Showing posts with label Nor Diyana Saupi. Show all posts
Showing posts with label Nor Diyana Saupi. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Aku. Wujud

Satu hari kau jatuh sakit. It takes a week kau terlantar di atas katil. Kalau kau tak update status kau kat media social agaknya ada tak sesiapa yang sedar kau tak ada? Sekali lagi kalau kau bukan jenis manusia yang update benda-benda mengarut setiap selang 2 minit then mungkin orang akan perasan something tapi jauh di sudut hati mereka kata "There something missing tapi apa ek..?" Youre invinsible. Hmmm..

Aku jenis manusia yang senang berkawan tapi dalam ramai-ramai kawan tu aku lebih senang meletakkan mereka dalam status 'kawan sahaja'. Ditapis-tapis then ada kawan leh share something dan tapis lagi dan lagi sehingga yang berbaki tu cukup istimewa tahap kalau dia tak ada then aku tak pasti aku ni wujud atau aku sebenarnya satu halusinasi yang otak aku create sendiri.






Aku mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Hasilnya aku cuma ada sorang dua je kawan yang berada pada tahap tu. Tahap yang kita sedih, ketawa, marah, gadoh, tak cakap lama, ketawa balik, sedih balik, marah balik. 









Nor Diyana Saupi. Kamu satu-satunya manusia yang membuatkan aku benar-benar yakin bahawa aku betol-betol wujud. Kalau tak, aku tak yakin ada manusia lain yang sedar tentang kewujudan aku di dunia ni. Aku yakin betapa aku tak pernah bersendirian ketika kau ada.











Kau whatapps aku lewat malam dan aku baru sedar kewujudan mesej tu setelah 12 jam berlalu. Kau perlukan aku tapi aku tak sedar. Bila aku call kau beberapa kali, kau tak jawab. Maafkan aku, aku tak ada ketika kau perlukan aku. Hmmmm

Thursday, December 13, 2012

Melencong ke Perak 2.0

(..sambongan)


Day 02 bermula cerah. Plan kami either nak balik semula ke Zoo yang semalam sangat spoil dan mengecewakan untuk 2 dewasa yang both dah lama x gi zoo or teruskan hari kedua ngan aktiviti baru. Last-last kami setuju bahawa zoo semalam bukan rezeki kami dan kami teruskan ngan plan baru: Taman Tasik Taiping. Taman Tasik ni cukup besar dan tarikan utamanya ialah barisan pokok tua yang dahannya menyentuh other side of road. Akibatnya gila banyak pengantin yang buat photoshot masa tu. Plus tak lupa kami mengelilingi tasik guna itik paddle ngan teruja tahap kanak-kanak ribena.

1. Didi berlatarbelakangkan pokok besar yang dahannya panjang mencecah bumi. 2. Aksi teruja tapi kaki lengguh gak mengayuh. 3. Angsa yang bawak kami. 4. The scenery

Check out hotel kami gi 2 tempat yang agak menyesatkan gak ar. First: Kuala Sepetang untuk menjamu selera ngan makanan famous tempat ni iaitu Mee Udang. Boleh dikatakan setiap beberapa meter then ada jer kedai mee udang yang penuh ngan pengunjung. Kedai yang direkomenkan oleh kawan Didi tak jumpa so kami pilih satu kedai ni: Mee Udang Mak Jah yang udangnya lebih banyak dari mee ngan udang yang saiz besar, segar dan harga yang berpatutan

Taman Tasik Taiping

Then kami gi Bukit Merah Lake Town yang buat kami sesat beberapa kali.  Even sekali tu kami entah gi satu tempat yang totally cam Area 51 ngan pagar kawat duri dan empangan yang silap haribulan kami leh kena culik sebab secara tak sengaja dapat tahu rahsia kerajaan. Bukit Merah Lake Town boleh katakan as quite okey gak ar untuk riadah tapi masalahnya waktu kami tiba situ once again hujan agak lebat. So sekali lagi plan kami nak ke pulau rehab orang utan  terpaksa dibatalkan. Menjadikan apa yang kami boleh buat ialah main game indoor dan beli souvenir. Next gi Ipoh cari hotel untuk tidor.

 1. Minah keling bergambar kat sign kelab Cina 2. Bergambar bersama kat Taman Tasik Taiping 3. Didi perasan model 4. Kedai ni wujud pada 1892. Hmmm..

Kami tiba di Ipoh, hari dah pun malam. Kami gi satu Shell station untuk tanya hotel mana yang available. Memang Ipoh ada banyak hotel tapi disebabkan kesuntukan masa, jalan lak yang tak familiar untuk stranger cam kami plus semua hotel yang kami jumpa budjetnya leih RM200 sedangkan kami sekadar nak bermalam jer. Last-last kami check in kat Hotel Seri Malaysia. Ia cukup selesa tapi malangnya tak ada tub mandi sebab perjalanan kami yang panjang yang penuh ngan edisi sesat dan berhenti tanya kat mana-mana tempat pasti lebih best kalu leh berendam kat tub mandi untuk  sejam dua.

1. Didi konon-konon jadi model kedai Mee Udang Mak Jah. 2. Mee Udang yang lebih banyak udang dari mee 3. Muka pura-pura menghargai mee tu. Mee tu rasanya biasa jer kot cuma udangnya je yang best

Ipoh adalah versi berlawanan ngan Taiping. Walaupun banyak bangunan zaman colonial menghiasi bandar but still manusianya sibuk dan mengejar masa. Kami punya mission nak gi kopitiam dan merasa dish famous kat Ipoh iaitu nasi ayam Hainan dan rasa kopinya yang dikatakan istimewa. Namun disebabkan trafik route yang tak familiar ngan kereta yang banyak dan sesak so last-last kami park kereta dan jalan kaki cari. Jumpa satu kedai ni yang renovate dari bangunan lama but still mengekalkan identity kopitiam versi moden. Cuma rasanya biasa-biasa jer kot. Kami sekejap jer di Ipoh dan kemudian perlu balik ke KL semula.

 1. Akibat hujan lebat so minah rempit ni khusyuk test power. 2 Hotel Seri Malaysia kira wokey ar dari hotel first yang quite creepy 3. Bukit Merah Lake Resort ada banyak aktiviti best tapi hari hujan so semua batal 4. Niat nak beli buahan tempatan untuk makan dalam hotel tapi ngantok punya pasal then fail

















Kesimpulannya aku pasti akan balik semula ke Perak sebab banyak lagi destinasi yang belum sempat dilawat. Plus mode berada di Taiping totally cam berada dalam filem arwah Yasmin Ahmad. Plus edisi perlancongan ke Perak menjadikan aku dah melengkapkan perjalanan aku keseluruh negeri di Malaysia. Huhuhu


p/s: Kalau perasan x ada gambar kat Ipoh sebab rasanya waktu tu kami dua tengah moody kot. Wakaka

Melencong ke Perak 01

Selepas aku resign kerja terakhir aku tahun lalu, first thing yang aku buat (selain shopping kat area Mall di Bukit Bintang area) ialah melancong ke Perak bersama partner in crime: Miss Didi. Kami memang dah rancang dari zaman university dulu lagi kata in few years after graduated then kami akan jadi backpacker. Even Didi kata kalau waktu tu dia dah kawen dan ada anak sekalipun still dia akan pergi backpack bersama gak malah sanggup tinggalkan anak ngan suaminya lagi. Dan entah apasal lokasi pertama yang both of us setuju ialah Perak. Hmmm..


Pagi Jumaat tu aku naik bas dari Kuantan - simpan beg-beg aku kat hentian Pekeliling - dan as aku kata tadi then aku shopping. Antara benda yang aku beli waktu tu ialah Lomo Fisheye 2 dan sebijik box bag yang authentic gak ar. Plus tak lupa perubahan yang berlaku pada system penggangkutan awam KL yang waktu aku baru datang 4 bulan lepas tak ada lagi iaitu sistem token pada LRT. Then ambik beg dan gi hentian Komuter Padang Jawa untuk jumpa Didi. Then the journey started.

1. Lomo Fisheye2 yang aku beli kat Fahrenheit. 2. Gambar pertama aku dan didi before start journey

Kami boleh pilih untuk gi keesokkan harinya tapi aku cadangkan it better gi malam-malam hari sebab  esok paginya kami leh terus start sarapan di Perak. Lepas dinner kami bertolak guna kereta Didi (sebenarnya tak ar backpack sangat kan?). Sepatutnya KL-Perak (Taiping) just ambik masa around 4 jam jer tapi perjalanan kami pulak ambik 11 jam sebab once kami masok Perak terus kami lepak kat sebuah RnR ni. Kami minum kopi sambil main buaian,  makan jambu batu sambil borak-borak menjadikan kesejukkan pagi tu tak terasa. Banyak benda yang nak dicerita dari issue umpat kekawan sehinggalah bab-bab serius tapi last-last kami tertidur dalam kereta. Lepas Subuh kami terus gerak memulaikan perjalanan.

1. Salah satu senibina authentic kat Taiping. 2. Berlatarbelakangkan J.W.W Birch.., ala pok cik yang kena bunuh tu. 3. Phone Booth klasik yang mesti gi lawat.

Sejujornya kami tak ada apa-apa plan yang specific pun. Memang kami nak gi Perak tapi Perak tu besar dan kami tak decide nak gi mana pun. Aku nak gi Ipoh or Teluk Intan tapi Didi nak gi Taiping dulu. Last-last kami setuju pilih Taiping (pronounce as Tepeng) but still kami tak tahu apa yang ada kat sana. Kami just go with the flow: Tengok sign or tanya orang tempatan mana tempat yang best untuk pelancong. Hmmm..
 

Taiping ialah sebuah bandar yang tak dicemburui masa. Kalau korang jenis yang suka senibina klasik barat zaman colonial then inilah tempatnya. Didi ada kawan sorang doctor kat Taiping so kami masuk Hospital Taiping then feelnya cam berada pada era 70-an jer. Itu belum masok part penduduknya lagi. Mereka pun tak mengejar masa langsong. Kereta-kereta kat jalan raya bergerak punya ar sempoi jer menjadikan Didi yang tahap kesabarannya agak rendah cukup susah untuk hidup kat situ ar. Wakaka..

Masalah yang timbul untuk kami waktu tu ialah mencari hotel. Taiping memang ada beberapa hotel tapi mostly semua hotel tu penuh. Quite menghairankan gak ar sebab kalau tengok sekeliling cam tak ada orang sangat tapi hotel semuanya full. Kami pusing beberapa kali bandar Taiping nak carik hotel. Selamat ar laluanya mudah dan trafik tak teruk (kecuali kereta mostly bawak slow) Last-last kami check in kat sebuah hotel (Meridien Hotel) yang agak murah ngan pakej yang menakutkan gak next to Hospital Taiping. Menakutkan sebab: First owner dan pekerjanya nampak sangat psiko cam cerita seram dimana pemilik hotelnya sangat misteri ngan anak yang ada masalah otak. Second: kondisi hotel tu yang cam dalam filem Dark Water and third: owner tu awal-awal lagi dah kata “Jangan takut nanti malam ada tok imam akan datang ketuk pintu bilik..” hmmm..

Ada beberapa tempat yang menarik untuk dilawati kat Taiping antaranya Muzium Taiping, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping. Sebenarnya ada banyak lagi tapi sebab kami cuma berada kat situ untuk 2 hari 1 malam jer so semuanya jadi cukup berebut.  Plus sentiasa ada unfortunate thing happens cam usaha pencarian hotel yang cukup lama menjadikan baki hari pertama cukup pendek, Muzium Taiping waktu tu lak tengah melakukan renovation on sebahagian sectionnya menjadikan kawasan yang open untuk public quite limited ar dan sewaktu kami berada kat Zoo Taiping kurang sejam then hujan lebat turun menjadikan perjalanan kami cukup lembap. So akibatnya plan nak gi Maxwell Hill pun terpaksa ar dibatalkan. Hmmm..

1. Muka teruja lama dah x jejak kaki masok zoo. 2. Naik keretapi mini dalam zoo tapi badan separuh dah basah dek hujan 3. Last-last beruniformkan baju hujan sambil buat muka ayu

Malam pertama kami dinner ngan kawan Didi si doctor tu kat sebuah resort dalam hutan next to Maxwell Hill (yang aku x ingat nama tempat ni). Dia sorang doctor yang quite humble and down to earth ar. Walaupun bapak dia sorang yang besar pengaruhnya dalam dunia perubatan but still dia pilih untuk berkhidmat di hospital awam di bandar Taiping berbanding hospital swasta di bandar-bandar besar ngan pendapatan yang jauh lebih lumayan. Alasan dia bagi: dia tak suka kesibukkan dan kebisingan manusia kota.




After Dinner kami gi the other side of Taiping yang jauh lebih 'hidup' ngan tempat untuk golongan muda-muda Taiping melepak. Ia bersebelahan sungai next to Station Keretapi Tanah Melayu. So that the end of first day journey di Taiping.

(bersambong)

Tuesday, October 9, 2012

Definisi Kawan

Kawan ialah satu episode yang cukup penting dalam hidup semua orang. A great friend bagi aku boleh disamakan as setaraf dengan family member sendiri walaupun mereka x ada hubungan darah sikitpun ngan kita. Hmmmm..


Aku seorang lelaki jenis yang cukup mudah buat kawan (kalau aku nak). Contoh kalau aku dudok kat bus station dan sebelah aku ada orang then kalau aku nak so aku leh jer jadikan dia kawan sehingga kalau betul chemistry kami orang akan kata yang kami dah kenal lama. As beberapa orang kawan aku pernah kata "Alaa, Aj dah ada kawan baru ar tu so dia akan lupa kita as kawan lama dia nanti.." sebab seems dimana sahaja aku berhenti, aku akan tinggalkan trail (or bahan bukti) iaitu kawan-kawan (melainkan kat tempat kerja yang terakhir yang aku still sampai hari ni tak faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga menjadikan ia benar-benar berbeza).

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak kawan tu aku hanya ada kawan yang betul-betul kawan yang sangat sedikit. Around 3 orang cam tu jer kot. Aku pun tak tahu kenapa jumlahnya sangat kecil. Aku rasa it normal kot pada emua orang yang  refer better quality rather than quantity ar kot. Even ada orang yang punya jumlah kawan yang besar tapi dia tak ada kawan yang betul-betul kawan tu pon. Sebab atas dasar kualiti tu ar. Kan...?


Kalau aku buat satu carta bulatan dalam bulatan so bulatan paling besar yang mewakili orang luar yang just tahu kewujudan aku tapi kenal sekadar pada nama jer then akan kata aku seorang yang sombong dan berlagak. Yap, I get it all the time. May be sebab muka aku ni jenis muka yang sombong ar. Kalu aku gi mana-mana, aku memang tak akan senyum sikit pun. Even kalau aku senyum pun orang akan kata yang senyuman aku tu sangat berlagak. Sebab mostly mereka tu yang kemudiannya jadi kawan aku akan kata "Laaa Aj, selama ni mati-mati aku fikir kau ni seorang yang sombong dan berlagak.." Hmmm..

Next bulatan sederhana mewakili kawan yang pernah keluar lepak Mc D, tengok wayang or lepak-lepak malam hari ngan aku. Kekawan dalam kelompok ni pulak akan kata aku seorang yang sangat happy go lucky, full of humor, sporting etc yang seangkatan. Rasanya mostly orang dalam group ni akan label aku as Aj yang selalu senyum or Aj yang tak ada masalah. Even rasanya kawan dalam kelompok ni memang berpotensi untuk misjudge aku ar. 

Lastly bulatan paling kecil bagi mewakili kekawan dalam bilangan sangat-sangat kecil yang melihat aku as Aj yang serius. Rasanya hanya orang-orang yang terpilih jer ar yang mampu lihat aku bercakap ngan serius pada issue-issue serius. Kawan pada peringkat ni melihat aku as manusia normal yang beremosi dan juga ada masalah sama cam orang lain.















Aku sangat yakin hanya orang yang bertuah sahaja yang punya kawan. Dan hanya orang yang betul-betul bertuah punya kawan yang betul-betul kawan. Hmmmm..

Tuesday, December 27, 2011

Aku Mengajar Photoshop 2

Aku sangat suka pada kamera sebab bagi aku kamera ialah medium untuk menangkap apa yang dilihat oleh mata aku dan ia disahihkan oleh hasil gambar tu. So gambar itu ialah dunia sebagaimana ia dilihat melalui pandangan mata aku. Then most of the time aku suka ambik gambar orang kedian mereka-mereka tu pun bertanya "Aj, tak nak aku ambik gambar ko ke?" then aku refuse atas few reasond:

a) It feel weirdo bila kita tak tahu what to do when orang tengah nak snap gambar kita
b) Biasanya jarang sangat-sangat gambar yang diaorang ambik tu berjaya aka tak cantek laa.Yap, mostly because of the second reason laa. Wakaka


Technically aku tak ada sijil or diploma dalam graphic design ni tapi sebaliknya aku just cuba-cuba then orang suka then diaorang upah aku buat itu ini, design itu ini etc. Then disebabkan aku bersimpati pada certain-certain individu yang cara sangat best edit gambar then upload jadi profail picture kat FACEBOOK tapi bila kita tengok then kita rasa cam simpati jer then dalam hati kata "Anak buah aku yang umor 5 tahun kalau guna aplikasi 'paint' yang sangat classic tu guaranty jauh lebih cantek dari kerja dia" so aku nak share basic things in Adobe Photoshop laa..


Berikut ialah gambar-gambar yang aku nak edit:


'a' ialah gambar yang aku ambik manakala 'b' ialah gambar yang DIDI, a friend ambik. Somewhere somehow gambar 'b' cantik tapi cam tak stabil. So aku ambik keputusan nak edit gambar ni. So pelajaran pertama yang nak aku ajar ialah guna Clone Stamp Tool yang ada kat Tools Box sebelah kiri Adobe Photoshop korang. Matlamat aku nak remove imej aku. 



Hasilnya ialah pada gambar 'c' di atas ni. Disebabkan real pic agak kusam then most of the time aku akan main guna Brightness, Contras, Saturation and Selective Color yang korang akan jumpa kat Image>Adjustment.


Gambar 'd' ni plak aku kira pose okey sikit ar then aku guna Polygonal Lasso Tool untok crop bentuk badan aku slow-slow dan menghasilkan 'e' kat bawah ni


So aku just tindihkan 'e' pada background 'c' dan terhasillah imej bawah. Tapi ia seems a bit pelik ar kan. Yap, rule nak jadikan graphic yang diedit tu berjaya ialah pastikan ia tak terlalu sempurna. Yap, setiap gambar ada kecatatan. Plus buat apa kita nak edit gambar kalau orang tak tahu gambar tu gambar diedit ar kan?













Then aku edit-edit lagi, masukkan font etc menjadikan yang berikut plak.



















So selamat mencuba.. hohoho

Tuesday, December 6, 2011

27. Almost

Hari ni 6th Disember. Beberapa hari (realiti berminggu lagi) aku akan masuk 27 tahun. Tapi masih lagi ramai yang tanya "Masih belajar lagi ker?" or "Umur 22?".Aku tak pasti either ia satu pujian untuk memberitahu yang aku punya wajah yang jauh lebih muda dari usia sebenar or satu teguran untuk aku sedar yang aku ni terlalu tak matang untuk lelaki pada usia aku. Hmmm..


Dah lama tak layan FACEBOOK then baru tahu seorang kawan yang selalu join lepak malam-malam ngan geng bachelor rerupanya dah tukar status dari single ke in relationship. Realitinya dah ramai kawan-kawan gelak ketawa, tepuk tampar, sama belajar selama ni dah bertunang, kahwin, ada anak, cerai dan kahwin lagi etc. Mereka yang selama ni depan mata kita as kawan solo dah melalui fasa-fasa kehidupan yang berbeza sedangkan aku masih lagi di tampuk yang sama.

Yap, memang ar aku pilih untuk bersendiri, tak nak couple, tak nak in relationship, tak nak kahwen etc tapi jujor kata selama mana seorang manusia tu leh hidup ngan kawan jer all the time. Kawan semua akan kawen then tak kan nak keluar ngan suami or bini or emak or bapak budak then balik lewat pagi lagi? Kang aku plak punca penceraian mereka.. Naya...


















Usia almost nak 27 tapi masih lagi buat keputusan bodoh resign kerja. Ketika orang susah-susah nak dapat kerja then aku ngan mudah je lepaskan kerja yang ada jawatan tinggi dan bergaji leh tahan besar. Orang lain dah ada asset banyak tapi aku masih bernafas dalam lumpor lagi.














Yap, aku membebel seperti orang tua tapi bagi orang lain aku masih lagi kanak-kanak yang terperangkap dalam diri seorang remaja (sebab orang masih lagi kata aku masih awal 20-an yang sedang belajar di universiti tempatan). 
















Then teringat satu bait pada lagu Melly Goeslaw "Ada dan tiada cinta, bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh diriku"




















2 hari lagi aku akan tinggalkan Kuantan, mengembara bersama seorang kawan yang berjanji jika pada usia 40 tahun kami masih lagi sendiri then dia nak aku kahwini dia. Hmmm..













40 tahun...? Mungkin pada waktu tu orang akan kata usia aku baru masuk 27. Hmmm..

Sunday, September 11, 2011

Things Change

Tiga tahun aku tinggalkan bumi semenanjung Malaysia (realitinya last 2 month aku dah pergi KL tapi it just literally jer sebab aku tak sempat ke mana-mana pun waktu tu sebab after that kami: aku ngan emak terus je ke Pahang) Tapi kali ni berbeza. Even matlamat datang kali ni pun lain. Atas sebab kerja. Hmmmm..


Aku sengaja meninggalkan Sarawak lebih awal. Sebab aku plan nak jumpa cik Nor Diana Saupi yang dah 2 tahun x jumpa plus dah lama x jalan-jalan area KL nih. Flight aku ambik jam 11 malam dan tiba di KLIA jam 12.40 am cam tu. Rindu feel awal-awal pagi di KLIA yang tak pernah sunyi ngan manusia. So sepatutnya cik DIDI ambik aku tapi sebab as usual that girl akan ambik masa yang sangat lama nak make-up, fikir baju nak pakai etc plus aku sangat tension menunggu 10 jam di airport so aku bertolak keluar je guna bus sana.

First destination aku pergi ialah KL Central. Last two month punya projek between ngan monorail belom lagi siap (cam lah leh siap dalam masa 2 bulan jer projek besar cam tu) so aku x nak naik monorail sebab jauh dan aku perlu bawak 2 beg lagi. KL Central makin padat. Pembaharuan yang aku suka ialah sebab dah ada BURGER KING.. Wakaka..

Even laluan train pun tak ada perubahan selama 3 tahun ni. Aku tak perlu tanya sesapa or tengok peta laluan pun. So naik PUTRA then transit ke MASJID JAMEK naik STAR ke TITIWANGSA. Then beli tiket kat PEKELILING. Totally tak ada yang berubah kecuali pembangunan di luar lah.

Then kat sana jumpa DIDI yang totally aku x jumpa effect make up berjam-jam melainkan dia nampak jauh lebih kurus ketika aku jauh lebih gemok. Wakaka..

So kedian kami jalan-jalan ke pasar malam jalan TAR. Sebab aku sangat rindu ngan puding karamel or puding telor yang dijual kat sana masa zaman belajar dulu. Tapi sayangnya kami tak jumpa plak warung dia. Either warung tu dah tak wujud lagi after 3 year or dia tak bukak kedai semalam. Hmmm..











Sepanjang 2 jam aku cakap-cakap itu ini ngan DIDI. Dia masih lagi orang yang sama yang aku pernah kenal selama 3 tahun di universiti dulu tapi pemikirannya dah berubah. Pendiriannya. Sama cam aku gak. Menuju kedewasaan.












So tak semua benda berubah kan?














X sabar esok mode kerja hari pertama.. Wohoho

Friday, July 8, 2011

Backpacker

Satu soalan ditanya pada kerja terakhir aku: Apa yang akan anda lakukan jika anda menang USD 1 juta? Banyak bagi jawapan yang berbeza. Aku pulak kata first aku akan beli DSLR dan travel back pack yang besar then backpacking around the world, ambik public transport, jalan kaki sebahagian tempat, tidur di hotel murah, cuba makanan tempatan, menikmati keindahan alam dan memahami kepelbezaan hidup masyarakat dunia, snap pictures, check free wifi and share it with whole over the world. Dalam perjalanan balik, jumpa stranger, get married, get babies and backpack again..Hmmmm..
.
Setiap kali aku gi mana-mana either melancong or melencong aku sangat suka bawak backpack sebab ia sangat mudah nak bergerak rather than beg tarik or beg galas besar. Backpack pun ada banyak pocket as divider yang senang kita nak asingkan toiletries, undies, baju, or what ever travel kit yang kita nak bawak. Plus tujuan sampingan gak nak perasan jadi backpacker.. Wakaka..

I dont know laa jadi backpacker ni quite best ar. May be pasal aku sangat enjoy pada alam sekitar, lihat bangunan-bangunan dan kebudayaan lama, lihat budaya manusia yang berbeza etc. 




Tapi bila fikir filem HOSTEL erk...










Didi, masih ingat plan kita masa kat dalam cafe internet UO dulu kata after few years lepas grad nak gi jadi backpacker? Ko kata kalu ko dah kahwin masa tu then ko akan suroh husband ko masa tu jaga anak ko then join aku jadi backpacker. Wakaka.. Idea Sumie kena reject ar.. LOL
























Next 2 week Insyallah kalu x ada aral melintang aku akan jadi backpacker untuk seminggu di tempat yang quite asing buat aku. Mengembara di bumi asing sorang diri, mengenal dunia dan kembali mengenal diri..


















Hmmmm...

Saturday, July 2, 2011

Oh Hati, Pergi Jauh-Jauh

Pernah tak berlaku bila kita jatuh cinta, kita bagi sepenuhnya yang terbaek yang ada dalam diri kita tapi then bila dia pergi, it hurt a lot. It seems seluruh yang ada dalam diri kita pergi bersama perginya cinta tu. So kita berjanji next time bila jatuh cinta kita tak akan bagi sepenuhnya lagi..

So the next time bercinta, kita tak bagi sepenuhnya lagi. Sebab tak nak luka seteruk dulu. Tapi bila dia pergi, kita mulai menyesal betapa kita tak bagi sepenuhnya rasa cinta yang terbaik dalam diri kita untuk dia. And it hurt double triple lebih teruk dari dulu.
























Aku harap kau akan kuat. Betapa aku tak suka kau menanggis kerana lelaki tapi menanggislah kali ni. Kau perlu menanggis untuk lepaskan perasaan tu pergi.





















Oh hati, bawa perasaan ini jauh-jauh kerana ia membunuhku

Monday, April 25, 2011

Nangis

Didi, ko pasti masih ingat kan malam ko menanggis sebab apa budak laki tu dah buat pada kau dulu tu kan? So aku peluk ko dan ko menanggis lebih kuat. Entah apsal aku tak terfikir pun tentang orang ramai disekitar waktu tu. Ko datang malam tu dengan senyuman. Tapi bila dah start cakap-cakap then air mata ko mulai mengalir. Realitinya aku lebih suka tengok ko menanggis malam tu daripada melihat senyuman palsu ko hari-hari sebelum tu. Ko senyum seolah-olah ko sangat tabah for what he did to you dan seolah-olah ia tak bagi apa-apa effect besar pada hidup ko.


Dan hari ni tadi ada seorang lagi gadis yang menanggis atas sebab yang sama. Dia menanggis atas sebab lelaki yang tak layak untuk dia. 















Air mata tu terlalu mahal untuk dibazirkan hanya kerana seorang yang tak tahu nilai diri korang. Jangan menanggis sebab seorang lelaki. Menanggislah atas sebab lain..
















































Andai suatu masa kelak, ada seorang gadis yang berjaya mencuri hati aku. Aku akan berjanji untuk memastikan tak akan ada setitik air matapun yang akan mengalir di pipi dia. Bukan sebab aku.






























Hmmmm