Showing posts with label Polis Gerakan Marin. Show all posts
Showing posts with label Polis Gerakan Marin. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Kerja Gomen

Aku tak kata aku ada banyak pengalaman kerja tapi aku pernah buat beberapa kerja dalam tempoh yang agak terhad. Apa yang boleh aku rumuskan ialah setiap kali aku kerja sektor kerajaan (which orang kampung guna term kerja gomen) then berat badan aku akan bertambah. Manakala sebaliknya setiap kali aku kerja sektor swasta (which orang kampung gelar sebagai kerja kompeni) then berat badan aku akan menyusut. Last kerja aku dalam tempoh kurang 5 bulan, berat aku berkurang 20 kg and of coz ia adalah kerja swasta. Sebab apa? Sebab kerja gomen boleh mengular dengan mudah. Hmmm..


Kerja pertama official aku dulu ialah bawah sektor kerajaan. Waktu tu tak terasa sangat 'gomen effectnya'. Hanya selepas kerja gomen kedua dan ketiga baru ia benar-benar terasa. Masuk jam 8, on computer, check e-mail (or mostly FACEBOOK), jam 9.30 keluar minum pagi, lepak borak-borak ketawa sejam, masuk balik then ada meeting dan setiap kali meeting garenti ada makan-makan, jam 12 keluar lunch, masuk balik jam 2, jam 4 keluar minum petang, jam 5 punch kad balik rumah. Masa office ada mak cik yang jual tudung (kalau bulan puasa then jual kuih), ada yang asyik baca katalog make-up, borak lebat tentang drama jam 7 petang semalam, ada pak cik yang asyik baca news paper etc. Ada pulak yang keluar dari pagi sampai petang dengan alasan nak atur timing kereta. Ada masa kalau korang bernasib baik masa pergi jabatan kerajaan then kau perasan yang ia sangat lenggang macam bukan hari kerja je. Yang ada pun budak intern yang kau tanya soalan, dia tak tahu apa-apa sebab selama dia di situ, satu-satunya kerja yang dia buat ialah photostate kertas je. Itu belum masuk part pergi kaunter kerajaan yang jumpa akak muka masam sebab kalau dia main Candy Crush kat smartphone dia. Lepas tu kalau kau ada kawan kerja gomen then kau pasti akan dengar diaorang membebel kata kerja diaorang banyak sangat. Aku tak kata semua tapi perkara macam tu dah biasa kat office-office kerajaan.


...


Hari ni tadi aku pi temankan bapak aku check up biasa dia kat satu Klinik Kesihatan. Seperti biasa ada ramai orang, banyak kaunter tapi yang bukak cuma 2 je. Siap terlekat kat depan kaunter tu minta maaf sebab kekurangan staff untuk layan customer. Masalahnya bukan sekali dua aku pergi sana. Selalu sangat tengok pekerja kaunter yang datang awal sekadar nak punch kad dan lepas tu keluar balik. Tadi keluar dari klinik tu kami pergi makan-makan dan jumpa pulak seorang pekerja kaunter klinik tu. Jam belum pukul 10 dah mengular minum pagi (tapi makanan yang diorder dah tahap lunch. Nanti jam 12 pasti akan keluar sekali lagi untuk lunch sebenar). Kedai makan pulak punya ar jauh lokasinya dari tempat kerja. Duduk ketawa bersenang lenang macam orang tak bekerja pulak dia. Hmmm..



...



Hari ni kat FACEBOOK sorang kawan kerja polis membebel tentang perangai rakyat Malaysia yang tak hargai kerja polis. Waktu susah mintak tolong tapi waktu senang tak dihargai. Honestly dia memang seorang yang baik so sebab tu dia suarakan ketidakpuasan hatinya tapi dia baru beberapa tahun je kerja dalam bidang dia tu. Aku anak polis, mak cik aku dulu kerja koperasi polis, aku ada sedara mara, kawan-kawan yang dah lama jadi polis. Mereka akui memang susah nak cari polis yang benar-benar jujur. Bukan tak ada tapi susah. Even ada yang bangga mengaku benda tak bagus yang mereka dah buat semasa dalam bertugas sehingga kita as orang biasa yang mendengar pulak jadi terkejut 'Polis sendiri boleh buat kerja tu?'. Tapi sekali lagi, bukan semua. Sayangnya disebabkan kita dah pernah mengalami kes kereta kena tahan then polis tu tanya nak saman ke nak hulur duit kopi, pergi kaunter nak buat laporan tapi polis tu nak tak nak je layan kita, jumpa polis yang salah guna kuasa etc. Hmmm..












Korang pernah tak mempersoalkan sebagai tax payer (or GST payer) yang duit kita guna untuk bayar gaji menteri, supaya mereka boleh dapat CGPA bagus-bagus tapi pak menteri pulak fikir kita nak dengar lawak bodoh mereka je memanjang, duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pulak supaya mereka dapat bagi service baik kembali kepada kita tapi mereka fikir supaya mereka boleh keluar makan sepanjang masa. Dan kepada pak polisi pulak, berkhidmat untuk rakyat dan bukan kepada ahli parti politik tertentu je.










Sekali lagi, post aku ni sedikit aku tak merujuk kepada semua tapi biasalah, aku sebagai salah seorang  dari golongan marhaen yang sentiasa ada je benda betul tak nampak dan nak komen sana sini. Hmmm

Thursday, August 28, 2014

Malaysians & Internet

Tadi aku terima satu personal message (PM) kat Facebook. Di atas dasar anti sosial yang aku dah amalkan ni so aku memang jarang terima PM dari sesiapa. Mostly ia adalah jemputan kahwin yang aku tak dapat pergi sebab terlalu jauh, spam sorang minah salleh yang nak berkenalan tapi berakhir dengan banyak virus menyerang komputer kau or message dari orang yang aku kenal yang aku tak dapat nak share sebab ia ialah a part of aku punya phobia. Sejujurnya aku agak takut sikit setiap kali aku tahu ada sesuatu dalam inbox PM aku tu. Hmmmm..

Tadi ada seorang kawan hantar PM kat aku. Ia adalah satu print screen dari smartphone. Memula aku tengok satu gambar yang aku pernah guna untuk satu post kat blog ni ar. Kedian aku tengok post yang dia upload. Then aku search nama page tu dan aku jumpa post tu. Ia baru je diupload 22 jam yang lepas (dari masa aku upload post ni) ada 49 like, 12 share dan 80 komen. Kalau kau kenal aku personally or pernah ikut dan baca blog aku or that post then kau akan perasan betapa lawak ar komen-komen yang diberikan tu. Dalam masa yang sama juga kau pasti akan sedih sebab betapa rakyat Malaysia sangat mudah melatah, sangat malas nak buat reseach (sedangkan terpampang dengan jelas link page aku kat gambar tu kot), mulut jahat, otak kotor plus ada anak polis sendiri yang bagi komen yang sekaligus membuktikan 'perangai' sebenar mereka sehingga 'disukai' ramai. Hmmmm..






Kat bawah ni ialah gambar print screen tu dan bawahnya pulak ialah link post yang diaorang ambik gambar tu. 






So sila pergi ke page mereka KAMI TABIK PDRM dan baca komen aku. 














Btw username Facebook aku ialah Nazir Abdullah. Hmmmm













LOL

Friday, October 12, 2012

Telefon Public

Soalan cepu emas:
Bila kali terakhir korang pakai public phone?
a) Baru jer 5 minit lepas sebab tempat kamiorg tak ada coverage handphone.
b) Semalam kot itupun aku guna untuk ugut boss aku. Aku guna public phone supaya dia x dapat detect nombor tu.
c) 15 tahun lepas even aku siap simpan koleksi card phone lagi. Nostalgia habis ar
d) Public phone? Apa tu? Cam handphone gak ker? Guna touch screen tak?


Kali terakhir aku pakai public phone ialah tahun lepas. Kat East Coast Mall, Kuantan. Hari tu entah apsal aku leh tertinggal handphone kat rumah pulak. Dan hari tu aku shift siang so balik ngan Uda cuma masalahnya masa dan tempat Uda tunggu aku x sama setiap masa so dia akan update masa ke masa ar. Then nak pinjam handphone kawan sekerja lak waktu tu ar ada alasan tak da kreadit, tak da bateri etc. Last-last diaorg rekomenkan public phone..

Duh, waktu tu dalam otak aku terlintas sambil kata 'Wei, benda tu wujud lagi ke zaman sekarang ni..?'. Sebab aku mati-mati fikir yang benda tu dah terhapus seiring waktu (cam lirik lagi Hari Ini, Esok dan Seterusnya by Nirina Zubir lak) sebab adanya handphone yang mampu milik. Jujor wei aku fikir yang public phone dah dilupuskan around 4 tahun lepas cam tu. So aku gi ar ke arah yang dibagitahu. 

Bila dah jumpa public phone tu aku agak terkesima plus tergamam jap. Sebab terlalu banyak unfamiliar button yang rasanya sebelum ni kalau tak silap aku public phone suppose to cuma ada 12 button cam phone rumah jer. Sebaliknya button yang ada mengelirukan. Penemuan baru aku masa tu ialah rerupanya kita pun leh hantar SMS melalui public phone gak. Hmmm..

So aku ambik langkah basic. Aku masukkan duit syilling dan tekan nombor. Kemudian aku ngan gabra cari mana ar button call. Entah apsal aku rasa kadar kecerdikkan aku menurun sangat ar waktu tu sehingga bila dah habis cakap still aku leh cari button end call. Hmmm..








Sebenarnya ada satu lagi issue yang aku yakin ia berlaku pada semua orang gak. Nombor telefon. It either korang lupa handphone cam aku or handphone hilang or habis battery. Then korang nak call either guna public phone or pinjam phone dari orang sekitar. Dan masa tu ar masalah utama berlaku. Korang tak ingat nombor sesapa pun sebab dah jadi tabiat korang save number dalam phone.

Tapi thanks goodness waktu tu aku dah tulis awal-awal nombor-nombor penting dalam buku nota aku. Hmmmm..















Teringat masa kecik-kecik dulu ngan anak-anak flat polis akan guna public phone untuk call 999. Then bila operator jawab so terus letak balik dan ketawa puas puas. Duh, anak polis sendiri yang buat panggilan palsu. Hmmmm..

Tuesday, August 21, 2012

Aku Anti Anak Polis

Trivia Pelik Tentang Aku:
Sebelum aku recently meletakkan rasa tak percaya pada institusi Polis di Malaysia, aku terlebih dahulu mempunyai rasa benci yang agak tinggi terhadap anak polis. Dan menjadikannya pelik ialah sebab aku sendiri ialah anak polis. Hmmmmm..


Aku ada sorang bestfriend: DIDI yang juga anti anak polis tapi once dia dapat tahu aku anak polis terus buat dia tergamam first sebab dia tak sangka kawan baik dia ialah terdiri dari kumpulan minoriti yang dia tak pernah suka. Dan dia terus buat 2 pengecualian (yang kemudiannya kembali hanya 1 pengecualian jer sebab sorang lagi anak polis aka yang sekarang ni dah jadi pembaca berita kat TV tu selalu ada issue ngan dia) anak polis yang boleh dijadikan kawan.


...


Persoalannya: Kenapa aku anti anak polis?

Cuba korang buat perbandingan ngan anak cikgu. Mostly semua or majoriti semua anak cikgu then bila dah besar akan memilih profession perguruan as kerjaya mereka. Sebab mereka dari kecik lagi dah melihat bagaimana mulianya cikgu ni (oooh aku juga anti cikgu. Itu nanti aku cerita ar) as kita selalu guna istilah  untuk hari guru cam cikgu umpama lilin yang membakar diri ar kononnya. Duh, all fashion betul statement tu. But still for them ia adalah sesuatu yang baik untuk diwarisi.

Then tengok pulak pada anak polis. Apa mostly berlaku pada anak-anak polis bila dah besar? Penjenayah, gangster kampong, mental rosak, penganggur (yap, that me), kaki blue (yap, that me again) dan lain-lain yang seangkatan ar. Sedangkan bapak penjaga keamanan tapi anak pulak membuat kerosakkan. Apa kes? Pendek kata hanya sebilangan kecil jer anak polis yang berjaya physically and mentally. Hmmmm..







Bagi aku mungkin sebab polis sangat jarang untuk quality time di rumah ngan family dan anak-anak ar. Aku ambik pengalaman sendiri ar. Bapak aku polis marine. Dulu-dulu tu kekadang sebulan lebih travelling, kalau tak pun gi out station, kalau tak lagi kerja malam or kalau tak lagi pagi-pagi dah turun kerja balik rumah lewat malam dan penat etc. Sehingga jujor aku katakan yang memori aku as kanak-kanak ngan bapak adalah cukup terhad. Yang aku ingat hanya ada emak, Uda dan sesekali bapak as seorang lelaki yang garang. Hmmm..

Even aku masih ingat lagi pesan emak waktu kami kecik-kecik dulu: JANGAN JADI POLIS. Nanti tak ada masa untuk isteri dan anak-anak. Akan selalu pergi jer mana-mana.












So akibatnya anak polis hanya berkawan ngan anak-anak polis lain yang duduk di dalam kurungan flat-flat polis yang ada jer.
























Tapi as time goes by aku baru sedar yang kekawan yang agak rapat ngan aku selama ni rerupanya pun anak-anak polis gak. Then baru ar bermulanya episode aku start tak percaya pada polis pulak. Wakaka

Wednesday, May 2, 2012

2 Pendapat Berbeza

Sejak bila apabila ada 2 idea yang berbeza then satu mesti jadi betul dan satu lagi mesti jadi salah? Or kau nak bagitahu semua yang kau betul dan aku salah? Gosh, aku lupa. Tak guna lawan cakap ngan orang bodoh sebab kalau aku menang sekalipun, kemenangan aku tu tak akan bermakna sikitpun. Menang lawan ngan orang bodoh menjadikan aku jauh lebih bodoh. So biarkan dia menang dengan kebodohan dia.


Apabila manusia menggunakan emosi melebihi akal then ia akan mencapai tahap chimpanzee. Dan aku sekarang sedang bercakap menggunakan emosi.

























Membuktikan teori Darwin hampir tepat. Wakaka

Polis Raja Di Malaysia

Sejauh manakah peratusan kadar kepercayaan korang terhadap institusi polis di Malaysia ni? Adakah korang percaya 100% bahawa polis adalah Mesra, Cekap dan Beramanah sama seperti yang ditunjukkan dalam Gerak Khas dan cerita-cerita seangkatannya? Or korang menjadikan polis adalah tempat terakhir pilihan korang jika ada berlaku perkara yang tak best dalam hidup korang? Hmmm..


Korang pernah tak pergi balai polis nak buat report dan korang ngan berbudi bahasanya cakap ngan polis yang bertugas di kaunter tu tapi dia ngan slumber makan sambil cakap-cakap kuat plus ketawa ngan polis sebelah dia dan layan kau macam kau ialah pendatang tanpa izin jer.

Korang pernah tak kena tahan polis traffic masa drive dan korang dengan yakin yang korang tak bawak laju, korang tak potong line salah, korang pakai seat belt dan satu peraturan jalan raya pon korang tak langgar. Dan kemudian polis tu ngan senyuman tanya sama ada korang nak bayar saman or bayar dia RM50. 

Korang pernah ada kawan or kenalan or family member yang bekerja as a policeman di Malaysia dan korang leh dengar dan lihat ngan mata kepala korang sendiri untuk tahu apa yang polis buat sebenarnya. 


















Sekarang ni polis di Malaysia dah dijadikan seperti bahan jenaka or boneka yang membuatkan ramai rakyat ketawa dengan gerak laku dan lakonan yang tak seberapa nak hebat tapi menghiburkan. 




Kat kampung aku ada ramai anak muda jadi polis. Membuatkan korang akan kata: mesti kampung aku ni aman kan? Hmmm.. Rata-rata yang diterima jadi polis adalah bekas-bekas pelajar sama sekolah aku yang cukup pasti SPM bernafas dalam lumpur, masa sekolah dulu kaki ponteng, kaki gaduh, kaki itu ini. So dengan harapan bila dah jadi polis then berubah tapi dengar-dengar layan pelacur asing kat Sabah, jual barang rampasan, berjudi gadai itu ini bla bla bla. Rata-rata kata jadi polis paling senang dapat duit. Kekadang tak sentuh gaji pun. Sebab ada ramai yang tawar diri nak bagi percuma. Hmmmm..













Hmmmm...

Monday, July 11, 2011

Perang Emosi

Perhimpunan BERSIH 2.0 dah berakhir. I have no comments about it. Ia sekadar membuatkan aku teringat seperti mana yang diperkatakan oleh sorang pensyarah ni dalam satu progam satu rancangan a week before perhimpunan tu berlaku as "Sejauh mana individu yang bakal menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 tu kelak benar-benar berjuang atas dasar yang dibawa oleh BERSIH or sekadar berjuang kerana emosi..." 


Emosi rasa marah, benci, tak puas hati yang dipendam cukup lama pada kerajaan menjadikan ada  antara mereka yang berkongsi pentas sama untuk meluahkan perasaan mereka.





Belum lagi masok bab putar belit fakta yang keluar dari berita-berita TV yang jadikan medium berita dah jadi lawak jenaka. 








PERKASA dan PATRIOT? Apa peranan 2 benda alah ni?Melakukan demostrasi haram (yang dihalalkan) untuk menentang demonstrasi haram lain? Aku x paham apa yg mereka perjuangkan. Hmmm..











Lebih SUCKS pada individu or kumpulan2 tertentu yang x pernah tengok benda-benda baik. Pada mereka, semuanya jahat. Contoh cam badan POLIS. Walaupun aku x pernah percaya pada institusi POLIS tapi aku x pernah kata semua POLIS ni jahat. Then ada ar video ni yang dikatakan dikeluarkan oleh individu yang tak berkepentingan (ada ke org yg x berkepentingan?) ni cuma ambik scene-scene yang menunjukkan yang POLIS di Malaysia ni sangat kejam. Fikirlah jugak yang walaupun institusi POLIS di Malaysia dah beratus tahun but still individu yang berkhidmat as POLIS tu hanya manusia biasa. POLIS pun dah berminggu berkhemah di situ. Plus that day sangat tegang. Semuanya berasak-asak.  Beribu-ribu manusia dan polis plak dalam kumpulan kecil. Mereka pun stress jugak. Be in their shoes ar.. 























And WORST aku tujukan untok bangsa aku sendiri. Aku malu bila semuanya nak takbir 'Allahu Akhbar..'. Tak tentu tempat asyik nak takbir sana sini. Korang memperlekehkan agama korang sendiri. Korang fikir ini PERANG SALIB antara agama ke? Dey Melayu, mungkin benar perjuangan yang cuba diperjuangkan Ambiga tentang Melayu dan Islam. Korang yang membuktikannya sendiri kebenarannya.














Btw aku sokong perjuangan BERSIH 2.0 Tapi bukan perjuangan emosi korang.

Tuesday, February 1, 2011

Once Open a Teddy Bear

Aku ada beberapa imaginasi pelik yang kalau aku kata semuanya then korang pasti akan kata aku sangat PELIK aka FREAK (realitinya banyak gak aku dah share pada orang ramai sebab aku sangat suka cerita kelemahan diri sendiri). Antaranya aku pernah untuk satu tempoh yang lama tak berani tidur atas katil yang ada open space di bahagian kiri kanan depan belakang sebab aku sangat percaya ada GREEN BAD MONSTER yang diselubungi GREEN FUNGUS live under my bed. Even sekarang pun aku masih percaya benda tu lagi. Hmmm...


Then selain tu something else perangai imaginasi yang aku tak pernah dapat buang sehingga sekarang: aku percaya each of my stuff (of whose ever stuff) yang ada mata dan mulut each time kita tak ada dalam bilik or kita keluar gi mana-mana yang kita tak ada masa tu then mereka sebenarnya hidup dan berkomunikasi sesama mereka. Ya ya ya.. korang ketawa r besar-besar then kata r aku ni gila etc suka hati aku r nak caya benda tu.
Mungkin semuanya pengaruh TOYS STORY or what ever cerita cartoon yang aku tonton or something happen masa aku kecik-kecik dulu masa demam panas ker or tertelan ubat gegat ke sehingga sekarang ngan lepasan IJAZAH pun masih percaya that such thing. Lawak kan?

Or may be ada satu event ni r masa kecik-kecik dulu. Masa tu kami masih duduk di FLAT POLIS BINTAWA. Di rumah masa tu ada satu doll ni r. May be own by ANGAH, my sis sebab dia satu-satunya girl dalam keluarga masa tu. Tapi disebabkan ANGAH kurang ciri keperempuanan masa tu (hmmm) so doll tu jadi sangat doll abuse ngan mata tercabut, rambut separa tercabut, conteng sana sini dan pendek kata ia jadi one thing yang sangat MENAKUTKAN. Bila tengok then aku garenti korang pun akan goosebumps dan nightmare malam-malam. 

So kami decide buangkannya ke dalam longkang. After that kami pindah beberapa tempat sehingga beberapa tahun kemudian di rumah sorang aunt kami ni. One of my cousin, AYU datang ngan parents dia. Kat tangan dia bawak 1 doll yang sebijik sama cam dolls yang kami pernah buang dulu. It seems ia hidup dan nak balas dendam. Kira cam CHUCKY dari CHILD PLAY yang nak revenge jer. TAMAT.

Then korang ngan penuh kebenggongan bertanya "So what happens then? Ada sesiapa yang tercedera or terbunuh ker?" Aku tengok ko ngan simpati sambil jawab "Kalau aku terbunuh then siapa r yang tengah menaip blog nih?" So korang pun mengangguk2 pura paham. Hmmm..















Hari ni tadi aku jalan-jalan masa tengah tunggu sorang kawan ni. Then tengah survey-survey baju ni mata aku meliar pada satu objek ni: bukan that haunted doll from my previous nightmare tu tapi satu teddy bear. Entah cam di possess aku terus ambil dan bayar di kaunter tanpa peduli harga dia. There something with that stuffed toy. Pada matanya. Pada mulutnya. Pada posisi badannya. It seems ia nak bagitahu something: Im been abandon by my master. Can you be my new master?









Hmmmm... Aku dah GILA...

Thursday, August 5, 2010

Oh Laa laa Duit

What if I told you guys that I m not working tapi setiap hari aku akan kuar ke bandar guna kereta (yap, KELISA jer tapi still kereta perlu minyak untok bergerak), shopping, lepak makan2 ngan kkawan, beli itu ini dan ttiba aku sedar.. wei duit aku still masih ada lagi. Musti andaian korang ialah aku sekadar nak bwat promo cara mudah dapat duit tru FACEBOOK or seangkatan atau paling tidak ko fikir bahawa aku ialah seorang GIGOLO. Hmmmm...Still aku lebih refer pada pilihan kedua..



Semalam aku kuarkan sekeping kertas RM50. Ari ni plak kuar 2 keping nilai yang sama untok bayar yuran bulanan BROADBAND. Then aku check dompet masa nak bayar toll still ada lagi sehelai kertas nilai yang sama gak. So aku check akaun bank. Wei.. duit aku masih ada lagi. Seingat aku last time aku cucok ATM pon last week dan each time aku kuarkan selalunya RM100 jer. Aku bayar PTPTN lagi, beli beg, beli baju beli itu ini lagi. Sedangkan aku dah sebulan lebih menganggur dan aku keluar bandar almost everyday dan berbelanja everytime aku kuar. Heran..

Orang yang kenal aku tahu betapa aku x ambik port sangat bab duit. Buktinya aku x tahupon berapa duit dalam dompet aku or korang leh periksa kat poket, baju, beg yang dah 10 tahun aku x sentuh ttiba jumpa duit RM10 yang entah sejak bila aku tinggalkan. Yap, duit akan membuatkan bumi berputar tapi bumi x akan berputar hanya sebab duit jer. In other wordnya: duit sekadar mesin dan kita adalah pengendalinya. Jika betul cara kita handle duit then betullah hasilnya.

May be aku patut berterima kasih pada parents aku sebab melalui mereka aku belajar secara x rasmi cara pengurusan kewangan dengan baik. Bapak aku kerja pon as POLIS MARINE yang pangkat biasa. Keluarga kami pon selamat r x besar sangat tapi still perbelanjaan adalah besar untuk tanggung rumah, anak beranak, adik beradik etc. Family aku dah bwat simpanan dan pelaburan untok each of kami adik beradik sejak dari kecik. So bila aku sekolah menengah aku dah ada akaun bank sendiri yang aku akan simpan duit sendiri in it.

As emak always said dan aku selalu cakap balik kat orang laen dan diri aku sendiri "It not on how much money do you have but how you manage it is important..!!" (emak aku x cakap omputeh r). Kekadang orang makin kaya makin banyak dibelanjakan. Makin banyak hutang keliling pinggang. Tambah emak lagi " Kalau gaji RM10 then jangan r makan RM11 setiap hari.. Miskin r jadinya..!!" . Betul gak kan cakap emak aku?

Ingat aku last time aku mintak duit ngan parents aku ialah masa tahun 3 di universiti dulu. Itu pon sebab ada masalah ngan kemasukan duit PTPTN so almost 2 bulan x ada duit dan selamat gak simpanan aku menolong waktu tu. Bila dah tahap kritikal muflis then barulah aku mintak. Itu pon malu rasanya nak mintak duit ngan parents sendiri. Pasal before tu sepanjang 3 tahun belajar (even start form 4 lagi rasanya) x pernah minta duit dari parents. Kalu mereka bagi then terima r. Tapi keluarga pon bukannya kaya sangat then faham2 r jumlah duit yang diberi.

So zaman universiti dulu cara terbaek untok dapat duit tambahan ialah tru melukis. Bakat dah ada so guna r. Ada kawan yang setia dah tempah awal2. Boleh r guna 1 lukisan untok makan seminggu dua. Lagipon zaman universiti dulu aku bukannya kuat makan. 

Then bila plan bwat business baru2 ni x menjadi, aku x marah pada sesapa pon (x makan orang2 tertentu tu). A little bit kecewa and rasa bersalah pada orang2 yang aku dah janji bwat business ngan mereka dan cliens2 yang terpaksa dibatal tempahan tu. Nak bwat cam ner dah bukan nasib aku dalam bidang tu. Still aku x rasa kehilangannya dari nilai duit..

Then kalu kawan ada pelawa nak join skim cepat masok duit itu ini then aku sekadar dengar r. Memang r semua orang guna alasan nak tolong kawan sendiri r , x nak kawan miskin r itu ini r... macam2. Bukannya aku x nak percaya cuma menjadi kaya bukan dalam list hidup aku. Terlalu banyak aku akan kehilangan jika aku sekadar nak fokus kejar duit jer.






Pernah korang dengar yang something about duit ni.. The more you give then the more you get? Bagi derma pada orang yang kurang berkemampuan. Walupon jumlahnya x seberapa tapi nilainya yang penting. Even korang sendiri yang akan rasa lapang n lega. Plus bwat yang beragama ISLAM, jangan lupa bayar ZAKAT FITRAH x lama lagi ni..




p/s: mungkin aku belum berada pada tahap benar2 memerlukan duit desperately then boleh r aku kuarkan post cam ni. Tapi still aku tulis post ni untuk menyedarkan diri aku sendiri gak.. Hmmm

Wednesday, July 21, 2010

The Other Version of GERAK KHAS

Sekarang ni BAPAK aku tengah layan POLIS GERAKAN MARIN kat TV9. Before that dia layan RODA-RODA KUALA LUMPUR. And esok plak (or lusa or what ever day r) dia akan layan GERAK KHAS. Technicallynya waktu2 siaran cerita2 ni adalah larangan untok sesapa ganggu dia. Sebab enchik BAPAK aku ialah bekas POLIS. Hmmmm


Tapi each time tayangan cerita tu EMAK aku akan sentiasa kuar dialog rasmi dia. "Asyik2 GERAK KHAS ni cerita dadah la, pelacur la, rempit la.. Ulang2 cam tu gak balik..!!" Wakaka. Aku ketawa dalam hati. Nak wat cam ner, mak cik.. Dah pengarahnya pun YUSOF HASLAM. Tengok r cam cerita MARIA-MARIANA, SEMBILU, SEMBILU KASIH, SI CAPIK etc yang dah berapa ribu episode dah dan sentiasa susah nak capai happy endingnya sehingga mak cik yang layan asyik sumpah-seranah si hero sebab x percaya heroin (dan aku x pernah tengok 1 episode penoh pon.. wakaka)..
.
.
Bila fikir2 balik, GERAK KHAS pon dah lama sangat maen. Masa ABBY baru kuar ELITE dan bekas isteri AC still blom kuar masok mahkamah lagi. Hmmm.. Lama tu wei, masa aku masih sekolah lagi r. Then kalu tengok sekarang, percaya r yang korang still masih lagi paham jalan ceritanya. And even some pelakon yang sama gak masih berlakon lagi. Cuma ABBY sekarang dah jadi POLIS BERTUDONG, dan ABANG MISAI dah naek pangkat then pencen (akhernya) tapi sebab x nak matikan watak then dia jadi pemandu teksi plak dan anak dia sambong legasi dia dan x lupa INSPEKTOR LIM kena tangkap pasal curi buku. Hmmmm

Sambong cerita EMAK aku lagi. Apsal asyik2 cerita yang sama tahap SKEMAnya je yang ditayang.Betol gak.. Kenapa x bwat versi laen untok GERAK KHAS? 


Cadangan 1: Realiti Polis di Malaysia
Why not cerita tentang masa tahan orang ni teros polis tu mintak 'wang kopi' sikit untok lepaskan si pesalah ker, or masa org datang bwat report then polis bertugas plak x nak layan orang tu tapi sebaliknya tengah syok layan FACEBOOK tru blackberrynya. Or tentang polis ni bwat rakaman pesalah perempuan x pakai baju guna handphone peribadi ker, or lebih hangat tentang polis muda bwat hubungan terlarang ngan isteri orang ker. Paling koman tentang banyak polis muda kat sempadan layan pelacur dari seberang dan keruntuhan akhlak anak-anak polis (wei aku pon anak polis gak apa)

Cadangan 2: Fantasi Polis di Malaysia
Ada alien datang nak menyerang Malaysia ker.. Gila fantasi or paling komannya bukan ker cerita GERAK KHAS ni banyak unsur fantasi dari realiti? Pendek kata polis yang berlakon tu cam terhindar dari melakukan dosa jer .. Hmmmm





Aku sebenarnya x r anti sangat kat abang2 dan kakak2 polis ni pon. Bak kata aku tadi: bapak aku pon polis gak. Cuma pasal polis pon manusia gak. Sebab tu mereka pon bwat dosa cam civilian laen kan? Cuma jangan r conteng arang kat polis2 baek (ada ker) ngan bwat benda x baek semasa pakai  uniform.. Kan?


Then ada suara kasar kata "Sebab tu r aku x layan drama series local ni.. Makin panjang episode makin mengarut.." Aku kata balik.. "Macam r cerita LOST tu x mengarut lebih jaoh..!!" Hmmmm