Showing posts with label Nur Liyana Zain. Show all posts
Showing posts with label Nur Liyana Zain. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Orang Melaya

Few years ago, few of my family members dari Johor datang ke Sarawak untok majlis resepsi kahwin Uda. So satu part ni one of the local guy sana bercakap ngan cousin aku ni so aku kata ngan diaorang dalam dialek Melayu Sarawak "Sik nya tauk apa dikelakar kitakorang ya sebab nya Orang Melaya" aka in translationnya berbunyi dia tak akan faham apa yang korang cakapkan sebab dia 'Orang Melaya'. So cousin aku dengan curious cakap yang 'Orang Melaya' ialah istilah yang digunakan untuk mengutuk orang dari Semenanjung. Wakaka


Realiti sebenarnya ialah 'Orang Melaya' ni merujuk kepada orang dari Semenanjung. Aku tak tahu asal usulnya dari mana. Mungkin berasal dari Tanah Melayu ----> Malaya -----> Orang Melaya. Kira sama cam  istilah Harimau Malaya yang mostly Sabah-Sarawak kurang setuju sebab it seems cam ia lebih merujuk kepada perjuangan bola sepak di Semenanjung Malaysia sahaja tanpa include geng Borneo sekali. Or apa salah kalau just guna Harimau Malaysia etc ker?

Or sama cam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun sedangkan 54 tahun dahulu Malaysia belum wujud lagi then macam mana nak sambut kemerdekaan one thing yang belum wujud. Sedangkan usia Malaysia baru je sekitar 48 tahun. Or bila ada aktivis poser yang kuar statement 'Sabah Sarawak menyertai Malaysia' tapi persoalannya cam mana Sabah dan Sarawak nak menyertai Malaysia yang technicallynya belum lagi wujud before 1963? Realitinya Sabah dan Sarawak dan Tanah Melayu dan Singapuralah yang membentuk gagasan Persekutuan Malaysia. 





Aku dah start melalut jauh.








Kadang-kadang Laut China Selatan yang tak seberapa nak besar tu bagi jurang yang a bit besar pada penduduk di west and east Malaysia ni. Semasa aku belajar di Selangor dulu, dapat lihat dengan jelas wujud certain golongan masyarakat yang punya mentaliti dan perspektif yang kurang best terhadap kumpulan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Dari sekecik-kecik issue yang sound quite lawak sehingga issue-issue besar yang sangat menyedihkan.

Ada yang kuar statement kata Sarawakian ni still hidup atas pokok or dalam gua then pakai cawat dan sangat jakun tengok bangunan tinggi kat KL kedian berak gali lubang kat tanah etc. Or worst kata Sabah Sarawak menumpang kekayaan dari Semenanjung bla-bla-bla yang aku sendiri pun sangat tak suka nak tulis sebab ia sangat menyakitkan hati. 

Ada kawan yang sangat sakit hati ngan kumpulan manusia tu. Aku plak x layan sangat sebab aku tahu kumpulan tu biasanya memang dari jenis yang x betul sangat pun. Cuma dari effect jangka masa panjang  terhadap kesejahteraan Malaysia memang tak best ar terutama kalu mereka leh recruit lebih banyak lagi team sehaluan. Hmmmm...











...





Tadi keluar beraya di rumah kawan Uda: seorang lelaki dari Perak yang berkahwin dengan wanita dari Sarawak. Then dia bawak Adam sambil kata "Datoknya dari Sarawak kahwen dengan orang Johor yang anak mereka kahwin dengan orang Selangor. Memang dah banyak campur-campur budak ni..."
















Kadang-kadang aku keluar, orang akan keliru apa bangsa aku or dari mana aku asal. Bagi aku, aku ialah rakyat Malaysia tanpa peduli apa bangsa or dari mana aku berasal. So tak terlalu awal untuk aku wish SELAMAT HARI MALAYSIA kan?

Wednesday, November 4, 2009

Sister

Pagi ni tadi kereta Angah buat hal so satu2nya cara nak gi kerja ialah naek motosikal aku. Aku tanya ar Angah dah berapa lama dia x naek motosikal. Even dia sendiri pon x ingat..

Teringat masa Angah tamat form 5 dulu, masa dia baru2 dapat lesen motosikal, kami selalu r ronda2 kampong malam2 sambil menyanyi dan menjerit kuat2 (dan bawak motosikal laju2).. Teringat gak masa gadoh2 ngan dia (rasa2nya adik beradik laen x pernah pon godoh besar2 cam kami dua) then dia pasti akan pujok balik. Setiap malam Jumaat pasti akan dengar dia baca Yaasin. Merdu sangat. Entah apsal lepas dia kahwin it seem semuanya dah berubah.



Teringat masa first date ngan kakak ipar (masa tu bakal kakak ipar r). Waktu tu kami makan KFC after try baju pengantin Uda. Baru je aku nak sentoh ayam tu teros kena sound kakak ipar. Dia suroh basoh tangan dulu. Terus ingat kat Angah. Dulu dia selalu ingatkan aku untok basoh tangan b4 sentoh makanan. Sekarang dia dah x buat lagi. Dia bwat pada anak dia plak…



Sekarang aku dah ada 2 sis. Aku sayang both. Sebab kami satu family.