Showing posts with label Kuning the Cat. Show all posts
Showing posts with label Kuning the Cat. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Anak Kucing Yang Sesat

Aku rasa aku ada abiliti yang a bit cam vision or gerak hati or intuisi di mana kalau hati aku tergerak sesuatu then it will happen. Ia dah ada agak lama sebenarnya cuma dah lama gak ia tak aktif sangat sehingga recently ia berlaku in this week beberapa kali. Yaa, korang pasti akan kata aku terlalu banyak tengok cerita X-Men, Heroes etc tapi aku peduli apa sebab ni blog aku so aku punya suka ar.


Terbaru beberapa hari ni hati aku asyik timbul bayangan anak kucing siam jer. Memang ar dah lama aku nak sangat adopt kucing as companion animal tapi terma anak kucing siam ni asyik muncul je ke mana-mana aku pergi. Tapi aku bukan jenis manusia yang hanya akan pilih kucing baka import or nak beli anak kucing yang comel jer etc sebaliknya kalau kucng yang kudis satu badan pun aku terima. Aku tak kisah. So aku nekad kalau betul-betul gerak hati aku kali ni berlaku lagi then aku akan jaga anak kucing siam ni.

Malam tadi before aku keluar berlibur then kebetulan tetiba ada sekor anak kucing sesat masuk pagar rumah. Dan ia adalah kucing siam. Kucing siam adalah haiwan sangat rare untuk kawasan kampung cam kampung aku ni. Ianya cam sorang minah salleh rambut blond sesat kat kampung Melayu asli (bukan Kambung Baru-KL sebab kat situ girl Melayu pun rambut Blond) Standardnya kucing-kucing kampung biasa je ar. Kalau ada baka import pon tu pon dah terkurung dalam sangkar sebab takut orang curi. Tapi nak tak nak aku memang plan untuk keluar gak malam tadi so aku blah.

Balik around mid night tengok ia masih lagi kat depan rumah sempat lari-lari lagi ke arah aku. Duh, aku sangat tersentuh ar. So it takes setengah jam gak ar aku main-main ngan anak kucing tu. Plan nak bawak masuk tapi sebab emak aku presiden kelab anti kucing (termasuk mana-mana makhluk hidup selain manusia) so jangan harap ar. Sebab rasanya dah almost 2 tahun gak Kuning pass away. Dan sepanjang tempoh tu aku tak terfikir nak cari pengganti secara serius sebab Kuning special. He is a part of the family sebab tak ada kucing lain yang ajar ia jadi kucing.

Anak kucing siam tu lak umurnya sekitar 8-9 tahun umur manusia (duh aku tak tahu sistem umur bagi kucing)  so aku yakin ia berbeza gak.





Dan pagi tadi aku bangun tengok anak kucing tu dah ada kat dapur ngan parents aku yang sedang bersarapan. Duh aku sangat happy. Even emak just sekadar membebel jer. Bukan reaksi kalau kucing-kucing lain masuk rumah sebab emak awal-awal akan halau guna penyapu. So aku bertambah happy.











So aku pergi kebun. Sepanjang perjalanan pergi, semasa di kebun dan dalam perjalanan balik otak aku terfikir apa nama yang aku nak bagi pada anak kucing tu. Bagi aku nama tu sangat penting sebab ia akan represent dirinya. Even ada kucing yang kalau tak suka boleh reject nama dibagi. It either nama yang tipikal cam puteh, comot, pendek or nama yang perasan mat salleh cam bobby, jenny, baby or nama so kampung cam atan, amat, mariam (nama kucing aunt aku) or satu nama yang complicated dan tersendiri seperti Jeremiah Shalom. Yap, itu pilihan aku. Nama yang sangat rare and exotic sama cam dirinya. Mix Nasran and Yahud.









Tapi bila aku sampai rumah then ada satu yang pelik. Rumah terlampau sunyi. Tak ada bunyi miaw or tak ada lagi makhluk berbulu empat kaki tu berlari ke arah aku. Aku cari keliling rumah still tak ada. So aku yakin ia dah sesat lagi. Cant imagine sesat pada usia tu berseorangan di luar sana. Mesti menakutkan. Hmmmm

Monday, March 19, 2012

Baka Kucing

Orang selalu kata yang Anjing lebih best berbanding Kucing diantaranya sebab anjing ada banyak baka yang memperlihatkan saiz, rupa, kepanjangan bulu etc yang menjadikan ia nampak berbeza antara satu baka ngan baka yang lain. Contohnya ada chihuahua, bulldog, shepherd, dalmation, Shi Zhi, poodle etc. Tapi kucing plak cam... erm... sama jer. Sebenarnya tak benar. Cat pun ada banyak breeds gak. So as a cat lover yang tak ada cat aku nak dedikasikan post ni untuk share jenis-jenis kucing yang ada. Plus I do believe that cat are for adopt and not for sale. 

Click gambar untuk sumber asal.



1. LaPerm


Ciri-ciri: Bulu yang beralun/ naturally kerinting


2. Bengal


ciri-ciri: Corak dan struktur badan


3. Scottish Fold


Ciri-ciri: Telinga yang merapat ke kepala


4. Sphynx


Ciri-ciri: Tak berbulu


4. Munchkin


Ciri-ciri: Kaki pendek


5. American Curl

Ciri-ciri: Telinga yang curl dan berbulu lebat pada telinga


6. Russian Blue


Ciri-ciri: Mata dan fur yang more to Russian. Hmmm..


7. Manx


Ciri-ciri: Tak ada ekor


8. Maine Coon


Ciri-ciri: Saiz yang hyper besar


9. American Shorthair


Ciri-ciri: Corak pada fur yang berbeza


10. Bombay


Ciri-ciri: A bit cam Shah Ruck Khan. Wakaka















Sebenarnya ada banyak lagi baka-baka kucing yang ada kat luar sana di serata dunia. Plus there are no 2 cat yang serupa kan ? Sekaligus menjadikan tempat Kuning the Cat aku tak akan diganti sampai bila-bila. Hmmm..

Wednesday, March 7, 2012

Saya Menjual Bayi

Aku x suka ngan idea orang-orang tertentu yang menjual kittens dengan harga yang agak tinggi. It seems like cam aktiviti menjual bayi manusia. Cuma ia datang dalam keadaan ia sekadar seekor kucing yang tak pandai berkata-kata. Just imagine kalau dia adalah manusia perempuan yang digunakan untuk mengandung dan setiap kali ia beranak so anak dia akan dijual dan mengandung lagi dan dijual lagi berulang-ulang kali.


Seolah-olah manusia cuba menjadikan manusia dan haiwan ni cam sama jer. Buktinya cam satu lagi ni. Pernah x korang tengok cara orang yang nak buang anak kucing? Diaorang letak dalam kotak dan letak kat satu tempat then blah tanpa rasa bersalah. Sama je kan cara orang buang bayi? Letak je kat mana-mana then blah tanpa rasa bersalah.






















Manusia..

Friday, January 13, 2012

How To Name A Kitten

Ada sekor kucing liar melahirkan 3 ekor baby kat rumah kami orang. Kedua-dua anak buah aku sangat hyper teruja ngan kittens tu. Dan tindakan pertama mereka nak buat ialah menamakan anak-anak kucing tu ngan nama mereka pilih sendiri. Abangnya yang berumur 10 tahun nak bagi nama Tompok sebab kucing tu bertompok hitam puteh. Tipikal sangat kan. Meanwhile si adiknya yang berumur 6 tahun plak nak bagi nama kucing tu as Haikal dan Maisara. Wow that complicated. Cam unsur memasukkan unsur manusia pada haiwan jer.


Teringat kat iklan khidmat masyarakat oleh X.fm yang kata kucing ni not own by us tapi we adopt them plus cruelty terhadap haiwan ni start bila adopt them sebab diaorang cute. But bila mereka dah besar dan dah tak comel, kencing sana sini, sakit termuntah-muntah then kita terus nak buang ia tepi jalan. Teringat ada orang tu ambik anak angkat manusia ar dari kecik. As usual bila kecik comel ar tapi bila budak tu dah besar dan nakal dah nak pulangkan balik kat rumah kebajikan.. Sedangkan anak orang dia leh buat gitu lagikan anak kucing ar kan? Baghal..







1 thing tentang nak jaga pet ni tak kisah kucing, anjing or even babi sekalipun ia adalah tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Kalau korang tak mampu nak bagi kedua-duanya then better jangan pelihara. Korang menyiksakan nyawa makhluk tuhan jer.















Teringat masa Kuning aka arwah kucing aku dulu tengah sakit dan terbaring kat bilik mandi, aku fikir emak akan suroh kami kuarkan dia dari rumah sebaliknya emak tak buat pun. Emak sempat bagi dia minum lagi. Sedangkan semua kami tahu yang emak jenis kurang mesra alam sikit berbanding bapak tapi aku yakin emak juga dah anggap Kuning as part of the family too.



















Ready untuk menerima kucing baru dalam hidup? May be...

Monday, August 29, 2011

Salam Raya & Kemerdekaan


&

















But still aku sedang bersedih atas pemergian Kuning the cat. Hmmm

Saturday, August 27, 2011

Kuning The Cat

Tak ada sesiapa pun yang pernah jangka yang anak kucing tu boleh survive sehingga dewasa. Emaknya hanya kucing betina yang hanya tahu mengandung dan beranak selepas tamat musim mengawan tapi tak pernah tahu cara sebenar jadi emak. So semua anak-anak dia sebelum ni mati just macam tu jer. And worst selepas melahirkan anak kucing kali tu, emak dia terus hilang tanpa ada sesiapa pun tahu ke mana dia pergi.


It seems agak impossible untuk anak kucing sekecik  tu boleh survive sehingga dewasa. Dan aku selalu terfikir pasti susah untuk dia membesar sorang diri sebagai makhluk berbulu dikelilingi manusia yang totally tak berbulu sedikitpun. Menjadikan tak ada mana-mana kucing dewasa yang pernah ajar anak kucing tu membesar sebagai seekor kucing yang sepatutnya.So aku selalu cakap ngan Along aku yang Kuning pasti anggap yang dia ialah a part of our family sebab dia tak pernah lagi jumpa mana-mana kucing lain selama ni.

So the first time dia jumpa kucing lain dia lari lintang pukang macam jumpa hantu sebab dia tak tahu what tthe fuck is that monster. Kedian dia jumpa lak ngan kucing jantan tapi dia tahu the basic rules: there are no such term as 'friends' among male cats. So dia jadi mangsa kalah tanpa sempat berlawan. Tapi the next time dia jumpa kucing lain iaitu the female one, he treat her just like cam kucing jantan nak bergaduh plak. Hmmm...

Dan Kuning sentiasa ada masalah dalam relationship. The last two female yang almost in relationship dengan dia suddenly mati. Betapa dia sangat kemurungan masa tu. Dan sekarang ni ada sekor kucing liar beranak depan rumah dan aku yakin yang ia bukan 'angkara' Kuning sebab aku yakin kucing tak tahu 'how to do that thing' with other cat. Hmmmmm

Dan emak pun mula-mula dulu tak pernah suka Kuning (emak memang tak pernah suka mana-mana haiwan pun). Tapi lama kelamaan emak dah start membebel pada kuning sama cam dia membebel pada anak-anaknya. Yap, she did accept him.










Tapi bab paling besar yang aku tak akan lupa tentang Kuning ialah dia kucing pertama yang berjaya membuatkan aku tak lagi takut pada kucing seperti sebelumnya (tapi bila jumpa kucing lain mode takut tu masih ada plak). Sebab the first time dia gigit tangan aku, aku tahu dia tak akan menyakitkan aku. So we share same bed, tengok tv sama dan kekadang dia seems bercakap tak puas hatinya kalau ada things x best berlaku dalam tv. 














Along kata kucing ada 2 tabiat: dia tak akan melahirkan anak di rumah mereka dan tak akan mati di rumah mereka. Sekarang buat first timenya Kuning sangat lemah dan terbaring kat bilik mandi. Kami sediakan makanan depan dia pun dia buat tak tahu. Kalau ikut usia manusia dia may be sebaya aku. Kalau sekarang masa dia untuk pergi then aku akan redha.


























Kuning bukan sekadar mana-mana kucing. Dia ialah a part of the family.