Boss emak aku kata Kat Sarawak perlu duduk dalam hutan dan mereka potong kepala.










Hei, lebih 40 tahun dah berlalu rerupanya soalan dan pandangan certain masyarakat tentang Sarawak masih tak beruah lagi kan?









Ia buat aku terfikir: cam mana lah agaknya dalam kepala hotak diaorang imagine Sarawak ni ek? Mesti Sarawak ni keseluruhannya adalah hutan tebal yang masyarakatnya hidup cam masyarakat Pandora dalam filem Avatar dan 2 pembangunan yang ada di Sarawak ialah statue kucing anak beranak (yang selalu kuar kat TV) dan Mc D jer kot. Hmmm..














Aku bukan seorang yang bersifat abbasiah, berkalibah or bangga pada bangsa atau asal tempat aku. Tapi bila benda cam ni leh berlaku then ia buat aku rasa sedih, kecewa, marah, dikhianati jer. Sedangkan aku dah pergi ke setiap negeri di Malaysia dan aku lihat miskin dan kaya tu ada disetiap tempat. Dan kalau nilai kekayaan tu hanya dinilai melalui berapa banyak duit yang kau ada or betapa mewah rumah kau then aku mengaku kalah. Hmmm





...





Last week aku kuar dinner ngan kekawan aku kat open space kedai makan ni ar. Kebetulan meja sebelah kami ada group of budak semenanjung yang totally belagak hebat sebab dalam kumpulan yang besar. Waktu tu issue ni masih panas lagi dan emosi aku tak terkawal so aku bertindak irrational dengan mengeluarkan issue Mc D dan semenanjung ni dengan kuat-kuat sehingga diaorang dengar dan terdiam.

Bila fikir-fikir balik aku sama jer cam certain Muslim yang bertindak ganas atas issue video Innocence of Muslim tu kan? Hmmmm..

Friday, May 18, 2012

Trivia Ini Hari


Berikut ialah trivia apa yang berlaku kepada aku sepanjang hari ni tadi mengikut urutan masa:
1. First time aku layan video porn bertemakan 'live in action' aka kira cam realiti ar membuatkan aku yakin apsal ramai prefer layan filem hindustan berbanding filem tamil sebab sesungguhnya realiti kehidupan itu tak best apabila dirakam secara live tanpa ada edit-edit. Hmmmm.

2. Aku telah membeli trilogi terakhir The Hunger Game iaitu: Mockingjay dan selepas aku baca almost 150 muka surat then aku realize yang buku pertama lebih best dari buku kedua manakala buku kedua lebih best dari buku ketiga. Nanti aku bagi review lepas habis baca keseluruhan.

3. Aku akhirnya layan gak Foldover Chicken Mc D. Walaupun rasanya saiznya semakin mengecil berbanding previous Foldover tapi rasanya still leh mengimbau kenangan lalu. Aku ambik masa 3 jam untuk menghabiskan keseluruhan hidangan sebab makan sambil baca novel sehingga pekerja Mc D tu dah bising gak kat aku. Wakaka.

4. Happy Hour STARBUCKS kedua aku menjadikan aku mengeluarkan satu rumusan: less price, less taste. Mengecewakan ar. Kali kedua aku minum Dark Mocha yang rasanya cam milo jer. Sebab ramai customer nak dapatkan Frapppucino 50% so pekerja berebut buat so rasa kopi 'kurang kasih sayang'. Kecewa...

5. Balik rumah bukak FACEBOOK then ada 1 lagi jemputan kahwen. Buat aku teringat yang cuti sekolah dah cukup dekat. Hmmmm..





























Hmmmm..

Monday, May 14, 2012

There Something About Mc D

Semalam tengok TV ada iklan Mc D ngan Foldover Ayam yang kembali. Duh, rasanya kali terakhir Mc D ada foldover either penghujung 2007 or awal tahun 2008 aka waktu tu aku masih tahun 3 kat UKM sebab kalau aku gi Mc D then Foldover ialah benda yang aku akan request tapi after Foldover dah tak de then aku dah beralih arah pada Big Mac. Hmmm...


Aku punya sejarah yang banyak ngan Mc D.Even ada kekawan yang kata kalau diaorang gi Mc D then benda pertama yang terlintas dikepala hotak diaorang ialah aku. I dont know laa tapi I used to sangat-sangat suka ngan Mc D dulu so kalau x ada apa-apa event so aku akan ajak kekawan lepak sana, Malah aku pon berjaya merecruit beberapa orang yang tak suka Mc D previously kedian dah jadi gian Mc D afterward. Wakaka..

Aku pernah makan Mc D 2 minggu berturut-turut tanpa henti sekaligus menjadikannya as cam makanan ruji ar pulak. Waktu zaman belajar dulu-dulu ar. Tak ada aktiviti nak dibuat malam-malam so ajak sorang kawan ni then lepak Mc D berjam-jam. Cerita ar banyak benda. Kalau zaman belajar UKM dulu then pasti kuar ngan Ence Isyraf aka rumate either kat Mc D kat warta or Mc D kat Kajang. Aku suka feel Mc D Warta sebab ia cam warm sikit plus kami ada port sendiri. Waktu tu memang both akan order Foldover ar. Dia jugak yang mempengaruhi aku guna blackpaper dan word dia mempersoalkan Mc D as '100% Daging Lembu Asli..' Maknanya ada daging lembu x asli ke?

Cuma yang tak bestnya Mc D warta cuma bukak untill 11pm jer so kena berambus awal ar berbanding Mc D Kajang 24 jam. Masalahnya Mc D Kajang jauh, jalan berlobang-lobang, lampu jalan banyak x da. Hmmm..


Then masa di GEMs pulak selalu lepak ngan geng satu kumpulan. Kalau diaorang tak nak then lepak ngan Koland aka rumate gak dalam masa memang setiap malam ar. Destinasi either Mc D Airport or Mc D Tun Jugah sana.


Kedian masa kerja kat Pahang tempohari still kalau tak Mc D then KFC ar makanan utama aku. Sebab tempoh masa kerja aku panjang menjadikan aku malas nak ambik tengahari. Balik kerja around 2-3 pagi then gi Teluk Cempedak dan beli ar makanan tu. Aku makan separuh then separuh lagi aku simpan untuk sarapan. Hasilnya almost 4 bulan sana aku dapat kurangkan berat badan hampir 10 kg. Hmmm..
















Hanya sebuah restoran makanan segera mampu menyimpan banyak kenangan. Hmmm. Korang..?

Sunday, October 3, 2010

As Freak As Schmucks

Ikut teori PSIKOLOGI, it is normal untuk satu individu menandakan satu ruang khas dalam satu tempat as 'ruang selamat' untuk mereka. Contoh masa korang kuliah universiti dulu-dulu, korang akan duduk kat satu seat tu boleh kata sepanjang tempoh korang belajar kat situ. It seems korang dah menandakan seat tu as seat khas ko. But ttiba satu hari sorang budak lain duduk situ then ko terpaksa dudok seat lain. Akibatnya korang akan rasa gelisah, tak dapat fokus dan seribu satu feel yang tak best lagi. Dont worry. Korang bukan FREAK hanya kerana korang rasa cam tu. It is normal (as psikologi yang kata).


Nilaikan situasi di bawah then katakan yang aku betul untuk berfikir sedemikian.

Dia: Aku lebih cenderung untuk berada di sebelah kanan in most event. Waktu belajar dulu pun duduk kat sebelah kanan dewan kuliah.

Aku: Sama r. Aku kalau sembahyang Jumaat kat Jamek pun duduk sebelah kanan de...

Dia: Sebelah kanan, depan, dekat dengan tiang. (jawab ngan selamba)

Aku: Ha? (hairan)

Dia: Aku tahu sebab aku sembahyang betul-betul di belakang ko setiap minggu. .!! 

Aku: (start rasa FREAK) Hei aku cam kenal r perempuan tu (try mengalih cerita.. wakaka)



Aku rasa FREAK semacam sebab:
Wei, dia selama ni di belakang aku, setiap minggu tapi tak pernah sekali pun dia try nak tegur aku. It still okey sebab orang pergi masjid untuk beribadah bukan untuk berbual-bual. But still ia rasa agak pelik bila ada someone yang dikenali duduk secara bersembunyi (aka kita tak tahu kwujudan mereka) dan dia berada dibelakang kita setiap minggu. Then timbul soalan cam penuh curiga 'Apa yang dia buat belakang aku selama ni? Apa yang dia lihat pada aku dari belakang ni?' Hmmm..


Walaupun aku yakin dia bukan GAY dan tak akan terfikir untuk buat 'something bad' to me (lurusnya aku). And even kalu dia dare untuk berfikir 'something kotor' kat rumah tuhan then memang terlaknat r dia. Cuma aku agak kurang selesa bila ia melibatkan lelaki. Yaa.. that FREAK..!!

I know it sound stupid apabila ada seorang lelaki boleh fobia (tak r sampai tahap tu) bila ada lelaki yang aku kurang kenal then cuba rapatkan badan ngan aku or mengesel-geselkan diri ngan aku. Ingat lagi last year ada satu event tu, ada r beberapa orang lelaki tu ngan ttiba jer terus peluk aku. Aku terus bertukar jadi patung cendana: jadi kayu ngan dalam hati sangat... hanya tuhan sahaja r yang tahu. Sama gak kalu ko (lelaki r) try jalan pegang bahu aku then korang tengok r betapa leher aku akan bertukar jadi leher kura-kura.. wakaka...




Then korang pun tanya ngan ayat super duper jahat "Aj, ko musti pernah kena liwat lelaki and that why r ko fobia ngan lelaki..!!" What The Fuck..!!!







Dan untuk kawan yang aku maksudkan di atas tadi, andai ko terbaca then aku nak ko please jangan pergi tempat lain. Just stay situ sampai bila-bila. Ia masih 'tempat selamat' aku dan akan kekal malah jadi jauh lebih selamat apabila ada kau kat situ. Sebab aku yakin pada ko. Yakin 200%. Sekurang-kurangnya aku akan rasa jauh lebih selamat apabila aku tahu yang ko akan sentiasa ada di belakang aku sama ada aku sedar ataupun tak either di masjid ni or kat mana-mana sekalipun.. Hmmm...













And even aku tak kisah kalu ko pilih untuk tikam aku dari belakang. Sekurang-kurangnya ia dari engkau, bukan dari orang lain yang aku tak kenal..

Wednesday, September 29, 2010

Talent and Time

Tadi ada kawan tanya kat FACEBOOK aku either aku still ambik upah melukis lagi tak pasal dia nak aku lukis potret dia ngan balak dia. Last few month pun ada gak kawan sama belajar yang sanggup bayar lebih untuk aku lukis potret dia ngan awek dia then pos ke Semenanjung. Masa puasa and raya lepas, 2 orang kawan berbeza yang dah lama x berhubung tanya perkembangan dunia penulisan aku. Bila aku kata aku dah x menulis then hantar untuk publish lagi mereka quite hairan ngan tindakan aku. Sama seperti apabila aku kata aku dah x nak ambik gambar guna kamera lagi. Ada yang kecewa sebab aku dah janji banyak dengan mereka. Or ketika kawan-kawan mintak tolong buat poster, kad kahwin, edit grafik etc..

(gambar terakhir yang aku lukis. Seorang kawan)

Technically ada 2 cara untuk dapatkan bakat. Pertama: belajar either formal or x ngan bersusah payah dari orang yang berbakat or kedua: quite sucks iaitu secara semulajadi.

Tapi sejujurnya aku x pernah akui yang aku seorang yang berbakat. Aku cuma suka melukis then kedian ada orang mintak aku lukis muka diaorang dan mereka suka so mereka bayar. Sama gak aku menulis suka-suka then secara miracle nya ada orang suka baca. Aku ambik gambar then ada plak orang yang suka tengok. Aku buat design grafik then orang mintak bwat design mereka plak. So bakat aku ialah melalui pengiktirafan dari orang lain.

It seems semua orang boleh pegang pensil dan melukis tapi x semua lukisan tu leh lepas spesifikasi as lukisan yang sedap mata memandang aka niat nak melukis muka orang tapi hasilnya sebijik cam buah durian. Hmmm... but still seni itu umum. Ia still leh dinilai dan berharga untuk orang lain.

So aku menolak idea makhluk-makhluk yang berfikiran cetek beranggapan cam kita perlu DLSR yang extra canggih manggih, gi outing setiap hujung minggu, perlu latar belakang extra cantik mantik etc semata-mata untuk hasilkan gambar yang terbaik. Tapi bro, ketahuilah kalu dah x ada bakat then hasilnya biasa gak. Berbeza kalu sorang tu memang dah berbakat, guna kamera handphone or kamera labtop yang penuh noise pon leh jadi cantik. Kan?









Cuma sejujurnya aku terlupa betapa lukisan dan penulisan pernah bagi duit kepada aku. Pernah bawak rezeki kepada aku. Buat grafik design pun setakat dibelanja makan r (at least kenyang r wei). And photography almost buat duit gak untuk aku tapi dunia tu bukan rezeki aku then aku terima dengan hati terbuka.











So aku tadi dengan rasminya terima tawaran kawan tu. At least aku dapat duit gak. Walaupun kecik tapi lepas gak upah untuk makan Mc D dan sekotak rokok Benson.. wakaka..

Friday, September 3, 2010

Memori

Semalam dengan jayanya aku dah menghasilkan 1 kad Hari Raya Digital Then upload and tag semua kkawan yang menyambut Aidilfitri di FACEBOOK (kalu ada yang tertinggal then bagitahu aku r). Bak kata sorang kawan tu: ia bukan tujuan untuk menghalau Ramadhan aka bulan rahmat dari Allah s.w.t. tapi sebaliknya sekadar menggunakan kesempatan yang ada untuk wish n mohon maaf dari semua kenalan. Whose know esok lusa aku sakit ker or worst case scenario (suka guna ayat nih) tengah bawak motosikal suddenly kena langgar lori. Damn terus jer mati... Hmmmm...


Most semua yang ditag wishing back selamat to me. Ada yang guna ayat skema, ada yang berjenaka dan ada gak yang guna ayat2 power yang kediannya buat aku terdiam: bwat aku merasakan betapa aku punya kawan2 yang terbaek di sisi aku. 

Salah satunya ialah dari ISYRAF (rumate terakher di Universiti dulu). After wishing raya, dia kuar statement rindu nak kuar malam2 (or tengah malam sehingga tahap pagi) gi Mc D guna motosikal IJAM. Percayalah yang I missing that moment too la, ISYRAF. I dont know why or what reason kita sangat gila Mc D masa tu. Ada masa 1 minggu tu memang setiap malam kita gi Mc D. Kalu x Mc D Bandar Baru Bangi sebelah WARTA or kita akan gi Mc D Kajang yang bukak 24 jam. Kita just ambik quality time cakap2 (apa2 entah sampai berjam) ngan ko memperkenalkan aku ngan Mc D's Black Pepper yang sehingga hari ni bila llepak ngan kkawan kat Mc D: then mereka akan kata aku ni maniac ngan that Black Pepper. Dan kita sangat gila kumpul permainan Mc D rite? Wakaka..

Kita kenal sepanjang tempoh 3 tahun di universiti tapi kita hanya rapat untuk tahun terakher tu saja. Betapa takdir membuatkan aku terjumpa ko. Kalu aku x ada di foyer Ungku Omar masa tu then kita x mungkin akan jadi housemate di Taman Tenaga dan seterusnya ko mungkin x akan ask me untuk jadi rumate ko kedian. Dan betapa kalu aku x terima pelawaan ko hari tu, aku akan rugi sangat2. Betapa banyak memori yang manis aku akan hilang.

Betapa aku rindu saat2 gila kita sanggup panjat and lepak kat tangki air blok 4 tingkat kita. Bila kat atas, kita just ambik gambar and bercerita2.

Betapa aku rindu saat2 kita susah payah nak habiskan filem pendek 'Mukhdin' pada bulan puasa dan pada hari pilihanraya universiti untuk subjek TESL.

Betapa aku rindu pada karya2 seni ko, pada lukisan komik ko, pada idea2 pelik dan kreatif ko.




Dan aku masih simpan setiap hadiah ko. Antaranya plat warna yang ko nak aku serius in art. Hmmmm...






Bekawan dengan ISYRAF menolak dakwaan bahawa orang KELANTAN semuanya bersifat berpuak-puak dan perkauman. Kerana di UKM aku jumpa 2 orang sahabat paling hebat yang sangat baik and masih lagi keep in contact berasal dari KELANTAN iaitu miss DIDI and mr ISYRAF. Aku rindu sama kalian.

















And as time goes by, setiap tempat aku pergi then aku akan mencipta memori-memori baru bersama sahabat-sahabat baru tapi setiap satu itu adalah nilai memori yang x pernah aku cuba bandingkan which one r the best. Kerana setiap memori itu adalah anugerah yang nilainya cukup besar. Cukup x terbeli oleh wang or etc.Dan aku rindu pada semua sahabat-sahabat itu.

Friday, June 25, 2010

Peluang KEDUA

Do you guys believe in peluang kedua? Kalu aku pasti akan kata tak tapi realitinya jauh dalam2 hati aku akan kata ‘Yap, semua orang layak untuk diberikan peluang kedua kerana setiap manusia berpotensi untok berubah.. kan..?’

Post kali ni (dan yang terdahulu) diposkan di office (disebabkan computer rumah aku tengah meragam) dan yang ini mungkin yang terakher. (Kalu aku x update post untok tempoh yang panjang then maksudnya computer aku still bwat hal lagi) Dan aku katakan terakher kerana aku baru jer menghantar resignation letter ke BOSS aku semalam. So aku hanya menghitung hari dan menyiapkan tugasan2 terakher before kembali ke tampuk asal: TANAM ANGGUR. Hmmm…



Post kali ni aku anggarkan akan jadi satu post yang panjang dan mendatar. Sebab post kali ni aku kuarkan untok share with you guys (if you guys attend to read laa) about why kita perlu bwat apa moto PENGAKAP MALAYSIA bagitau iaitu ‘BUAT SEHABIS BAIK’ supaya kita x perlu do it again dalam peluang kedua yang x garenti ada nanti.



It did post out the reason aku join PEMERKASAAN di JKM ni dulu kat previous post tapi not too detail r. Reality sebenarnya ialah sebab aku nak jadikan ia sebagai peluang kedua untok aku perbetolkan sesuatu.



1.


There r something about me kira cam kelemahan yang leh korang guna untok pergunakan aku (ceewah leh plak upload bagitau 1 dunia. Apakah..?). Bwat baek2 ngan aku (by be my friend) then kuarkan ayat power2 so kedian ask for anything (bukan ‘segala-galanya’ r) then aku akan cuba laksanakan or kalu x aku akan terus dibelenggu ngan permintaan tu atas dasar persahatan.



So Im joining this kerja sebab seorang kawan. Kawan yang sama yang membuatkan aku berpindah dari rumah yang cukup selesa ke sebuah rumah yang lantainya senget. Sebab he asked me untuk temankan dia. Aku ingat lagi masa tu. Betapa aku akan rasa SUCKS kalu aku biarkan dia berseorangan kat situ. Then aku temankan dia sehingga satu ketika aku rasa ‘Hey, he will be fine without me’ so kedian aku kuar.



Dan kemudian he asked me again (beberapa kali) untok join PEMERKASAAN ni tapi aku reject dan reject lagi. Sehingga almost 2 month after tamat kat PUSAKA ngan cerita2 dari kawan2 yang he not as the same person before. Duh… Im feel totally SUCKS. So aku apply join PEMERKASAAN di JKM semata2 kerana dia. Tapi as time goes by aku sedar yang he become more better without me.. aku rasa lega.



So.. kamu: KOLAND ANAK SEKIP. Aku tau ko akan baca blog aku, then Im sorry sebab aku x bersama2 ko dari saat2 awal lagi. As what you always said ngan poyonya ‘Susah senang kita hadapi bersama’. Im sorry cause Im not.




Tempoh 2 bulan di JKM jugak adalah 1 episode pendek yang penoh ngan peristiwa penting yang besar2 gak. It seem kalu aku tinggalkan tempoh 2 bulan ni then gantikan ngan event laen then aku akan kehilangan banyak perkara penting. So seolah2nya Maha Suci Tuhan dah meletakkan aku di sini seperti Dia mahu aku mesti melaluinya. So I will share tentang great person yang aku jumpa sepanjang tempoh di sini.



2. FIONA ANAK BLIN


Each time aku bersama dia aku pasti akan teringatkan kat MISS DIDI. Entah kenapa it seem dia ialah peluang kedua untok aku perbetolkan setiap ruang2 kosong yang aku x sempat bwat ngan DIDI dulu. Aku x pernah punya kawan wanita yang rapat (plus kureng) selepas DIDI. Aku fikir DIDI r one and only wanita yang leh jadi kawan kepada aku tapi kedian di sini aku jumpa FIONA. Ngan perangai hampagas x macam perempuan sepatutnya memang cam sama. Ketinggian pon cam sama then bwat aku teringat setiap kali aku jalan sebelah DIDI then aku akan letak tangan kat bahu dia sambil kata ‘Hei, budak kecik’.. wakaka.. Be with FIONA totally bwat aku rasa QUALITY time ngan DIDI.



Even be with FIONA (as kawan r) jugak bukak lembaran penting dalam diari hidup aku. Terlalu lama berada di samping kawan lelaki membuatkan aku leka tentang perempuan. Tapi bila bersama FIONA sepanjang 8 jam sehari, 5 hari seminggu bwat aku lebih menghayati wanita. Walupon dia kureng sikit ciri2 sepatutnya seorang perempuan tapi sejujornya aku rasa lebih berbunga2 bila dia ada. Dan lebih hebat dia menjadikan aku ANGGAU kepada wanita-wanita tertentu. Jujor wei, dia membuatkan aku lebih …. Duh speechless aku wei… membuatkan aku mahukan Miss S_______ lebih lagi.. lebih hangat dari biasa…



Mungkin sebab aku CAPRICORN dan dia VIRGO or kami memang ada aura serasi as kawan. Plus aku yakin ko pun akan baca gak blog aku. Just be yourself. Freely be you. People will always love you walupon perangei ko sebijik cam lelaki. So kalu aku gi nanti, musti aku akan rindukan ko r FIONA. Then aku akan perkenalkan r ladies yang bertuah tu nanti…




3. WAN AZAN SUFFIAN WAN ABDULLAH


I never tho that aku akan jumpa dia lagi. Tapi FATE lebih berkuasa. Kami bertugas di bahagian yang sama di JKM. Sebelom ni aku kenal dia just macam tu jer cuma perjumpaan seterusnya kami kenal lebih rapat sedikit lagi. Perjumpaan kedua (minggu2 terawal after ORIENTASI: pasal kami hanya kenal semula after that) membuatkan aku lihat dia cam KOLAND. Ngan sikap nakal2 childish plus sometime annoying, ngan sisi jenaka dan seriusnya memang sebijik cam KOLAND. So sekali lagi seolah2 ia cam peluang kedua untok aku.



Tapi as time goes by setiap kali aku tengok AZAN then apa yang aku lihat hanyalah diri aku. Entah kenapa aku pon x pasti apa. May b dari setiap cerita yang dia share, or dia punya pemikiran or what ever I don’t know what. I see him then I can see myself. It seem dia ialah another version untok aku or versi aku yang terdahulu. Hmmmm…



Dear AZAN, aku tahu ko akan baca blog aku (Cuma masa je r x tau bila), there something yang berbeza pada ko hari ni berbanding ko yang aku jumpa last few week. I don’t know for the reason what. If there r something that I did or something I said that aku mintak maaf. Ko ialah AZAN yang dikenali kerana banyak bercakap dan penoh ngan idea gelak ketawa. So just stay jadi cam tu.





Dan jugak kepada mereka2 yang laen.



KURT HUSKEY: seorang lelaki yang dalamnya masih ada seorang kanak-kanak. Jangan jadi orang laen ketika bersama orang laen.



SALMIAH: emak orang yang berjiwa remaja. Jangan biarkan sesapa buli ko. Youre somebody yang leh gi jauh ngan hati suci ko. Plus don’t think too much, just do whatever yang ko rasa ko nak bwat.



ISKANDAR: hei, this guy membuatkan aku teringat kat kawan aku HANIZAM OPON. Ngan suaranya, ngan tingkah lakunya. Memang sama.



YUN: gadis Sabah yang sentiasa manis ngan senyuman dan so soo sweet



RAJALI: lelaki kurus yang setia ngan warna pakaian yang sama. You’re 24 then be 24



Thanks. Last 2 and half month adalah tempoh masa yang pendek tapi bermakna atas kehadiran korang semua. As a KAWAN

Friday, May 21, 2010

knowingMeknowingYOU

Last Wed masa rehat lunch, aku dan WAN AZAN ngan baju office wear gi layan maen. Walupon reality dia jer yang maen n aku just penyokong tapi at the end of the session dia asyik itok (local dialect yang I do not sure translation dalam Bahasa Melayu standard). Dia asyik berkira nak bayar balik RM10 yang aku bayar untok maen bowling tu tapi aku plak x nak terima. So last nite dia ajak kuar tengok wayang n layan Mc D (tempat makan utama).


So malam tadi, masok je dia ke dalam kereta teros dia kuarkan 1 statement ‘Aku x pernah sangka yang kita akan keluar sama (sebelom ni memang pernah kuar sama tapi in group with other friend r) pasal aku fikir yang ko jenis yang akan keluar ngan kawan2 tertentu je”. Then jalan2 sekitar Spring sambil cakap2, kami lepak makan Mc D sambil cakap2, lepak kat Kuching Waterfront sambil cakap2, tengok cerita ROBIN HOOD sambil cakap2, and lastly lepak minom kat Benteng sambil cakap2. Dalam masa tu dia kuar statement lagi ‘Next time kita kena bawak kuar 2-3 kawan lagi tapi ada masa kalu perlu keluar berdua pon wokey gak. Best gak pasal ada geng yang ada persamaan dan leh faham dan ketawa pada cerita aku..”. Aku ketawa.


In realitinya statement cam tu memang dah kira cam tipikal statement yang aku sentiasa dengar dari mulot2 kawan lelaki yang kuar lepak bersama. Pasal before, mereka akan judge aku differently: before and after lepak kuar malam bersama. Before just kenal biasa2 then mereka fikir aku itu ini r tapi bila ttiba 1 malam mereka ajak lepak kuar malam (mostly atas alasan x da kawan laen yg free masa tu) then mereka akan ajak kuar lagi dan lagi dan lagi. Then lepak merokok kat rumah sampai 1-2 pagi etc. So standard words mereka ialah:

Aku x sangka akan kuar ngan AJ

Aku fikir AJ ni x mungkin akan nak lepak sama2 aku.

Aku x sangka yang kita ada banyak pesamaan.

Aku x sangka AJ akan nak dengar and share cerita ngan aku.

Bla..bla..bla…








Duh.. may be that why dalam keputusan LEONARD PERSONALITY TEST bagitau bahawa sifat aku akan sentiasa disalah anggap oleh orang laen. So it not fair to judge me tanpa kenal aku sebenarnya kan?


Cuma kekadang sakit hati gak r kalu ada yang guna alasan sebab kawan laen x free baru terfikir nak ajak aku r, or sebab terhutang duit n budi baru ajak kuar. Then bila dah lepak kuar ssama baru kuar balik statement ‘AJ, ko kawan yang baek r rrupanya. Menyesal aku x ajak ko keluar awal2 dulu’ yang seterusnya buat aku kata ‘ERK…’

Thursday, February 25, 2010

Miskin di Bumi Sendiri

Mak aku selalu kata kalu gaji kecik dudok kampong still x leh kena list as miskin. Pasal ada tanah then leh tanam apa je yang tanam untok makan etc. Tapi kalu gaji besar mana pon, dudok bandar still x leh nak kategori as kaya pasal semua benda nak kena beli. Hmmmm….



Tadi baru balik dari Kuching International Airport ambik UDA dari Kota Kinabalu. Pasal aku datang 1 jam awal then beli Dark Mocha kat STARBUCK then lepak2 kat tempat ada tv r. Kebetolan masa tu tengah show TV3. Habis jer berita ada rancangan ADUAN RAKYAT ni r. Dah banyak episode maen tp baru first time tengok.

Episode kali ni mmg tergamam r. Sepanjang jalan2 masa belajar dulu malam2 sekitar Kuala Lumpor x pernah plak terserempak diaorang ni. X sangka r dalam semewah2 negara kita ni still ada lagi yang x ada tempat tinggal then tido kat tepi2 jalan. Ada yang umor 27 tahun, ada yang dah tua and even yang beranak pinak include yang usong baby sana sini. Ada yang ada kerja tp x mampu nak bayar sewa plus bill itu ini. Hmmm…

Bab paling terkesima bila antara sumber makanan ialah dari tong2 sampah. Makanan diaorang ialah sisa2 KFC etc.. hmmm….




Then dalam kereta UDA share masa dia balik JOHOR early of this month. Masa melawat ABAH HAJI (abang EMAK) dia bagitau yang all of our cousin sangat2 busy sediakan makanan beratos2 then jual kat pasar malam setiap malam dan siang dari satu FELDA ke FELDA yang laen, then gi MERSING then gi KOTA TINGGI untok dapatkan duit demi family mereka..




Dan aku plak leh senang lenang slurp kopi STARBUCK berdepankan Mc D tanpa kerja dan selalu shopping dan berbelanja x tentu pasal.. hmmmm…








So kesimpulan di sini: korang jangan r x habiskan makanan korang kat KFC hanya sebab alasan bodoh korang nak bagi mereka makan r. Jangan membazir. Kita terlalu selesa di dalam comfort zone kita.. whose know what will happens to us in the future. Peringatan nip on aku tujukan khas untok aku gak.. hmmmm…