Showing posts with label gemok. Show all posts
Showing posts with label gemok. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

Saat Aku Menjadi Seorang Lelaki Gemuk

Aku pakai baju Melayu mostly hanya pada masa hari raya je. Plus disebabkan aku orang Sarawak dan berada di Sarawak so aku terpaksa pakai baju Melayu tu almost untuk setiap hari selama 30 hari. Gosh orang Sarawak sangat maniac bila masuk part raya (hmmm). Selain dari tu aku sangat jarang pakai baju Melayu. Realitinya ia selesa je, cumanya kalau cuaca kat Malaysia ni macam kat Korea sana so boleh ar pakai hari-hari. Last Friday, aku tetiba teringin nak pakai baju Melayu untuk solat Jumaat. Surprisingly something happen (based on tittle, dah tahu kan endingnya).


Baju Melayu direka longgar dan besar dari saiz badan seseorang. Itu tak termasuk kes untuk mamat hipster or lelaki perasan badan sado yang akan pakai rekaan baju Melayu ketat-ketat or sleeveless etc. So baju Melayu yang aku pakai Jumaat tu technically dah aku pakai since aku dari form 5 or form 6 lagi (konon cuba nak bagitau betapa fizikal badan aku tak banyak sangat berubah ar). Plus ia dari kain yang berkualiti, emak aku sendiri jahit dan dijaga dengan baik. Lagi pula aku bukan jenis yang sibuk 2-3 bulan sebelum puasa dah siap baju Melayu 3-4 pasang, pagi raya kena melaram habis, nak sedondon etc. Bagi aku, selagi ia masih muat, dalam kondisi yang bagus, so aku okey jer. TAPI... Jumaat tu, baju yang sama aku pakai untuk 10 tahun tiba-tiba ketat kat bahagian lengan. OMFG, itu petandanya yang aku sangat gemuk. Hmmm..


...


Seperti mana-mana rakyat Malaysia yang tipikal (gemuk tapi malas bersenam), permulaan tahun baru juga menjadikan aku untuk memasang niat untuk kurus. So aku download beberapa apps yang berkaitan (which end up dah bersarang labah-labah sekarang), jaga pemakanan bla-bla-bla and surprisingly sehingga 3 minggu terawal, aku kurang beberapa kg dan berat aku kembali di bawah 90kg. Sekali lagi cabaran paling genting ialah apabila kau pandai masak (or at least kau fikir kau pandai masak) ialah bila kau tahu definisi makanan yang sedap. Hmmm..

Thanks to rancangan realiti masakan plus Asia Food Channel yang menyiarkan makanan yang mengiurkan tanpa henti, so penghujung tahun lepas aku try nak grill steak, Disebabkan aku jobless, moneyless so aku tak pernah lagi merasa steak. Makanya aku tak tahu the proper taste of a real steak tapi based on percubaan pertama aku menghasilkan medium rare steak hingga seterusnya mengakibatkan penambahan dua saiz pada baju aku. Dari saiz M, next 2 weeknya aku hanya dapat pakai XL. Aku makan steak setiap selang seminggu. Sebab ia sangat sedap. Steak ialah penciptaan makanan yang paling agung sepanjang peradaban manusia. Luarnya yang panas, daging merah yang mencair dalam mulut, darah yang manis, Duh, setiap kali aku makan benda alah tu, aku rasa sangat barbarian. Betapa aku faham feel haiwan karnivor or raja bersiong masa tu.


Tapi as tahun baru, azam baru bermula, aku plan untuk mengehadkan kemasukan daging lembu tu ke dalam badan aku. Dari seminggu sekali, sekarang ni aku hanya boleh makan steak sebulan sekali je. Cumanya aku manusia yang lemah. Aku buat peraturan then aku sendiri langgar peraturan aku buat tu. Bulan Januari lepas, aku masak steak 2 kali dan pada hari ketiga bulan Februari ni tadi aku beli daging lagi dan aku tak pasti ia akan terhenti di situ je.









Maka pada saat ini, aku mendeclarekan bahawasanya aku ialah seorang lelaki gemuk yang akan bertambah kegemukkannya. Hmmm..

Thursday, March 28, 2013

Makan & Makan Lagi

Dulu kalau kekawan tengok potret keluarga aku then mereka pasti tak akan percaya yang aku ialah a part of the family. Selain dari muka aku yang berbeza ngan family members lain then saiz badan aku yang agak 's' berbanding family aku yang agak 'L'. 'XL' dan 'XXL'. Even ada sorang kawan tu berjenaka kata "Aj, family kau tak bagi kau makan ke...?" tapi itu dulu. 4-5 tahun lepas. Sekarang saiz badan aku dah upgrade to 'M' dan berganjak ke 'L'. Hmmm...


Realitinya aku bukan jenis orang yang kuat makan. Aku jenis yang cepat kenyang. Kalau beli Mc D satu set tu then biasanya aku just makan fries jer itupun dah cukup mengenyangkan. So aku bawak balik jer burger tu untuk makan kat rumah. Even rasanya start dari sekolah rendah dulu lagi, aku bukan jenis kuat makan. Aku jenis tak makan sarapan, tak bawak bekal, tak makan masa rehat then balik tengahari jer baru makan. Plus kalau aku kerja (selain kerja kerajaan) then berat badan aku garenti akan susut sebab aku memang jarang makan melainkan kalau lapar betol-betol.

Cam kerja terakhir dulu, sebab masa kerja tu agak padat dan panjang menjadikan masa makan aku sangat tak teratur dan sihat. Mostly setiap hari makan KFC dan Mc D jer sebab aku balik kerja jam sekitar 2-3 pagi so kedai makan banyak dah tutop ar plus aku makan tu sehari sekali jer so berat aku turun hampir 10 kg gak.












Hasilnya aku quite rasa pelik bila tengok orang yang kuat makan. Contoh cam sorang kawan aku ni. Badan dia lebih kepada kurus gak ar tapi selera makan macam orang saiz XXXL. Dia suka gi satu kedai steamboat kat Kuching ni yang bayar sekitar RM19.00 tapi leh makan sebanyak mana yang korang nak. So setiap kali dia ajak aku temankan dia makan then aku just makan satu round jer tapi dia sampai 5-6 round dan tak kenyang-kenyang. Hmmm..

Or family pak cik aku kat Kota Tinggi ni. Keluarga dia semuanya saiz XXL kecuali wife pak cik aku ar. Itupun sebab dia masih baru lagi dalam family tu. Family tu semua pandai masak dari pak cik aku, wife dia dan semua anak-anak dia yang sorang chief kat sebuah resort, sorang lagi jual makanan kat pasar malam sekitar Felda, Kota Tinggi dan Mersing dan selebihnya masak untuk family. Kalau aku ada kat rumah tu, memang tak ada masa yang tak ada makanan. Sarapan pagi: makan, jam sepuloh makan lagi, tengah hari makan lagi, minum petang makan lagi, dinner makan then lastly supper pun makan gak. Memang ikut English manner ar family tu.

Masalahnya setiap kali sesi makan tu then diaorang masak benda lain dan bukannya repeat saki baki yang tak habis in sesi sebelumnya. Akibatnya mereka ada meja kedua untuk letak makanan yang tak habis dalam previous session. Pendek kata: kat rumah tu, memang tak akan sempat lapar ar. Hmmmm












Tapi setelah setahun lebih mengganggur then segalanya berubah. Dah namanya dudok rumah then kejap-kejap bukak peti sejuk, bukak tudung saji, bukak kabinet carik jajan. Kekadang tu makan bukan sebab lapar tapi sebab tak tahu nak buat apa. Hasilnya: perut aku dah cam orang mengandung 4 bulan dan seluar aku sebelum ni semuanya dah tersekat kat bahagian paha aku yang dah cam drumstik ayam KFC yang menyelerakan tu. Hmmmm..








Hari ni entah apsal family aku buat festival makan kat rumah. Diaorang beli Mee Jawa ngan nasi ayam untuk lunch. Kedian kakak aku masak lagi Laksa Sarawak. May be just sound cam 3 dish jer tapi percayalah yang aku dah tak mampu nak bernafas sebab baby lam perut aku dah cam nak meletop. By the way kalau ini kali pertama kau baca blog aku then aku nak bagitau yang aku ni lelaki. Hmmmm

Tuesday, March 26, 2013

Gemok & Nerd

Dia pernah bagitahu aku yang dulu sewaktu zaman sekolah, dia ialah seorang lelaki yang gemuk dan nerd. Lelaki-lelaki yang tampak hebat always make fun or take advantage of him. Membuatkan dia marah, sedih, kecewa then nekad untuk kurus dan tak nak jadi nerd lagi. Yap, dia berjaya.


Membuatkan aku terfikir kalaulah kami berada di sekolah yang sama then pasti aku ialah antara penyebab untuk dia jadi kurus tu. Aku bukanlah orang jahat tapi sejujornya aku ialah lelaki yang membencikan. No wonder bila kekawan buat survey ngan satu kelas ni then aku ialah lelaki yang paling dibenci oleh kelas tu. Sebab aku dan klik rapat ni always make fun, merendah-rendahkan, mempergunakan mereka-mereka yang tampak diluar normal dan nerd. Sekolah kot: penuh dengan manusia-manusia kejam. Hmmm..








Tapi as time goes by then aku jadi manusia yang berbeza. Zaman sekolah dah berlalu lama. Sama macam dia gak. Dulu dia gemuk dan nerd. Tapi sekarang dia seorang lelaki kacak yang punya body yang hebat ngan charm tersendiri. Cuma the not so great thing about him now ialah: dia jadi orang yang sama dia pernah benci dulu. Now it turn dia untuk make fun or take advantage ke atas orang-orang gemuk dan nerd pulak. 

Membuatkan aku terkesima. Aku fikirkan yang dia faham perasaan menjadi gemuk dan nerd. Atau paling tidak dia akan mempertahankan people yang make fun ke atas orang yang make fun tu. Tapi tak.















Membuatkan aku terfikir: apa yang dah terjadi kepada mereka-mereka yang aku pernah make fun dulu. Did I created a monster back then? Hmmmm...

Thursday, May 26, 2011

Gemok

Sorang kawan pernah tengok family potret aku then kehairanan then tanya "Aj, parents ko tak bagi ko makan ker?" Waktu tu mungkin ia masih relevan r tapi kalau tengok sekarang ni dah cam x ada beza lagi aku nih... Hmmm...


Sorang motivator tentang badan sihat pernah kata: pakai pakaian ikut saiz anda. Jangan beli baju yang lebih besar dari saiz anda dengan anggapan it seems korang sedang menyediakan diri korang ke arah saiz badan yang lebih besar pada masa akan datang kelak. 

So most of baju aku ialah saiz S jer. Ada beberapa saiz M r. Plus tak terkecuali ada beberapa lagi saiz XXL. Sebab apa? Kalu aku tak ada mood nak berpakaian aku refer keluar ngan pakai baju saiz besar tu.. (pelik)








Tadi aku try nak pakai satu kemeja ni r. As usual saiz S. Then naik masok tangan dah start susah. Dah siap butang-in kan tengok cermin... Hmmm.. cam sarong nangka.. OMG.. 












Aku dah GEMOK...!!!!













Tahun ni aku x pernah gi joging lagi cam dulu. Dulu masa kerja kat WISMA BAPA MALAYSIA, mostly setiap petang pasti akan pusing 4-5 kali tasik belakang sana. Tapi lepas resign kerja tu dah banyak duduk and makan jer.. Dasyat r cam ni...










Thanks goodness next week dah REJAB. Aku biasanya akan buat puasa sunat sepanjang Rejab, Syaaban dan terus ke Ramadhan.. 3 bulan berpuasa leh kurangkan berat badan x? Kalu ikut prestasi tahun sebelumnya: memang Rejab dan Syaban akan kurangkan berat. Cuma masalahnya bila dah masok Ramadhan dan Syawal jer berat badan naik lagi.. Hmmmm





















Dan boxer aku pun recently dah makin ketat. Rasanya nak kena beli saiz L untok boxer ni. Rasanya 'ada benda lain' yang dah membesar kot. LOL