Showing posts with label Freak statement. Show all posts
Showing posts with label Freak statement. Show all posts

Saturday, November 17, 2018

How To Fired Your Co-Worker & Dont Feel Guilty About It

Jumaat ni tadi buat pertama kali dalam seumur hidup aku, aku telah mem'FIRED'kan seorang pekerja. Semua orang tahu yang hari tu akan tiba. Even dia sendiri dalam angkuhnya kena akui yang ia memang akan perlu berlaku gak. Malah aku sendiri dah jangkakan yang aku ialah orang yang akan jadi pengumum hukuman tu untuk dia. 

Dia start buat kesalahan demi kesalahan untuk 3 bulan kebelakangan ni. Dia mengamuk di tempat kerja, merosakkan asset dan barangan company, bergaduh dengan penyelia, menggugut mencederakan penyelia, menggunakan kata kasar/lucah terhadap penyelia dan kedatangan yang sangat-sangat teruk. By the way, penyelia a.k.a supervisor yang dimaksudkan ialah aku. 

Dan dia buat kesalahan demi kesalahan tu secara terang-terangan or in other wordnya hanya orang  yang betul-betul tak ada otak je yang akan buat benda ni. First dia mengamuk, merosakkan barang  company dan menggugut mencederakan aku di hadapan saksi yang cukup banyak. Second dia tinggalkan bukti yang sangat nyata. Selain ugut secara lisan, dia juga meninggalkan bukti yang lebih kukuh iaitu secara tulis dalam group Whatapps. OMFG right? Siapa orang yang punya akal cukup waras boleh terfikir untuk ugut seseorang guna Whatapps dan boleh totally get free out of it? But still aku bagi dia peluang before aku pergi buat report polis. Ooh wait, dia seorang attention seeker. No wonder dia buat terang-terangan iaitu dengan matlamat supaya orang boleh takut kat dia but unfortunately not me.


Aku berterima kasih pada tuhan sebab Dia bagi aku otak yang 'tak seberapa' nak normal ni. Waktu dia pertama kali mengamuk tu, aku tinggikan suara balik tanpa aku bagi ruang otak aku berfikir kesan apa aku akan terima the end of the day. Walaupun kat tangan dia pegang besi dan baru je guna untuk bengkokkan tangga besi company, still aku tak takut waktu tu. Thanks to the other worker yang halang, kalau tak then memang lumat ar aku. Second time beberapa hari je lepas tu, semua staff dah balik, tinggal aku sorang je dalam kereta dah nak keluar gate dan dia yang entah hilang dari mana satu hari tu tetiba muncul marah-marah siap ugut nak langgar kereta aku. Dia mengamuk, marah-marah bagi arahan supaya aku keluar dari kereta dan bukak pintu kilang supaya dia boleh thumbprint (supaya tak potong gaji) dan reaksi aku: tak peduli dan terus blah. Esok paginya dia datang office mengamuk lagi sekali dan terus rosakkan barang company. 


Aku tak tahu kenapa aku tak takut waktu tu. Aku fikir: What the worst thing could thing could happen? Mati? So what about it? Sebagai seorang mental illness patient yang pernah melalui fasa 'suicide thought', mati ialah satu perkara yang kita sentiasa dah lama kita nak buat tapi kita tak ada keberanian sebenar untuk melaksanakannya. So apabila ada orang boleh 'buat' untuk kita so apa yang kita boleh katakan ialah 'dipersilakan'. 











Sama macam pagi Jumaat tu masa terima email dari head quarters suruh bagitahu yang dia dah diberhentikan. Sebagai supervisor a.k.a jawatan tertinggi di kilang yang hanya ada 10 orang pekerja je tu plus the other supervisor obviously tak akan ada keberanian so hanya ada aku je lah. Walaupun bibir aku asyik kata perkataan takut.tapi dalam hati aku tersenyum, Ia macam rasa berbaris menungu giliran masa nak naik roller coaster. Aku boleh imagine drama yang bakal berlaku dan ia mengujakan.


So sebelum jam 3 petang Jumaat tu, berbekalkan pengalaman berteater selama 3 tahun dan kelas psikologi yang dianjurkan oleh arwah Little Finger dan Tyrion Lannister, so hanya ada aku dan dia. So it  finally happen. Dan sesi yang berlangsung selama lebih 30 minit tu aku gambarkan sebagai sesuatu yang hmmm..., membosankan. Nothing happen sejujurnya. Tak ada sikit drama pun. Rasa macam cikgu tadika yang buat-buat setia mendengar satu persatu alasan yang diberi oleh anak murid yang tak siap kerja sekolah je. 






Sejujurnya aku tak ada rasa bersalah sedikit pun. Sebabnya ia memang sepenuhnya kesalahan dia pun. Aku just buat apa yang aku patut buat jer.. 









Or mungkin sebab aku selalu sangat  reject cinta orang tanpa ada rasa bersalah menjadikan hati aku imun untuk punya rasa bersalah. Hmmm..

Sunday, May 31, 2015

Filem Romantis? Eeew..

Pada usia 30 tahun dan ketika rakan-rakan seusia mostly dah kahwen dan punya anak sorang dua sedangkan kau pula masih setia bersendiri then filem-filem or drama berbentuk romantis ialah benda terakhir yang kau nak tengok. Bukan disebabkan ia akan membuatkan engkau rasa terlampau gersang or menjadikan kau rasa sedih sebab forever alone sebaliknya untuk mengelakkan kau rasa mual dan seterusnya muntah bila terjumpa budak hingusan yang belum habis sekolah menengah dah feel-feel romantis kat shopping mall ngan awek dan balak diaorang. Hmmm..

Aku bukan seorang lelaki yang suka layan cerita yang straight forward romantis. Sebab utamanya aku tak suka layan cerita yang happy ending. Yap, Romeo & Juliet best sebab dua-dua akhirnya mati. Lagi pula cerita romantis dalam filem or drama terlalu fictional sehingga tak dapat nak relate ngan dunia sebenar. Muka dan body hero-heroin punya ar mantop tak ada cacat cela. Or paling mudah tengok drama tempatan, garenti ada je jalan cerita mamat kaya suka minah miskin, mak mertua kejam, mamat playboy insaf etc. Teringat kata anak buah aku. Tajuk cerita Cinta dan Ibadah tapi tak pernah pulak nampak part diaorang beribadah. Hmmm..

Walaupun aku pernah tolak cinta orang-orang tertentu tapi ia taklah bermakna yang aku ni manusia berhati ais (or mati pucuk) sebab aku pun manusia gak. Aku layan gak filem-filem romantis tertentu tapi aku bukan macam perempuan-perempuan tertentu yang berharap life dia akan jadi sebijik sama macam dalam filem romantis tu. Wake up dan hiduplah di dunia realiti wahai para ladies. Dipendekkan cerita untuk mereka-mereka yang seangkatan aku yang cukup alergi untuk layan filem-filem romantis seangkatan adaptasi dari novel Nicholas Sparks etc then dalam post ni aku nak share filem-filem komersial yang aku kelaskan as romantis untuk aku yang korang boleh layan.



1. LABOR DAY (2013)


Aku baru je layan filem ni dan ia totally menginspirasikan aku untuk menghasilkan post ni. Ia bukan tentang asal usul hari pekerja or hari orang beranak sebaliknya tentang sorang banduan ni melarikan diri dan kebetulan jumpa sorang ibu tunggal ngan anak dia. Yap, mereka berdua dijadikan 'tahanan' kat rumah, banduan dan ibu jatuh cinta bla bla bla. Jalan ceritanya agak tipikal je sebenarnya tapi entah kenapa ia berjaya memberi sesuatu rasa. Lakonan Josh Brolin dan Kate Winslet serta muka tanpa emosi jelas oleh budak watak Henry tu berkesan ar. Or mungkin gak sebab ia adalah arahan Jason Reitman yang filem lain arahannya pun sangat best macam Juno, Up In The Air dan Men, Women & Children. Walaupun cerita ni berakhir dengan happy ending tapi aku suka sebab endingnya memang sepatutnya berlaku macam tu.



2. 500 DAYS OF SUMMER (2009)


Kalau kau seorang lelaki dan kau dah layan filem ni then garenti kau akan benci Summer tapi dalam masa yang tak tak mampu nak benci dia sebab Zooey Deschanel terlalu comel untuk dibenci. Sinopsis pendek: Tom love Summer tapi masalahnya Summer tak percaya cinta and she totally a bitch (a cute one laa). Yap, sounds familiar tapi selalunya watak lelakilah yang tak percaya cinta kan?. Dan korang akan jadi sangat bersimpati pada Tom melainkan kau ialah seorang feminist yang support 'Team Summer' then itu lain cerita. Cara filem ni dibawa bersama naratornya membuatkan cerita ni menarik dan berbeza. Walau kau tak berpuas hati sepanjang filem ni berjalan dan kau akan cuba sedaya upaya untuk teka endingnya macam mana tapi bila ia dah berakhir then kau akan setuju yang hidup ni adil sebenarnya. Hmmm..



3. ABOUT TIME (2013)


Imagine kalau kau ialah seorang lelaki yang sentiasa malang dalam bab cinta dan tiba-tiba suatu hari bapak kau bagitahu yang setiap anak lelaki dari salur galur keluarga dia (including kau) punya kuasa untuk time travel. Yap, that sound sangat ridiculous tapi kalau ia betul then sebagai seorang lelaki, then kau memang akan ambil kesempatan. Menjadikan cerita ni special ialah apabila ia berlaku kepada orang yang biasa-biasa dalam persekitaran yang biasa-biasa. Heronya bukan Channing Tatum or Zac Efton or Chris Hemsworth sebaliknya dilakonkan oleh watak abang kepada Ron Weasley. Tema cinta dalam filem ni juga cukup luas dan bukan sekadar pada cinta kekasih je. Malah sebab ia melibatkan ciri-ciri kekeluargaan plus komedi then menjadikan cerita ni cukup menyentuh hati. Plus endingnya akan buat kita menghargai setiap detik dan ketidaksempurnaan. Hmmm..



4. 
Aku dah malas nak taip. Tapi ada banyak lagi filem yang aku suka macam Atonement, Before Sunrise, Before Sunset, Before Midnight dan eeee.. itu je koleksi filem kelas romantis yang aku ada dalam beratus koleksi filem download haram aku. Hmmm. Jadi adakah kau fikir aku seorang mat bunga berdasarkan filem-filem yang aku kelaskan as romantis tu? Or korang ada cadangan filem-filem yang korang minat dan nak sahrekan kat aku. 

Tuesday, December 11, 2012

Teori Kelahiran Semula

Korang pernah tak first time gi satu tempat tapi bila sampai sana korang rasa cam pernah gi jer tempat tu sebelum ni or korang jumpa sorang minah/mamat ni then entah apsal ko rasa sangat familiar ngan dia sedangkan itu adalah pertama kalinya korang berdua berjumpa? Fenomena tu dinamakan as Deja Moss. Eh, bukan. Sorry, ia adalah Dejavu. Hmmm..


Semalam kat The Paranormal Zone di NTV7 mengeluarkan topik tentang kelahiran semula. Walaupun teorinya agak nonsense sebab kita tak sebenarnya mati meanwhile kita akan lahir dan lahir semula. Or in other wordsnya: setiap kali kita lahir then kita akan lupa siapa diri kita sebelum ni dan kita ada possibility untuk buat kesilapan yang sama yang pernah buat pada kelahiran sebelum ni namun masih ada lagi memori kehidupan sebelum ni yang berbaki sedikit pada diri kita yang kita tak pasti either ia mimpi or ilusi. Plus maknanya teori tu menidakkan kewujudan syurga neraka ar kan? Hmmm

Tapi ada 2 perkara yang a bit cool ar dalam rancangan malam tadi. Firstnya pada pioneer teori kelahiran semula ni yang menjadikan beberapa orang kanak-kanak 2-4 tahun as bahan kajian dan resultnya bebudak tu majoritynya ada cerita yang agak kukuh tentang kehidupan orang lain yang dibuktikan as kehidupan terdahulunya. Nonsense partnya: even tho bebudak ni pure dan suci dari anasir luar tapi memang sifat semulajadi bebudak pandai reka cerita pon kan? Hmmm..

Second bila ada pakar-pakar tertentu zaman sekarang yang leh buat terapi untuk buat kita tahu apa kehidupan lepas kita. Dalam episode malam tadi lak sorang pakar dijemput untuk buat terapi yang sama kepada pengacara tu. So pengacara tu kata ar yang kehidupan sebelum ni dia ialah sorang gadis France berambut blond yang ada sebuah bakeri dan mati pada usia 45 tahun akibat kanser pada zaman 60-an gitu. Ceritanya cam ada basic yang kukuh pada nonsense partnya as an adult each of us pasti ada imaginasi yang secara sedar tak sedar kita akan keluarkan pada moment tu. Walaupun pakar tu kata realitinya seseorang perlu hadiri beberapa session baru leh dapatkan bukti lebih kukuh ar. Hmmm..












Tapi bila masukkan part dejavu tu then ia jadi cukup misteri. Adakah tempat or orang tu pernah muncul dalam mimpi-mimpi kita sebelum ni menjadikan bila mereka muncul then kita rasa cam familiar...? Kerja tuhan kekadang cukup sukar untuk difahami oleh akal manusia kan? Hmmm..

Tuesday, February 1, 2011

Once Open a Teddy Bear

Aku ada beberapa imaginasi pelik yang kalau aku kata semuanya then korang pasti akan kata aku sangat PELIK aka FREAK (realitinya banyak gak aku dah share pada orang ramai sebab aku sangat suka cerita kelemahan diri sendiri). Antaranya aku pernah untuk satu tempoh yang lama tak berani tidur atas katil yang ada open space di bahagian kiri kanan depan belakang sebab aku sangat percaya ada GREEN BAD MONSTER yang diselubungi GREEN FUNGUS live under my bed. Even sekarang pun aku masih percaya benda tu lagi. Hmmm...


Then selain tu something else perangai imaginasi yang aku tak pernah dapat buang sehingga sekarang: aku percaya each of my stuff (of whose ever stuff) yang ada mata dan mulut each time kita tak ada dalam bilik or kita keluar gi mana-mana yang kita tak ada masa tu then mereka sebenarnya hidup dan berkomunikasi sesama mereka. Ya ya ya.. korang ketawa r besar-besar then kata r aku ni gila etc suka hati aku r nak caya benda tu.
Mungkin semuanya pengaruh TOYS STORY or what ever cerita cartoon yang aku tonton or something happen masa aku kecik-kecik dulu masa demam panas ker or tertelan ubat gegat ke sehingga sekarang ngan lepasan IJAZAH pun masih percaya that such thing. Lawak kan?

Or may be ada satu event ni r masa kecik-kecik dulu. Masa tu kami masih duduk di FLAT POLIS BINTAWA. Di rumah masa tu ada satu doll ni r. May be own by ANGAH, my sis sebab dia satu-satunya girl dalam keluarga masa tu. Tapi disebabkan ANGAH kurang ciri keperempuanan masa tu (hmmm) so doll tu jadi sangat doll abuse ngan mata tercabut, rambut separa tercabut, conteng sana sini dan pendek kata ia jadi one thing yang sangat MENAKUTKAN. Bila tengok then aku garenti korang pun akan goosebumps dan nightmare malam-malam. 

So kami decide buangkannya ke dalam longkang. After that kami pindah beberapa tempat sehingga beberapa tahun kemudian di rumah sorang aunt kami ni. One of my cousin, AYU datang ngan parents dia. Kat tangan dia bawak 1 doll yang sebijik sama cam dolls yang kami pernah buang dulu. It seems ia hidup dan nak balas dendam. Kira cam CHUCKY dari CHILD PLAY yang nak revenge jer. TAMAT.

Then korang ngan penuh kebenggongan bertanya "So what happens then? Ada sesiapa yang tercedera or terbunuh ker?" Aku tengok ko ngan simpati sambil jawab "Kalau aku terbunuh then siapa r yang tengah menaip blog nih?" So korang pun mengangguk2 pura paham. Hmmm..















Hari ni tadi aku jalan-jalan masa tengah tunggu sorang kawan ni. Then tengah survey-survey baju ni mata aku meliar pada satu objek ni: bukan that haunted doll from my previous nightmare tu tapi satu teddy bear. Entah cam di possess aku terus ambil dan bayar di kaunter tanpa peduli harga dia. There something with that stuffed toy. Pada matanya. Pada mulutnya. Pada posisi badannya. It seems ia nak bagitahu something: Im been abandon by my master. Can you be my new master?









Hmmmm... Aku dah GILA...

Sunday, October 3, 2010

As Freak As Schmucks

Ikut teori PSIKOLOGI, it is normal untuk satu individu menandakan satu ruang khas dalam satu tempat as 'ruang selamat' untuk mereka. Contoh masa korang kuliah universiti dulu-dulu, korang akan duduk kat satu seat tu boleh kata sepanjang tempoh korang belajar kat situ. It seems korang dah menandakan seat tu as seat khas ko. But ttiba satu hari sorang budak lain duduk situ then ko terpaksa dudok seat lain. Akibatnya korang akan rasa gelisah, tak dapat fokus dan seribu satu feel yang tak best lagi. Dont worry. Korang bukan FREAK hanya kerana korang rasa cam tu. It is normal (as psikologi yang kata).


Nilaikan situasi di bawah then katakan yang aku betul untuk berfikir sedemikian.

Dia: Aku lebih cenderung untuk berada di sebelah kanan in most event. Waktu belajar dulu pun duduk kat sebelah kanan dewan kuliah.

Aku: Sama r. Aku kalau sembahyang Jumaat kat Jamek pun duduk sebelah kanan de...

Dia: Sebelah kanan, depan, dekat dengan tiang. (jawab ngan selamba)

Aku: Ha? (hairan)

Dia: Aku tahu sebab aku sembahyang betul-betul di belakang ko setiap minggu. .!! 

Aku: (start rasa FREAK) Hei aku cam kenal r perempuan tu (try mengalih cerita.. wakaka)



Aku rasa FREAK semacam sebab:
Wei, dia selama ni di belakang aku, setiap minggu tapi tak pernah sekali pun dia try nak tegur aku. It still okey sebab orang pergi masjid untuk beribadah bukan untuk berbual-bual. But still ia rasa agak pelik bila ada someone yang dikenali duduk secara bersembunyi (aka kita tak tahu kwujudan mereka) dan dia berada dibelakang kita setiap minggu. Then timbul soalan cam penuh curiga 'Apa yang dia buat belakang aku selama ni? Apa yang dia lihat pada aku dari belakang ni?' Hmmm..


Walaupun aku yakin dia bukan GAY dan tak akan terfikir untuk buat 'something bad' to me (lurusnya aku). And even kalu dia dare untuk berfikir 'something kotor' kat rumah tuhan then memang terlaknat r dia. Cuma aku agak kurang selesa bila ia melibatkan lelaki. Yaa.. that FREAK..!!

I know it sound stupid apabila ada seorang lelaki boleh fobia (tak r sampai tahap tu) bila ada lelaki yang aku kurang kenal then cuba rapatkan badan ngan aku or mengesel-geselkan diri ngan aku. Ingat lagi last year ada satu event tu, ada r beberapa orang lelaki tu ngan ttiba jer terus peluk aku. Aku terus bertukar jadi patung cendana: jadi kayu ngan dalam hati sangat... hanya tuhan sahaja r yang tahu. Sama gak kalu ko (lelaki r) try jalan pegang bahu aku then korang tengok r betapa leher aku akan bertukar jadi leher kura-kura.. wakaka...




Then korang pun tanya ngan ayat super duper jahat "Aj, ko musti pernah kena liwat lelaki and that why r ko fobia ngan lelaki..!!" What The Fuck..!!!







Dan untuk kawan yang aku maksudkan di atas tadi, andai ko terbaca then aku nak ko please jangan pergi tempat lain. Just stay situ sampai bila-bila. Ia masih 'tempat selamat' aku dan akan kekal malah jadi jauh lebih selamat apabila ada kau kat situ. Sebab aku yakin pada ko. Yakin 200%. Sekurang-kurangnya aku akan rasa jauh lebih selamat apabila aku tahu yang ko akan sentiasa ada di belakang aku sama ada aku sedar ataupun tak either di masjid ni or kat mana-mana sekalipun.. Hmmm...













And even aku tak kisah kalu ko pilih untuk tikam aku dari belakang. Sekurang-kurangnya ia dari engkau, bukan dari orang lain yang aku tak kenal..

Split Identity

A few day before kuar are ngan sorang kawan ni. Just lepak makan-makan sambil cakap-cakap kosong. Realitinya baru jer kenal rapat ngan kawan tu. And even keluar berdua pun baru beberapa kali. Mostlynya kuar ngan group of friends r. Tapi kuar berdua pun not such a big deal r. Malah each time kuar berdua kami akan lebih banyak masa share cerita-cerita nonsense berbanding kalu kuar ngan ramai kekawan lain. Plus dua-dua kami lelaki. What worse thing could happens? Mengandung and ada baby next 9 month? Naaa...


As aku kata tadi most of the time kami akan cakap nonsense things nonstop. Sama r malam tu kami share a freak story about salah satu imaginasi liar kami r. So ada part dalam imaginasi dia timbul satu watak wanita aka heroin cerita dia r. Plot jalan cerita dia aku leh bayangkan dalam otak kotor aku tapi walau betapa dia cuba perjelaskan tentang watak tu still otak aku x dapat nak cipta imej wanita tu. Wanita tu ada pertentangan identiti yang jelas. Just imagine a hot chick tapi tak pernah pakai seksi, seorang yang taat perintah agama tapi hidup liar etc. Last-last dia kuarkan ayat terakhir: SPLIT IDENTITY. Baru aku leh paham.

Tapi kemudian aku tengok dia. Tersenyum. Aku baru dapat jawapan untuk soalan yang dah beberapa bulan bermain di kepala otak aku. Watak imaginasi dia seems menjelaskan tentang diri dia sendiri. Hmmm...



As aku kata before (sekali lagi) aku kenal kawan tu betul-betul sekitar 6-7 bulan r. Tapi sepanjang tempoh aku kenal dia, aku sangat-sangat tak faham few thing tentang diri dia. Bagi aku ia agak pelik dan aku tak pernah jumpa pada sesapa lagi sebelum dia. Sejujurnya aku bukan lah pemerhati yang baik tapi still aku ada mata then aku leh judge pada apa yang aku lihat.

Ada part dia sangat warm tapi ada part lain dia sangat cold. Then ada masa dia sangat lupa events yang kami berdua pernah buat or hadiri bersama tapi pada masa yang lain dia leh mention moment-moment kami ngan penuh detail siap ngan emosi lagi. Plus ada time jumpa dia akan jadi sangat ceria ngan jenaka spontan dia tapi pada masa tertentu plak, dia akan tengok kita cam stranger. Hmmm...


Then korang akan kata "Wookeey. Aj dah kembali pelik semula. Tapi ko harus terima hakikat yang emosi manusia boleh berubah setiap masa. Kalu mood orang baik then dia ramah r tahap dewa tapi kalu dah moody then haram jadah r nak tegur. Takut melayang semua benda kang..!!"




Ya ya ya.. Aku akui yang korang may be betul. May be semuanya sekadar imaginasi aku akibat terlebih banyak membaca dan menonton filem-filem sains fiksyen barat yang seterusnya menjejaskan kuasa penaakulan dan mempengaruhi fikiran waras aku.




Tapi still aku nak persoalkan korang sesuatu: Korang pernah tak tengok seseorang dengan betul. Maksud aku as korang tengok mata dia betul-betul. Setiap perasaan, emosi or what ever dalaman orang tu akan dijelaskan dengan mata dia. Korang leh jelaskan which individu are jujur (hmmm), which one sedang mengharap something from you, which one pura-pura happy, which one are kaki gatal etc.

Then korang tengok plak kawan aku ni. Tengok dia dalam tempoh 1 hari. Sesuatu pada matanya seolah-olah korang leh perasan yang dia yang kini bukan lagi dia yang sama sebelum ni. Cukup hanya ngan lihat mata dia. Seolah-olah memberitahu yang dia ialah dua individu yang berbeza. Berkongsi satu badan.















Teori Split Identity yang totally freak...!!!