Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Melencong ke Perak 2.0

(..sambongan)


Day 02 bermula cerah. Plan kami either nak balik semula ke Zoo yang semalam sangat spoil dan mengecewakan untuk 2 dewasa yang both dah lama x gi zoo or teruskan hari kedua ngan aktiviti baru. Last-last kami setuju bahawa zoo semalam bukan rezeki kami dan kami teruskan ngan plan baru: Taman Tasik Taiping. Taman Tasik ni cukup besar dan tarikan utamanya ialah barisan pokok tua yang dahannya menyentuh other side of road. Akibatnya gila banyak pengantin yang buat photoshot masa tu. Plus tak lupa kami mengelilingi tasik guna itik paddle ngan teruja tahap kanak-kanak ribena.

1. Didi berlatarbelakangkan pokok besar yang dahannya panjang mencecah bumi. 2. Aksi teruja tapi kaki lengguh gak mengayuh. 3. Angsa yang bawak kami. 4. The scenery

Check out hotel kami gi 2 tempat yang agak menyesatkan gak ar. First: Kuala Sepetang untuk menjamu selera ngan makanan famous tempat ni iaitu Mee Udang. Boleh dikatakan setiap beberapa meter then ada jer kedai mee udang yang penuh ngan pengunjung. Kedai yang direkomenkan oleh kawan Didi tak jumpa so kami pilih satu kedai ni: Mee Udang Mak Jah yang udangnya lebih banyak dari mee ngan udang yang saiz besar, segar dan harga yang berpatutan

Taman Tasik Taiping

Then kami gi Bukit Merah Lake Town yang buat kami sesat beberapa kali.  Even sekali tu kami entah gi satu tempat yang totally cam Area 51 ngan pagar kawat duri dan empangan yang silap haribulan kami leh kena culik sebab secara tak sengaja dapat tahu rahsia kerajaan. Bukit Merah Lake Town boleh katakan as quite okey gak ar untuk riadah tapi masalahnya waktu kami tiba situ once again hujan agak lebat. So sekali lagi plan kami nak ke pulau rehab orang utan  terpaksa dibatalkan. Menjadikan apa yang kami boleh buat ialah main game indoor dan beli souvenir. Next gi Ipoh cari hotel untuk tidor.

 1. Minah keling bergambar kat sign kelab Cina 2. Bergambar bersama kat Taman Tasik Taiping 3. Didi perasan model 4. Kedai ni wujud pada 1892. Hmmm..

Kami tiba di Ipoh, hari dah pun malam. Kami gi satu Shell station untuk tanya hotel mana yang available. Memang Ipoh ada banyak hotel tapi disebabkan kesuntukan masa, jalan lak yang tak familiar untuk stranger cam kami plus semua hotel yang kami jumpa budjetnya leih RM200 sedangkan kami sekadar nak bermalam jer. Last-last kami check in kat Hotel Seri Malaysia. Ia cukup selesa tapi malangnya tak ada tub mandi sebab perjalanan kami yang panjang yang penuh ngan edisi sesat dan berhenti tanya kat mana-mana tempat pasti lebih best kalu leh berendam kat tub mandi untuk  sejam dua.

1. Didi konon-konon jadi model kedai Mee Udang Mak Jah. 2. Mee Udang yang lebih banyak udang dari mee 3. Muka pura-pura menghargai mee tu. Mee tu rasanya biasa jer kot cuma udangnya je yang best

Ipoh adalah versi berlawanan ngan Taiping. Walaupun banyak bangunan zaman colonial menghiasi bandar but still manusianya sibuk dan mengejar masa. Kami punya mission nak gi kopitiam dan merasa dish famous kat Ipoh iaitu nasi ayam Hainan dan rasa kopinya yang dikatakan istimewa. Namun disebabkan trafik route yang tak familiar ngan kereta yang banyak dan sesak so last-last kami park kereta dan jalan kaki cari. Jumpa satu kedai ni yang renovate dari bangunan lama but still mengekalkan identity kopitiam versi moden. Cuma rasanya biasa-biasa jer kot. Kami sekejap jer di Ipoh dan kemudian perlu balik ke KL semula.

 1. Akibat hujan lebat so minah rempit ni khusyuk test power. 2 Hotel Seri Malaysia kira wokey ar dari hotel first yang quite creepy 3. Bukit Merah Lake Resort ada banyak aktiviti best tapi hari hujan so semua batal 4. Niat nak beli buahan tempatan untuk makan dalam hotel tapi ngantok punya pasal then fail

















Kesimpulannya aku pasti akan balik semula ke Perak sebab banyak lagi destinasi yang belum sempat dilawat. Plus mode berada di Taiping totally cam berada dalam filem arwah Yasmin Ahmad. Plus edisi perlancongan ke Perak menjadikan aku dah melengkapkan perjalanan aku keseluruh negeri di Malaysia. Huhuhu


p/s: Kalau perasan x ada gambar kat Ipoh sebab rasanya waktu tu kami dua tengah moody kot. Wakaka

Melencong ke Perak 01

Selepas aku resign kerja terakhir aku tahun lalu, first thing yang aku buat (selain shopping kat area Mall di Bukit Bintang area) ialah melancong ke Perak bersama partner in crime: Miss Didi. Kami memang dah rancang dari zaman university dulu lagi kata in few years after graduated then kami akan jadi backpacker. Even Didi kata kalau waktu tu dia dah kawen dan ada anak sekalipun still dia akan pergi backpack bersama gak malah sanggup tinggalkan anak ngan suaminya lagi. Dan entah apasal lokasi pertama yang both of us setuju ialah Perak. Hmmm..


Pagi Jumaat tu aku naik bas dari Kuantan - simpan beg-beg aku kat hentian Pekeliling - dan as aku kata tadi then aku shopping. Antara benda yang aku beli waktu tu ialah Lomo Fisheye 2 dan sebijik box bag yang authentic gak ar. Plus tak lupa perubahan yang berlaku pada system penggangkutan awam KL yang waktu aku baru datang 4 bulan lepas tak ada lagi iaitu sistem token pada LRT. Then ambik beg dan gi hentian Komuter Padang Jawa untuk jumpa Didi. Then the journey started.

1. Lomo Fisheye2 yang aku beli kat Fahrenheit. 2. Gambar pertama aku dan didi before start journey

Kami boleh pilih untuk gi keesokkan harinya tapi aku cadangkan it better gi malam-malam hari sebab  esok paginya kami leh terus start sarapan di Perak. Lepas dinner kami bertolak guna kereta Didi (sebenarnya tak ar backpack sangat kan?). Sepatutnya KL-Perak (Taiping) just ambik masa around 4 jam jer tapi perjalanan kami pulak ambik 11 jam sebab once kami masok Perak terus kami lepak kat sebuah RnR ni. Kami minum kopi sambil main buaian,  makan jambu batu sambil borak-borak menjadikan kesejukkan pagi tu tak terasa. Banyak benda yang nak dicerita dari issue umpat kekawan sehinggalah bab-bab serius tapi last-last kami tertidur dalam kereta. Lepas Subuh kami terus gerak memulaikan perjalanan.

1. Salah satu senibina authentic kat Taiping. 2. Berlatarbelakangkan J.W.W Birch.., ala pok cik yang kena bunuh tu. 3. Phone Booth klasik yang mesti gi lawat.

Sejujornya kami tak ada apa-apa plan yang specific pun. Memang kami nak gi Perak tapi Perak tu besar dan kami tak decide nak gi mana pun. Aku nak gi Ipoh or Teluk Intan tapi Didi nak gi Taiping dulu. Last-last kami setuju pilih Taiping (pronounce as Tepeng) but still kami tak tahu apa yang ada kat sana. Kami just go with the flow: Tengok sign or tanya orang tempatan mana tempat yang best untuk pelancong. Hmmm..
 

Taiping ialah sebuah bandar yang tak dicemburui masa. Kalau korang jenis yang suka senibina klasik barat zaman colonial then inilah tempatnya. Didi ada kawan sorang doctor kat Taiping so kami masuk Hospital Taiping then feelnya cam berada pada era 70-an jer. Itu belum masok part penduduknya lagi. Mereka pun tak mengejar masa langsong. Kereta-kereta kat jalan raya bergerak punya ar sempoi jer menjadikan Didi yang tahap kesabarannya agak rendah cukup susah untuk hidup kat situ ar. Wakaka..

Masalah yang timbul untuk kami waktu tu ialah mencari hotel. Taiping memang ada beberapa hotel tapi mostly semua hotel tu penuh. Quite menghairankan gak ar sebab kalau tengok sekeliling cam tak ada orang sangat tapi hotel semuanya full. Kami pusing beberapa kali bandar Taiping nak carik hotel. Selamat ar laluanya mudah dan trafik tak teruk (kecuali kereta mostly bawak slow) Last-last kami check in kat sebuah hotel (Meridien Hotel) yang agak murah ngan pakej yang menakutkan gak next to Hospital Taiping. Menakutkan sebab: First owner dan pekerjanya nampak sangat psiko cam cerita seram dimana pemilik hotelnya sangat misteri ngan anak yang ada masalah otak. Second: kondisi hotel tu yang cam dalam filem Dark Water and third: owner tu awal-awal lagi dah kata “Jangan takut nanti malam ada tok imam akan datang ketuk pintu bilik..” hmmm..

Ada beberapa tempat yang menarik untuk dilawati kat Taiping antaranya Muzium Taiping, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping. Sebenarnya ada banyak lagi tapi sebab kami cuma berada kat situ untuk 2 hari 1 malam jer so semuanya jadi cukup berebut.  Plus sentiasa ada unfortunate thing happens cam usaha pencarian hotel yang cukup lama menjadikan baki hari pertama cukup pendek, Muzium Taiping waktu tu lak tengah melakukan renovation on sebahagian sectionnya menjadikan kawasan yang open untuk public quite limited ar dan sewaktu kami berada kat Zoo Taiping kurang sejam then hujan lebat turun menjadikan perjalanan kami cukup lembap. So akibatnya plan nak gi Maxwell Hill pun terpaksa ar dibatalkan. Hmmm..

1. Muka teruja lama dah x jejak kaki masok zoo. 2. Naik keretapi mini dalam zoo tapi badan separuh dah basah dek hujan 3. Last-last beruniformkan baju hujan sambil buat muka ayu

Malam pertama kami dinner ngan kawan Didi si doctor tu kat sebuah resort dalam hutan next to Maxwell Hill (yang aku x ingat nama tempat ni). Dia sorang doctor yang quite humble and down to earth ar. Walaupun bapak dia sorang yang besar pengaruhnya dalam dunia perubatan but still dia pilih untuk berkhidmat di hospital awam di bandar Taiping berbanding hospital swasta di bandar-bandar besar ngan pendapatan yang jauh lebih lumayan. Alasan dia bagi: dia tak suka kesibukkan dan kebisingan manusia kota.




After Dinner kami gi the other side of Taiping yang jauh lebih 'hidup' ngan tempat untuk golongan muda-muda Taiping melepak. Ia bersebelahan sungai next to Station Keretapi Tanah Melayu. So that the end of first day journey di Taiping.

(bersambong)

Wednesday, September 5, 2012

Aku Bukan Cina Ar Wei...

Gosh, aku sangat-sangat malas recently nak update blog. Last month aku cuma upload berbelas post jer sekaligus pageviews aku agak menjunam jatuh. Bukannya aku x ada idea nak tulis tapi sangat x da mood nak on labtop, nak klik mouse dan tekan punat-punat pada keyboard. Mungkin sebab puasa kot menjadikan aku agak malas sikit nak buat dosa mengata benda pelik-pelik kot. Wakaka.


Aku seorang yang x suka judge people (walaupun tanpa sedar kekadang aku pon terbuat gak) as much as aku tak suka orang judge aku sebab mostly orang selalu akan ter-misjudge aku. Lupakan benda yang besar-besar ar, even benda yang kecik-kecik tentang aku pon leh di-misjudge-kan cam umor aku, asal aku or yang paling selalu: bangsa aku.

1.
Aku x kata aku muda sebab bagi aku 27 tu lebih dekat kepada 30 berbanding 20 tapi orang selalu kata umur aku still awal 20-an yang masih belajar kat kolej or universiti. Mungkin sebab perwatakkan aku yang ceria dan happy go lucky jer mereka nampak kot yang menjadikan aku cam muda. Even kekadang tu junior aku sekolah dulu bila jumpa mereka nampak sangat tua dan ada yang kata aku pulak junior mereka. Memang ar good partnya kita nampak muda tapi not so good partnya orang treat kita cam budak hingusan yang no nothing jer. Hmmm..


2.
Kalau orang tanya aku asal mana then aku suroh teka, memang tak ada satu pon tekaan mereka yang tepat selama ni. Mostly akan bagi pilihan paling banyak as Indonesia atau Sabah. Next mereka akan kata aku ialah orang Kedah, Perak dan ada sorang pensyarah zaman belajar aku dulu kata aku orang Singapura. Even kalau orang Sarawak tu di luar Sarawak pon mereka tak akan dapat teka aku ialah seorang Sarawakian. Hmmm..


3.
Aku anak yang paling hitam dalam adik beradik. Uda dan Angah memang dari kecik lagi orang dah kata as anak Cina. Even sampai besar Angah pakai tudung pun orang leh kata yang Angah ialah Muallaf. Disebabkan muka aku dan kulit aku berbeza dari adik beradik lain so aku x mengalami perkara tu sehingga zaman aku belajar kat UKM. It started bila budak-budak Melayu (mostly Pantai Timur) create a gap, orang tanya soalan pelik-pelik cam aku mix ker, apsal roomate Melayu etc sehingga ar beberapa episode bbudak Cina cakap Mandarin ngan aku then baru aku tau yang mereka fikir aku Cina.

Aku tak ar sampai kata: Wei, aku bangga jadi Melayu or aku malu ar orang kata aku Cina ker. Aku lebih kepada: Oooh okey, it not such a real big deal pon. Aku kekadang cuci berak pakai tisu pon kalau tak ada air kan..? Walaupun situasi tu berulang-ulang kali berlalu, aku just handle it ngan jenaka cam: tak peduli muka Cina ke, India ke, Melayu ke: kita kan Malaysians.










Cuma kekadang tu part yang tak best tu bila ada certain people ni mewujudkan double standard layanan based on ciri-ciri luaran tu. Contoh cam week before Ramadhan tempohari aku gi tengok wayang. Cerita tu hallnya dah bertukar tapi tak ada yang pihak management yang bagitau so al kisahnya aku termasuklah ke hall yang salah tu. Tengok dalam cerita lain then aku kuar dan kebetulan ada pekerja cinema tu kat situ. Belum sempat aku nak tanya terus dia sound aku ngan nada tinggi "Wei, apek, lu tara baca notis bawah kaa? bla bla bla.." 
 
So aku just jawab ngan spontan dalam dialek Melayu Sarawak ar yang aku tak tahu.Apa reaksi dia? Dia mintak maaf sebab fikir aku Cina. Buat aku terfikir kalau dia terus tak tahu yang aku ni Melayu then dia akan terus layan aku ngan kurang beradab ar sebaliknya sebab aku sama bangsa ngan dia then dia mintak maaf? Apakah...?













Tadi aku ke bandaraya Kuching naik motosikal. Perjalanan balik tu hujan agak lebat so aku bawak labtop terpaksa ar berhenti kat mana-mana tempat yang leh berlindung. Tak lama lepas tu ada motorcyclist sebijik lagi park gak dan masuk kat tempat aku tu. Dan aku pulak memang ada habit suka tegur orang yang aku x kenal so aku tegur ar then reaksi dia just senyum jer. It takes a while gak ar baru dia bukak mulot balik tegur aku ngan word "Lu bla bla bla..." sehingga bila aku balas balik dan dia tanya "Bukan Cina ker...?" Hmmmm...














Leh tak kalau kita layan semuaorang sama rata tanpa pedulikan cam mana luaran mereka? Hmmmm

Tuesday, December 27, 2011

Aku Mengajar Photoshop 2

Aku sangat suka pada kamera sebab bagi aku kamera ialah medium untuk menangkap apa yang dilihat oleh mata aku dan ia disahihkan oleh hasil gambar tu. So gambar itu ialah dunia sebagaimana ia dilihat melalui pandangan mata aku. Then most of the time aku suka ambik gambar orang kedian mereka-mereka tu pun bertanya "Aj, tak nak aku ambik gambar ko ke?" then aku refuse atas few reasond:

a) It feel weirdo bila kita tak tahu what to do when orang tengah nak snap gambar kita
b) Biasanya jarang sangat-sangat gambar yang diaorang ambik tu berjaya aka tak cantek laa.Yap, mostly because of the second reason laa. Wakaka


Technically aku tak ada sijil or diploma dalam graphic design ni tapi sebaliknya aku just cuba-cuba then orang suka then diaorang upah aku buat itu ini, design itu ini etc. Then disebabkan aku bersimpati pada certain-certain individu yang cara sangat best edit gambar then upload jadi profail picture kat FACEBOOK tapi bila kita tengok then kita rasa cam simpati jer then dalam hati kata "Anak buah aku yang umor 5 tahun kalau guna aplikasi 'paint' yang sangat classic tu guaranty jauh lebih cantek dari kerja dia" so aku nak share basic things in Adobe Photoshop laa..


Berikut ialah gambar-gambar yang aku nak edit:


'a' ialah gambar yang aku ambik manakala 'b' ialah gambar yang DIDI, a friend ambik. Somewhere somehow gambar 'b' cantik tapi cam tak stabil. So aku ambik keputusan nak edit gambar ni. So pelajaran pertama yang nak aku ajar ialah guna Clone Stamp Tool yang ada kat Tools Box sebelah kiri Adobe Photoshop korang. Matlamat aku nak remove imej aku. 



Hasilnya ialah pada gambar 'c' di atas ni. Disebabkan real pic agak kusam then most of the time aku akan main guna Brightness, Contras, Saturation and Selective Color yang korang akan jumpa kat Image>Adjustment.


Gambar 'd' ni plak aku kira pose okey sikit ar then aku guna Polygonal Lasso Tool untok crop bentuk badan aku slow-slow dan menghasilkan 'e' kat bawah ni


So aku just tindihkan 'e' pada background 'c' dan terhasillah imej bawah. Tapi ia seems a bit pelik ar kan. Yap, rule nak jadikan graphic yang diedit tu berjaya ialah pastikan ia tak terlalu sempurna. Yap, setiap gambar ada kecatatan. Plus buat apa kita nak edit gambar kalau orang tak tahu gambar tu gambar diedit ar kan?













Then aku edit-edit lagi, masukkan font etc menjadikan yang berikut plak.



















So selamat mencuba.. hohoho

Thursday, December 15, 2011

1st Timer

There a joke about new parents yang sangat maniac ngan anak pertama mereka sehingga mereka sangat excited bila anak mereka baru first time merangkak, first time berdiri, first time berjalan, first words, first time panggil pa or ma bla bla bla sehingga mereka nak rakam jer each and every special moment tu. Kalau boleh nak je mereka rakam gambar dari day 01, 02 dan setiap detik baby pertama tu. Tapi as time goes by mereka akan bosan terutama bila anak dah mulai dewasa dan ada baby kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa passionate tu dah hilang.. Hmmm..


Teringat satu bait dalam lirik lagu Aishiteru bab jalani hidup tanpa rasa ghairah (yap, ghairah may cam bunyik 18SG tapi look it at positive side ar). Just imagine kalau tanda passionate or rasa teruja or ghairah ni then hidup akan jadi sangat mendatar aka membosankan. Tak ada apa-apa yang menjadikan tujuan untuk hidup. Kita just go wtih the flow: hidup-kahwen-ada anak-anak kawen-ada cucu-mati. 




Dan setiap apa yang berlaku disekitar kita seolah-olah sama dan mebosankan... sebab kita yang pilih untuk lihat ia sama dan membosankan..




Pernah berada satu situasi cam ni x bila korang ngan excitednya gi satu tempat baru ni dan mintak kawan korang advice tempat-tempat yang best kat situ tapi unfortunately kawan korang kata tempat tu membosankan, lame, tak seronok or buat apa datang sini, better gi tempat lain bla bla bla. Then korang explo senidi tempat tu dan korang realize betapa tempat tu sangat menarik, magnificent etc totally berbeza as pandangan kawan korang tu tadi. 

As orang selalu kata orang luar lebih hargai nilai tempat kita berbanding kita sendiri..

Or may be sebab itu ialah tempat asing yang pertama kali mereka datang so mereka lebih hebat  menghargai nilai tempat tu.










Tapi sebenarnya kita tak perlu pertama kali melalui satu perkara untuk hargainya. Kadang-kadang benda yang biasa yang ada disekitar kita adalah lebih afdal (what such an Islamic term rite?) untuk kita hargai. So sorang kenalan siber aku kata: dia sangat suka melihat matahari terbit dari celah bukit-bukau setiap pagi di hadapan rumah dia. Tapi mostly akan kata buat apa nak hargai benda-benda 'biasa' cam tu? Ia terlalu 'biasa' dan tak ada nilai.. 

Hei imagine korang sangat tak suka ngan bebelan emak korang yang itu tak boleh, ini tak boleh but then suddenly mak ko meninggal dunia then korang akan rindu akan bebelan dia walaupun bebelan tu sangat annoying and irritating buat telinga korang sehingga korang nak menghargai bebelan dia dan dia sekali namun hanya selepas dia pergi. It better kalau korng hargai dia semasa dia masih ada lagi kan?

So satu perkara yang boleh kita buat untok timbol rasa passionate tu ialah anggap as semuanya cam perkara baru bagi korang..









...









So selama tiga bulan ni banyak betul benda yang aku hargai yang aku yang even tho ia perkara remeh yang biasa tapi effectnya sangat besar cam:

1. Tandas cangkung. 3 bulan berlalu dan aku hanya guna tandas dudok jer so bila first time guna tandas cangkung then rasa cam tak stabil dan nak jatuh jer.

2. Fisheye 2. Yap aku beli camera ke 5 dalam tahun ni dan ia sangat menerujakan aku. Gi FACEBOOK aku dan ada file gambar guna camera lomo tu.. Hmmm

3. ASTRO. Sebelum ni aku sangat membebel ngan ASTRO yang asyik ulang-ulang banyak kali tapi bila 3 bulan tak tengok ASTRO then rasa sangat ketinggalan zaman tapi terharu bila first time tahu banyak rancangan baru kat ASTRO cam Money Drop, Master Chef etc.

4. LRT. Last three month LRT masih lagi guna sistem lama yang sama masa aku belajar dulu tapi sekarang ni semuanya dah berubah ngan sistem token. Aku leh sesat plak sedangkan routenya masih sama lagi. Hmmm..

5. Perak. Yap aku baru first time datang Perak dan ia sangat menerujakan aku walaupun tempoh lawatan sekitar 3 hari jer dan ia tak cukup tapi sangat best dan aku akan sharekan nanti dan sekaligus menjadikan aku dah melawat ke setiap negeri di Malaysia.











dan selebihnya lepas ni aku akan hargai bintang pada waktu malam, layan angin masa naik motosikal, gaduh ngan abang dan adik (nephew and niece), layan porn sampai lewat pagi guna tenet yang laju, keluar malam ngan kekawan bachelor then lepak Mc D dan layan wayang sampai lewat pagi etc...


























Hmmmm