Saturday, August 27, 2011

Kuning The Cat

Tak ada sesiapa pun yang pernah jangka yang anak kucing tu boleh survive sehingga dewasa. Emaknya hanya kucing betina yang hanya tahu mengandung dan beranak selepas tamat musim mengawan tapi tak pernah tahu cara sebenar jadi emak. So semua anak-anak dia sebelum ni mati just macam tu jer. And worst selepas melahirkan anak kucing kali tu, emak dia terus hilang tanpa ada sesiapa pun tahu ke mana dia pergi.


It seems agak impossible untuk anak kucing sekecik  tu boleh survive sehingga dewasa. Dan aku selalu terfikir pasti susah untuk dia membesar sorang diri sebagai makhluk berbulu dikelilingi manusia yang totally tak berbulu sedikitpun. Menjadikan tak ada mana-mana kucing dewasa yang pernah ajar anak kucing tu membesar sebagai seekor kucing yang sepatutnya.So aku selalu cakap ngan Along aku yang Kuning pasti anggap yang dia ialah a part of our family sebab dia tak pernah lagi jumpa mana-mana kucing lain selama ni.

So the first time dia jumpa kucing lain dia lari lintang pukang macam jumpa hantu sebab dia tak tahu what tthe fuck is that monster. Kedian dia jumpa lak ngan kucing jantan tapi dia tahu the basic rules: there are no such term as 'friends' among male cats. So dia jadi mangsa kalah tanpa sempat berlawan. Tapi the next time dia jumpa kucing lain iaitu the female one, he treat her just like cam kucing jantan nak bergaduh plak. Hmmm...

Dan Kuning sentiasa ada masalah dalam relationship. The last two female yang almost in relationship dengan dia suddenly mati. Betapa dia sangat kemurungan masa tu. Dan sekarang ni ada sekor kucing liar beranak depan rumah dan aku yakin yang ia bukan 'angkara' Kuning sebab aku yakin kucing tak tahu 'how to do that thing' with other cat. Hmmmmm

Dan emak pun mula-mula dulu tak pernah suka Kuning (emak memang tak pernah suka mana-mana haiwan pun). Tapi lama kelamaan emak dah start membebel pada kuning sama cam dia membebel pada anak-anaknya. Yap, she did accept him.










Tapi bab paling besar yang aku tak akan lupa tentang Kuning ialah dia kucing pertama yang berjaya membuatkan aku tak lagi takut pada kucing seperti sebelumnya (tapi bila jumpa kucing lain mode takut tu masih ada plak). Sebab the first time dia gigit tangan aku, aku tahu dia tak akan menyakitkan aku. So we share same bed, tengok tv sama dan kekadang dia seems bercakap tak puas hatinya kalau ada things x best berlaku dalam tv. 














Along kata kucing ada 2 tabiat: dia tak akan melahirkan anak di rumah mereka dan tak akan mati di rumah mereka. Sekarang buat first timenya Kuning sangat lemah dan terbaring kat bilik mandi. Kami sediakan makanan depan dia pun dia buat tak tahu. Kalau ikut usia manusia dia may be sebaya aku. Kalau sekarang masa dia untuk pergi then aku akan redha.


























Kuning bukan sekadar mana-mana kucing. Dia ialah a part of the family.

No comments: