Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Mimpi Pelik

Nota: Kalau kau fikir post kali ni ialah tentang mimpi basah then kau salah sebab tak ada benda yang pelik pun tentang mimpi basah melainkan in certain condition yang aku tak nak share dalam post ni. Hmmm..

Korang pernah tak jumpa cikgu yang keluar statement pelik macam: untuk mahir berbahasa Inggerish then korang kena bermimpi dalam bahasa Inggerish. Membuatkan kau berusaha bersungguh-sungguh untuk mimpi dalam bahasa mat salleh tu tapi tak berjaya. Walaupun memang wujud manusia in reality boleh kontrol mimpi (selain Inception) tapi most manusia marhaen tak berkemampuan buat macam tu. Mostly mimpi datang dalam keadaan yang kita tak jangka dan tak mampu kawal. Ia seperti menonton kita sendiri berlakon dalam filem kat panggung wayang. Walaupun ia kita berlakon dalam filem tu but still kita tak boleh suruh pekerja yang handle projektor tu pause kan wayang tu hanya sebab kita nak ke toilet. Hmmm..


But faktanya aku pernah mimpi cakap bahasa omputeh. Aku tak tahu pun yang aku sedang cakap omputeh sebenarnya tapi sebab aku ada ability tidur sambil bercakap so roomate aku sorang ni kata aku cakap mat salleh dengan lancar dan jelas (sedangkan in reality tak lah pulok) sehingga effect utama pada dia ialah dia tak dapat tidur sebab terganggu dengan ability aku bercakap tak henti-henti masa tidur. Wakaka.



So apa mimpi pelik aku malam tadi tu? Mukadimahnya: memula aku dan Along aku tengah kemas bilik dia. Kemas punya kemas then terjumpa paper ujian awam dia dulu. So kami try ar nak jawab satu soalan. Memula Along aku yang cuba jawab dan entah apsal penggiraan dia sangat complicated dan panjang tapi dia tak jumpa jawapannya pun. Then turn aku pulak. Aku buat langkah penggiraan yang simple dan quest what: Jawapan aku betul..



Then kau tanya: So what? Namanya mimpi. Lagipun ini mimpi kau. So apa yang peliknya..?



Kau pernah menggira dalam mimpi tak? Or kau pernah tulis langkah penggiraan untuk soalan math dalam mimpi tak sehingga langkah penggiraan dan jawapan tu betul..? Betul tu bukan sekadar dalam mimpi je but also in real life sekali?



Sebab aku yakin yang kita tak berfikir semasa bermimpi. Sekali lagi aku guna konologi: menonton wayang ar. Bila kita tonton wayang, kita tak ada kuasa untuk tentukan apa yang pelakon tu perlu buat dalam the next scene. Sebab kita hanya penonton dalam mimpi kita sendiri. Even mostly kita tak tahupun yang kita sedang bermimpi sehinggalah kita terbangun. 







Aku yakin yang it not easy untuk kawal mimpi ar. Aku pernah mimpi yang aku nak google sesuatu (walaupun alat carian dalam mimpi aku tu bukan google). Dalam otak aku masa tu dah terfikir apa benda yang aku nak cari tapi bila aku taip, tulisan yang keluar tu totally macam 'avfgv;edsi$#@%ab', aku cuba banyak kali but still x menjadi sehingga last-last aku marah. Seolah-olah otak aku tak ada ability untuk mengeja dalam mimpi dan aku tak dapat kawal mimpi aku walau semudah nak mengeja jer. 

Tapi situasi mimpi malam tadi memang pelik. Aku memang mengira dalam mimpi aku. Apa yang buat aku amaze bila aku boleh kata cara Along aku tu salah dan aku buat langkah penggiraan dan jawapan yang betul. Dan aku berfikir dalam mimpi tu sehingga buat aku terbangun dari mimpi dan masih ingat soalan math tu.






Kalau mimpi tu tak pelik then akulah manusia yang pelik tu. Wakaka

Sunday, April 21, 2013

Mimpi Sedih

Mimpi ialah satu perkara yang cukup pelik tapi istimewa yang berlaku pada manusia. Betapa otak boleh menghasilkan satu dunia imaginasi yang tottally 100% berbeza ngan realiti. Cukup pasti kalau setiap mimpi tu difilemkan then ia akan jadi jauh lebih berkualiti dan hebat dari filem Razak Mohidin or MIG cam Hantu Botol Kicap dan seangkatan. Hmmm.


Cuma masalah tentang mimpi ni bagi aku ialah once kita terbangun then sebahagian mimpi tu akan automatically akan terhilang dan tak lama lepas tu kita tak akan ingat langsung apa yang kita mimpi kan tu. Tapi Alhamdulilllah tuhan bagi aku aka manusia yang punya masalah ingatan quite teruk ni untuk ingat certain-certain mimpi yang pernah aku alami (yang mostly mengakibatkan aku kekadang tak tahu beza satu adegan tu ialah mimpi atau ingatan).


...


Malam tadi mimpi aku agak best gak ar. Kira under classified sedih gak ar.

Semuanya bermula apabila 4 orang cikgu muda ni yang cukup sangat bersemangat mengajar untuk sekolah mereka. Satu hari ni mereka berempat menyelinap sembunyi-sembunyi keluar dari sekolah pergi ke bandar terdekat untuk beli barang-barang untuk satu event sekolah ni. Matlamat diaorang nak beli barang tu guna duit mereka sendiri tanpa pengetahuan admin or cikgu-cikgu yang lain supaya event tu jadi lebih meriah dan student mereka akan lebih gembira. Idea asal plan tu ialah dari 2 cikgu lelaki yang hyper happy go lucky dan ceria tahap kanak-kanak Ribena. Salah seorang lelaki tu ialah aku ar.

Sekolah tu sangat besar sehingga pihak admin sediakan sebuah bas khas untuk sesiapa nak ke bandar berdekatan. Tapi punya ar lama menunggu sehingga mengakibatkan 4 cikgu tu nekad untuk jalan kaki keluar pintu depan dan tunggu bas luar. Masa tunggu luar tu tak ar lama mana sangat tapi sorang dari cikgu tu (Indian girl) dah gave up dan tak jadi join. Lepas tu baru ada sebuah bas yang quite uzur gak datang. 


(Bas tu buat aku teringat kat bas Bandar Baru Bangi masa belajar dulu. Bas tu guna enjin Mercedes tapi badan bas bukan main teruk lagi. Air cond guna angin semulajadi dan bila hujan then jangan dudok tepi ar sebab tingkap tu dah sangat keras untuk ditutup. Lebih suck bila bas tu start bergerak dan ia akan memaksa semua penumpanng menari lagu Shake Your Bon-Bon sepanjang perjalanan. Hmmm..)




Disebabkan sesi penungguan tadi sangat lama so mereka bertiga sangat extra happy dalam bas. Tapi moment tu jadi kureng sikit bila ada sorang mamat bandar yang rupa cam mat gian sikit tu try nak mengushya cikgu ompuan sorang tu.  Tapi diaorang bertiga buat tak layan jer..





Tapi sampai-sampai jer diaorang kat bandar tu hari dah nak masuk malam so diaorang bertiga berebut ar pergi ke kedai tu. Masalahnya kedai tu dah tutup masa operasi. Gi kedai kedua yang bit jauh tapi pun sama gak. Waktu tu hari dah totally malam. Semua kedai sekitar dah tutup habis. Herannya mereka bertiga still tak nak balik. Rasanya mungkin alang-alang jarang keluar bandar so mereka nak ambik peluang tu jalan-jalan sekitar gak dulu kot.

Cuma masalahnya makin diaorang jauh jalan makin diaorang masok kawasan yang sunyi dan gelap. Aku rasa diaorang ni sesat dah tapi masalahnya tak nak balik jalan asal. Still nak explore tempat tu. So sedar tak sedar kawasan sekitar dah banyak pokok-pokok besar dan kawasan rumah tinggal or perumahan terbengkalai. 

Sehingga ar diaorang masok kawasan yang ada beberapa orang gelandangan. Still mereka buat tak ada apa-apa. Waktu ni ar kalau dalam wayang then automatically mulut kita akan start sumpah seranah kata "Apsal korang masih nak masuk lagi..? Balik je ar.." .Sehingga ar sorang gelandangan tu start tegur mereka dan suroh join lepak sekali then baru ar diaorang rasa tak best dan baru nak blah. Tapi sorang gelandangan yang aku syak as penagih tahan kaki salah seorang dari mereka dan baru ar mereka bertiga start nak lari.




Masalahnya sekarang ni mereka bertiga dah sesat dan malam dah makin larut dan leih sucks: dah tak ada bas yang akan bawak mereka balik semula ke sekolah.







So mereka terus lari dan lari. Part ni sangat mendebarkan sebab mereka dikejar oleh geng gelandangan tadi cam versi manusia lari dari dikejar zombi yang jalan perlahan. Leh imagine ar kan?






Sehingga ar mereka yakin mereka dah tak dikejar lagi dan kawasan sekitar makin familiar. Rerupanya mereka dah nak sampai tempat mereka turun dari bas tadi. Sampai betul-betul kat tempat mereka turun then mereka bertiga berhenti. Muka terkejut sebab mereka jumpa 3 jasad manusia terbaring penuh darah atas kaki lima lantai bangunan tu. Dan lebih mengejutkan bila 3 jasad tu ialah milik mereka bertiga sendiri. 






Then scene jadi gelap dan ada suara wanita menjerit dan bila keadaan kembali terang then bermula scene ingat kembali pada saat-saat mereka turun dari bas tadi. Mat gian tu pun turun sekali dan masih lagi nak usha cikgu ompuan tu. Maka sorang cikgu lelaki ni (bukan aku) pun tegur ar baik-baik kata 'Jangan kacau' tapi malangnya mat gian tu lebih awal keluarkan pisau Ramboo dan serang cikgu lelaki tu. Cikgu perempuan tu menjerit dan aku pun try jadi hero tapi malangnya pun kena tusuk pisau tu. Dan last-last benda yang sama berlaku pada cikgu pompuan tu gak.





That how nasib 3 cikgu muda yang cukup bersemangat untuk anak murid menghabiskan sisa-sisa terakhir nyawa mereka. Then kebetulan lak alarm phone aku berbunyi tanda suroh bangun Suboh. Hmmm..






Bagi aku mimpi ni sangat sedih sebab ia bermula dengan moment-moment happy saat cikgu muda tu mengajar dan anak murid happy dan suka cikgu tu dan ia berakhir dengan tragis. Sad ending yang berlaku pada orang baik ialah benda yang worth untuk diratapi ar. Hmmm

Friday, March 29, 2013

Jabatan Penapisan Mimpi

Korang pernah tak masa tengah layan wayang tetiba ada scene kena potong menjadikan kau totally tak paham jalan cerita tu? TV3 selalu buat perkara tu kat filem omputeh yang ditayangkan menjadikan aku sangat tak layan kalau ada tayangan filem omputeh kat situ. Even masa aku kerja wayang dulu, ada bebudak situ kata yang ada satu filem ni yang sepatutnya main around 2 jam tapi sebab dah kena censored then hasilnya ia cuma main x sampai sejam jer. Duh, gila censored..


Seriously aku tak sokong sangat filem yang punya aksi biasa tapi dianggap ganas yang dicensored. Feel filem tu cam tak menjadi contoh cam Kick Ass ar contohnya yang banyak aksi lawan-lawan yang ganas tapi dicensored then pasti tak best ditonton. Cadangan aku better buat filem under Disney jer sebab semua aksi ganas jadi nampak cam comel lak.

Tapi kalau part seks or bogel tu totally memang selayaknya di censored ar. Ada part tu memang kita cukup yakin yang tak perlu kot nak bogel dan nampak itu ini dalam scene tu. Ramai filem yang jadikan reason tu untuk tarik penonton datang pawagam. But seriusly ia menjadikan filem tu tak jauh beza ngan porn kot sebab porn nowaday pun dah makin banyak skrip dari aksi.












Semalam aku tidur petang. Mimpi tu kira best gak ar. Jalan cerita cam V for Vendetta gak ar bila government sebuah negara ni dah tetapkan apa yang baik dan buruk untuk difikirkan oleh masyarakat dan ada golongan pemberontak dan sorang girl yang tak ada kena mengena suddenly terperangkap sekali dalam pergelutan tu. Setting mimpi tu sangat cantik. Gambar lak clear tahap filem HD yang ditayangkan guna tv HD. 

Tapi itulah masa tengah scene dalam bilik mandi then tetiba melangkau terus scene lari-lari pakai towel then kemudian dah ada kat tempat lain lagi. Ceh, gila aku marah then aku membebel-bebel sesorang marahkan Jabatan Penapisan Mimpi sebab buat banyak sangat penapisan sehingga jalan cerita gila lari. Last-last aku nekad yang aku tak nak lagi tengok cerita mimpi tu dan aku kata "Kalau cam ni better aku bangun jer..."









Dan aku betul-betul terbangun. Terfikir dan ketawa. Pelik betul mimpi aku tu. Hmmm..

Saturday, January 12, 2013

Mimpi Mati

Malam semalam aku tidur agak awal. Pukul 10 lebih je ar kira awalnya tu. Mungkin sebab kepenatan tahap dewa pada siang harinya di mana aku buat kualiti time ngan anak buah aku yang umor 11 tahun tu so once aku baring then terus jer tidur. 


Entah apsal dari saat aku tidur sehingga jam 3.55 pagi aku cuma ada 1 mimpi jer. Aku mimpi kawan aku yang aku tak terfikir langsung sepanjang waktu siang or dah tak jumpa untuk bertahun-tahun tetiba cedera teruk dan hampir kembali kepada Maha Pencipta dalam pangkuan aku. Hampir sepanjang mimpi tu aku menanggis. (Aku sorang yang kuat menggigau so aku imagine kuat gak ar aku menanggis malam tapi sebab luar hujan lebat so x akan ada family member aku dengar edisi tanggisan aku tu).










Mimpi tu agak jelas. Dia lelaki yang bertubuh kecil so sepanjang masa tu dia berada dalam pelukkan aku. Dan tangan kanannya terputus so kawasan tu penuh ngan darah dan matanya terpejam erat, dia keletihan dan aku pulak hanya panik dan ketakutan. Sehingga ambulans datang dan bawak dia ke hospital.









Memula keadaan dia stabil sehingga aku terima satu call kata dia dah pergil. Benar-benar pergi. 











Menjadikan aku rawan. Lebih tak keruan. Dan tanggisan aku makin menderas. 










Lalu aku terbanggun. Dan aku betul-betul rasa cam nak nanggis.

Tuesday, December 11, 2012

Teori Kelahiran Semula

Korang pernah tak first time gi satu tempat tapi bila sampai sana korang rasa cam pernah gi jer tempat tu sebelum ni or korang jumpa sorang minah/mamat ni then entah apsal ko rasa sangat familiar ngan dia sedangkan itu adalah pertama kalinya korang berdua berjumpa? Fenomena tu dinamakan as Deja Moss. Eh, bukan. Sorry, ia adalah Dejavu. Hmmm..


Semalam kat The Paranormal Zone di NTV7 mengeluarkan topik tentang kelahiran semula. Walaupun teorinya agak nonsense sebab kita tak sebenarnya mati meanwhile kita akan lahir dan lahir semula. Or in other wordsnya: setiap kali kita lahir then kita akan lupa siapa diri kita sebelum ni dan kita ada possibility untuk buat kesilapan yang sama yang pernah buat pada kelahiran sebelum ni namun masih ada lagi memori kehidupan sebelum ni yang berbaki sedikit pada diri kita yang kita tak pasti either ia mimpi or ilusi. Plus maknanya teori tu menidakkan kewujudan syurga neraka ar kan? Hmmm

Tapi ada 2 perkara yang a bit cool ar dalam rancangan malam tadi. Firstnya pada pioneer teori kelahiran semula ni yang menjadikan beberapa orang kanak-kanak 2-4 tahun as bahan kajian dan resultnya bebudak tu majoritynya ada cerita yang agak kukuh tentang kehidupan orang lain yang dibuktikan as kehidupan terdahulunya. Nonsense partnya: even tho bebudak ni pure dan suci dari anasir luar tapi memang sifat semulajadi bebudak pandai reka cerita pon kan? Hmmm..

Second bila ada pakar-pakar tertentu zaman sekarang yang leh buat terapi untuk buat kita tahu apa kehidupan lepas kita. Dalam episode malam tadi lak sorang pakar dijemput untuk buat terapi yang sama kepada pengacara tu. So pengacara tu kata ar yang kehidupan sebelum ni dia ialah sorang gadis France berambut blond yang ada sebuah bakeri dan mati pada usia 45 tahun akibat kanser pada zaman 60-an gitu. Ceritanya cam ada basic yang kukuh pada nonsense partnya as an adult each of us pasti ada imaginasi yang secara sedar tak sedar kita akan keluarkan pada moment tu. Walaupun pakar tu kata realitinya seseorang perlu hadiri beberapa session baru leh dapatkan bukti lebih kukuh ar. Hmmm..












Tapi bila masukkan part dejavu tu then ia jadi cukup misteri. Adakah tempat or orang tu pernah muncul dalam mimpi-mimpi kita sebelum ni menjadikan bila mereka muncul then kita rasa cam familiar...? Kerja tuhan kekadang cukup sukar untuk difahami oleh akal manusia kan? Hmmm..

Monday, September 24, 2012

Memori Dalam Mimpi

Orang kata mimpi ialah refleksi atas apa yang kita lihat dan kita rasa sepanjang tempoh kita berjaga. Yap, kekadang memang make sense gak tapi most of the timenya tak. Hmmmm..


Malam tadi (or realitina dah pagi pon) aku mimpi arwah Nek Chik aku. Nek Chik ialah nenek saudara aku dan disebabkan aku dah x ada nenak ori lagi so dia ar orang yang aku anggap as nenek. Memang waktu siangnya aku teringatkan dia. Ada incident berlaku 4 tahun lepas yang cukup hitam yang buat aku menanggis teresak-esak cam budak kecik yang sedang menyusu then ditarik botol susunya. Cuma dalam mimpi pulak waktu tu ketika dia tengah sakit. Yap, in real life dia memang jarang sakit kecuali waktu sakit tu: it just takes 2 minggu untuk dia sakit sebelum berjumpa Sang Pencipta. Dalam mimpi aku berbaring disebelah dia dan dia mengusap rambut aku perlahan. Sama cam waktu aku menanggis dulu cuma sekarang dalam keadaan dia sedang terbaring sakit.

Then came part tak logiknya pulak. Suddenly datang sorang lelaki seusia aku yang aunt aku kata as cousin aku yang datang pun nak jaga nenek kami gak. Aku tak pernah jumpa mamat ni tapi suddenly dia jadi watak penting pulak dalam mimpi aku. Kening dia tebal, mata dia bulat, kulit dia gelap, badan berketul-ketul dan kombinasi muka dan badan dia totally cam jenis kaki buli kat sekolah. Cuma dalam mimpi ni dia sorang yang sangat baik dan full of manner. Dan part yang peliknya lagi leh pulak dia bawak awek sekali nak jaga nenek kami. Hmmm..

Kedian mimpi tu melangkau few day after, aku bawak dia jalan kat flea market ni. Kat situ ar beberapa orang kawan yang dah lama tak jumpa leh tetiba buat cameo pulak. Antaranya sorang kawan ni yang dah lama sangat kami gadoh dan aku nak sangat memperbaiki hubungan kami balik tapi dalam mimpi pun kami masih gengam ego kami yang tinggi  tu sekali mengakibatkan both kami tak kuar dialog bila berjumpa. Hmmmm.

Next aku terlintas satu kedai jual barang second hand ni then entah apsal aku ternampak 2 kamera digital aku. Satu kamera Kodak pertama aku dan second kamera Canon yang aku pakai sekarang. Chop: jujor aku katakan yang since aku ada handphone pintar yang mampu snap gambar ngan kualiti yang leh gak tu aku dah agak tak peduli sangat pon pada kamera aku tu lagi. Ia dah jadi cam barang yang terabai. Tapi dalam mimpi tu aku mati-mati merayu nak balik kamera tu sebab there must be somebody yang curi-curi jual kamera aku tu. Sebab kamera is not just a kamera je bagi aku. It is a benda yang penting yang aku tak akan jual semata-mata aku tak ada duit. Dan aku rasa aku penganggur gak dalam mimpi tu sebab aku x mampu nak beli kamera tu balik. Hmmmm..



















Kemudian ada bunyi annoying yang muncul entah dari mana. Bunyi yang berulang kali bergema sehingga langit dalam mimpi aku seem pecah dan bertukar hitam sedikit demi sedikit. Then aku buka mata dan menutup alarm phone aku. Tiba masa untuk solat Subuh. Hmmm..













Ada kajian kata: once kita bangun tidur, kita akan lupa sebahagian daripada apa yang kita mimpi kemudian few minute later kita akan lupa keseluruhan mimpi tu. Tapi bagi aku mimpi adalah satu memori yang cukup berharga untuk dilupakan. Kekadang aku mampu ingat setiap corak permukaan yang halus pada props dan setting dalam mimpi aku sehingga kadang-kadang aku keliru antara memori realiti dan memori mimpi. Hmmmm


Thursday, August 30, 2012

Aku Menulis

Aku x tahu kenapa Tuhan bagi aku bakat melukis. Aku hanya tahu setiap aku pegang sebatang pencil mekanikal dan melakar pada sehelai kertas putih lalu menghasilkan satu bentuk muka manusia. Sedangkan ada manusia lain yang sanggup menghabis ratusan ringgit untuk menghadiri kelas-kelas tertentu semata-mata untuk menghasilkan satu bentuk lukisan yang sama. Dan aku x mahu menjadi seorang pelukis. Lalu kenapa Tuhan memberikan aku secebis bakat tersebut? Hmmmm


Pada usia 27 tahun, aku menganggur lebih separuh dari tahun ini untuk mencari sesuatu: bukan kerja dan bukan juga duit tapi sesuatu. Kalau aku kata aku masih lagi mencari diri sendiri pada usia 27 tahun then may be ada kebenaran gak di situ sebab perjalanan mencari diri sendiri ialah life time journey yang hanya akan tamat bila kehidupan kita dah tamat aka mati. Bagi aku kehidupan ialah seperti satu buku di mana dalam babak demi babak kita mulai faham teka-teki yang cuba disampaikan oleh si Penulis. Lalu pada usia 27 tahun ni babak dalam buku cerita aku sedang mencari kepuasan hidup. Hmmm..




Aku mengkelaskan diri aku sebagai seorang lelaki yang pendiam. Yap, walaupun bila bersama kawan-kawan aku agak banyak bercakap tapi ia sekadar satu special mode. Sebab bila di luar kelompok kawan-kawan aka bila di rumah bersama keluarga, aku seorang anak yang lebih gemar berdiam dan berada di dalam bilik. Aku x suka bercerita tentang apa yang berlaku dalam hidup aku atau apa masalah yang sedang berlaku pada aku kepada family members aku. As aku selalu terfikir: kalau aku mati then aku akan jadi seperti satu teka-teki yang tak ada jawapan dan tak ada soalan untuknya. Hmmmm..

Aku bukannya x percayakan family aku, I do believe them cuma aku seorang anak yang berbeza. Berbeza dari bentuk muka ngan adik beradik lain dan berbeza dari segi perangai. It seems like adik beradik aku ialah cerita Ahmad Idham yang penuh dengan skrip humor meanwhile aku ialah cerita Yasmin Ahmad yang most of the scene kosong tanpa kata-kata. I just dont talk.













I used to have few journal dan diaries before aku start blogging. Diari tu dulu aku x suka diari yang dibeli sebab ruang menulisnya sikit. Diari aku pulak biasanya sangat penuh. Rasanya aku berhenti menulis di diari bila aku dah start berblogging. Kira tiga/empat tahun lepas gak ar. Bagi aku blogging lebih kepada diari yang lebih bersifat komersial, x dapat nak tulis perkara rahsia sangat sebab ia leh dibaca oleh seluruh manusia di dunia dan di boleh dikomen. Tak berbeza gak ngan diari ar sebab masa aku universiti dulu, sorang roomate aku ni suka baca diari aku secara sembunyi-sembunyi tapi dia selalu bising "Aj, apsal ko tulis sikit jer tentang aku ar...?" LOL









Bagi aku menulis ialah satu kepuasan. Walaupun aku nak sangat menulis dengan pendek tapi punya makna besar dan hebat cam Megat Eusofe menulis dalam blognya tapi aku x dapat. Im not as wise as him. Aku perlu menulis dengan detail untuk menjelaskan sesuatu yang detail. Itu cara aku nak berkongsi cerita aku. Hmmmm..















...










Last May aku menulis satu proposal kepada satu syarikat penerbitan buku ni. Setiap hari aku check e-mail dengan harapan there will be a reply tapi hari berganti minggu berganti bulan. As a writter ni pernah kata: kalau 3 bulan x ada jawapan that mean dah tiba masa untuk gi ke syarikat penerbitan lain. Tapi bila fikir-fikir balik, x mungkin ada syarikat penerbitan lain nak terima proposal tu sebab hanya penerbitan tu saja yang cukup gila untuk mempublishkan cerita segila tu. Hmmm..

Yap, aku gave up sehingga aku check e-mail seminggu sekali jer itupun untuk membuang spam e-mail yang asyik nak membesarkan penis  or ada putera raja Afrika yang nak bagi duit free jer. Until pagi tadi aku dapat 2 reply.

Reply yang pertama tu ialah dari syarikat penerbitan tu yang bila aku baca ia totally buat aku terkesima sambil azan Suboh sayup-sayup kedengaran. Walaupun ia x bagi apa-apa waranty yang proposal aku tu totally akan dipublishkan as a book tapi ia sangat-sangat buat aku gembira sebab ia kata penerbit akan call me soon. Oooh, happynyer.

Second reply pulak dari orang yang pernah upah aku untok tulis tessis master dia dulu. Yap, aku dapat A untuk tessis master tu sehingga buat dia nak ambik PHD pulak dan suroh aku buat tessis PHD untuk dia lagi. Gila ke apa? Dah ar bayaran ciput then streesnya besar. Bagus aku sendiri jer yang ambik PHD kalau cam tu. 















Btw doakan aku agar aku dapat hasilkan sebuah novel sendiri. Huhuhu.

Thursday, May 3, 2012

Mimpi Membunuh Orang

Pernah tak masa korang tengah tidur suddenly ada sms datang dan tangan ko dengan spontannya terus grab handphone tu, baca dan balas. Then kau sambung balik tidur. Setelah beberapa jam bangun dan kau jalani kehidupan seperti biasa sehingga kau terima call dari kawan kau tanya apsal kau masih tak datang lagi. So kau tanya datang mana? So kawan kau kata ar yang kau dah janji nak lepak sekali semalam. Kau langsung tak faham. So ko semak inbox sms tak ada pulak apa-apa mesej dari kawan tu tapi bila check report memang ada mesej yang kau hantar. Dan kau mati-mati tak ingat bila ia berlaku.


Or before kau tidur kau yakin beberapa kerja kau dah siapkan dengan sempurna tapi bila kau dah bangun kau realize yang kerja tu jangan kata dah siap tapi tak tersentuh sikit pun lagi. Buat kau sangat hairan cam ada orang yang dah sabotaj ko je.







Or bila kau bangun dari tidur kau perasan yang tangan kau berlumuran darah dan kau menoleh di sebelah kau ada sekujur tubuh yang dah kaku tak bernafas lagi. Buat kau mempersoalkan: apa minda separa sedar kau dah buat semasa kau tidur tadi? Wokey, imaginasi ni dah terlebih sangat.

























Aku bangun dari tidur petang tadi ngan harapan aku leh tengok drama Korea yang semua linknya aku dah bukak before tidur tadi. Then bila aku tengok kat labtop aku, kosong. Aaaaaargh.. cam mana semua ni leh berlaku. Aku sangat-sangat yakin yang aku dah buka semua link tu. Tension ar bila imaginasi menguasai realiti.. Mamai..

Thursday, March 1, 2012

Mirage Dunia Mimpi

Mimpi adalah satu perkara yang pelik cam it seem like kita melihat diri kita berlakon dalam sebuah drama or filem yang dilakonkan sendiri oleh kita tapi kita tak mampu buat apa-apa pada lakonan kita tu. Hmmm...


Malam tadi (or specificallynya dah masuk waktu pagi ar aku baru tidor) aku mimpi aku berhutang ngan ALONG RM2000 (bukan abang sulong aku) dan aku terlupa nak bayar untuk tempoh 2 tahun dan suddenly dia datang dan mintak balik siap ngan interest berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah asal. So berlakulah adegan lari dan kejar mengejar dalam mimpi tu sehingga aku perasan: Duh, apsal set mimpi kali ni cam familiar. Yap, sebab aku pernah gak set yang sama dalam mimpi-mimpi yang bergenre lain previous ni. Fail..

Tapi aku tak pedulik sebab adrenalin aku semakin kuat bergoncang dan dialog dalam mimpi kali ni memang power dan aksi stund dia lain sangat sehingga aku rasa cam dah nak menanggis sangat sehingga alaram handphone aku berbunyik menandakan Suboh dah masok sekaligus sekali lagi aku tak tahu cam mana ending mimpi malam tadi sama seperti mimpi-mimpi yang lain gak. Hmmmm..


...


Kalau korang pernah layan INCEPTION then korang pasti akan bersetuju dengan beberapa fakta tentang mimpi yang dinyatakan oleh Christopher Nolan cam tentang mimpi ni kita tak tahu cam mana ia bermula dan bagaimana ia berakhir sebab kita kita hanya sedar ia dah berjalan dan suddenly kita berada dalam satu bab and miracally kita tahu apa dialog dan kehendak babak tu tanpa diarah sesiapa. 

Dan mimpi ni cam sangat singkat. Cam setengah jam jer rasanya sedangkan kita dah tidur lebih 6 jam. 





Aku tak tahu orang lain tapi bagi aku mimpi mostly kita just bertindak sebagai penonton. jer Kita tak mampu nak bertindak apa-apa dalam mimpi. Ia tak macam Impian Ilyana Sunsilk yang mana kita leh sms dan sms terbanyak akan decide apa yang Ilyana akan buat on next series (gosh, Ilyana dalam series ni memang ada masalah nak buat decision tahap nak mampos ker?). 

Aku pernah bermimpi 1 malam ni dan aku yakin yang aku cuba mengawal or cuba berfikir sendiri dalam mimpi tu bila part dalam mimpi aku dudok kat satu seat bawak iPad (yap, aku mampu memiliki iPad dalam mimpi jer) dan try nak google sesuatu. Situasi yang berlaku ialah bila aku accidentally terjumpa sorang pelakon ni tapi aku tak ingat nama dia. Sedangkan otak aku ingat nama filem yang dia pernah berlakon so aku try nak type Pontianak Tebing Biru tapi hasilnya aku tulis something like this:


ewrewttteeeeeawqadscc



Dalam mimpi tu sendiri aku hairan apsal aku x pandai nak eja or tulis. Then aku backspace dan try sekali lagi dan sekali lagi ia gagal. It seem otak tak mampu nak mengeja dalam mimpi. Hmmmm..






















 
Aku tak tahu cikgu korang tapi aku punya cikgu yang narrow minded yang berfikiran cam tolol sikit ngan kuarkan soalan-soalan or statement pelik bila membebel ngan pelajar cam: Saya tak faham apsal budak kecik kat negeri mat salleh kecik-kecik lagi dah pandai speaking omputeh or kalau awak nak pandai Inggeris awak kena mimpi dalam bahasa Inggeris. 


Aaar.., cikgu ni fikir mimpi cam tv ASTRO eh? Leh tukar bahasa..







Btw teringat 2 tahun lepas masa tidur ngan  3 orang rumate. Sorang ni sensitif sikit bab tidor dan aku plak kaki berdengkor dan bercakap dalam mimpi. So setiap pagi dia akan membebel kata "Aj, ko mimpi buat public speaking lagi ke malam tadi? Lancar je berucap dalam bahasa omputeh?"


Selamat bahasa omputeh dan bukan bahasa korea. Hmmm

Sunday, February 13, 2011

Being Normal Human

Recently aku agak fanatik ngan British Series: Being Human berkaitan dengan 3 watak utama sepasca-orang vampire, seekor werewolf dan sejenis hantu (penggunaan penjodoh bilangan yang cukup aku tak tahu untuk gambarkan makhluk selain manusia) yang cuba hidup penuh cabaran dan dugaan semata-mata nak hidup as manusia biasa. Cuma cerita ni tak ada kaitan dengan watak seorang gadis yang keliru either nak fall in love with a vampire or werewolf r. Hmmm...


Watak kartun klasik bagi aku yang sesuai dengan diri aku ialah Pinocchio. Walaupun aku cukup pandai dalam menipu (thanks goodness hidung aku tak bertambah mancung aka panjang each time Im doing it) tapi ia berkaitan dengan se (apa penjodoh bilangan untuk boneka kayu yang hidup r?) boneka kayu yang hidup yang try it best to be a real boy. So The Blur Fairy bagitahu ia hanya perlu jadi budak baik. So that is the price for a wooden puppet to be a real boy. TAMAT

 
Cuma life r not as easy as classic cartoon: a beautiful princess cuma perlu tidur beberapa tahun semata-mata nak tunggu seorang a prince charming datang untuk bagi ciuman then selluruh kingdom akan bangun kembali or tunggu fairy mother untuk tukarkan labu jadi kereta, tikus jadi kuda dan pakaian jadi gown cantik semata-mata untuk pergi ball dan jumpa ngan putera idaman jer or kita hanya perlu teka nama Rumpelstiltskin dengan betul then we will live happily ever after.

When Taylor Swift kata life was a fairytale then everybody know it wasnt true. Kalau hidup ini sememangnya seindah fairytale then maka tak akan wujudlah nama-nama cam Maria Ozawa dan barisan porn star lain dan adult video mereka sekarang ni sebaliknya mereka akan hidup berbahagia ngan prince charming mereka r sekarang ni kan?

Wookey aku rasa aku dah terlebih mengarut dah ni. What my point is rite now ialah most of the time kita terlalu banyak menonton Disney'movies or what ever movies including porn too much sehingga mengakibatkan girls mengharap akan dapat boyfriend or husband yang romantis as dalam filem dan package sempurna ngan muka pasca Brad Pitt ngan 6 packs abs. Dan guys plak fikir nak FUCKS all hot babes kat sofa, toilet, bilik mandi, dapur ngan fantasi SEKS yang terlampau yang tak masuk akal.
.
.
Realitinya: Dude, tengok kiri kanan korang. There are no such thing as lelaki cam Brad Pitt or hot babes as Maria Ozawa yang terlalu sempurna untok korang. Kiri kanan hanya ada lelaki yang perut boroi (aku r tu) dan perempuan penuh jerawat dan seribu satu tak sempurna. Itu menjadikan kita manusia: we r not perfect so itulah kita.
















Teringat satu English novel title Stones From The River by Ursula Hegi, ada satu watak dalam cerita tu. Dia tak normal. Dia lahir as seorang wanita kerdil. She keeps believe that one day a miracle will happen yang akan menjadikan dia tinggi dan normal seperti wanita-wanita lain. But realitinya kita semua tahu there are no such miracle as that will happen kan?




















Aku terlalu banyak bermimpi. I cant never ever be normal. Will never ever. Hmmm...

Friday, November 19, 2010

Mimpi (bukan BASAH)

Last night aku ada satu mimpi yang entah kenapa hmmm... korang sendiri r enterpretasikan sendiri.


Dalam mimpi tu aku mimpi parents aku and even satu family besar sangat-sangat beria-ia nak menjodohkan aku ngan sorang gadis ni. Dan yang peliknya plak aku ngan redha jer menerima cadangan mereka and even okey jer untok terus kahwin tanpa fikir apa-apa aka cam mana rupa si gadis or latar belakang dia. So setelah kesemua family member pergi rumah si gadis aku as hero mimpi tu datang lambat r (skema standard cerita tamil).

Kalau fikir secara rasional, x kan r family nak pilih calon isteri untok anak diorang sesukahati r kan. Mesti r padan ngan si anak gak. May be that the reason aku setuju r kot tapi sebab semua tu mimpi so aku tak tahu rasionalnya r.



Bila gi rumah si gadis ni rrupanya dia orang kampung yang sangat-sangat kampung r yang tak pernah terdedah ngan kemajuan (aku tak kutuk orang kampung sebab aku sendiri pun asal kampung and duduk kampung gak r). Muka sebijik cam emak orang yang dah beranak 2-3 orang ngan badan saiz XL, kontot, rambut kerinting cam alleycat, jerawat batu penuh pipi, gaya memang sebijik cam zaman 70-an.



Tapi betapa peliknya plak aku wokey jer. Dan buat julung-julung kalinya gak aku jadi sangat romantis yang teramat walaupun kami bukan pasangan pinang dibelah dua.












So apa pengajaran dari mimpi nih?
a) Cinta bukan melibatkan paras rupa tapi hati budi? or
b) Aku sangat desperate pasal makin ramai kawan yang dah nak kahwin?




























Tapi sah sangat itu bukan aku sebab aku bukan romantik.

Sunday, July 18, 2010

Inception

Last night layan INCEPTION (yap.. sekali lagi tabik spring bwat mr. Christopher Nolan sebab berjaya bwat filem yang membuatkan aku x henti2 berfikir start dari mula sampai abis filem tuh.. p/s: Berfikir bukan benda yang aku suka bwat. Hmmmm) . Secara keseluruhan cerita ini ialah tentang bagaimana mimpi mampu mempengaruhi realiti kehidupan kita.
Jangan kata yang ko x pernah alami mimpi yang beri effect besar pada hidup korang. Then ada suara jahat angkat tangan dan bagitau "Mimpi basah r yang paling best-ar effect lam hidup aku..!!!" dan dia pon ketawa besar gak. So aku kata balik r: yap, that salah satu contoh terbaek cam mana sorang lelaki leh termimpi dan mimpi tu secara automatiknya (keluar air) leh ubah tahap sorang tu dari kanak-kanak to tahap akil baligh. Coool isn it?

Tapi maksud aku laen lagi r. Maksud aku ialah effect mimpi yang leh bawak jadi cam idealogi untok dunia yang korang dah bangun. (hmmmm.. aku pon dah pening ngan ayat aku sendiri nih). Contoh cam aku pernah mimpi yang aku d suruh bwat pilihan either untok mati pada saat tu ngan dosa yang pernah aku bwat or terus hidop ngan kembali ke jalan yang benar.. Lama gak r aku berfikir dalam mimpi tuh dan pada saat aku beri jawapan (yang kedua) aku terus jer bangun. Cuak wei. Menanggis gak aku r masa tuh. Dan aku memang kembali ke jalan yang benar r (untok seketika before tersesat sekali lagi dan lagi dan lagi.. Hmmmm)

Ada gak mimpi waktu tengah bangun (mimpi ke klasifikasinya?) yang x ada penyelesaian sampai ari ni. Waktu tu masa nak revision untok STPM final. Tengah boring baca buku yang extra tebal suddenly terus muncol satu imej bergerak (cam tengok video r) aku tengah bwak motosikal ngan ada penumpang kat belakang. Masa tu tengah potong line jalan sebab ada bas berhenti kat depan then accident. Scent nya plak kat depan sekolah SMK TUN ABANG HJ OPENG. Then the next day (or a day after that) masa sejam before masok exam tengah dudok2 ngan kawan suddenly dengar bunyik DUMN kat luar sekolah. X ambik port r tapi kedian ada kawan share info. Rrupanya bunyi tadi ada accident depan pintu gate utama sekolah. Ada motocyclist bawak penumpang potong line sebab ada bus park tepi jalan dan accident. FREAK. Since that day aku rasa aku ni ada supernormal psikik power.. wakaka.. Poyo jer statement..



X peduli r what ever experience aku ngan mimpi aku tapi 1 perkara ni musti korang pernah fikir or alami gak (or aku sorang je sebenarnya mengalami benda ni). Statement based on filem INCEPTION last night. Pasal aku bukan jenis orang yang leh sedar bahawa aku sedang bermimpi (pernah ker korang tengah bermimpi dan korang realize yang korang sebenarnya tengah tido dan bermimpi?) then kadang kala aku terbawak2 dan keliru which one adalah real kenangan or which one is reality. Duh... susah aku nak terang. Pendek kata korang kena gak gi layan filem INCEPTION ni. 





Pasal ada part tu isteri main character (bini  Leonardo ni r) rasa realiti ni sebenarnya adalah mimpi. Dan sebaliknya mimpi adalah sebenar2nya realiti. Hmmmm..