Showing posts with label Christopher Nolan. Show all posts
Showing posts with label Christopher Nolan. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Inception

Last night layan INCEPTION (yap.. sekali lagi tabik spring bwat mr. Christopher Nolan sebab berjaya bwat filem yang membuatkan aku x henti2 berfikir start dari mula sampai abis filem tuh.. p/s: Berfikir bukan benda yang aku suka bwat. Hmmmm) . Secara keseluruhan cerita ini ialah tentang bagaimana mimpi mampu mempengaruhi realiti kehidupan kita.
Jangan kata yang ko x pernah alami mimpi yang beri effect besar pada hidup korang. Then ada suara jahat angkat tangan dan bagitau "Mimpi basah r yang paling best-ar effect lam hidup aku..!!!" dan dia pon ketawa besar gak. So aku kata balik r: yap, that salah satu contoh terbaek cam mana sorang lelaki leh termimpi dan mimpi tu secara automatiknya (keluar air) leh ubah tahap sorang tu dari kanak-kanak to tahap akil baligh. Coool isn it?

Tapi maksud aku laen lagi r. Maksud aku ialah effect mimpi yang leh bawak jadi cam idealogi untok dunia yang korang dah bangun. (hmmmm.. aku pon dah pening ngan ayat aku sendiri nih). Contoh cam aku pernah mimpi yang aku d suruh bwat pilihan either untok mati pada saat tu ngan dosa yang pernah aku bwat or terus hidop ngan kembali ke jalan yang benar.. Lama gak r aku berfikir dalam mimpi tuh dan pada saat aku beri jawapan (yang kedua) aku terus jer bangun. Cuak wei. Menanggis gak aku r masa tuh. Dan aku memang kembali ke jalan yang benar r (untok seketika before tersesat sekali lagi dan lagi dan lagi.. Hmmmm)

Ada gak mimpi waktu tengah bangun (mimpi ke klasifikasinya?) yang x ada penyelesaian sampai ari ni. Waktu tu masa nak revision untok STPM final. Tengah boring baca buku yang extra tebal suddenly terus muncol satu imej bergerak (cam tengok video r) aku tengah bwak motosikal ngan ada penumpang kat belakang. Masa tu tengah potong line jalan sebab ada bas berhenti kat depan then accident. Scent nya plak kat depan sekolah SMK TUN ABANG HJ OPENG. Then the next day (or a day after that) masa sejam before masok exam tengah dudok2 ngan kawan suddenly dengar bunyik DUMN kat luar sekolah. X ambik port r tapi kedian ada kawan share info. Rrupanya bunyi tadi ada accident depan pintu gate utama sekolah. Ada motocyclist bawak penumpang potong line sebab ada bus park tepi jalan dan accident. FREAK. Since that day aku rasa aku ni ada supernormal psikik power.. wakaka.. Poyo jer statement..



X peduli r what ever experience aku ngan mimpi aku tapi 1 perkara ni musti korang pernah fikir or alami gak (or aku sorang je sebenarnya mengalami benda ni). Statement based on filem INCEPTION last night. Pasal aku bukan jenis orang yang leh sedar bahawa aku sedang bermimpi (pernah ker korang tengah bermimpi dan korang realize yang korang sebenarnya tengah tido dan bermimpi?) then kadang kala aku terbawak2 dan keliru which one adalah real kenangan or which one is reality. Duh... susah aku nak terang. Pendek kata korang kena gak gi layan filem INCEPTION ni. 





Pasal ada part tu isteri main character (bini  Leonardo ni r) rasa realiti ni sebenarnya adalah mimpi. Dan sebaliknya mimpi adalah sebenar2nya realiti. Hmmmm..

Chemistry 2

Tadi baru je balik dari kuar malam with kawan2 ni r. Layan INCEPTION (yang sangat best. Tabik spring to Mr. Christopher Nolan r) dan lepak makan2 (Mc D as usualnya). Then masa dalam lift nak beli tiket suddenly ada sorang mamat tu masok then aku senyom r then dia balas balik. Bila sampai atas sorang kawan aku tanya r sapa mamat tu tadi. So aku pon ketawa..
So aku kata r ngan dia guna ayat yang extra GRAMATIS "Half (or more) orang yang pernah berkawan ngan aku akan jadi musoh aku..." Hmmmm.. Yap that reality...



Kekadang aku pon heran. Even cam kawan yang kuar last night pon before ni bukan maen WARM lagi ngan gelak ketawa tanpa henti etc tapi ttiba malam tadi everything seems sangat2 COLD. Sama gak ngan kkawan sebelom ni. X peduli korang nak kata aku ni kacang lupa kulit ker, jenis ada kawan baru lupa kawan lama ker etc pasal nak wat cam ner r kan kalu itu memang aku.

Bila fikir2 balik it seems CHEMISTRY adalah perkara yang cukop mudah aku perolehi dan dalam masa sama cukup mudah untok aku lepaskan.... just like that..







 Seolah2 chemistry sedang bermain2 ngan jodoh dan takdir hidup aku...









Hmmmmmm