Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Bakat Instagram



"Aku tak tahu pun selama ni aku ada bakat dalam fotografi nih...." kata girl yang each 30 minit dia akan upload apa-apa sahaja kat depan mata dia di laman FACEBOOK menggunakan aplikasi instagram pada android phonenya lalu diikuti caption yang apa-apa entah yang malas aku nak komen.













Aku cuma nak tahu what if someone mintak tolong dia ambik gambar guna kamera digital conventional then adakah bakatnya akan terus menyerlah atau terus kembali terpendam balik?













Honey, it Instagram laaa. Hmmmm..

Sunday, March 4, 2012

Fakta: Aku & Buku

Aku biasanya bawak beg tak kira beg sandang, beg silang or box bag ke mana-mana aku pergi sebab mostly aku malas nak memenuhkan poket seluar or nak menyusahkan tangan untuk bawak banyak barang. Dan di dalam beg tu plak barang wajib yang akan akan ada ialah kamera-kamera aku (include condom) dan jugak sebijik novel. Hmmm. 


1.
Setiap kali aku beli buku aku biasanya akan tak akan beli 1 buku sahaja. Sekurang-kurangnya aku akan beli 2  bijik buku dalam 1 masa. I dont know why. Dan selepas tamat baca buku pertama aku biasanya ada cooling period untuk menghadamkan kepuasan baca buku tu. Sebab kalau aku terus sambong buku kedua then kebiasaanya aku x akan habis baca buku tu. Hmmm..

2.
Aku x suka tulis nama or tarikh or what ever thing dalam novel yang aku beli. Bagi aku tindakan tu sangat cam menconteng keindahan buku tu. So mostly semua novel yang ada dalam bijik aku seem cam baru tanpa sebarang contengan or kerosakan kulit luar.

3.
Aku guna kaedah penanda buku untuk mark bahagian terakhir aku berhenti. Aku x suka certain orang yang suka melipat hujung kertas sebab ia merosakan buku tu jer. Dan dalam berpuluh-puluh buku dalam bilik aku tu accidentally korang akan terjumpa beberapa buku yang masih ada penanda buku pada muka surat tertentu that either mean buku tu membosankan or sangat membosankan. Yap, ada certain buku tu aku just berhenti di 10 muka surat terawal jer.

4.
Aku x suka pinjam novel orang. Kalau aku suka satu-satu novel tu then aku akan beli sendiri. Sebab bagi aku kepuasan novel ni bukan just pada membacanya jer tapi own it. Sebab kalau buku tu kita pinjam then kita terpaksa pulangkan bila dah habis baca. So kita x leh nak baca semula lagi next timenya tapi aku x ada habit baca buku 2nd time laa... Aku just baca buku tu sekali tu jer..

5.
Bagi aku menjadikan novel as a hadiah ialah satu tindakan yang sangat berani. Berani dalam ertikata: orang  tu sangat gembira sebab novel tu ialah dari author yang dia minat or buku tu buku yang dia minat dan x ada di pasaran tempatan atau hadiah tu x dapat nak dihayati sebab dia dah ada koleksi buku tu or dia x suka genre buku tu or etc. Sebab aku pernah dapat buku as a hadiah. 1 buku tu novel Bahasa Melayu yang jalan ceritanya rapuh dan bahasanya lemah and 2nd buku motivasi. But still aku hargai buku tu.

6. 
Aku x beli dan aku x baca buku motivasi. Sedangkan kem motivasi aku x percaya inikan plak motivasi datang dari buku. So bila aku dapat buku motivasi sebagai hadiah so it takes months aku peramkan buku tu before aku terdetik nak buka sehingga aku perasan rerupanya kat bahagian belakang tu ada ucapan yang ditulis leh si kawan ni untuk aku.

7.
Still novel terbaek bagi aku ialah The Ignored by Bentley little.

8.
Aku dah lama x beli novel Bahasa Melayu. Bertahun-tahun rasanya. Tapi kalau buku Indonesia yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tu lain ar. 

9.
Aku x suka idea voucher RM200 diberikan kepada pelajar kolej/universiti. Walaupun matlamat asal adalah sangat mulia tapi aku x pernah lagi terserempak ngan mana-mana student kat kedai buku guna voucher tu untok beli bahan bacaan ilmiah. Sebaliknya mereka just beli novel, komik, majalah etc. Kan lebih baik kalau peruntukan digunakan untok memperbanyakan cetakan buku or mengurangkan harga buku sedia ada or mengalakan penghasilan buku-buku tempatan. But still kalau aku student dan diberikan voucher tu aku akan beli benda yang sama gak. Hmmm..

10.
Aku rasa minat baca buku ni aku ambik dari bapak aku kot. Sebab bapak aku punya koleksi bukunya sendiri cam Bulan dan Juga Angin, Tengelamnya Kapal Van Der Wijck etc. Dan emak aku kurang gemar aku habiskan duit membeli buku.












Hmmm..

Tuesday, February 28, 2012

Multi Fungsi

Apakah fungsi handphone bagi korang hari ni selain daripada buat call dan sms-ing?

a) Kamera
b) Alarm watch
c) Video recorder
d) Voice recorder
e) Radio
f) TV
g) Games etc


Sekaligus memperlihatkan betapa banyak fungsinya satu gadjet pada zaman sekarang ni. Even ada handphone sekarang ni yang punya fungsi jauh lebih hebat ambik gambar daripada peranan kamera tu sendiri. So apa matlamat utama handphone tu sebenarnya? Or kenapa x buat gak kamera yang ada fungsi handphone sekali?

...

Aku pernah cakap-cakap ngan my crazy cousin kata zaman akan datang nanti guaranty ada peti sejuk yang multi function yang bukan setakat chill or frost barang makanan sahaja malah leh guna untuk cuci baju, main CD, tengok cerita, memanaskan makanan, masak makanan, mengeringkan baju etc. 

So cousin aku tanya then apa plak fungsi TV masa akan datang? Then aku jawab TV plak selain leh tengok cerita ia gak leh jadi tempat chill or frost foods, cuci baju, main CD, memanaskan makanan, masak makanan, mengeringkan baju etc. Or pendek katanya semua peralatan dalam rumah tu multi fungsi but still kita nak beli semua.


...


It seem like kalau lelaki leh mengandung tanpa perempuan dan perempuan leh mengandung tanpa lelaki then x ada sesiapa pun yang perlukan satu sama lain lagi. Sebab semuanya multi fungsi.













So kesimpulannya aku nak beli kamera yang hanya ada fungsi kamera sahaja. Nothing more.. !!



















Teringat kakak ipar pernah kata ada sorang pegawai Jepun ni datang pejabat dia dan hairan lihat cara kerja orang Malaysia nih. Sebab sorang pegawai di Jepun perlu handle porfolio yang banyak aka mereka ni multi fungsi bab kerja tapi kat Government Malaysia plak satu portfolio dihandle oleh ramai pegawai aka contoh nak photostate sekeping kertas pun perlu lebih dari 3 orang pekerja nak buat. Hmmm

Monday, February 13, 2012

My Camera Journey

Aku sorang yang always bawak kamera almost ke mana-mana sahaja aku pergi dan aku suka tangkap gambar. Aku tak suka orang yang anggap kamera just as a gadjet or aksesori yang digantung di leher or gambar just grafik mati or foto just kepingan kertas. Kamera bagi aku ialah bahan yang merakam apa yang mata aku lihat dan aku abadikannya ke dalam bentuk yang kekal.


So aku ambik beberapa gambar (kalau ambik semua then nak mampos ar) dan aku jadikannya satu video simple bagi menjelaskan jika kamera itu adalah satu makhluk dan matanya mampu menyimpan memori kenangan yang maha banyak then ia didedikasikan ke dalam bentuk video tu. So, layan video bawah:
















Kalau tak dapat layan sini then cari kat YOUTUBE under title My Camera Journey. Hmmmm

Thursday, January 5, 2012

Review 2011

Aku bukanlah jenis manusia yang mengagung-agungkan saat 11.59 minit malam pada 31 December setiap tahun tanpa tahu sebab musabab untuk aku meraikannya dan few minute after that thing berlalu sama saja seperti hari-hari biasa pada mereka. But still aku masih lagi sambut tahun baru tapi sambutan aku adalah beberapa hari lebih lewat dari hari yang sepatutnya. Whose care? My new year are depend on me laa kan? Hohoho


Tahun 2011 ialah tahun yang agak mendatar bagi aku. Nothing big happen. Tapi still setahun adalah tempoh  masa yang panjang dan kalau aku tak dapat lihat apa yang aku perlu belajar sepanjang tempoh tu or tak ada peningkatan pada diri aku then aku ialah seorang yang rugi. So aku nak buat review tentang graft hidup aku sepanjang setahun yang lepas.


a. KERJA
Aku buat 3 kerja untok tahun ni. First: Customer Service Representative aka mr. Operator di Call Center TM's Malaysia di Kuching selama almost 4 bulan. Second: Penceramah untok Modul Integrasi di PLKN Bintulu selama seminggu. Lastly: Cinema Assistant Manager di Golden Screen Cinema di Kuantan, Pahang selama almost 4 bulan.


As antara kata-kata yang selalu orang guna untok menenangkan hati aku setiap kali aku kata aku resign kerja  yang bagi aku a bit lawak ialah "Jangan risau. Yang penting kau boleh dapat pengalaman kerja yang banyak.." Ya ya ya.. And as aku perasan rupanya setiap satu kerja yang aku buat ialah dari bidang yang berbeza. Yap sekaligus aku memang dapat pengalaman kerja yang berbeza plus membuktikan bidang-bidang tu tak sesuai ngan aku. Hmmmm..


Hampeh rite?


b. KAMERA
Tahun ni aku beli 5 bijik camera. First: underwater film toy camera. Second: kamera CANON Powershoot A480 camera digital biasa sebab awal tahun tu kebetolan kamera aku buat hal. Third: CANONET Classic film camera. Keempat: CLAP digital camera. Kelima: FISHEYE2 Lomography camera. Wakaka.. Sesaja membazir duit..


Tahun ni aku mulai mengenali idealogi LOMO aka idea penggunaan filem rosak. Aku rasa ideanya cukup cool when kita akan back to basic aka guna filem tanpa tahu cam mana hasilnya then menimbolkan curiosity yang tinggi untok tengok hasil akhernya masa di cuci kelak tanpa perlu peduli nak buat effect-effect tambahan etc. Plus design-design luarannya sangat lari dari kebiasaan camera-camera biasa yang agak skema dan terkawal yang sangat sesuai ngan sifat diri aku yang agak menentang formality dan ciri-ciri normal.


Tak lupa aku masih lagi sangat anti pada DSLR. huhuhu


c. LOVE
Faezah dan Zack bertunang, Laila dah kahween dan dah mengandung and tunggu beberapa minggu lagi before tukar tittle, Kaspalela Manja dah dirisik, Nazz dan Fressa pun dah start nak beli barang hantaran, Asnida Alwie  yang gila ganas masa sekolah dulu pun dah kahween. Itu belum masuk yang couple sekian lama tapi masih belum lagi tukar-tukar status sebab takutkan komitmen. Even my 17 years old cousin yang belum keluar result SPM pun declare ngan balak dia.



(tak ada gambar)














Dan aku? Menyendiri lagi.. menyendiri lagi pada tahun lalu dan pada permulaan tahun ni lagi.. Hmmmm

Tuesday, January 3, 2012

Belagak Cam Bagus

Ada few perkara yang aku masih tak faham tentang perangai rakyat Malaysia bila ia melibatkan gadget-gadget ni. Antaranya:


a) Each time aku tengok orang gantung DLSR kat leher then automatically aku akan bersoal jawab ngan diri aku sendiri or orang sebelah aku: Kenapa diaorang suka sangat gantung DSLR kat leher terutama kat tempat-tempat yang cam tak masuk akal nak buat photoshot such as shopping complex lebih-lebih lagi bila masa tengah shopping beli baju sedangkan kat sebelah dia ada beg khas simpan DSLR lagi. Kenapa tak simpan jer kat dalam bag tu? Beg tu ada masalah ker? Or kalau letak kat beg dan sangkut kat bahu nanti bahu sakit plak berbanding gantung kat leher. 

Or dia sememangnya profesional dalam photography ni dan tak nak melepaskan setiap moment berharga yang akan berlaku. Tapi masalahnya lensenya just lense biasa-biasa dan dia tak ada additional stuff yang basic yang photography perlukan pun. Hmmm..


b) Each time aku tengok mamat or minah yang bawak i-Pad or Galaxy Tab dalam case kat tangan cam bawak wallet or handphone je ke hulu ke hilir then aku pergolakan kuat dalam diri aku cuba mempersoalkan: Tangan diaorang tak letih or kebas ke bawak benda besar tu 24/7 or diaorang tak ada beg yang lebih besar cam beg sandang or beg belakang untok letak tu or diaorang ni orang yang busy sangat ker ngan urusan kerja sehingga selang 5 minit pasti akan layan benda tu tapi masalahnya bila tengok 'Laa, tengah update status FACEBOOK jer rupanya' yang lame dan sound sangat tak ada life cam:

Nak tengok Vanila cokolat
Kenapa line tenet ni slow nak mampos
Nak masak apa malam nanti eh?


Or paling koman just sekadar nak like status orang lain.


c) Each time aku bersama orang yang ada Blackberry yang sentiasa busy ngan BBM yang setiap beberapa saat akan balas dan komen dan gelak ketawa sesorang ngan group BBM then akan cakap balik pada kita apa group BBM member dia bincangkan dari tadi buat aku rasa cam.. erk


















Kesimpulan di sini: Some people terlalu menjadikan teknologi dan gadget-gadget ni lebih daripada yang sepatutnya. Things are just things. Dont get to attached to them. Sebab mostly orang kita seems dah berkahwin ngan teknologi tu semua. Hmmmm..













Or as ramai yang tak punya teknologi tu akan kata "Belagak cam bagus je ada benda mahal sikit"

Sunday, March 20, 2011

Poser

Semalam tengah-tengah layan karenah si Puteri, my 5 years old princess yang tengah on the way nak tidur then kepala tertoleh ke arah rak buku. Then ambik satu buku. Tittle: STUMPS karya Shahnon Ahmad yang diterjemahkan ke English by Adibah Amin. Aku tak ingat bila tarikh sebenar aku beli buku ni. May be sekitar aku zaman form 6 dulu kot aka era aku sekali beli buku mesti banyak-banyak tapi mostlynya aku tak sempat nak baca semua. Salah satunya ialah buku ni yang terperap kat rak tu untuk beberapa tahun. Hmmm...


Membaca novel ni membuatkan aku teringat satu accident masa universiti dulu. Waktu tu aku jadi penceramah jemputan untuk satu kelas Penulisan Kreatif ni. Before sesi soal jawab aku bacakan r karya aku yang dipamerkan dalam satu majalah keluaran Dewan Bahasa ni r. Budak kelas tu sangat khusyuk dengar r then bila part soal jawab, these students tanya soalan yang agak serius gak r. Lastly pensyarah tu: Dr. Mawar Syafei buat ucapan penggulungan plak. Betapa dia bangga kat aku dan kata idea dan gaya aku cam penulis era eksperimenal sorang tu.Then dia tanya aku satu soalan bonus: siapa penulis idola anda? Jawapan aku: Shahnon Ahmad. 

Deng deng deng...


Dia kata patut r dia syak yang penulisan aku cam gaya penulisan Shahnon Ahmad. Im a POSER. Bukan nak kata aku ni peniru aka copycat habis gaya Shahnon Ahmad tapi sebab aku dah terbiasa baca karya Shahnon Ahmad, suka penulisan Shahnon Ahmad then bila aku menulis then sedikit sebanyak apa yang aku pernah baca dulu akan terikut sekali dalam gaya penulisan aku. Korang paham?

Korang pasti ada idola sendiri kan in what ever bidang sekalipun. Contoh kalau korang kaki bola then korang fanatik ngan Christiano Ronaldo then korang asyik tengok dia maen then bila korang sendiri main bola sedikit sebanyak korang akan terbawa-bawa lari cam Christiano Ronaldo, sepak bola cam Christiano Ronaldo. Even in what bidang sekalipun, korang mungkin tak akan perasan melainkan ada yang buat teguran. Korang pakai pakaian cam that person, korang ambik gambar cam gaya that photographer, korang edit gambar cam that grapher editer, korang melukis cam that artist. It normal.

Jadi POSER ni bukannya teruk pun. Cuma korang masih belum ada gaya korang sendiri jer. As sorang pensyarah penulisan ni pernah bagitahu aku: start lah menulis dalam apa-apa genre tak kira picisan sekalipun. Just tulis semua genre tu sebab lama-lama nanti korang akan jumpa what genre yang paling sesuai ngan orang dan kemudian korang akan cipta gaya korang sendiri.









A year before aku jadi penceramah jemputan tu, seorang penulis pernah jadi penceramah jemputan kelas tu gak. Dia seorang penulis yang agak ada nama besar gak dalam penulisan di Malaysia ni. Dan dia tak ada pengalaman menulis before. Dia tak pernah ikut mana-mana kelas penulisan, dia tak pernah geng mana-mana penulis hebat  dan dia tak minat membaca sebab dia ialah seorang NURSE. Dia jadi nurse pada usia yang muda. Dunia dia hanya hospital jer. Then satu hari pada usia 30 something dia start nak menulis apa yang dia lihat, dengar, lalui sepanjang hari di hospital. Dia hantar karya tu then ia bernilai tinggi. That r not POSER. She is karya asli.


Im saying that ialah sebab dia tak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar sikit pun. Dia sekadar menulis sahaja tanpa tahu macam mana nak menulis, apa yang tak boleh buat, apa yang perlu buat. Dia tak tahu sikitpun tentang peraturan tu.Waktu tu kalau korang dia dia bercakap then korang sangat yakin yang dia asli sangat.

Tengok pada diri kita sekarang ni r. Kita always ada mentor untuk kata mesti buat macam tu baru bagus, jangan buat macam ni, dia ialah contoh terbaek dalam bidang ni etc membuatkan kita cam ada garis panduan iaitu nak jadi terbaek cam si anu or si anu ialah standard berjaya so menjadikan kita POSER sangat-sangat nak jadi cam mereka. Aka contoh lain: Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang hebat ngan gaya dia sendiri. Masih ingat era ketika zaman kegemilangan Siti Nurhaliza awal-awal dulu? Ramai sangat yang nak jadi Siti Nurhaliza ngan gaya budak baek, suara lenggok Siti, fashion cam Siti tapi di mana mereka sekarang ni? Sebab Malaysia hanya perlukan sorang sahaja Siti Nurhaliza. Kalau ada banyak Siti Nurhaliza then apa keistimewaannya? Kan?















Akher kata just buatlah apa sahaja yang korang nak. Contoh cam sekarang ni asyik semua orang nak ada DSLR sendiri. Buat gantung di leher sepanjang masa. We know most of them just mangsa trend and we know most of them r POSER tapi REALITInya ada antara mereka yang temui apa bakat sebenar mereka yang tersembunyi. selama ni. That apa moral value aku hari ni: it doesnt matter kita jadi POSER sebab antara banyak perkara yang kita cuba then mungkin salah satunya akan menjadikan kita PRO in it. Kan?

Dan untuk DSLR sekalian, you dont need a teacher to tell you apa gambar yang bagus dan apa kreteria gambar tak bagus, perlu tekan itu ini untuk kualiti baek, perlu barang itu ini untuk effect terbaek, posting sana sini. Why dont korang  pedulikan semua peraturan tu. Just snap a shoot. Korang akan jadi berbeza... Hmmm...

















Nampak sangat aku ni anti DSLR kan? Wakaka

Thursday, March 10, 2011

Maen Cabar-cabar

Korang pasti pernah berada dalam situasi (or menonton drama dalam tv) apabila ada seorang lelaki yang perasan macho dicabar oleh group of his friend (or musuh) untok buat sesuatu atau tak lelaki tu ialah pengecut, tikus, ayam, pondan etc sehingga lelaki tu dengan penuh kemachooannya buat gak cabaran tu. Korang plak just ternganga mulut sambil dalam hati kata 'Dude, lelaki tu sangat stupid bodoh baghal tak guna otak buat kerja yang sangat bodoh'.. Hmmm..
Orang yang sangat layan cabaran bodoh-bodoh ni ialah orang yang sangat bodoh. Membuatkan aku teringat Michael J Fox dalam Back To The Future yang akan buat what ever cabaran hanya sebab dengar word coward jer. Sama gak cam zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi selamatnya aku each time ada kawan yang cabar aku in what ever kutukan or taruhan sekalipun aku tak akan buat. Melainkan ia melibatkan something else: KEPUASAN. Hmmm..

Sejujornya aku sangat suka cabar diri aku ngan perkara-perkara baru yang mostlnya aku tak tahu how would it will be end kelak. Kalau korang analyst perjalanan hidup aku, it seem memang tak ada yang dirancang. Seolah-olah aku bergerak ikut pergerakan ke mana angin akan bawak aku jer. Aku akan berhenti kalau angin berhenti dan jalani kehidupan di situ sehingga angin start bertiup lagi bawak aku ke tempat lain. Or in other words yang nampak lebih realistik: aku sangat cepat rasa bosan dan aku tak suka berada dalam keadaan yang membuatkan aku terlalu selesa.

You guys pasti pernah naik roller coaster kan? You know how does it feel? Hati rasa cam nak terbang jer.tapi the end korang akan kembali cam biasa bila ia dah lengkap pusinganya. But what if kalau korang tak tahu what will happen along the ride or cam mana penghujung perjalanan tu nanti? Pernah terfikir tak kalau ttiba safety seat belt tu ttiba longgar or sistem kawalan rosak membuatkan korang terus jer bergerak dengan laju tanpa henti or ttiba bekalan elektrik terhenti dan korang tersangkut tengah rail tu? Cool isn it?


That make drama TV dan drama kehidupan jauh berbeza. Kalau filem yang ada serial killer then kita boleh agak siapa yang tak penting dan kurang skrip akan mati dahulu dan hero or heroin akan selamat. Standard cerita rite? But life is difference.Isn that make life great? Kita tak tahu endingnya.


I got a friend yang nak hidup cam average Joe. Dia nak kerja kerajaan, pilih isteri yang kerja kerajaan, ada anak, anak kahwen ada cucu dan mati cam life suppose to be. Aku agak bertegang mulut gak r bila discuss ngan dia bab tu but siapa aku nak atur hidop orang lain r kan? Just because cara hidup aku berbeza tak semestinya semua orang harus ikut cara aku kan?


Cuma it quite SUCKS apabila ada orang yang asyik fikir positive-negative-plan A-plan B etc banyak sangat sehingga mereka tak nak ikut suara hati mereka. Ya ya ya. I know ikut rasa akan binasa, ikut hati akan mati, ikut perasaan akan jadi perasan. Wakaka.


Tapi aku bukannya suruh korng have a one nite stand ngan sorang chick yang randomly korang jumpa tepi jalan tanpa guna kondom then ttiba 9 bulan kemudian dia datang ngan perut membesar dan kata "Daddy, meet our little baby boy..!!" 











Then korang persoalkan: Apa motif dan kaitan cerita ko kali ni, Aj?


Kataku sambil tertunduk "Aku sekali lagi membeli suatu benda yang aku kurang perlukan saat ni ketika kewangan kurang baik and worst part kebarangkalian benda tu tak dapat digunakan amatlah tinggi. Dan harganya agak... ..Hmmm"



Tapi ia tetap cabaran apabila aku tak tahu what will datang apabila ia selamat delivered pada aku. Hmmm..

Friday, March 4, 2011

Kotak Seribu Ingatan

Aku ada satu hobi yang aku sendiri tak pasti either nak takrifkan ia didalam kategori berfaedah or tak: aku suka kumpol barang yang mostlynya tak bernilai dari segi wang ringgit aka Im a collector. I used to have banyak kotak kasut dalam bilik aku yang setiap satu ada banyak junk such as resit barang, tiket bas, tiket wayang, kad phone, gifts, cd's, brochures, gambar, mainan, botol kaca, sabun hotel dan banyak lagi. Tapi last year aku buang most of it sebab aku tak nak life in the past sebab each of it akan bawak banyak sangat kenangan: seribu satu ingatan. Tapi percayalah yang aku akan kekal simpan certain kenangan yang aku tak nak ia hilang sedetikpun dari sejarah hidup aku. Hmmm..


Semalam aku beli that kamera. So after urus certain thing aku nak simpan kotak kamera tu. Pegi satu kabinet kecil dan tengok banyak gak gadjet yang aku pernah miliki. So aku nak share it with you guys about the stuff and story behind it.


A. HANDPHONE
1. NOKIA 3315
This is my first handphone. Aku yakin ramai antara korang yang pernah miliki sebijik benda cam ni (or the 3310) bukan sahaja dulu tapi even sekarang. Zaman dulu dah kira mewah r ada benda sebijik ni. As ISYRAF, my university roomate pernah kata: this creation adalah yang paling unik dan terbaek yang NOKIA pernah hasilkan dan sentiasa berfungsi jauh lebih baik daripada mana-mana handphone yang canggih manggih as sekarang ni.

This phone ialah hadiah untuk SPM aku dan kebetulan aku akan sambung STPM dan bawak motorsikal so ia adalah keperluan. Pernah kena tangkap sebab bawak ke sekolah. Tapi aku tak lama pakai handphone ni. Sekitar 2 tahun jer. Kemudian ia ditukar milik kepada bapak aku dan kemudian beberapa tahun ia hilang. Hmmm..



2. MOTOROLA C650
This is my second handphone. Beli dari gaji kerja pertama or lebih specifiknya gaji terakhir kerja pertama. Waktu tu aku dan ZUL, kawan sekerja merangkap uncle aku baru jer tamat kontrak kerja as Pembantu Perpustakaan di Pustaka Negeri Sarawak. So kami pilih satu hari untuk survey dan kemudian beli handphone yang sama. Kalau tak silap aku harga dia either RM500 or RM700 cam tu.

Handphone ni pun tak guna lama sangat. Sekitar 2 tahun gak. Nakk buat cam ner, tangan aku ni memang dajal. Susah nak pastikan benda okey jer. Dia punya joystick tanggal tapi handphone ni masih lagi aku simpan sampai sekarang as kenangan. Hmmm..



3. NOKIA 5200
Express music. Wakaka. Handphone ketiga aku. Beli pada tahun 3 semester pertama. Waktu tu aku dudok luar universiti dan satu hari tu masa nak pergi pertandingan teater muzikal untuk Pesta Konvo then handphone baru ni terus mencium tar jalan raya apabila terkeluar dari poket seluar aku. Memang each of my gadjet perlu jadi tough sebab aku die hard user. Hmmm..

Aku sangat suka handphone ni sebab gabungan colour ia yang sangat cool. Dan sekali lagi aku hanya guna handphone ni sekitar 2 tahun gak sebab dia selalu terjatuh dari tangan aku dan skrinnya langsung tak nampak apa-apa. Tapi still dalam simpanan.


4. NOKIA 6085
Dont wanna talk much about this handphone. Ia adalah kesalahan yang terpaksa aku tanggung  dan terpaksa aku guna sehingga hari ni. Reka bentuk tak best. Color hitam. Fungsi kurang. Sebab apa aku kata kesalahan? Hmmm.. Tak nak cerita r. Buat malu diri sendiri jer. Hmmm..




B. KAMERA
1. KODAK EASY SHARE C643
Kamera pertama aku dibeli pada tahun 2 universiti. Aku beli few day before pertandingan teater muzikal Pesta Konvo tahun 2 tapi aku tak ambik satu gambar pun pada event malam tu. Pelik. Aku beli kamera ni kat LOW YAT PLAZA. Minah Chinese tu ttiba leh nak berkenalan ngan aku pulak dan abang dia kuar statement kata adik dia puji aku cute. Entah betul entah tidak. 

Tapi sejujornya effect kamera pertama memang besar buat aku r plus jenama KODAK pulak memang kualiti dia memang sangat hebat dan user friendly. Cuma promosi untuk jenama ni kurang dan rekabentuk dia tak menarik r.



2. CANON POWERSHOT E1
Selepas beberapa hari kamera KODAK aku disahkan mati then aku terus survey dan beli kamera ni. Satu sebab aku pilih kamera ni ialah ia nampak cantik sangat. DAMN isn it? Aku tak tengok kualiti gambar or what ever. Tengok cantik jer terus kuarkan duit dan bayar. Kedian balik rumah baru terfikir apakah fungsinya disebalik wajah cantik tu.

Beli kamera ni pada masa ambik course SAFETY AND HEALTH NIOSH. And kamera ni pun banyak jasa. Everyone know me as camera guy sebab aku bawak kamera dan ambik gambar kat mana-mana sahaja. Banyak memori r kamera ni. And masa internet dan komputer buat hal, aku dah jadikan kamera ni GAY look a like ngan lukisan acrylic.. wakaka



3. CANON POWERSHOT A480
Baru beli semalam. Still belum ada komen lagi. Hmmm














Sebenarnya banyak lagi gadjet yang pernah aku beli yg malas aku nak share and upload. Hmmm.. Memang dasar pemalas... Wakaka

Monday, February 28, 2011

Wedding Checklist

Entah kenapa aku sangat berdebar untuk 13 March ni. Satu majlis perkahwinan akan diadakan. Tapi bukan majlis perkahwinan aku r. Tapi realitinya entah kenapa each time ada orang terdekat kahwin then aku pulak yang jadi resah gelisah: berdebar tak tentu pasal. Semalam bukan main susah lagi nak tidur sebab berfikir dalam otak 'Duh cam mana r hari besar tu nanti. Itu dah handle ker? Persiapan semua dah ready ker? What if kalu hari tu hujan? Or What if ttiba transport aku buat hal?' Macam aku sendiri plak yang nak kahwin. Hmmm..


I know pasangan pengantin ni mesti gila baboon jauh lebih stress memikirkan yang perkahwinan tak sampai dua minggu sahaja lagi. Dengan perancangan berbulan-bulan, persiapan itu ini, damn it make me nervous pulak. Gila. May be sebab yang bakal kahwen tu kawan yang dah kenal agak lama dan punya banyak kenangan manis bersama then I wish semuanya akan berjalan lancar that day.

Dan as a kawan, aku pun create a list gak untuk events tu. Nak memastikan yang events tu akan berjalan lancar as yang dirancang kelak. Even thought Im not important person dalam majlis tu tapi sebab aku dah janji so aku kena tepati setiap apa yang dia suroh aku buat: ambik gambar banyak-banyak untuk hari besar dia. Sebab dia antara kawan yang tahu aku akan bawak kamera 24/7 ke mana sahaja aku pergi dan aku akan snap dan snap gambar tak peduli gambar tu buruk or hilang satu kepala or senget or what ever sekalipun cukup pasti ia mampu buat kami saling tersenyum dan ketawa pada masa akan datang.


So perkara pertama dalam list aku tu ialah: BELI KAMERA BARU.


So korang tanya "What happens to your previous camera? I thought ko memang dah ada kamera apa?" dan aku jawab ngan muka separa alim "Ya, I used to have a camera tapi kamera aku dah sampai masa untuk bertemu sang Maha Penciptanya.. Hmmm"

Maka hari ni as kurang 2 minggu before the big day aku menjalankan misi survey dan membeli kamera baru. Sebab my previous camera aku beli 2 tahun lepas (tak termasuk yang LOMO yang baru beli last few month) so bila masuk kedai then agak tergamam untuk beberapa perkara:

a) Harga kamera digital sekarang ni sangat-sangat murah ngan ciri-ciri jauh lebih canggih berbanding masa aku beli last 2 years. Pendek kata budjet aku sangat banyak lagi baki yang aku leh beli banyak lagi barang kemudian hari. Wakaka..

b) Tapi kuantiti kamera digital sangat kecil berbanding DSLR. Just imagine purata setiap kedai hanya ada sekitar 5 bijik kamera digital jer berbanding ada berpuluh-puluh DSLR. So kesimpulannya tak banyak pilihan yang ada untuk aku pilih. Hmmm..






Realitinya aku belum pergi semua kedai kamera pun. Beberapa jer. Memang agak kecewa sebab matlamat utama tak tercapai tapi bab yang paling mengecewakan ialah apabila last few week aku survey secara rambang ni r. Dan ada satu kedai ni jual kamera yang design dia sangat VINTAGE ngan harga yang sangat mampu milik. Tapi as aku pergi kedai tu hari ni, kamera tu dah dijual. DAMN..














So esok kena survey lagi. Dan bila perkara pertama dah accomplish then baru leh menuju second acara plak: beli hadiah. Hmmm..













Hmmmm..

Wednesday, February 16, 2011

a Photographer

Tengah layan-layan blog ttiba jumpa maklumat dalam bentuk grafik ni dari blogserius. Menarik sangat berdasarkan situasi yang berlaku hari ni dengan berleluasa.


Im not kata semua tapi kalau dah terasa then nak salahkan sapa? Monyet ker nak disalahkan sebab nak gak makan cili walau dah kena halang leh sang kancil?












hmmm

Saturday, November 27, 2010

Gaji Pertama

Aku yakin korang mesti masih ingat dengan jelas apa perkara pertama (kedua, ketiga sehingga korang secara tak sedar yang gaji bulan tu dah habis) yang korang beli dengan gaji pertama korang. Mesti lah korang akan ingat sebab ia adalah hasil usaha titik peluh (yang berasa masin plus ngan bonus daki sekali) korang sendiri r kan..


Aku masih ingat kerja pertama aku yang rasmi ialah as pembantu perpustakaan kat PUSTAKA NEGERI SARAWAK selama 3 bulan kontrak jer. Waktu tu tak lama lepas habis STPM dan masa kerja tu jugak r result STPM kuar. Gaji kerja tu pun setakat RM700 jer tapi kira besar gak r untuk aku masa tu. Dan benda pertama yang aku beli guna gaji pertama ialah MINYAK motosikal berjumlah RM2 kalu tak silap. Wakaka. Nak wat cam ner masa tu minyak dalam tangki dah nak kering so fill in je r kan. Tapi lepas tu gi beli PIZZA kat local piza made ni kat PIZZA RIA untok kongsi ngan family.

Then masuk U dan keluar buat beberapa kerja dan kerja dan sehingga sekarang pada pekerjaan yang ke 5 pada usia 25 tahun (and almost 26 technically). Dan minggu depan plak akan merasa gaji yang pertama dari pekerjaan ni. Walaupun gajinya tak sebesar mana tapi aku bersyukur sebab ia adalah duit hasil yang halal dari tenaga aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku tak perlu jual badan sendiri or jual badan orang lain untuk dapat duit r kan? 

Bila fikir-fikir balik kekawan yang tak sempat merasa masuk U sekarang ni ramai yang dah berjaya jauh dari kekawan yang sesama masuk U dulu. Some dah kerja tetap pun sedangkan aku dan yang seangkatan still merangkak ngan kerja kontrak yang bertukar ganti lagi. Ada yang dah punya kereta dan ada yang berganti ngan kereta baru lagi ketika aku masih bawak motosikal yang bapak aku bayar. Ada yang dah kahwin dan punya anak 1-2 orang. Jangan masuk bab simpanan mereka lagi memang banyak dah r. Hmmm..













Tapi aku sangat yakin dan percaya yang rezeki tu ada di tangan tuhan. Mungkin 4 pekerjaan sebelum ni bukan rezeki aku. Dan mungkin bukan juga yang ini. Dan aku juga sentiasa melihat setiap perkara yang aku lakukan punya sebab dan musabab kena tuhan mahu ia berlaku pada aku. Aku kenal kenalan baru,yang perangai pelbagai, aku tanggani masalah baru dan belajar dan belajar dari setiap satu apa yang berlaku


















Cuma gaji pertama kali ni dah tak boleh r buat cam gaji pertama kerja pertama dulu lagi. Dah tak boleh nak guna enjoy-enjoy kuar malam-malam cam gaji-gaji sebelum ni lagi. Kena fikir cara nak selesaikan pinjaman PTPTN dan hutang-hutang lain juga. Tanggung jawab pada parents lagi. Itu ini lagi. Hmmmm..




















Tapi gaji kali ni tetap gak nak beli kamera LOMO baru... wakaka

Thursday, November 25, 2010

RIP

Hari ni tadi ada meeting antara orang penting dan kami semua CSR 12 orang dipaksa menginvolvekan diri sekali as penonton cukup muat forum jer. Sangat boring r so ambik r gambar-gambar ngan aksi kanak-kanak  riang RIBENA guna kamera aku. Petang plak ttiba JOYCE turn on kamera untok aksi yang  hampir sama suddenly yang kuar hanya black screen. Aku try punya try rrupanya riwayat kamera aku dah berakhir. So tamatlah riwayat hidup kamera yang telah banyak berjasa kepada aku selama almost 2 tahun ni.. Hmmm...

 (gambar terakhir yang dirakam oleh kamera aku. 
Sekali lagi cam camera sebelum ni saat-saat terakhir diambil oleh orang lain.. Hmmm)

Aku sangat sayang kamera aku ni. Technically ia adalah kamera kedua yang aku miliki. Kamera pertama aku beli dulu ialah masa universiti. Dan ia pun bertahan sekitar 2 tahun gak before ia kuarkan screen hitam gak. Hmmmm.. Kira agak susah gak r untuk mana-mana gadjet bertahan ngan aku sebab aku ni extreem user. so 2 tahun tu leh diklasifikasikan as hebat gak r. Sama gak ngan manusia, mana ada yang bertahan lama ngan aku gak kan? Wakaka

Memang r I do admit feel semasa beli kamera pertama memang amat teruja. Gi mana-mana musti tangkat gambar. Bukan sekadar orang, lanskap, pokok, kucing even sehingga ke cawan, beruk, semut dan semua benda bernyawa dan tak bernyawa r aku ambik guna kamera tu. Tapi disebabkan aku jenis kipas susah mati kamera then after first kamera rosak x lama lepas tu terus beli yang baru. And aku still  masih teruja mengambil gambar demi gambar untuk kepuasan diri sendiri dan tak terkecuali orang-orang sekitar.

Mungkin bagi certain orang, kamera hanya satu mesin kecil untuk merakam gambar tapi to me it is something yang jauh lebih besar nilai sebenarnya. Satu human creation yang priceless aka tak ternilai. Andai blog ialah perasaan aku yang aku zahirkan pada apa yang aku rasa aku keluarkan dalam bentuk penulisan. So kamera ialah cara aku keluarkan keindahan dunia yang aku  lihat melalui pandangan mata aku dan dikeluarkan dalam bentuk lensa kamera dan seterusnya kepada imej bergambar (either bentuk digital or kepingan foto).

So as korang enjoyed baca blog aku (wakaka. Statement perasan lagi) and ada gak yang puji (sehingga diameter hidung aku mengembang besar) kata blog aku ialah penulisan yang cukup jujur sedangkan aku hanya menulis apa yang aku rasa jer. So sama gak ngan fotography ni. Ada yang sangat suka gambar aku sebab mereka kata ia sangat jujur (include bab aku edit guna photoshop r) sedangkan aku sekadar rakamkan apa yang aku lihat. Hmmm


Yaa I do admit yang aku pernah try untuk melupakan kamera satu ketika dulu disebabkan 1 SHIT thing ni tapi lama kelamaan aku mulai sedar yang ia adalah satu keputusan yang sangat salah. Camera ia a part of me. Rasa seems cam ada something hilang bila hidup tanpa kamera.























klik:

















































Dan kebetulan jugak ia rosak pada masa a week after this aku nak beli kamera baru.. Seolah-olah ia faham. Hmmm

Friday, November 19, 2010

Non Digital

Aku garenti kalau korang gi mana-mana mesti korang akan terjumpa bbudak zaman sekarang yang kat leher diaorang tergantung kamera DSLR or paling koman hujung-hujung minggu korang jumpa geng kamera ni berkumpol ramai-ramai keluar 'outing'. Ianya membuatkan korang a little bit keliru (bercampurbaur meluat) either mereka sangat berbakat besar in photography or DSLR tu menjadikan penampilan mereka jnampak auh lebih trendy dari biasa. Hmmm..

Aku sedikitpun tak berniat nak perkecil-kecilkan or membenci mana-mana niat murni pemuda pemudi sekarang ni r. Dah harga kamera sekarang bukan main murah lagi dan korang nak gambar yang korang ambik tu dalam kualiti cantik so terpulang pada korang r kan? Yang pasti aku tak nak masuk issue: guna jer kamera DSLR tapi hasil gambar tak jauh beza dari cam guna kamera labtop jer.. Itu sendiri punya jawab r.. Hmmm..

Bila fikir-fikir balik, aku punya first kamera dibeli pada tahun 2 universiti sekitar tahun 2006. Aku beli kamera KODAK. Sangat-sangat teruja dan gambar gambar yang dah di SHOT plus kualiti gambar ia memang chantek gak r. Tapi sekitar 2 tahun ia rosak dan aku beli CANON yang aku guna sehingga sekarang ni. Tapi both sekadar digital kamera biasa jer. Cuma I cant live without kamera r wei. so rosak satu dan terus beli the other one. Dah sebati ngan diri then nak wat cam ne r kan...?

Cuma persoalan yang muncul sekarang ni yang aku nak tanya photographer luar sana ni ialah dimana letak kepuasan dalam ambik gambar ni ya? It seems kita ambik, tengok kat screen, cam cantik simpan, then edit dan letak watermark r dan bila memory card almost penuh delete dan ambik gambar baru. 

Berbanding zaman remaja pak kaduk dulu zaman belum ada benda-benda alah digital dulu sangat berbeza. Mesti beli role filemnya dulu first, ambik gambar kena hati-hati sebab tak nak bazirkan filem yang setakat 35 snap jer dan last-last cuci kat kedai (dan harga sangat mahal). Dan saat-saat paling best  ialah bila dapat tengok cam mana hasil penat lelah before tu.


Membuatkan aku berfikir balik: hei why not aku try ambik gambar guna non digital kamera plak. Mencari kepuasan cara baru dalam ambik gambar. Guna kamera ngan trick fisheye, lomography etc. Hmmm.. mesti best punya r..












* Kalau korang terfikir nak beli apa untuk hadiah bestday aku yang x lama lagi nih so aku cadangkan ko beli aku kamera HOLGA: stylish kamera yang sepenuhnya diperbuat dari plastik (even kanta kamera dia) dan ia hanya ada dalam bentuk non digital... Pleease...

Wednesday, September 29, 2010

Talent and Time

Tadi ada kawan tanya kat FACEBOOK aku either aku still ambik upah melukis lagi tak pasal dia nak aku lukis potret dia ngan balak dia. Last few month pun ada gak kawan sama belajar yang sanggup bayar lebih untuk aku lukis potret dia ngan awek dia then pos ke Semenanjung. Masa puasa and raya lepas, 2 orang kawan berbeza yang dah lama x berhubung tanya perkembangan dunia penulisan aku. Bila aku kata aku dah x menulis then hantar untuk publish lagi mereka quite hairan ngan tindakan aku. Sama seperti apabila aku kata aku dah x nak ambik gambar guna kamera lagi. Ada yang kecewa sebab aku dah janji banyak dengan mereka. Or ketika kawan-kawan mintak tolong buat poster, kad kahwin, edit grafik etc..

(gambar terakhir yang aku lukis. Seorang kawan)

Technically ada 2 cara untuk dapatkan bakat. Pertama: belajar either formal or x ngan bersusah payah dari orang yang berbakat or kedua: quite sucks iaitu secara semulajadi.

Tapi sejujurnya aku x pernah akui yang aku seorang yang berbakat. Aku cuma suka melukis then kedian ada orang mintak aku lukis muka diaorang dan mereka suka so mereka bayar. Sama gak aku menulis suka-suka then secara miracle nya ada orang suka baca. Aku ambik gambar then ada plak orang yang suka tengok. Aku buat design grafik then orang mintak bwat design mereka plak. So bakat aku ialah melalui pengiktirafan dari orang lain.

It seems semua orang boleh pegang pensil dan melukis tapi x semua lukisan tu leh lepas spesifikasi as lukisan yang sedap mata memandang aka niat nak melukis muka orang tapi hasilnya sebijik cam buah durian. Hmmm... but still seni itu umum. Ia still leh dinilai dan berharga untuk orang lain.

So aku menolak idea makhluk-makhluk yang berfikiran cetek beranggapan cam kita perlu DLSR yang extra canggih manggih, gi outing setiap hujung minggu, perlu latar belakang extra cantik mantik etc semata-mata untuk hasilkan gambar yang terbaik. Tapi bro, ketahuilah kalu dah x ada bakat then hasilnya biasa gak. Berbeza kalu sorang tu memang dah berbakat, guna kamera handphone or kamera labtop yang penuh noise pon leh jadi cantik. Kan?









Cuma sejujurnya aku terlupa betapa lukisan dan penulisan pernah bagi duit kepada aku. Pernah bawak rezeki kepada aku. Buat grafik design pun setakat dibelanja makan r (at least kenyang r wei). And photography almost buat duit gak untuk aku tapi dunia tu bukan rezeki aku then aku terima dengan hati terbuka.











So aku tadi dengan rasminya terima tawaran kawan tu. At least aku dapat duit gak. Walaupun kecik tapi lepas gak upah untuk makan Mc D dan sekotak rokok Benson.. wakaka..

Saturday, September 11, 2010

Kamera

Aku x tahu betapa orang benar-benar melihat aku sehingga satu ketika mereka mulai menjelaskan sifat-sifat tertentu yang ada pada diri aku (yang aku sendiri x sedar). Antaranya bagaimana mereka menjelaskan tentang aku dan kamera. 


Ianya start lately apabila mulai ada yang tanya "Aj x bawak kamera?" dan aku hanya boleh guna alasan "Aku lupa.." but then ada lagi yang sambung "Macam mana Aj yang selama ni x pernah x mesti bawak kamera setiap tempat dia pergi then suddenly dia leh lupa?" Then mereka akan start bercerita tentang kenangan mereka bersama aku dan kamera tu. Tentang gambar-gambar yang aku ambik Tentang cara aku ambik gambar. Tentang my mini tripot. bla bla bla...

Bwat aku terfikir 'Gosh, that camera is my life. Since dari first kamera dulu lagi aku dah ambik gambar tanpa henti. Then bila ia rosak, aku terus beli kamera baru dan ambik gambar lagi. But then how come almost 2 bulan dah aku x sentuh lagi kamera tu..?'






Then korang tanya "Apa kamera tu dah bwat pada ko Aj sehingga kau dah x sentuh kamera tu lagi nih?"










In real life, certain orang akan tahu bahawa Im not a story teller rite? (berbanding dalam blog r) Even cerita ni cuma ada 2 orang je yang tahu: orang yang jadi punca and a friend of my. Betapa aku cuba nak percaya pada that person bahawa aku boleh percaya pada janji dia kali tu. But sebab rasa percaya aku tinggi sangat so aku jatuh sangat dalam. Betapa aku lupa bahawa that person never stay on his words before. So how come dia akan menepati janji kali tu.

Damn shit for me sebab percayakan dia.Sebab percayakan dia boleh berubah tapi dia tetap dia. Dan dia x pernah tahu apa kesan tindakan dia kepada aku. Betapa aku sangat-sangat malu nak berdepan dengan orang-orang tertentu. Bwat orang-orang tertentu ketawa memperlekehkan aku. Damn on me sebab percaya manusia boleh berubah.. Damn on me...





Dan sejak itu aku x sentuh lagi kamera tu. Then korang tanya "Apa perkaitan cerita tadi dengan rasa alergi ko pada kamera, Aj?" Pedulikanlah. Biarlah orang2 tertentu sahaja yang tahu.




Dan realitinya kamera tu x pernah bwat apa2 kesalahan pun pada aku. Sebaliknya ia sangat berjasa. 









Tapi tadi dengan rasminya aku dah menggunakan kembali kamera aku. Dan aku x akan percayakan dia lagi. Setiap kata-kata dia..