Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Mari Buat Coleslaw KFC

TIGA hidangan yang paling aku suka tentang KFC ialah 1) Cheezy Wedges (Malaysian mana yang tak suka benda alah ni kan?) 2) Coleslaw dan 3) Mashed Potatoes. Yap, aku tak suka hidangan utama iaitu ayam goreng beliau (or mana-mana burger dari KFC). Bagi aku ayam KFC ni kat luaran je yang boleh tahan tapi kat dalam totally kosong tanpa ada rasa apa-apa pun. Hmmm..


AKU tahu ramai yang pandang sebelah mata je kat Coleslaw KFC ni. Ia sama ada akan jadi benda terakhir yang kau akan makan or bawa balik dan simpan kat peti sejuk dan hanya makan bila tak ada benda lain yang kau boleh makan kat rumah kau masa tu or kau just tak makan. Seriusly beberapa kali gak aku tengok customer yang just blah dan tinggalkan coleslaw tu tak disentuh langsung. Membazir rezeki je. Kalau tak nak makan awal-awal lagi dah kata jangan letak sekali kan? Tapi aku sebaliknya. Yap, aku memang manusia pelik tapi sejujurnya aku sangat suka benda alah tu sehingga aku dah buat banyak kali Coleslaw KFC tu kat rumah dalam bilangan besar dan seperti biasa, hanya aku sorang je melantak benda tu sorang-sorang. Wakaka.

Hari ni aku nak share resepi Coleslaw KFC. Aku jumpa resepinya kat sini. Bila dah siap rasanya totally 97% sama ngan coleslaw yang jual kat KFC sana. Korang boleh ambik terus dari link yang aku tinggalkan tu or buat versi aku ni. 


Bahan-bahannya:
1/2 cup mayonnaise (aku beli yang paket kecil Lady Choice yang harga RM1.20)
1/3 cup granulated sugar (aku guna gula blend or gula aising)
1/4 cup milk (aku guna susu full cream sebab aku rasa aku belum cukup gemuk lagi)
1/4 buttermilk (or guna sukatan 1 cawan susu + jus lemon/cuka dan kacau 10 minit)
2 1/2 tablespoon lemon juice (aku skip sebab malas nak perah lemon)
1 1/2 tablespoon white vinegar (cuka buatan biasapun tak kisah)
1/8 tablespoon pepper (guna lada hitam Sarawak lagi cantik rupanya)

8 cups chopped cabbage
1/4 cups shredded carrot
2 tablespoon onion (bawang besar)


Cara-caranya:
Campur semua bahan. Siap, letak dalam peti sejuk (bukan freezer) dan setengah jam lepas tu dah boleh makan.



Peringatan penting: 
1. Cuka jangan terlebih sangat sebab nanti rasanya akan jadi terlebih masam dan boleh buat sakit perut. 

2. Bilangan cabbage dan carrot tak kisah kau nak letak banyak mana tapi jangan terlebih banyak untuk bawang besar. Sebab nanti rasanya akan jadi sangat tak best. Yap, sebab benda ni makan mentah so bawang besar mentah akan bagi impak kureng ar.

3. Kau boleh guna cabbage warna unggu sebab rasanya tak berbeza pun cumanya ia tak akan nampak menyelerakan. Yap, aku dah pernah cuba. Ia tak cantik dan sedikit ngeri untuk dimasukkan ke dalam mulut. 

4. Aku guna chopper dari Tupperware yang setiap kali nak kisar kau perlu tarik tali macam orang nak start enjin boat. Potongannya kecil dan sesuai dengan saiz yang aku nak. Kalau kau nak guna tangan boleh je cumanya ia akan ambil masa dan tenaga yang banyak gak ar. Hmmm..



So, selamat mencuba.

Thursday, February 9, 2012

Customer Are Always SUCK..!!

Korang dah layan video pekerja KFC yang membelasah customer yang lebih kurang situasinya: customer beratur panjang-sampai kaunter pekerja bagitau makanan dah habis-customer membebel-pekerja marah. Realitinya pekerja dan customer tu orang yang baik-baik jer tapi sebab that day ialah bad day diaorang so mereka gadoh ar. Bagi ramai customer akan kata yang ianya salah pekerja tu sebab customer always right.. Bagi aku naaaaa..


Korang pernah kerja customer service yang fokus kerja tu just serve customer either with product or services lebih dari 8 jam sehari, 6 hari seminggu tak?

Kalau korang pernah ada experience tu then korang pasti akan kata yang customer tu or mana-mana customer sangat-sangat SUCK dan deserve diberi layanan sedemikian plus korang sangat berterima kasih pada pekerja KFC tu sebab dah mewakili semua pekerja-pekerja yang hidup mati hanya nak layan perangai sebijik cam setan tu. Hmmm..

Tapi kalau korang tak pernah then apa yang aku leh kata ialah: yap customers are always rite. Hmmm..


...


Aku pernah buat beberapa kerja yang berasaskan customer service nih. Kerja terakhir aku as 'pekerja wayang' yang kekadang kerja 14-15 jam sehari, 6 hari seminggu then ngan moto bahawa we are servant that serve king aka pekerja ni ialah hamba abdi yang melayan karenah dan keperluan raja. Kalau jadi customer of course la happi hapi cuma yang extra merana tu servant laa..

Just imagine kalau kaunter jual tiket jer dalam sehari tu nak serve beratus customer yang setiap satu berperangai pelik nak mampus then emosi kita turut lari sekali ar. Kalau sorang dua je yang mintak diskaun or tanya review filem or kata duit tak cukop or asyik bergayut ngan handphone mahal lah sangat tu or berlagak nak mampus or kata curik duit etc then it still okey tapi masalahnya almost semua perangai sama jer.

Kalau boleh cakap lepas then dah lama keluar word buduh, caki maki, carut marut etc or hentak kepala customer kat dinding or leh pancitkan tayar dia ke.. Hmmm..


...


Previous-previous tu plak pernah kerja jadi 'operator' kat TM. Yap, korang tahu service TM teruk tapi percayalah kalau korang jadi customer service representative TM then korang akan terasa bahangnya bila dalam sehari mesti ada berbelas customer yang kata diri datin or perangai burok cam datin caki maki korang kat telefon. What can u do? Tekan butang mute then makan keropok ke, baca magazine ke or beborak ngan kekawan sampai dia letih.

Plus info tambahan: kalau korang nak letakkan 100% beban kesalahan pada operator tu then korang buta tuli ar. Operator just buat report then hantar pada bahagian yang akan handle aduan tu before assign contractor untuk solve masalah tu. Then korang tanya "So...?". Masalahnya sorang operator sehari dalam jawab around 60-70 calls then buat report yang jumlahnya berganda then dalam sehari keseluruhan operator menghasilkan beribu-ribu report. Fikir sendiri.


(tapi tak dapat dielak gak yang memang ada pekerja TM yang malas buat kerja. Hmmm)


But motto TM are more realistic ar bila mereka kata: customer has a right aka pengguna ada hak untuk tahu apa hak mereka.


...



Bila melibatkan customer service then pendirian aku cuma satu jer: aku nak bagi service sepertimana aku nak aku nak dilayan. Aku nak orang layan aku baik then aku layan orang sebaiknya. Hmmm..














Aku pernah pergi 1 KFC ni, beratur panjang then bila sampai kaunter then aku order dan pekerja tu ngan senyuman kata "Sori encik, kami cuma ada wedges jer lagi. Itu pun satu jer.." Buat aku heran, modus operandi utama KFC bukan jual ayam ker? Naseb baek aku tak lepas mulot then kalau tak mesti  muka aku plak yang kena belasah kang. Hmmmm..

Wednesday, December 22, 2010

Minor Injury

Hari ni tadi aku kemalangan motosikal. Just a self-accident. Hujan lebat, jalan licin dan aku bawak kelajuan yang kurang sesuai untuk kawasan selekoh. Syukur sebab tak ada major injury. Sekadar luka pada telapak tangan, lebam pada kedua-dua belah kaki dan sakit-sakit sendi sikit jer. Then aku teringat pepatah Melayu lama: tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat ketawa. Membuatkan aku tersenyum sesorang..

Technically-nya aku dah lama tak accident. Jujur aku kata aku agak sedikit merindui 'that feel' kemalangan tu. Rasa yang membuatkan hati korang berdegup dengan kencang sama cam effect main roller coaster (bukan di Genting r). Cuma bab yang tak best ialah kecederaan yang sedikitpun tak sedap cam ayam KFC. Kali terakhir kalau tak silap sekitar akhir 2007 apabila ada kereta langgar belakang kereta UDA yang aku bawak. Then sepanjang tempoh tu hanya ada near miss almost purata setiap kali aku menaiki kenderaan bermotor. Hmmm..

Sejujurnya aku seorang yang agak POSITIF bila handling unfortunate events cam ni. Contoh macam masa accident form 5 dulu yang membuatkan aku cuti dari sekolah sekitar 2 bulan. Aku boleh berfikir ngan waras dengan bersyukur pada tuhan sebab membuatkan aku sedar yang tuhan sebenarnya sedang memberi aku peluang kedua untuk cover balik kesalahan aku before. Sebab ada beberapa rakan sebaya yang accident dan sekarang cacat otak, cacat fizikal and worst: MATI.

Tapi my COUSIN plak anggap perkara yang sama as sebaliknya. Dia pernah kemalangan masa tamat paper STPM pada bulan RAMADHAN (yang dia tak nak puasa hari tu). Dan dia persalahkan tuhan sebab buat dia accident plak. Hmmm...






Mungkin korang persoalkan apa motif sebenar aku upload post kali ni? Aku nak korang fikir in horizon yang lebih besar. Sama ada ia kesakitan luaran or kesakitan dalaman. Pernah tak ada orang yang cuba sakitkan hati korang? Apa tindakan korang? Contoh korang pernah couple ngan mamat or minah ni. Bercinta bukan main hebat lagi. Tapi suddenly break-up. Dia did something SUCKS pada korang. Apa tindakan korang? Adakah korang ambil tindakan yang POSITIF or tindakan yang sama yang cousin aku buat: membenci setiap lelaki or perempuan or worst tak percaya lagi cinta?











Kemalangan tadi membuatkan aku tersedar beberapa inciden lepas yang membuatkan aku quite terluka dari dalaman. Betapa SUCKS manapun dia buat, aku mulai sedar yang aku tak pernah membenci dia. May be terlintas di hati aku untuk tak suka dia lagi tapi HATES and DISLIKE are two different things rite?

Dan aku bersyukur sebab berkenalan dengan dia adalah satu hadiah yang cukup hebat yang tuhan pernah berikan. Aku tak anggap ia sebagai satu kesilapan yang kalu boleh aku nak erase dari hidup aku. Sebaliknya disebabkan berjumpa dia r aku belajar macam mana nak handle person like that. Yaaa.., may be kalau aku terjumpa dia satu hari kelak still dalam hati aku akan sumpah seranah dia tapi hey... dia ialah kenangan silam dan aku sedang melihat hadapan.. pada masa depan..








Bak kata pepatah omputeh plak: it better untuk jatuh lebih awal then kita leh ready untuk mengelak dari jatuh lain kali nanti. Hmmm..

Thursday, February 25, 2010

Miskin di Bumi Sendiri

Mak aku selalu kata kalu gaji kecik dudok kampong still x leh kena list as miskin. Pasal ada tanah then leh tanam apa je yang tanam untok makan etc. Tapi kalu gaji besar mana pon, dudok bandar still x leh nak kategori as kaya pasal semua benda nak kena beli. Hmmmm….



Tadi baru balik dari Kuching International Airport ambik UDA dari Kota Kinabalu. Pasal aku datang 1 jam awal then beli Dark Mocha kat STARBUCK then lepak2 kat tempat ada tv r. Kebetolan masa tu tengah show TV3. Habis jer berita ada rancangan ADUAN RAKYAT ni r. Dah banyak episode maen tp baru first time tengok.

Episode kali ni mmg tergamam r. Sepanjang jalan2 masa belajar dulu malam2 sekitar Kuala Lumpor x pernah plak terserempak diaorang ni. X sangka r dalam semewah2 negara kita ni still ada lagi yang x ada tempat tinggal then tido kat tepi2 jalan. Ada yang umor 27 tahun, ada yang dah tua and even yang beranak pinak include yang usong baby sana sini. Ada yang ada kerja tp x mampu nak bayar sewa plus bill itu ini. Hmmm…

Bab paling terkesima bila antara sumber makanan ialah dari tong2 sampah. Makanan diaorang ialah sisa2 KFC etc.. hmmm….




Then dalam kereta UDA share masa dia balik JOHOR early of this month. Masa melawat ABAH HAJI (abang EMAK) dia bagitau yang all of our cousin sangat2 busy sediakan makanan beratos2 then jual kat pasar malam setiap malam dan siang dari satu FELDA ke FELDA yang laen, then gi MERSING then gi KOTA TINGGI untok dapatkan duit demi family mereka..




Dan aku plak leh senang lenang slurp kopi STARBUCK berdepankan Mc D tanpa kerja dan selalu shopping dan berbelanja x tentu pasal.. hmmmm…








So kesimpulan di sini: korang jangan r x habiskan makanan korang kat KFC hanya sebab alasan bodoh korang nak bagi mereka makan r. Jangan membazir. Kita terlalu selesa di dalam comfort zone kita.. whose know what will happens to us in the future. Peringatan nip on aku tujukan khas untok aku gak.. hmmmm…