Showing posts with label Ac Mizal. Show all posts
Showing posts with label Ac Mizal. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Kerja Gomen

Aku tak kata aku ada banyak pengalaman kerja tapi aku pernah buat beberapa kerja dalam tempoh yang agak terhad. Apa yang boleh aku rumuskan ialah setiap kali aku kerja sektor kerajaan (which orang kampung guna term kerja gomen) then berat badan aku akan bertambah. Manakala sebaliknya setiap kali aku kerja sektor swasta (which orang kampung gelar sebagai kerja kompeni) then berat badan aku akan menyusut. Last kerja aku dalam tempoh kurang 5 bulan, berat aku berkurang 20 kg and of coz ia adalah kerja swasta. Sebab apa? Sebab kerja gomen boleh mengular dengan mudah. Hmmm..


Kerja pertama official aku dulu ialah bawah sektor kerajaan. Waktu tu tak terasa sangat 'gomen effectnya'. Hanya selepas kerja gomen kedua dan ketiga baru ia benar-benar terasa. Masuk jam 8, on computer, check e-mail (or mostly FACEBOOK), jam 9.30 keluar minum pagi, lepak borak-borak ketawa sejam, masuk balik then ada meeting dan setiap kali meeting garenti ada makan-makan, jam 12 keluar lunch, masuk balik jam 2, jam 4 keluar minum petang, jam 5 punch kad balik rumah. Masa office ada mak cik yang jual tudung (kalau bulan puasa then jual kuih), ada yang asyik baca katalog make-up, borak lebat tentang drama jam 7 petang semalam, ada pak cik yang asyik baca news paper etc. Ada pulak yang keluar dari pagi sampai petang dengan alasan nak atur timing kereta. Ada masa kalau korang bernasib baik masa pergi jabatan kerajaan then kau perasan yang ia sangat lenggang macam bukan hari kerja je. Yang ada pun budak intern yang kau tanya soalan, dia tak tahu apa-apa sebab selama dia di situ, satu-satunya kerja yang dia buat ialah photostate kertas je. Itu belum masuk part pergi kaunter kerajaan yang jumpa akak muka masam sebab kalau dia main Candy Crush kat smartphone dia. Lepas tu kalau kau ada kawan kerja gomen then kau pasti akan dengar diaorang membebel kata kerja diaorang banyak sangat. Aku tak kata semua tapi perkara macam tu dah biasa kat office-office kerajaan.


...


Hari ni tadi aku pi temankan bapak aku check up biasa dia kat satu Klinik Kesihatan. Seperti biasa ada ramai orang, banyak kaunter tapi yang bukak cuma 2 je. Siap terlekat kat depan kaunter tu minta maaf sebab kekurangan staff untuk layan customer. Masalahnya bukan sekali dua aku pergi sana. Selalu sangat tengok pekerja kaunter yang datang awal sekadar nak punch kad dan lepas tu keluar balik. Tadi keluar dari klinik tu kami pergi makan-makan dan jumpa pulak seorang pekerja kaunter klinik tu. Jam belum pukul 10 dah mengular minum pagi (tapi makanan yang diorder dah tahap lunch. Nanti jam 12 pasti akan keluar sekali lagi untuk lunch sebenar). Kedai makan pulak punya ar jauh lokasinya dari tempat kerja. Duduk ketawa bersenang lenang macam orang tak bekerja pulak dia. Hmmm..



...



Hari ni kat FACEBOOK sorang kawan kerja polis membebel tentang perangai rakyat Malaysia yang tak hargai kerja polis. Waktu susah mintak tolong tapi waktu senang tak dihargai. Honestly dia memang seorang yang baik so sebab tu dia suarakan ketidakpuasan hatinya tapi dia baru beberapa tahun je kerja dalam bidang dia tu. Aku anak polis, mak cik aku dulu kerja koperasi polis, aku ada sedara mara, kawan-kawan yang dah lama jadi polis. Mereka akui memang susah nak cari polis yang benar-benar jujur. Bukan tak ada tapi susah. Even ada yang bangga mengaku benda tak bagus yang mereka dah buat semasa dalam bertugas sehingga kita as orang biasa yang mendengar pulak jadi terkejut 'Polis sendiri boleh buat kerja tu?'. Tapi sekali lagi, bukan semua. Sayangnya disebabkan kita dah pernah mengalami kes kereta kena tahan then polis tu tanya nak saman ke nak hulur duit kopi, pergi kaunter nak buat laporan tapi polis tu nak tak nak je layan kita, jumpa polis yang salah guna kuasa etc. Hmmm..












Korang pernah tak mempersoalkan sebagai tax payer (or GST payer) yang duit kita guna untuk bayar gaji menteri, supaya mereka boleh dapat CGPA bagus-bagus tapi pak menteri pulak fikir kita nak dengar lawak bodoh mereka je memanjang, duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan pulak supaya mereka dapat bagi service baik kembali kepada kita tapi mereka fikir supaya mereka boleh keluar makan sepanjang masa. Dan kepada pak polisi pulak, berkhidmat untuk rakyat dan bukan kepada ahli parti politik tertentu je.










Sekali lagi, post aku ni sedikit aku tak merujuk kepada semua tapi biasalah, aku sebagai salah seorang  dari golongan marhaen yang sentiasa ada je benda betul tak nampak dan nak komen sana sini. Hmmm

Friday, March 6, 2009

Aku vs ANIME


Korang pernah layan ANIME GTO x? Kalu x pon cerita HANA KIMI, METEOR GARDEN, BOYS OVER FLOWER or cerita KOREA, TAIWAN, JEPUN yg belatarbelakngkan sbuah skolah swasta yg student dia anak2 org kaya (yg mata dia sepet2 sikit r). Hari ni aku akan bwat review cerita tu based on real life. X paham? Dlm ayat yg pendek lg mudah: aku akan kerja kat tempat cam 2.

Semalam ambik offer letter then keluar tu lepak chill n borak2 r ngan PAK GUARD sekolah ni. Ari ni plak tadi jumpa Ketua Bahagian (KB) BM n beberapa org cikgu n secara x sengaja terjumpa 1 kelas bakal anak murid.

So kesimpulan yg aku dpt dr pengalaman 2 ari ni ialah: aku akan bekerja ngan latar belakang sama cam series anime 2. Even kalu korang first masok sekolah ni lg pon korang akan kata ‘sebijik cam sekolah cerita Jepon..!!’ sekolah cerita Jepon mostly dlm persekitran tertutop pasal ada musim salji(sini plak tertutop pasal guna air cond r), sebelah sekolah rendah, banyak cikgu yg nerd2, ada jawatan DIRECTOR yg neutral (yg kdudukan paling atas kat sekolah), PENGETUA yg gila kuasa dan ada cikgu kanan yg kuat membodek n mngadu apa2 kes. Undang2 pelik (such cikgu perempuan yg dah kawen x dbenarkan mengandong). Group lelaki student 4 n 5 yg buat onar (pasal bapak kaya raya), persekitaran yg bersih n sangat sunyi etc. Memang sebijik…

So apa lg ciri2 yg akan berlaku dlm ANIME kat tempat cam 2 yg perlu aku tahu? Murid akan guna kuasa parents untok saman cikgu? Semua cikgu dah x ada motivasi dan menunggu sorg cikgu baru dtg yg akan bwat perubahan pd dasar (itu mmg GTO r)? Semua cikgu akan terikat ngan skema pengajaran tertentu dan cikgu yg bawak pembaharuan akan mendapat tentangan pengetua? Or akan ada series of pembunuhan pelajar atas sebab misteri rrupanya ada hantu pelajar balas dendam (itu cerita versi hantu KOREA r)?

Aku akan ajar 3 buah kelas: 2 kelas form 2 dan 1 kelas form 1. Yg menjadikan cerita ni lebih tragis bila aku akan ajar kelas tingkatan 2 yg paling nakal. Bila jumpa tadi menambahkan ciri keANIMEan kisah ni. Ada group of boys yg tunjok nakal as hero, group of girls yg manja, sorang minah yg brutal, sorang mamat yg dingin (yg biasanya akan jadi hero melainkan cerita tu focus pd cikgu r) dan yg laen as watak sampingan. X lupa gak aku ialah cikgu ketiga untok kelas ni untok tahun ni jer. Dan cikgu yg terakher sebelom aku dah x tahan mengajar diaorg ni…

dan soalan cepu emas yg selalu dtanya oleh student n perlu djawab oleh cikgu BM ialah "Kenapa kita perlu belajar BM kalu kita kerja n belajar kat oversea bukan akan guna BM pon?"






Dan nasihat terakhir PAK GUARD tu pd aku: Habis kerja teros balik, jangan ssibuk nak melibatkan diri ngan pelajar. Dan KB BM tu pulak ckp: Jangan jadi kawan ngan student sbb semua tu hanya berlaku dlm movie jer. Duh…!!


p/s: Dan fakta nombor yg menarik ialah aku satu2nya cikgu lelaki Melayu kat sekolah ni n may be pengguna motosikal kedua yg wujod d sekolah ni. Naa…