Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Mari Buat Coleslaw KFC

TIGA hidangan yang paling aku suka tentang KFC ialah 1) Cheezy Wedges (Malaysian mana yang tak suka benda alah ni kan?) 2) Coleslaw dan 3) Mashed Potatoes. Yap, aku tak suka hidangan utama iaitu ayam goreng beliau (or mana-mana burger dari KFC). Bagi aku ayam KFC ni kat luaran je yang boleh tahan tapi kat dalam totally kosong tanpa ada rasa apa-apa pun. Hmmm..


AKU tahu ramai yang pandang sebelah mata je kat Coleslaw KFC ni. Ia sama ada akan jadi benda terakhir yang kau akan makan or bawa balik dan simpan kat peti sejuk dan hanya makan bila tak ada benda lain yang kau boleh makan kat rumah kau masa tu or kau just tak makan. Seriusly beberapa kali gak aku tengok customer yang just blah dan tinggalkan coleslaw tu tak disentuh langsung. Membazir rezeki je. Kalau tak nak makan awal-awal lagi dah kata jangan letak sekali kan? Tapi aku sebaliknya. Yap, aku memang manusia pelik tapi sejujurnya aku sangat suka benda alah tu sehingga aku dah buat banyak kali Coleslaw KFC tu kat rumah dalam bilangan besar dan seperti biasa, hanya aku sorang je melantak benda tu sorang-sorang. Wakaka.

Hari ni aku nak share resepi Coleslaw KFC. Aku jumpa resepinya kat sini. Bila dah siap rasanya totally 97% sama ngan coleslaw yang jual kat KFC sana. Korang boleh ambik terus dari link yang aku tinggalkan tu or buat versi aku ni. 


Bahan-bahannya:
1/2 cup mayonnaise (aku beli yang paket kecil Lady Choice yang harga RM1.20)
1/3 cup granulated sugar (aku guna gula blend or gula aising)
1/4 cup milk (aku guna susu full cream sebab aku rasa aku belum cukup gemuk lagi)
1/4 buttermilk (or guna sukatan 1 cawan susu + jus lemon/cuka dan kacau 10 minit)
2 1/2 tablespoon lemon juice (aku skip sebab malas nak perah lemon)
1 1/2 tablespoon white vinegar (cuka buatan biasapun tak kisah)
1/8 tablespoon pepper (guna lada hitam Sarawak lagi cantik rupanya)

8 cups chopped cabbage
1/4 cups shredded carrot
2 tablespoon onion (bawang besar)


Cara-caranya:
Campur semua bahan. Siap, letak dalam peti sejuk (bukan freezer) dan setengah jam lepas tu dah boleh makan.



Peringatan penting: 
1. Cuka jangan terlebih sangat sebab nanti rasanya akan jadi terlebih masam dan boleh buat sakit perut. 

2. Bilangan cabbage dan carrot tak kisah kau nak letak banyak mana tapi jangan terlebih banyak untuk bawang besar. Sebab nanti rasanya akan jadi sangat tak best. Yap, sebab benda ni makan mentah so bawang besar mentah akan bagi impak kureng ar.

3. Kau boleh guna cabbage warna unggu sebab rasanya tak berbeza pun cumanya ia tak akan nampak menyelerakan. Yap, aku dah pernah cuba. Ia tak cantik dan sedikit ngeri untuk dimasukkan ke dalam mulut. 

4. Aku guna chopper dari Tupperware yang setiap kali nak kisar kau perlu tarik tali macam orang nak start enjin boat. Potongannya kecil dan sesuai dengan saiz yang aku nak. Kalau kau nak guna tangan boleh je cumanya ia akan ambil masa dan tenaga yang banyak gak ar. Hmmm..



So, selamat mencuba.

Wednesday, March 21, 2012

Cadbury Muffins Recipe

Kalau korang nak tahu aku ni ialah seorang lelaki yang anti pada cupcake. Cupcake bagi aku ialah cam South Korean punya pop idol yang just cantik pada luaran ngan bling-bling dan warna terang-terang tapi realiti dalaman just biasa-biasa jer. So cupcake ni realitinya just sekadar satu makanan yang biasa-biasa tapi dipercantikan lebih-lebih pada topping dia jer. 


Berbanding muffin plak rupanya tak lah cantik mana pun. Merekah. Hanggus. Color tak sekata. But once ia masuk dalam tekak korang then korang nak lagi dan lagi. Rasa kulit yang ranggup ngan isi kasar tapi lembut. Aku ingat lagi first time aku makan muffin yang sedap ialah masa universiti dulu: sewaktu aku attend kelas baking. Blueberry Muffins yang sedap tak terkata. So hari ni tadi tetiba nak bake muffin plak. Muffin resipi sendiri: Cadbury Muffins.


MUFFINS CABDURY
Bahan-bahannya:
1. Bahan kering:
140 gram gula kastor (or guna mana-mana gula pun tak kisah)
250 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat

2. Bahan basah:
85 gram butter (panas-cair-sejukkan)
2 biji telur (ayak)
200 ml susu (or tengok adunan cam mana ar)
1 sudu teh vanila extract
garam untuk lemak

3. Perasa
Aku guna coklat cadbury. Potong saiz sederhana ar. Jangan besar sangat. Jangan kecil sangat. Sedang-sedang then ia akan mencair masa korang gigit. Huhuhu


Cara nak buat:
1. Cambur bahan kering sekali.
2. Meanwhile dalam bekas lain bahan basah dicampur sehingga sebati
3. Cambur bahan basah ngan bahan kering sehingga sebati. As aku kata tadi sesuaikan susu dengan kepekatan doh.
4. Masokkan ke dalam muffin tray. Kalau korang tak guna tray muffin then ia akan nama lain ar. Aku guna tray yang ada 6 lobang tu dan adunan aku hanya cukup untuk 4 lubang jer. 
5. Baked dengan suhu yang tak tinggi sangat sehingga warnanya coklat dan merekah. Then makan panas-panas. Sedap wei..










Semoga berjaya

Tuesday, January 31, 2012

Mari Buat Aiskrim Potong

Aku sangat suka makan. Ada orang kata bila aku makan it seem benda tu sangat sedap sehingga pernah berlaku ada customer satu kedai minuman ni nak benda yang sebijik aku mimun tu sebab dia kata it seems cam sedap jer bila tengok aku minum. Btw antara ciri-ciri benda yang aku suka makan ialah benda yang sejuk dan manis. Yap, ais krim.


Recently aunt aku beli aiskrim potong kacang merah. Gosh, one thing about aiskrim potong ni ia walaupun seem tak setanding ngan Baskin Robbins or what ever aiskrim mahal-mahal lain but still ia sangat-sangat nostalgik dan sedap. So aku search internet dan jumpa beberapa koleksi resepi untok buat aiskrim potong ni. Dan aku republish ikut kesesuaian aku sendiri.


Bahan-bahan:

3-4 sudu besar susu tepong
2 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar tepung jagung
80 gram susu pekat (or 250 gram gula: sebab bagi aku kalau 2-2 akan jadi terlebih manis)
300 ml santan
1 tin jagung creamy
sedikit perwarna
sedikit garam


Cara-cara penyediaan:

1. Periuk plus air around 350 ml di masak dan masukan susu tepung.
2. Tepung ubi ngan tepung jagung digaul sekali then masukkan ke dalam periuk. Pewarna sehingga warna sesuai cam aiskrim jagung.
3. Meanwhile santan dan jagung diblend dan kedian dimasukkan ke dalam periuk. Plus garam as rasa lemak.
4. Then adunan akan jadi cam gam kanji yang sangat susah nak digaul. But terus gaul sehingga warnanya lutsinar plus ia dah tak berketul-ketul lagi or sehingga korang dah berputus asa.
5. Sebab aku dah berputus asa time tu then aku blend je semuanya sekali sehingga lumat.
6. Kedian sediakan acuan yang cam best untok korang jadikan bekas untok aiskrim potong tu. Kalau korang jenis yang tamak cam aku then guna gelas plastik yang besar bagak.
7. Masukkan jagung kernel kat bawah then nampak best lagi ar
8. Tunggu sampai beku
9. Then bila dah beku, cucok kaju aiskrim dan makan sehingga korang brain freeze. Wakaka















Memang syok ar buat dan makan aisrim buatan sendiri nih. Try ar dan jangan lupa bagi aku gak hasilnya kelak.. wakaka