Showing posts with label Golden Screen Cinemas. Show all posts
Showing posts with label Golden Screen Cinemas. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Setahun Mengganggur

Esok pada tarikh yang sama tahun lalu ialah hari terakhir aku berkerja sekaligus menjadikan genap setahun dah aku tak berkerja or dalam ayat tak bestnya mengganggur. Macam tak percaya jer yang setahun berlalu cukup pantas. Rasa cam baru semalam bebudak panggung wayang tu kata aku ialah Snow White versi lelaki yang menjadi mangsa buli ibu dan abang-abang tiri (seniors). Wait.., Snow White mana ada adik beradik tiri. Itu Cinderella laa. Hmmmm...


Yap, setiap kali aku berhenti kerja (It sound cam selalu sangat lak) then aku akan rasa seperti aku dah melepaskan satu batu besar yang membebankan belakang aku. Aku rasa sangat lega tapi beberapa ketika kemudian muncul beberapa perasaan baur menyatakan yang sebenarnya aku leh jer handle bebanan tu or bebanan tu tak ar sebesar mana pun but still aku tak pernah menyesal berhenti kerja dalam mana-mana kerja sebelum ni pun.

Kalau korang kata aku sangat malas nak kerja then korang sangat salah. Setiap kali aku mengganggur then setiap kali gak aku ada panggilan kerja then aku bagi yang terbaik walaupun kerja tu sangat low ngan bayaran rendah. Cuma most of them akan guna reason aku terlalu educated untuk kerja tahap budak tak lepas SPM. Even kali ni beberapa interview yang aku sangat yakin leh diterima pun aku tak dapat. Then korang kata: over confident laa tu. Wait seminit, kerja-kerja sebelum ni yang aku dapat pun aku confident gak masa interview wei. 

Entah apsal aku rasa tuhan tak nak aku berkerja tahun ni. Dia ada perancangan khas untuk aku. Aku perlu berehat dan lihat apa yang aku terlupa or tertinggal di belakang. Yap, aku banyak belajar beberapa perkara dalam tahun ni. Even recently ada satu events yang besar aku belajar yang buat aku rasa lebih tenang dan gembira. Itu nanti aku cerita.









Then korang tanya lagi: "Cam mana kau survive dalam setahun ni..? Kau mintak duit ngan parents ke..?" Ooh no. Shame on you laa wei. Sila hantok kepala korang ke dinding yaa sebab berfikir sedemikian. Rasanya tamat jer zaman sekolah aku dah x mintak duit dari parents lagi ek. 

Dalam setahun ni pendapatan aku kurang RM3000 jer (duh, dulu sebulan gaji je almost nak nak sampai angka tu). Yap, aku masih tinggal ngan parents so aku tak ada possibility untuk makan tanah bersupkan batu etc. Gaji kerja terahir dulu pun masih lagi sikit (yang aku guna sikit untok shopping Kristmast last week). Still aku leh layan Starbucks setiap minggu, belanja kurang 20 buah novel, beli kurang 20 helai pakaian dan crabby-crabby stuff yang entah kenapa aku leh beli. Plus pembelian termahal tahun ni ialah Samsung Galaxy Notes. Dan betapa aku bersyukur yang aku lahir di Malaysia dan bukan Palestine sehingga buat aku leh survive tanpa kerja dalam setahun. Hmmm..

Berat badan aku naik sekitar 20kg dalam setahun ni. Sekarang aku dah 80kg ++. Itu belom masuk pinggang aku. Masa nak beli jean tempohari (jean aku dah sendat, padat, mampat) then aku fikir mungkin aku just naik 2-3 inci jer tapi rerupanya 5 inchi menjadikan pinggang aku dah 38 inci. Paha aku dah cam chicken drumstick yang mengiurkan ar. Hmmm..







Harap tahun depan aku akan dapat kerja or paling tak awal tahun depan projek aku ni akan berjaya. Walaupun ia tak berjalan sepenuhnya seperti yang aku nak but still aku harap ia akan keluar gak.










Setahun dah berlalu. Ada kawan yang dah kawen dulu dah ada anak. Ada gak yang dari bujang dah tak bersendirian lagi plus ada gak yang dulu berdua dan sekarang kembali berseorangan. Aku lak..? Masih sama dan tak ada sebab untuk berubah. Hmmmm

Thursday, November 29, 2012

Life of Pi Film Review

Korang ingat lagi tak teka teki petani, harimau, kambing dan sebakul sayur yang nak melintas sungai tanpa jambatan dulu-dulu tu? So aku nak lebih advance tanya kalau ko tengah naik satu kapal besar then ie tenggelam dan kau terselamat dalam sebuah sampan penyelamat ngan sekor kuda belang, orang utan, hyena dan sekor harimau then apa yang korang akan buat..? Hmmm..


Jujor aku katakan yang aku tak tahu kenapa aku nak tengok sangat cerita Life of Pi ni. Sebab rasanya tak ada daya penarik sangat pun pada trailer cerita ni. May be sebab ia adaptasi dari novel laris then buat aku terbeli tiket wayang ngan mood yang nak marah sebab customer service MBO sangat suck plus satu-satunya tayangan yang ditengok lak hanya 3D sebab tayangan lain hanya 2D yang hanya leh guna couple seat jer. Hmmm..

Tapi bila dah masuk hall dan cerita baru start main then aku sarankan korang nak tengok cerita ni kena layan 3D version. Yap, orang selalu warning kata jangan tengok filem 3D selain animasi kartoon sebab kalau real human punya 3D sentiasa fail tapi filem ni berbeza sebab sinematografi mostly and especially kat India sangat-sangat cantek ngan 3D. Cerita ni agak straight forward tanpa otak korang perlu fikir banyak kali. Korang disajikan secara A, B, C sampai Z kecuali part peleraian ada twist sikit bab si Pi ni bagitahu the other story pada wakil insurance investigator Jepun tu then korang akan rasa tergamam sambil mempersoalkan korang sedang ditipu ke ni? Tapi tak ar tertipu tahap Inception even aku rasa kalau Christopher Nolan mengarah cerita ni then pasti ia akan bagi effect bercelaru tahap best gaban pada otak korang ar.


Sinopsis cerita ni:
Sorang mamat ni bernama Pi (Pi = 3.42) yang familynya ada zoo kat India dan satu hari diaorang nak jual haiwan-haiwan tu kat Canada namun kapal karam dan Pi terselamat satu sampan kat Lautan Pasific bersama sekor Harimau Benggala bernama Richard Parker (yap, nama harimau tu a bit complicated). Tamat

Tapi kalau korang nak cerita ni sound lebih dramatik then imagine saat kapal tu nak karam as cerita Titanic versi penumpangnya ialah haiwan dan mereka yang terselamat as Leonardo dan Kate Winslet cuma kalau ikut cerita ni then salah seorangnya ialah karnivor ar.



Part bagi aku paling best cerita ni ialah cinematography nya memperlihatkan kecantikan India yang humble tapi hidup yang buat korang immediately sangat benci pada cerita-cerita Hindustan ngan rumah cam istana dan warna warni yang palsu. Aku quaranty ar korang akan tergamam ngan India dalam filem ni. Even masa kat atas Lautan Pasific on certain moment pun memang cantek ar plus sekali lagi aku sarankan beli 3D punya tiket. Berbaloi ngan nilai wang ar.

Tabu (bukan tebu) pun sangat anggun as emak hero dalam cerita ni. Walaupun watak dia pendek jer tapi memang keanggunan dan wataknya akan buat korang terkesima ar. Plus si hero Pi pun kira okey gak ar. Ada masa dia akan buat korang tersenyum, ketawa sesorang dan tak lupa gak tersentuh sambil tanpa sedar setitik air mengalir panas kat pipi korang.

Jalan ceritanya memang okey walaupun part pindah haiwan atas kapal besar tu cam pernah aku tengok sebelum ni but still jalan ceritanya okey cuma Ang Lee agak terlalu menyuap kita satu persatu sangat sehingga kita rasa a bit boring gak kecuali bahagian twist pada peleraian tu ar kira wake up moment untuk penonton gak ar. 

Cerita ni gak ada cuba nak menyampaikan idealogi liberal agama gak bila si Pi ni mengamal Hindu, Christian dan Islam secara serentak. Bagi aku it nothing laa tapi bagi fanatik agama mungkin it is a big deal. Ia buat aku teringat pada salah seorang raja India zaman kerajaan awal dulu di mana rajanya cuba menyatukan fahaman agama-agama dalam negara bagi mengelakkan pergaduhan antara agama. Even ada satu part tu si Pi baca terjemahan ayat-ayat awal dalam surah al Fatihah tapi mungkin ramai tak sedar kot. 

Kedian part aku tak suka gak bila orang-orang India ni sesama sendiri leh cakap omputeh. Duh, feelnya bila tengok drama Melayu bila part ada family Cina ni cakap Bahasa Melayu tunggang langgang sesama ahli keluarga diaorang. Tak realistik ar. Biar ar mereka cakap bahasa ibunda diaorang sendiri then effectnya lebih feel lagi ar.











Dan part twist pada peleraian tu as aku kata tadi akan bagi effect berfikir pada orang yang nak berfikir. Tapi unfortunately Ang Lee tak bagi penegasan sangat pada part tu. Rasanya part tu ketegangan berlaku pada penonton untuk mempersoalkan kesahihan cerita si Pi ni. Sebab akal yang waras akan kata logik ke untuk sorang survive ngan sekor harimau atas satu kapal. Adakah dia berhalusinasi sebab terdedah pada panas dan terminum banyak sangat air laut menjadikan Richard Parker tu sekadar metafora jer.
















Nak tahu apa yang aku cakap then kena tengok cerita ni. Plus nak kena beli buku dia pas ni lak. Hmmmm..

Thursday, July 19, 2012

Worst Cinema Experience

Perhatian: Kalau korang jenis yang gi wayang semata-mata nak tengok movie tu jer dan kemudian balik rumah dan tidur then post ni bukan untuk korang. Sebab post kali ni aku nak tujukan khas untuk mereka yang gi cinema untuk mendapatkan perkhidmatan terbaek yang boleh diberikan oleh pengurusan cinema tu kepada customer sahaja. Hmmmm..


Apakah ciri-ciri yang menjadikan korang gi satu cinema ni? Adakah:

a) Kerana pilihan filem yang disediakan
b) Kerana pop corn yang sedap
c) Kerana hall yang selesa
d) Kerana audio system yang hebat
f) Kerana pekerja yang mesra

Jujor aku katakan yang before aku kerja GSC aku juga ialah salah seorang yang datang gi cinema sekadar nak tengok movie then habis terus lepak makan sambil buat review dan komen ngan kekawan tentang best or x best filem tu.  

Tapi setelah aku kerja wayang then aku lebih banyak bagi komen tentang once aku jejak kaki ke dalam cinema tu, beli tiket, gi concession, rasa pop corn, koyak tiket, masuk hall, tengok skrin, pencahayaan, sistem bunyi, toilet sehingga ar aku melangkah keluar dari cinema tu. Sebab cinema tu bukan sekadar nak tengok movie jer. Service tu kena betul.

Contoh cam 2 minggu lepas masa nak tengok Spiderman, punya ar geng-geng remaja depan seat aku bawak makanan dari luar ngan serabut, bising, sampah etc sedangkan jelas-jelas house rule kata x leh bawak makanan luar (but still aku pun selalu bawak makanan luar gak sebab harganya jauh lebih murah but still aku berhemah).

Hari ni pulak nak tengok Dark Night Rises bukan maen semangat lagi aku, beli tayangan terawal lagi. Dan pilih seat terbaik: tengah-tengah center dah. But unfortunatelly hall tu suck pulak. Punya ar vertical. Sakit wei tengkuk aku mendongak tengok cerita tu. Itu masih tengah then cant imagine yang duduk depan. Lagi hazab.  Kira tengok gambar bawah ar contohnya:

 
Kemudian tak sampai half the movie masa Bruce Wayne nak cium Catwomen then suddenly filem tu either terkoyak or terbakar menjadikan cerita tu hilang. Almost 15 minit gak tak ada sesapa dari pihak management datang mintak maaf or nak jelaskan apa sebenarnya berlaku. Kemudian cerita start balik dari keadaan yang bukan sambungan tadi. So x ada sesiapa yang tahu apa berlaku dalam tempoh 15 minit tu. Kemudian x sampai setengah jam masa Alfred nak resign tetiba berlaku insiden yang sama sekali lagi. So ada yang x sabar terus keluar.

Jujor cakap cerita ni ialah filem yang aku nanti-nantikan sepanjang 2012 tapi walau sebest mana pun cerita tapi disebabkan betapa sucknya cinema ni buat perasaan aku hancur ar.

















Then teringat kat Sabah ada satu cinema ni yang dalamnya leh guna kerusi lipat kat kedai kopitiam lama. Hmmmmm..


















Jujor aku katakan yang GSC still the best cinema punya services ar. Then korang tanya: Kalau best then apsal ko berhenti? So aku jawab: Kerja wayang tak sebest tengok wayang. Noktah. Hmmmmm

Friday, May 18, 2012

AWAS.. Rahsia Popcorn Sedap..!!

Bekerja dalam cinema menjadikan aku tahu most all of apa yang berlaku dalam satu produksi wayang nih dari tiket, hall, management, housekeeping, cara susun filem, dapur bla bla bla. Dan salah satu part yang most of all akan kaitkan ngan wayang ialah POPCORN. Kadang-kadang ada customer tu beli satu bucket of POPCORN dan bila wayang habis still bucket tu penuh lagi. It seem ia ada satu benda yang mesti beli tapi tak wajib di makan. Hmmm.


Bila masuk bab POPCORN ni aku pernah buat POPCORN sepanjang satu hari suntuk kerja untuk beberapa hari. Realitinya semua yang kerja bahagian Concession wajib tahu buat popcorn dan akan bergelumang ngan minyak, caramel, sugar, corn seed sehingga end of the day korang akan perasan yang baju korang sangat manis. Dan bila direndam then airnya jadi kuning. Huhuhu

Dan Golden Screen Cinemas (GSC) sangat famous with it POPCORN laa. Jujor aku kata yang x ada cinema lain yang pandai buat POPCORN cam GSC. Even management pusat GSC pernah kata POPCORN GSC East Coast Mall (yang mana aku pernah kerja dulu) as POPCORN paling sedap antara GSC lain. Kalau korang nak tahu POPCORN GSC Mid Valley, mat-mat Bangla yang buat sebab tu rasanya spicy rempah ratus sikit. Wakaka..

Satu fakta yang penting masa korang beli POPCORN then korang perlu tahu yang popipng POPCORN ni tak semudah korang makan POPCORN. Ia sangat meletihkan. Popping machine tu bukannya cam kuali tapi keseluruhannya dah cam besar sebijik van ar. Plus bukannya kerja tu sekali dua jer tapi berpuluh-puluh kali semata-mata nak memenuhi kehendak rakus customer. Sehingga kita fikir 'Customer ni makan popcorn cam makan nasi jer..' tapi part yang tak best habis satu filem tengok hall berterabur POPCORN atas jalan, bucket masih penuh. Rasa cam usaha korang tak dihargai jer.

Waktu tu baru aku faham iklan Jalaluddin Hassan ngan Raja Farah waktu kecik dulu cuma kali ni jadi cam sebutir popcorn/ corn seed tu umpama setitik peluh pekerja yang popping POPCORN tu. Sebab kerja ni sangat panas, berpeluh macam mandi tapi percayalah yang rahsia menjadikan POPCORN sedap bukan sebab peluh tu. Wakaka..









Satu perkara pelik yang aku belajar tentang POPCORN ni ialah setiap kali orang berbeza masak akan menghasilkan rasa POPCORN yang berbeza. Yaa it sound ridiculous tapi ia berlaku among pekerja. Walaupun rupanya kuning keemasan dan rasa manis tapi kekadang feel sedap tu lain-lain. Kekadang tu kita leh tahu hari ni sapa yang popping sebab rasanya lain.

So rahsia yang menjadikan popcorn tu sedap ialah keikhlasan dan kasih sayang. Sebab kalau orang yang buat tu tak ikhlas, marah-marah then feel sedap tu tak ada. So kesimpulannya korang masak ar apa benda sekalipun kalau ia disertakan ngan kasih sayang so sedap ar makanan tu melaikan kalau makanan tu sememangnya tak sedap langsung then tak ada apa yang dapat membantu. Hmmmm


















Post ini aku tujukan untuk STARBUCKS tadi yang tak sedap langsung sebab tak ada kasih sayang. Pekerjanya sekadar berebut nak siapkan pesanan pelanggan sehingga nilai kasih sayang tu lupa nak diletak pada kopi tu. Hmmmm.. Kecewa..













Btw akibat terlalu asyik membuat POPCORN aku bawak balik rumah berplastik-plastik besar popcorn untuk dimakan oleh abang, kakak ipar dan anak buah aku.. Wakaka..










Btw bila aku type POPCORN then aku akan teringat porn jer. Sah-sah otak kotor.. Hmmmm

Thursday, February 16, 2012

Cool Jobs?

Apa yang menjadikan korang mendefinisikan sesuatu pekerjaan tu as a cool jobs?
a) Pekerjaan yang buat korang bangga ngan pakaian seragam korang dan setiap kali korang dan group of rakan-rakan berjalan satu baris dalam pakaian seragam tu buat orang lain menoleh dan melihat ngan pandangan cemburu.
b) Pekerjaan yang orang sangat jarang-jarang pernah dengar apa nama pekerjaan tu (dan ia sangat susah disebut or nak dieja) dan vacancy kerja tu pulak bukan calang-calang orang leh buat sehingga buat orang lain rasa tergamam dan respect korang.
c) Pekerjaan yang buat korang lebih banyak masa minum kopi, lepak before lunch and after lunch, lepak minum petang, banyak meeting dan banyak makan masa meeting aka pendek katanya 8 jam lebih banyak dihabiskan kat kedai makan daripada di office. Hmmm
d) Pekerjaan yang orang lain tahu yang kerja tu tak bergaji besar, tak ada career masa depan, tapi korang tak pedulik sebab korang rasa kerja tu sangat cool bagi korang..


Bagi aku contoh pekerjaan yang cool ialah cam: vampire assistant (fantasinya),copy writer (yap, Razzy kerja ko sangat cool), coffee barista, baker, graphic designer, pelukis, penulis, assistant kedai buku, assistant kedai cd etc adalah sangat cool.

Then korang persoalkan "Aj, itu cool ker? Pilot, engineer, doktor bedah saraf, angkasawan bla bla bla barulah cool..!!"

Suka hati aku ar, aku punya definisi then aku punya suka ar..

Then korang balas balik "Aj, I tho ko punya previous job dulu as a library assistant, cikgu sekolah swasta, mr operator, penceramah kat PLKN and assistant manager kat cinema tu bukan dalam list cool job ko gak ker...?"



erk, itu...



Korang sambong balik "Ko pun pernah kerja kat Jabatan Ketua Menteri Sarawak gak kan? That cool what?"










Hmmmm..












What can I say? Cool job kekadang cepat membosankan especially bila ia dah terlalu cool sangat.




















BTW hari ni aku memasukkan satu aku kerja as a cool job iaitu TOURGUIDE. Yap, wishing me all the best sebab petang ni aku nak dapatkan kerja tu.. Hohoho

Thursday, February 9, 2012

Customer Are Always SUCK..!!

Korang dah layan video pekerja KFC yang membelasah customer yang lebih kurang situasinya: customer beratur panjang-sampai kaunter pekerja bagitau makanan dah habis-customer membebel-pekerja marah. Realitinya pekerja dan customer tu orang yang baik-baik jer tapi sebab that day ialah bad day diaorang so mereka gadoh ar. Bagi ramai customer akan kata yang ianya salah pekerja tu sebab customer always right.. Bagi aku naaaaa..


Korang pernah kerja customer service yang fokus kerja tu just serve customer either with product or services lebih dari 8 jam sehari, 6 hari seminggu tak?

Kalau korang pernah ada experience tu then korang pasti akan kata yang customer tu or mana-mana customer sangat-sangat SUCK dan deserve diberi layanan sedemikian plus korang sangat berterima kasih pada pekerja KFC tu sebab dah mewakili semua pekerja-pekerja yang hidup mati hanya nak layan perangai sebijik cam setan tu. Hmmm..

Tapi kalau korang tak pernah then apa yang aku leh kata ialah: yap customers are always rite. Hmmm..


...


Aku pernah buat beberapa kerja yang berasaskan customer service nih. Kerja terakhir aku as 'pekerja wayang' yang kekadang kerja 14-15 jam sehari, 6 hari seminggu then ngan moto bahawa we are servant that serve king aka pekerja ni ialah hamba abdi yang melayan karenah dan keperluan raja. Kalau jadi customer of course la happi hapi cuma yang extra merana tu servant laa..

Just imagine kalau kaunter jual tiket jer dalam sehari tu nak serve beratus customer yang setiap satu berperangai pelik nak mampus then emosi kita turut lari sekali ar. Kalau sorang dua je yang mintak diskaun or tanya review filem or kata duit tak cukop or asyik bergayut ngan handphone mahal lah sangat tu or berlagak nak mampus or kata curik duit etc then it still okey tapi masalahnya almost semua perangai sama jer.

Kalau boleh cakap lepas then dah lama keluar word buduh, caki maki, carut marut etc or hentak kepala customer kat dinding or leh pancitkan tayar dia ke.. Hmmm..


...


Previous-previous tu plak pernah kerja jadi 'operator' kat TM. Yap, korang tahu service TM teruk tapi percayalah kalau korang jadi customer service representative TM then korang akan terasa bahangnya bila dalam sehari mesti ada berbelas customer yang kata diri datin or perangai burok cam datin caki maki korang kat telefon. What can u do? Tekan butang mute then makan keropok ke, baca magazine ke or beborak ngan kekawan sampai dia letih.

Plus info tambahan: kalau korang nak letakkan 100% beban kesalahan pada operator tu then korang buta tuli ar. Operator just buat report then hantar pada bahagian yang akan handle aduan tu before assign contractor untuk solve masalah tu. Then korang tanya "So...?". Masalahnya sorang operator sehari dalam jawab around 60-70 calls then buat report yang jumlahnya berganda then dalam sehari keseluruhan operator menghasilkan beribu-ribu report. Fikir sendiri.


(tapi tak dapat dielak gak yang memang ada pekerja TM yang malas buat kerja. Hmmm)


But motto TM are more realistic ar bila mereka kata: customer has a right aka pengguna ada hak untuk tahu apa hak mereka.


...



Bila melibatkan customer service then pendirian aku cuma satu jer: aku nak bagi service sepertimana aku nak aku nak dilayan. Aku nak orang layan aku baik then aku layan orang sebaiknya. Hmmm..














Aku pernah pergi 1 KFC ni, beratur panjang then bila sampai kaunter then aku order dan pekerja tu ngan senyuman kata "Sori encik, kami cuma ada wedges jer lagi. Itu pun satu jer.." Buat aku heran, modus operandi utama KFC bukan jual ayam ker? Naseb baek aku tak lepas mulot then kalau tak mesti  muka aku plak yang kena belasah kang. Hmmmm..

Thursday, January 5, 2012

Review 2011

Aku bukanlah jenis manusia yang mengagung-agungkan saat 11.59 minit malam pada 31 December setiap tahun tanpa tahu sebab musabab untuk aku meraikannya dan few minute after that thing berlalu sama saja seperti hari-hari biasa pada mereka. But still aku masih lagi sambut tahun baru tapi sambutan aku adalah beberapa hari lebih lewat dari hari yang sepatutnya. Whose care? My new year are depend on me laa kan? Hohoho


Tahun 2011 ialah tahun yang agak mendatar bagi aku. Nothing big happen. Tapi still setahun adalah tempoh  masa yang panjang dan kalau aku tak dapat lihat apa yang aku perlu belajar sepanjang tempoh tu or tak ada peningkatan pada diri aku then aku ialah seorang yang rugi. So aku nak buat review tentang graft hidup aku sepanjang setahun yang lepas.


a. KERJA
Aku buat 3 kerja untok tahun ni. First: Customer Service Representative aka mr. Operator di Call Center TM's Malaysia di Kuching selama almost 4 bulan. Second: Penceramah untok Modul Integrasi di PLKN Bintulu selama seminggu. Lastly: Cinema Assistant Manager di Golden Screen Cinema di Kuantan, Pahang selama almost 4 bulan.


As antara kata-kata yang selalu orang guna untok menenangkan hati aku setiap kali aku kata aku resign kerja  yang bagi aku a bit lawak ialah "Jangan risau. Yang penting kau boleh dapat pengalaman kerja yang banyak.." Ya ya ya.. And as aku perasan rupanya setiap satu kerja yang aku buat ialah dari bidang yang berbeza. Yap sekaligus aku memang dapat pengalaman kerja yang berbeza plus membuktikan bidang-bidang tu tak sesuai ngan aku. Hmmmm..


Hampeh rite?


b. KAMERA
Tahun ni aku beli 5 bijik camera. First: underwater film toy camera. Second: kamera CANON Powershoot A480 camera digital biasa sebab awal tahun tu kebetolan kamera aku buat hal. Third: CANONET Classic film camera. Keempat: CLAP digital camera. Kelima: FISHEYE2 Lomography camera. Wakaka.. Sesaja membazir duit..


Tahun ni aku mulai mengenali idealogi LOMO aka idea penggunaan filem rosak. Aku rasa ideanya cukup cool when kita akan back to basic aka guna filem tanpa tahu cam mana hasilnya then menimbolkan curiosity yang tinggi untok tengok hasil akhernya masa di cuci kelak tanpa perlu peduli nak buat effect-effect tambahan etc. Plus design-design luarannya sangat lari dari kebiasaan camera-camera biasa yang agak skema dan terkawal yang sangat sesuai ngan sifat diri aku yang agak menentang formality dan ciri-ciri normal.


Tak lupa aku masih lagi sangat anti pada DSLR. huhuhu


c. LOVE
Faezah dan Zack bertunang, Laila dah kahween dan dah mengandung and tunggu beberapa minggu lagi before tukar tittle, Kaspalela Manja dah dirisik, Nazz dan Fressa pun dah start nak beli barang hantaran, Asnida Alwie  yang gila ganas masa sekolah dulu pun dah kahween. Itu belum masuk yang couple sekian lama tapi masih belum lagi tukar-tukar status sebab takutkan komitmen. Even my 17 years old cousin yang belum keluar result SPM pun declare ngan balak dia.



(tak ada gambar)














Dan aku? Menyendiri lagi.. menyendiri lagi pada tahun lalu dan pada permulaan tahun ni lagi.. Hmmmm

Tuesday, January 3, 2012

Bebudak Zaman Sekarang

Masa kerja wayang dulu ada sorang crew ni yang tengah cuti sekolah kerja sambilan kat situ dan tanya aku tentang komen aku untok filem Push In Boots then aku kata ar jujor yang filem tu just biasa-biasa jer dan lebih mengecewakan sebab ia sikitpun tak masukkan as cerita Push In Booth as dalam buku cerita yang aku used to baca masa kecik-kecik dulu. Then dia tanya penuh kehairanan dan cam tak percaya "Push In Booth ada dalam buku ke?" Hmmm


Sama gak masa aku jual tiket then cam waktu tayangan filem The Three Musketeers then aku bersoal jawab ngan customer yang mati-mati tak tahu and tak pernah haram dengar nama tu. At least kalau korang tak pernah baca buku then tak kan tak pernah tengok kartoon, drama series, filem-filem remake lain ke. Or filem Sherlock Holmes terkini ni leh plak ada orang baru tahu rerupanya ia adalah karya penulisan dari Sir Arthur Conan Doyle. Masalahnya ada ramai yang fikir cerita tu ialah cerita baru plak. Hmmm



Situasinya sama cam anak buah aku yang umor 9 tahun leh cam sangat tak percaya cam mana aku leh tahu apa yang berlaku pada Goku dalam Dragon Balls, or Pokemon, Digimon, Arale, Doraemon etc tu. Sebab tak percaya yang cerita yang sama pernah dimainkan pada zaman aku masih kanak-kanak dan diulang tayang semula sekarang ni dan mungkin akan sekali lagi pada anak diaorang nanti.








Punca aku keluarkan post ni ialah bila my 9 years old nephew terjumpa buku lama kami adik beradik masa kecik dulu titled Nancy Drew bla bla bla laa then aku kata ar kat dia yang buku tu best. Dan sekali lagi dia tak percaya dan letak tepi dan kembali kepada permainan dia. Wow, aku pada umor dia dah khatam buku tu, buku The Famous Five, Hardy Boys etc. Budak zaman sekarang ngan buku senipis tu pun susah nak baca sehelai muka surat pun. Hmmm..










Sama gak cam dah habis baca buku Puss In Boots, The Ugly Duckling, Pinocchio dan seantero buku fairy tales yang lain yang kalau aku sebut satu watak pada budak sekarang then mereka akan kata "Oooh Pinocchio yang ada dalam Shrek tu eh?" tanpa tahu asal usul watak sebenar.














Sama cam orang sekarang ni gak bila tengok mahasiswa buat demonstrasi itu ini then kata bodoh, tak bertamadun, tak kenang budi etc tapi bertahun-tahun yang dulu bila Mahathir dan Anuar jadi mahasiswa dan buat benda yang sama then tak ada sapa yang bising. Sebab mereka tak tahu dan tak nak ambik tahu. Hmmm

Tuesday, December 20, 2011

Misi Mustahil Songlap

Sorang crew masa aku kerja kat GSC dulu pernah kata: each and everytime dia part time kerja situ waktu cuti sem then it take months after dia berhenti untok dia cooling down before dia leh tengok wayang lagi. Betapa menunjukkan persekitaran kerja wayang ni not as semudah or seenjoy yang dijangkakan oleh orang ramai yang mostly datang just tengok wayang je ar. Tapi bagi aku plak, 2 hari after resign then terus je tengok wayang dan aku sangat happy bila selama ni jadi slave melayan karenah orang tapi kali ni aku plak jadi raja yang dilayan slave-slave sana.. Wakaka


Semalam aku dan LOONG, sorang kawan (yang bekerja as cikgu KPLI yang sangat best sebab leh cuti panjang sepanjang cuti sekolah but still gaji as cikgu yang besar tu still berjalan gak) keluar tengok wayang. Tengok cerita paling hangat sekarang ni: MISSION IMPOSSIBLE 4. Cerita ni memang tak rugi tengok tapi kalau korang yang belum tengok then aku just leh kata: ia sama je cam cerita-cerita agen-agen perisikan yang tipikal.

What makes it so tipikal ialah apabila seperti biasa agent Ethan Hunt sekali lagi diberikan dengan satu misi yang mustahil dan a group of pembantu then mereka akan buat aksi-aksi ganas but agent Hunt sentiasa bernasib baik then akan terselamat in what ever aksi yang merbahaya terlampau dan group member dia just bawak watak sampingan dan kalau nasib tak baek then salah sorang or semua akan mati. But the end of the story once again agent Hunt akan meng-accomplished-kan mission tu. Yap, itu kira happy ending ar.

Buat aku mempersoalkan kat IMF (agensi perisikan US tu) tak ada agent lain lagi ke or sememangnya agent Hunt tu memang IMF's Best Worker Or The Year ar agaknya. Sebab kalau kita tengok filem-filem terdahulu cam agent-agent lain tu cam senang sangat dibunuh sedangkan dia sentiasa jer bernasib baik. Kalau ada letupan or kereta terpelanting then pasti hampir-hampir je terkena dia. Pendek kata kalau kita lepaskan 100 butir peluru tembak dia then semuanya nyaris-nyaris jer terkena dia. Or tulang dia diperbuat dari besi ke sehingga melompat dari tempat tinggi tak pernah patah riuk tulang temulang dia. Even leh lari ngan stabil lagi. Dia ada 9 nyawa ker r what?

Perbezaan filem kali ni ngan filem-filem MI terdahulu bagi aku dan aku yakin semua setuju ialah ada unsur lawak yang banyak diselitkan dalam cerita ni. Dan agent Hunt most of the part cam kurang yakin ngan apa yang dia buat. Mungkin selalunya dalam filem terdahulu dia just buat kerja sorang tapi kali ni dia ada group yang mostly ditengok just cam budak universiti tahun akher yang tengah bwat field work yang mostly akan buat silap or perlukan trainer untok bimbing. Sebab sepanjang perjalanan cerita group member dia seem kurang membantu dan perlu diback-up oleh agent Hunt balik. 


Kesimpulannya, MI4: Ghost Protocol ialah sebuah cerita agent perisikkan yang biasa cuma dibezakan dengan misi dan aksi dan penyamaran yang perlu mereka lakukan. Plus satu lagi ciri tipikal dalam cerita ni ialah Rusia ialah kuasa jahat. Hmmmm..



...



Dan kebetulan lewat petang tu hujan lebat dan aku plan naik motosikal dan bila LOONG blah aku manfaatkan saki baki usia remaja aku ngan nonton SONGLAP. Realitinya dah lama nak tengok cerita ni. Masa awal-awal kuar trailer cerita ni lagi. Pasal nampak cam lain. Tapi rancangan asal biar seminggu dah berlalu then harga tiket murah sikit ke baru nak layan. Huhuhu.

Satu statement jujor SONGLAP ialah sebuah cerita tempatan yang lain. It seems cam layan cerita karya Arwah Yasmin Ahmad versi komersial yang tak berlatarbelakangkan bandar Ipoh. Sebab jalan ceritanya lurus jer most all the time. Tak ada klimak or turun tapi ia tak ada ruang kosong yang kosong sehingga kita leh sms kawan yang dah bertahun tak dengar khabar berita etc. Ia membuatkan aku tak sempat nak rasa boring walaupun perjalanan cerita yang mendatar tapi aku nak tahu apa yang akan berlaku dan lagi dan lagi.

Lakonan Sam sangat berbeza. At  least ia jauh lebih hidup dan mampu diingati berbanding watak-watak yang dia bawak dalam filem-filem cam Bini-biniku Gangster (aku terpaksa tengok), Ngangkung (sebab kakak aku beli DVD Pirate), Alamak Toyol (dia berlakon eh?) etc yang mostly cam ar.. But still Shafie aka Mukhsin still better. Sarah Ali ar... no komen. It seems watak dia berakhir sama cam bagaimana ia bermula.

Ada part bab dalam cerita ni dapat dibaca lebih awal cam Omar Abdullah rogol Sarah Ali or Normah Damanhuri ialah emak kepada Ad dan Am tapi kalau Cerekarama tipikal then emak yang pelacor ni bila dapat tahu itu anak dia then akan bertaubat tapi cerita ni lebih realistik. Dan aku suka ending dia. It not so happy ending sangat ar. Dunia ni tak adil.

Dan ia berlatarkan sisi-sisi yang kurang dipertontonkan dalam kaca TV tentang Kuala Lumpur cam Hentian Pekeliling (tempat aku gi Kuantan tempohari even bas yang aku guna pun kuar gak) etc yang sangat menarik ngan teknik videography. Even pelakon-pelakon sampingan ngan watak tak seberapa penting pun walau watak kecik tapi leh menimbulkan emosi best.

Bab paling aku tak leh tahan sehingga terkesima mengalir air mata aku bila part Am peluk Ad tak nak kasi lepas suroh Am ikot diaorang lari dan tinggalkan dunia tu.






Pendek kata aku leh bagi 3.5-4 bintang untok filem ni. Memang tak rugi dan akan tengok sekali lagi.

















Tamat cerita ni tengok nama watak rerupanya Ad dan Am kongsi nama yang sama: ADAM. Hmmm..

Tuesday, November 22, 2011

Dunia Kaki Bodek

Ada satu perkara yang aku tak pandai nak buat, tak tahu nak buat dan sedaya upaya untuk tak nak buat ialah membodek. Membodek seems bagi aku cam korang menunjukkan kemaluan korang then korang kata kemaluan orang yang korang nak bodek tu as jauh lebih besar, diameter yang sempurna, bagus untuk aktiviti senggama etc berbanding yang korang punya semata-mata bermatlamat nak orang tu ngan yakin percaya yang he do have the great 'kote' ever..


Aku bekerja dalam persekitaran manusia yang penuh ngan kaki bodek. Si kaki-kaki bodek ni depan boss bukan main lagi tunjok pandai, tunjuk hebat, tunjok itu ini, tokok tambah cerita kecil jadi besar etc tapi bila boss tak ada then buat dono, main game, mengata orang, sebar cerita buruk itu ini, reka cerita itu ini. Yang aku pelik tu boss plak leh kena tipu senang-senang jer. Mungkin sebab basic membodek ni mesti ampu boss then boss yang dah terampu tahap terbang di awangan ngan mitos tipu helah tu terus percaya ar pada mereka.

Nak dipendekkan cerita semalam ni boss suddenly suroh sorang kaki bodek ni bagi brief pada aku tentang fungsi office. Dan dah nama kaki bodek ni kosong so ngan sedaya upayanya dia berlagak pandai cakap apa sahaja yang dia tahu dan dia merendah-rendahkan aku as orang baru yang tak nak belajar dari senior-senior , lebih rapat kepada pekerja, baca buku SOP lama-lama tapi tak ingat bla-bla-bla. 

Tapi masalahnya dia sendiri pun 2 kali 5 gak. Dia buat kerja pun banyak salah walaupun dah hampir setengah tahun kerja. Kalau aku yang baru 2 bulan kerja ni lain kes ar kan. Dan semalam gak bila keluar part data-data yang dia tak tahu tapi dia sepatutnya tahu then anak mata dia dah lari. Boss plak ada kat dalam office. Sebelum tu suara bukan main tinggi, dada naik so dah tetiba gelabah. Then buat ayat nak mengelak. Semak buku SOP tak jumpa fakta yang dia kata ada. Itu belom lagi dia bagi fakta yang salah. Wakaka.






Aku dalam hati ketawa besar. Tengok sejauh mana dia boleh berlakon.















Jujor kata mungkin ada gak orang yang cuba membodek aku selama ni ngan buat-buat baik dan aku plak jenis yang lurus bendol akan percaya yang mereka benar-benar baik buat baik tanpa mintak balasan but manusia tak semuanya sama ar kan. Tapi reaksi aku mostly layan jer tapi bila aku nampak yang dia cam something so aku terus neutral jer ngan dia. Dan dia dah tak nak membodek aku lagi. Gave up.















Aku tak nak mengata orang lama-lama. Dosa aku sedekah kat dia jer nanti. Cukup aku katakan: tak ada faedah nak jadi kaki bodek ni. Memang ar realitinya dunia ni kaki bodek akan dapat tempat yang tinggi tapi aku tak akan berada kat tempat tinggi tu melainkan aku nak ia adalah atas usaha aku sendiri. Hmmm..

Wednesday, November 16, 2011

An Alien From Sarawak

Apakah nama negara or nama tempat yang korang tak pernah dengar langsung seumur hidup korang? Yap, jawapan paling kurang ajar akan kata "Macam mana aku nak bagitahu nama negara tu kalau aku memang tak pernah dengar nama negara yang aku tak pernah dengar lagi tu?". Hmmm..


Technically aku dah kerja kat tempat ni lebih 2 bulan. Antara fakta menarik dan agak lucu serta menyedihkan yang aku jumpa kat tempat ni ialah: most of pekerja sini tak pernah lagi secara live jumpa mana-mana manusia yang berasal dari Sarawak sekaligus menjadikan aku ialah satu-satunya manusia dari Sarawak yang mereka pernah jumpa. Hmmm.. Quite ridiculous ar kan?

It seems selama ni kita pernah dengar tentang burung dodo (Raphus cucullatus) yang known widely as burung yang dah lama pupus then suddenly ada sekor burung tu muncol dan jadi tarikan utama orang ramai. Semua orang nak tahu tentang rupa sebenar, saiz, cara hidup etc. Sebabnya: tak ada sesiapa yang hidup era ni yang pernah tengok burung dodo secara live selama ni. Ia just sekadar melalui bualan mulut, gambar dan mitos jer. Hmmm..

So waktu aku mula-mula datang sini dulu antara persepsi or tekaan awal mereka (selain kata aku ni Cina) ialah yang aku ni asal dari Indonesia, Thailand, Sabah, Perak, Kedah etc. It seems Sarawak ialah satu pilihan di luar kotak tekaan minda mereka. Then mereka mulai try nak cakap like a Sarawakian tapi aku perbetulkan: itu orang Indonesia cakap or paling koman itu orang Sabah cakap ar. Hmmm..







Or macam tadi masa tengah lepak then ada mat salleh ngan 2 orang local (sorang Sabahan ar) yang cakap-cakap then si Sabahan and the other Malaysian ni ngan mudah je kuarkan fakta pelik-pelik yang tak masok dek akal tentang Sarawak. Teringin je nak masok campor tapi biar je ar mereka ngan kejahilan mereka.


















It seems like aku satu-satunya manusia yang cukup alien yang berasal dari satu tempat yang cukup alien. Hmmm..




















Lawak? Sometime. Menyedihkan? All the time. Hmmm

Thursday, November 10, 2011

Saya Anti Ustaz Azhar Idrus

Perhatian: post kali ni tak ada kaitan langsong ngan Ustaz Azhar Idrus, pensyarah bebas yang terkenal yang menjadi idola ramai remaja Islam di Malaysia. Ustaz Azhar Idrus tersebut merujuk kepada code name yang digunakan oleh penulis dan rakan sekerja kepada seorang makhluk tuhan lain. Hmmm..

Awal-awal aku jumpa dia dulu, aku percaya yang dia seorang lelaki yang baik. Walaupun dia agak muda tapi aku suka perangai dia yang sentiasa hormat orang and walau sebusy mana sekalipun dia selalu dan akan tolong aku walau aku tak mintak tolong sekalipun.Even orang lain pun sangat senang ngan perangai dia yang mudah mesra dan full of sense of humor yang tinggi. 


But as time goes by, dia berubah. Bunyik cam as time goes by tu cam lama ar sangat tapi realitinya dalam masa yang sangat cepat, dia berubah jadi someone else. Someone yang totally berbeza than previous of him. Memula aku tak percaya ar bila kekawan lain bagitahu yang dia dah berubah. Just imagine, aku just tak jumpa dia 1-2 hari  jer then bila jumpa balik, yap aku mengaku yang dia dah berubah. 

Pandangan mata dia, cara dia senyum then belum masok part bila dia start bercakap. Berbeza sangat. Dia dah start mengarah dan cakap perli-perli. Sedangkan dia sekadar crew biasa-biasa jer. Tapi bila aku ingat balik, yap memang ada kronologi berlaku sebelum ni. Dulu dia start rapat ngan orang-orang yang berpengaruh dan penting dalam company cam crew leaders, supervisors, assistant manager and manager itself. Even dia sempat jadikan sorang supervisor tu as kakak angkat dia lagi. 












Then buat aku terfikir, Im future assistant manager so maknanya selama ni dia buat baik ngan aku bersebab laa..

















DAMN...!!!

Thursday, October 20, 2011

Aku Rindukan Bintang Malam

Aku bekerja di sebuah pusat beli belah yang paling busy di negeri ni (agaknya kot). Aku masok kerja sewaktu kedai-kedai lain masih belum bukak lagi dan aku balik kerja sewaktu semua kedai dah tutup. Aku berada dalam ruang shopping complex tu tanpa aku dapat bezakan sama ada hari masih siang or dah malam, cerah or hujan, or itu hari apa or what everthing di luar tembok konkrit tu. Aku kerja 6 hari seminggu. Aku dudok serumah ngan abang, kakak ipar dan my 1 years old nephew tapi aku hanya sempat jumpa mereka sekitar 2-3 jam je dalam tempoh seminggu. 


Do you know what I miss the most?














Aku rindukan bintang di langit waktu malam. 













Kalau aku bekerja shift malam, waktu breaknya aku akan naik tingkat teratas complex ni. Aku akan duduk kat ruang tertinggi dan hisap beberapa batang rokok. Tapi langit malam di bandar Kuantan kosong. Mungkin sebab habuk, asap atau debu. Lalu aku tak pernah sempat berbaring, melihat bintang malam, pejam mata tanpa perlu peduli apa yang sedang berlaku di sekitar.














Makin ramai yang kata kerja ni tak sesuai untok aku. Dan rakan sekerja di sini plak kata aku tak sesuai untok kerja ni. 
Dan aku sendiri?



















Aku dapat rasakan ada sesuatu yang 'hilang' dan aku semakin 'hilang' di dalamnya

Thursday, October 13, 2011

Worst Employee Ever

Kalau zaman dulu-dulu, sekolah sangat suka guna istilah budak bodoh, lembap, malas, suka main, tak serius, baghal etc tapi as time goes by sekarang dah sekolah dah ada istilah lain cam dyslexia, hyper active then diubah sistem pengajaran bersesuaian dengan kemampuan penerimaan pelajar. Sebab manusia ni ada banyak jenis. Tak semuanya fast and smart learner. Ada slow, ada kuat hafal, ada good in practical, ada yang punya kekurangan dan kelemahan sendiri or in other wordnya: tak ada sesiapa yang benar-benar bodoh. Hmmm..


Teringat masa sekolah dulu, aku tak kelaskan diri aku as sorang yang pandai. Walaupun sepanjang 5 tahun di sekolah menengah aku dapat nombor 1 lebih 80% setiap tahun but still aku tak kelaskan diri aku as pandai. Aku cuma faham konsep apa yang diajar dan aku kuasai certain subjek cam math etc. But still aku lemah on other subjek cam sejarah etc. 

Aku suka math sebab jawapannya memang tepat dan aku suka something yang aku boleh praktiskan. Berbanding sejarah yang lebih kepada pembacaan dan penghafalan fakta, nama orang, nama tempat, tarikh, tahun bla bla bla peristiwa silam yang mostlynya aku tak dapat relate ngan hidup aku (or sama gak cam rumus algebra etc yang aku tak dapat guna masa beli ikan kat pasar basah). Sebab realitinya aku bukan kaki hafal.

Tapi masa form 6 aku jumpa 2 orang kawan seangkatan yang selalu dapat nombor 2 dan 3 kelas yang selalu score subjek sejarah. Dan kalau korang baca essei mereka then korang akan dapati yang jawapan mereka sebijik cam apa yang ada dalam buku teks sejarah form 6. Sebijik. What I'm nak kata sekarang ialah bukan mereka meniru masa exam tapi mereka memang jenis kaki hafal sebijik-sebijik. Nak buat cam ne ar kan kalau sistem otak manusia tak sama ar kan..?Hmmm..




...




Semalam adalah genap 1 bulan aku bekerja di suasana baru ni. So mereka buat assessment ke atas aku based on buku SOP company. Kalau korang tak tahu apa benda SOP tu ialah Standard Operation Procedure aka cam buku manual kalau korang beli gadjet ar yang mostly kita tak akan ada hati nak baca. Buku SOP untok company ni plak ada 1 masalah. Apa yang ada dalam buku SOP tu tak semua dipraktiskan dalam aktiviti business. Then after 3 bulan aku di sini kelak, aku akan diadili oleh Area Executive yang akan buas assessment based on SOP tu. Dan terlalu banyak fakta, nombor, jargon, istilah-istilah yang perlu aku hafal yang mostly tak sama ngan apa yang aku diajar waktu handling real stuff.









So aku fail kesemua assessment yang dijalankan semalam. Dan aku dikelaskan oleh mereka sebagai pekerja  (not including crew) paling teruk dalam company.
















Atas alasan apa? Aku tak hafal seluruh buku SOP tu...!!




















Okey, nak buat cam ne ar kan? Aku bukan jenis kaki hafal.Then operate sistem otak aku dan tukar cara otak aku tafsir data? Gosh..















Mungkin kerja ni bukan ditakdirkan untok aku. Tapi aku tak akan mengalah dengan mudah. Kalau aku memang tak ditakdirkan untok kerja ni then aku akan redha. Aku yakin tuhan tahu apa laluan dan penghujung perjalanan aku ni kelak. Hmmmm..