Showing posts with label Gigolo. Show all posts
Showing posts with label Gigolo. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

How To Handle 'Orang Gila'

Kalau korang pernah pergi Santubong then suddenly korang sesat dalam kampung tu then terjumpa sorang lelaki berpakaian agak serabai tanpa selipar dan kedian korang tanya alamat pada dia: percayalah dia tak akan bagi apa-apa solution pada korang. Either dia akan cakap bahasa yang korang tak akan paham or korang terpaksa bagi 'something' pada dia. Sebab dia orang gila. Hmmm...


Nama orang gila ni Naser. Tapi waktu kami adik beradik kecik-kecik dulu kami diajar panggil dia as Naser Babak Bobok. Sehingga dewasa baru kami tahu bahawa maknanya ada unsur lucah yang hmmm tak baek r pendek katanya. 

Naser ni pulak ada habit yang kureng sikit. Dia suka tunggu depan rumah kamiorang. Reasonnya sebab dulu-dulu bapak aku ni terlebih prihatin then selalu sediakan air dan duit RM1 ringgit bagi kat dia. So lama kelamaan dia makin kebiasaan. Kadang-kadang sehingga RM2-4 ringgit gak terpaksa bagi kat dia. Kalu tak dia akan tunggu je situ sampai bila-bila. Ada satu hari tu kami tak bagi dan dia buat protes berak depan pintu pagar rumah kamiorang. DAMN orang gila..

Dan korang pasti pernah dengar lawak ada mamat gila naik pokok dan tak nak turun walaupun ada orang bagi warn kata nak tebang pokok tu sehingga ada orang gila lain datang bawak kapak then terus je dia turun. Alasannya dia bagi: orang normal tak akan buat kerja orang gila dan hanya orang gila jer yang akan buat kerja gila.. Hmmm...

Bunyik cam lawak tapi it happens bila dlm kampong aku kat area rumah aku ada other orang gila yang muka dia sangat brutal dan dia just duduk depan rumah jer all the time. So bila si Naser ni datang rumah tu, korang tahu apa reaksi dia? Tindakan dia cam askar bawahan yang respek pada ketua. Pelik tapi betul.







Dan kembali pada topik utama tadi: How to handle orang gila?






Persoalan sekarang cam mana nak elakkan dari Naser ni? Ada bbudak kampong yang nakal each time Naser datang depan rumah diaorang terus diaorang baling batu bertubi-tubi. Kesian Naser. Dia memang dah gila tapi orang yang buat kerja tu jauh lebih teruk dari orang gila. Orang gila dah tentu masok syurga tapi mereka tu?

So tindakan aku each and everytime si Naser ni datang tunggu depan pagar rumah kamiorang dan saat tu parents aku tak ada ialah: RAHSIA tapi ia menjadi. 







Aku bagi hint: korang pernah main game siapa yang paling lama tak pejam mata ngan kawan korang tak? then cuba try main game tu ngan kucing korang guna trick siapa yang paling lama tenung muka siapa.. Hmmmm..











Kesimpulan di sini: Aku seorang yang malas nak guna otak each time bertindak then may be sebab tu aku mampu halau si Naser ni tanpa bertindak apa-apa.. Wakaka.. Perang psikologi bersama orang gila.. Memang gila..

Monday, April 4, 2011

The Adjustment Bureau

Korang pernah terfikir tak yang pertemuan korang ngan 'sorang tu' adalah satu kesilapan besar korang. Dia sepatutnya hanya muncul just like that jer dalam hidup korang tapi tapi entah kenapa suddenly dia jadi someone yang singgah lama dalam hidup korang. Then akibatnya perjalanan korang yang sepatutnya lurus jadi tersasar dari laluan yang sepatutnya sehingga korang punya life berubah. Damn isnt it?


Persinggahan sementara dia dalam hidup korang membuatkan hidup korang dah tak as aman as before lagi. Dia membuatkan ko lebih tersenyum, lebih ketawa, lebih marah, lebih sedih, lebih menanggis dari senyuman, gelak kata, rasa marah, kesedihan or tanggisan yang biasa berlaku dalam hidup ko. Dan dia membuatkan ko betul-betul rasa hidup. 


But then ttiba dia hilang. Just like that. And at that moment membuatkan ko sedar betapa dia hanya satu kesilapan yang tak sepatutnya berlaku dalam hidup korang. That chapter and that character sepatutnya tak pernah ada dalam kisah kehidupan korang. Wish ia boleh di-erase-kan dari kotak memory otak korang. Sebab dia bukan sahaja membuatkan perjalanan hidup korang tersasar dari apa yang dirancang plus lebih SUCKS dia terus stuck dalam otak korang sampai bila-bila.




Bukannya korang tak pernah try nak remove dia dari memori korang tapi ia tak dapat. Each time korang rasa cam dah jumpa someone else as penganti then automatikcallynya muncol paranoia dalam otak korang kata "What if kalu dia sama jer cam si kesilapan besar dulu? Then ia pasti akan buat luka aku jadi double sakit.." So ko tak jadi with that someone else tu. Dan ia berulang banyak kali lagi.







It seems walaupun that person dah tak wujud lagi dan korang rasa that person dah hilang dari otak korang dan korang sangat benci dia dan berharap tak akan pernah sesekali pun terjumpa dia lagi tapi sebenarnya jauh dalam hati korang still mengharap agak dia kembali lagi. Still mengharap akan terjumpa dia. Still mengharap... Hmmmm....



















So aku nak bagitahu yang ko adalah satu kesilapan yang tak sepatutnya wujud dalam hidup aku. Ko sepatutnya muncul sekali dan kemudian terus pergi tapi ko singgah lama. Ya, aku nak berterima kasih sebab pernah buat aku benar-benar rasa 'hidup'.. Tapi selepas beberapa tahun berlalu dan ko hilang just like that jer and I hate what you did to me. Kau seperti bayang-bayang yang tak pernah nak pergi dari sisi aku dan ia sangat menyeksa aku. Setiap kenangan bersama ko yang suddenly leh muncol balik terlalu SUCKS.. And each time aku nak carik pengganti then ia akan menginggatkan balik pada kau.








Apa yang aku nak sangat dari kau sekarang ni ialah agar ko jangan muncul lagi dalam ingatan aku...






























I hate caffeine effects.. It make me 'berfikir'.. Hmmm~~~

Tuesday, September 28, 2010

Frozen Smile

A night before ttiba gigi rasa ngilu then pepaginya aku check kat cermin. Dude, how come aku baru perasan gigi aku berlobang disebalik gigi palsu. So last night gi Klinik Dr Hanifah (tapi dia x ada so Dr. Aminuddin plak yang bertugas). Lepas kena inject then dia cabut tapi sebab gigi tu still masih kuat sehingga dia terpaksa mintak tolong nurse tolong tahan kepala aku. X pernah-pernah berlaku cam ni before.. Hmmm...










































So sekarang dah berlaku 7 kekosongan dalam mulut aku.  Then x ada mood nak makan. X ada mood nak bercakap.. Dan x ada mood gak nak membloging... Hmmm...











And the worst part is: Teeth fairy x datang pon last night untuk tukarkan gigi aku ngan duit (either dalam bentuk tunai or cek). RM100 pun aku x kisah r. Betapa aku terlalu desperate perlukan duit.. Hmmm...

Thursday, August 5, 2010

Oh Laa laa Duit

What if I told you guys that I m not working tapi setiap hari aku akan kuar ke bandar guna kereta (yap, KELISA jer tapi still kereta perlu minyak untok bergerak), shopping, lepak makan2 ngan kkawan, beli itu ini dan ttiba aku sedar.. wei duit aku still masih ada lagi. Musti andaian korang ialah aku sekadar nak bwat promo cara mudah dapat duit tru FACEBOOK or seangkatan atau paling tidak ko fikir bahawa aku ialah seorang GIGOLO. Hmmmm...Still aku lebih refer pada pilihan kedua..



Semalam aku kuarkan sekeping kertas RM50. Ari ni plak kuar 2 keping nilai yang sama untok bayar yuran bulanan BROADBAND. Then aku check dompet masa nak bayar toll still ada lagi sehelai kertas nilai yang sama gak. So aku check akaun bank. Wei.. duit aku masih ada lagi. Seingat aku last time aku cucok ATM pon last week dan each time aku kuarkan selalunya RM100 jer. Aku bayar PTPTN lagi, beli beg, beli baju beli itu ini lagi. Sedangkan aku dah sebulan lebih menganggur dan aku keluar bandar almost everyday dan berbelanja everytime aku kuar. Heran..

Orang yang kenal aku tahu betapa aku x ambik port sangat bab duit. Buktinya aku x tahupon berapa duit dalam dompet aku or korang leh periksa kat poket, baju, beg yang dah 10 tahun aku x sentuh ttiba jumpa duit RM10 yang entah sejak bila aku tinggalkan. Yap, duit akan membuatkan bumi berputar tapi bumi x akan berputar hanya sebab duit jer. In other wordnya: duit sekadar mesin dan kita adalah pengendalinya. Jika betul cara kita handle duit then betullah hasilnya.

May be aku patut berterima kasih pada parents aku sebab melalui mereka aku belajar secara x rasmi cara pengurusan kewangan dengan baik. Bapak aku kerja pon as POLIS MARINE yang pangkat biasa. Keluarga kami pon selamat r x besar sangat tapi still perbelanjaan adalah besar untuk tanggung rumah, anak beranak, adik beradik etc. Family aku dah bwat simpanan dan pelaburan untok each of kami adik beradik sejak dari kecik. So bila aku sekolah menengah aku dah ada akaun bank sendiri yang aku akan simpan duit sendiri in it.

As emak always said dan aku selalu cakap balik kat orang laen dan diri aku sendiri "It not on how much money do you have but how you manage it is important..!!" (emak aku x cakap omputeh r). Kekadang orang makin kaya makin banyak dibelanjakan. Makin banyak hutang keliling pinggang. Tambah emak lagi " Kalau gaji RM10 then jangan r makan RM11 setiap hari.. Miskin r jadinya..!!" . Betul gak kan cakap emak aku?

Ingat aku last time aku mintak duit ngan parents aku ialah masa tahun 3 di universiti dulu. Itu pon sebab ada masalah ngan kemasukan duit PTPTN so almost 2 bulan x ada duit dan selamat gak simpanan aku menolong waktu tu. Bila dah tahap kritikal muflis then barulah aku mintak. Itu pon malu rasanya nak mintak duit ngan parents sendiri. Pasal before tu sepanjang 3 tahun belajar (even start form 4 lagi rasanya) x pernah minta duit dari parents. Kalu mereka bagi then terima r. Tapi keluarga pon bukannya kaya sangat then faham2 r jumlah duit yang diberi.

So zaman universiti dulu cara terbaek untok dapat duit tambahan ialah tru melukis. Bakat dah ada so guna r. Ada kawan yang setia dah tempah awal2. Boleh r guna 1 lukisan untok makan seminggu dua. Lagipon zaman universiti dulu aku bukannya kuat makan. 

Then bila plan bwat business baru2 ni x menjadi, aku x marah pada sesapa pon (x makan orang2 tertentu tu). A little bit kecewa and rasa bersalah pada orang2 yang aku dah janji bwat business ngan mereka dan cliens2 yang terpaksa dibatal tempahan tu. Nak bwat cam ner dah bukan nasib aku dalam bidang tu. Still aku x rasa kehilangannya dari nilai duit..

Then kalu kawan ada pelawa nak join skim cepat masok duit itu ini then aku sekadar dengar r. Memang r semua orang guna alasan nak tolong kawan sendiri r , x nak kawan miskin r itu ini r... macam2. Bukannya aku x nak percaya cuma menjadi kaya bukan dalam list hidup aku. Terlalu banyak aku akan kehilangan jika aku sekadar nak fokus kejar duit jer.






Pernah korang dengar yang something about duit ni.. The more you give then the more you get? Bagi derma pada orang yang kurang berkemampuan. Walupon jumlahnya x seberapa tapi nilainya yang penting. Even korang sendiri yang akan rasa lapang n lega. Plus bwat yang beragama ISLAM, jangan lupa bayar ZAKAT FITRAH x lama lagi ni..




p/s: mungkin aku belum berada pada tahap benar2 memerlukan duit desperately then boleh r aku kuarkan post cam ni. Tapi still aku tulis post ni untuk menyedarkan diri aku sendiri gak.. Hmmm