Showing posts with label Bakso. Show all posts
Showing posts with label Bakso. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Mari Melukis Bersama Enche AJ 2

AMARAN: Post ini mengandungi klausa-klausa yang banyak memuji diri sendiri. Jika anda mudah loya dan muntah-muntah jadi sila berhenti membaca. Penulis  tak ada masa nak melayan masalah mental ada sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Wassalamu.

AKU tak ingat sejak bila aku 'tahu' melukis. Aku ingat satu hari sewaktu aku darjah 3 masa matapelajaran seni lukis then ada 2 meja yang dikerumuni oleh budak kelas. Meja pertama milik sorang budak Cina yang atas mejanya ada Staedtler Luna saiz besar (benda yang sangat mewah waktu dulu-dulu), gelas berisi air dan beberapa batang berus (sebab magically Luna leh guna dengan air) dan dia ada ambik kelas melukis kat luar so of coz laa lukisan dia gempak. Dan meja kedua pula ialah meja aku. Aku pula sekadar budak hingusan yang hanya melukis apa yang aku nampak kat depan je. Dan aku ingat lagi tugasan lukisan hari tu. Cikgu bawak jug air kaca lutsinar berisi separuh air dan dia suruh kami lukis. Hmmmm..


Aku sentiasa percaya ada 2 jenis bakat kat dunia ni. Pertama: bakat yang diperolehi dari kelas di mana dia perlu belajar dari A sampai Z dan kedua: bakat semulajadi yang entah macam mana ia memang dah ada di situ. Yap, aku ada beberapa bakat semulajadi cumanya keyakinan diri aku macam roller coaster. Ada ketikanya aku cukup yakin yang aku cukup berbakat apabila pensyarah (yang juga penulis) kata penulisana aku ada gaya penulis ternama era 70-an, ada orang sanggup upah aku untuk design poster, kad kawin, baju or bila ada beberapa orang kawan still nak upah aku ambik gambar kahwin mereka walaupun aku kata aku hanya ambik gambar guna kamera compact dan handphone je tapi ada ketika lain aku langsung tak rasa aku berbakat dan apa yang aku ada hanyalah benda common yang orang-orang common ada especially bila first novel aku ialah major failure dan 2nd and 3rd novel aku tak ada apa-apa khabar berita sampai sekarang dan bla bla bla. 



Dan ada masa yang lain aku tak yakin yang aku ada bakat sebab aku tak ada sijil untuk mengesahkan bakat aku tu. Hmmm..




...




Abang aku pernah kata yang dia cemburu pada bakat yang aku ada yang dia tak ada. Aku tak perlu belajar untuk mastering in sesuatu dan aku tak perlukan benda-benda hebat untuk memberi hasil-hasil yang hebat. Entah kenapa aku masih lagi percaya ayat tu. Kau ingat era ketika budak-budak remaja suka gantung DSLR kat leher kat mana-mana mereka berada dan bila kat tengok gambar yang mereka ambik ia lebih kurang sama macam gambar yang diambik oleh pak cik yang ada parkinsen je. Membuktikan yang kau tak perlu kamera hebat hanya untuk ambik gambar cantik kan? Dan bila semua dah mampu milik smartphone then semua gambar jadi cantik sebab guna filter. Hmmmm..



...



Aku dah lama dan jarang melukis. Sejujurnya aku tak tahu kenapa. Mana ada orang menganggur busy ar kan? Check buku lukisan kali terakhir aku melukis ialah pada 23 December yang lepas. Sebulan dah kot.  Dulu masa ada Galaxy Note selalu gak menconteng. Dengan mudah je leh sketch, padam, warna, padam balik dan save. Tapi lepas phone tu hilang then bila nak melukis balik kat kertas memang kena fikir betul-betul. Firstly sebab aku environmental friendly sikit (resit after shopping pun aku tak buang dan reuse untuk melukis dan kemudian recycle) dan kedua ia tak economical. Ambik contoh aku mewarna guna acrylic, hampir separuh dah kena buang sebab keras, saki baki macam ubat gigi yang kena picit betul-betul dan kalau nak beli baru harganya boleh tahan. Nak guna oil painting jangan harap. Aku hanya melukis guna satu halaman je (ada ke orang lukis depan belakang?) etc.


Tahun lepas lepas phone hilang, labtop lama rosak then aku kumpul duit beli labtop baru yang touch screen. Beberapa minggu lepas aku beli stylus murah yang harganya tak sampai RM3 yang rupanya macam pemadan yang ada pada pencil kayu murah (benda alah tu masih ada lagi ke pada zaman sekarang ni?) dan aku cuba melukis pada Photoshop, Illustrator, Fresh Paint tapi hasilnya tak memuaskan aku. So semalam aku download Autodesk Sketchbook dan dibawah ni ialah langkah-langkah dan hasil pertama aku. Hohoho. Puas hati wey..!!


1.



2,



3.



4.



5.



6.



7.



8. Hasilnya. Click gambar untuk tengok saiz sebenar.





Macam mana feel melukis guna stylus murah? Ia macam tulis dengan pensel dan guna pemadam kat atasnya dan ia menghasilkan lebih banyak lagi kesan pensel. Hmmm..

Walaupun ia sekadar muka kartoon jer tapi aku sangat enjoy dan next project nak lukis muka manusia betul lak kot. Hnnnn 

Saturday, February 11, 2012

Melayu, Cina & Babi

Aku terbaca satu blog yang buat review tentang kes sorang pekerja KFC yang membelasah sorang customer.  Secara keseluruhan aku setuju apabila blogger tu kata most typical Malaysian akan melihat most Chinese akan melihat customer tu lebih kepada seorang Chinese daripada seorang customer dan most Malay akan melihat pekerja KFC tu lebih kepada seorang berbangsa Melayu daripada seorang pekerja KFC. Kenapa mereka tak hanya melihat ia kes yang tidak melibatkan bangsa sebab sememangnya ia tak sepatutnya melibatkan bangsa sikit pun. It just tentang customer dan pekerja yang gadoh jer kan? Hmmm..


Kat blog tu jugak dinyatakan bahawa each time orang Cina terfikirkan tentang Melayu then mereka akan BABI gak. Dan Melayu plak kalau terfikirkan Cina then terus terfikirkan BABI. Dibuktikan kat FACEBOOK bila Facebooker Cina kata Melayu BABI dan Facebooker Melayu plak kata Cina BABI. So pendek cerita 2-2 BABI ar kan?


...


Aku tak tahu apsal aku tak pernah tengok or judge orang based on bangsa dia. Then bila aku berkawan ngan orang tu then aku hanya lihat siapa dia dan bukan apa bangsa dia sehingga orang mention apa bangsa dia. Buat aku baru perasan: Duh, dia Cina ar. Aku lupa plak..

Mana taknya kalau dah hari-hari lepak sekali, borak-borak sekali, share masalah sekali, makan sekali, smoking sekali, mengata orang sekali sehingga sehingga kita dah tak perasan apa ciri-ciri luaran dia: kulit dia, cara dia bercakap, budaya dia etc. 

Plus mostly bila kami mengata orang yang kami tak suka then kami akan guna istilah bodoh, BABI etc. Dan kalau orang yang tak kenal kami then terdengar then pasti akan marah dan kata "Wei, apsal budak Cina tu senang-senang kata mamat Melayu tu BABI? Dia nak mati ke?". Hei, kalau orang yang perangai sebijik cam Babi dan dia Melayu so apa salahnya dia disamakan ngan BABI? Dan realitinya dia tak nyatakan BABI untok bangsa tapi untok orang tu secara specifiknya. Buktinya dia (kami) kata BABI tak terhad kepada orang sebangsa aku jer tapi jugak untok bangsa dia dan lain-lain lagi yang layak dapat title tu.






















Moral value yang aku nak share hari ni ialah: Please dont judge someone just by it cover ar. Cover maksod aku ialah warna kulit dia, bahasa dia, bangsa dia, agama dia etc sebab ia sekadar hiasan luaran. Sama cam buku yang kalau korang tak baca isi then korang akan rugi sebab tak tahu dia sebenarnya.
















Melayu sendiri tahu yang tak semua Melayu tu perangai cam Malaikat. Dan Cina juga tahu yang tak semua Cina tu adalah terbaek. 





















Dan what wrong ngan BABI ni yang selalu dapat gambaran as haiwan teruk? Ia juga makhluk tuhan okey.. 




















Or may be kalau kita faham bahasa BABI then mereka cakap-cakap then kata kalau ada BABI perangai teruk then ia akan samakan ngan manusia kot.

Thursday, August 5, 2010

Soto

SOTO mesti ada sup (ayam or daging) plus ada nasi himpit or mee plus daging ayam goreng yang dicarik-carik, daun sup, bawang goreng, laksa dawai yang digoreng then lastly kalu nak pedas musti letak kicap bercili. Kelazatan SOTO yang x da tandingan. Hmmm..



Semalam birthday my NIECE & NEPHEW then ANGAH aka emak dia aka kakak aku masak SOTO AYAM untok mereka. Dah lama rasanya x layan SOTO ni. Last time rasanya masa OPEN HOUSE RAYA kat rumah sorang kawan ni. Tapi rasa SOTO dia x ori sangat. Mungkin banyak sangat unsur2 moden kot.  Or pasal mak dia Chinese kot. Pasal kalu ANGAH dan EMAK yang masak then baru terasa sup yang sangat BEST tak terkata.

Teringat masa kecik dulu2 kalu balik JOHOR kat rumah ARWAH MAK LONG kat BELAHAN TAMPUK yang mostlynya masa RAYA HAJI aka kebetolan hari birthday ANGAH dalam tahun Islam then mereka akan masak SOTO. Memang sedap ngan meriah suasana rumah penoh ngan sedara mara yang still kecil n aktif masa tu. Hmmmm...






Sangat sedap benda nama SOTO ni. Lebih sedap dari BAKSO ataupon SOHO.. Hmmmm