Showing posts with label serius. Show all posts
Showing posts with label serius. Show all posts

Saturday, September 2, 2017

Hanya Apabila Aku Bersendiri

Rumah ialah zon selamat bagi hampir semua orang. Sebab di dalamnya ada emak, ayah, adik beradik, suami, isteri, anak-anak etc yang penuh gelak ketawa, seribu satu drama atau paling tidakpun dengan hanya kewujudan mereka mampu membuatkan kita rasa 'hangat' dan selamat. Sehingga apabila mereka semua keluar dan hanya kau seorang diri di sana, barulah ia jadi benar-benar berbeza. Rasa selamat tu dah tak wujud lagi. Dan lebih freak setiap kali apabila kau bersendiri di rumah, kau dapat rasakan yang kau tak pernah benar-benar bersendiri.. 


Aku tak tahu kenapa tapi aku cukup yakin yang ia tak hanya berlaku pada aku je. Memang hampir setiap kali aku seorang diri di rumah, ada je incident sedikit paranormal berlaku. Kalau kau jenis follow post-post aku sebelum ni, aku pernah cerita kes aku sorang diri kat bilik dalam kolej kediaman, siang-siang hari tengah duduk kat meja study dan tiba-tiba ada suara panggil nama aku dari belakang dan tiba-tiba gak beg kecik kat rak atas meja study tu pun boleh melompat jauh atas aku. Or almari dalam bilik aku yang cerminnya sentiasa terconteng dengan bentuk tangan budak kecik yang mula-mula aku fikir ia angkara anak-anak buah aku sehingga suatu hari, selepas aku bersihkan cermin tu dan duduk baca buku sorang diri dalam bilik dan selepas beberapa minit aku toleh: yap, bentuk tangan budak tu boleh muncul sendiri.


Atau perkara biasa berlaku setiap kali aku sorang diri di rumah malam-malam. Waktu tu ar mulai dengar bunyi pintu di ketuk, bunyi kerusi kat dapur di tolak, bunyi barang-barang jatuh (secara logiknya mungkin sebab tikus) tapi bila check tak ada apa-apa pun kat lantai yang jatuh. 






Dan beberapa malam yang lepas, aku sorang diri di rumah, aku tengok cermin muka dalam bilik dan refleksinya aku dalam lihat pintu bilik aku yang membawa kepada ruang tengah rumah (yang gelap sebab lampu semua dah tutup dan yang ada cuma cahaya-cahaya samar dari lampu kecik yang orang selalu guna untuk bilik tidur tu). Mula-mula aku just tengok muka aku je ar dan kemudian sepintas lalu aku toleh ruang tengah dari refleksi cermin dan aku nampak figura sorang budak berbaju tidur putih lengan panjang dengan design kartoon kat depan. So aku terus toleh kat pintu. Tak ada apa-apa kat situ termasuk apa-apa pakaian warna putih. 






Cumanya apa yang berlaku atau bunyi yang aku dengar setiap kali tu tak ar buat aku benar-benar takut. Aku just buat layan tak layan je. Mungkin ia sekadar imaginasi aku je. Lagipun aku seorang penakut yang kuat berimaginasi makanya dalam keadaan sunyi dan setiap bunyi yang kedengaran atau setiap bayang-bayang yang terbentuk dalam gelap akan membentuk imej yang pelik dalam otak aku, Sedangkan realitinya ia tak ada apa-apa pun.


Lagipun aku pernah melalui beberapa episode paranormal yang betul-betul. Dan apabila 'ia' benar-benar ada then persekitaran akan jadi sejuk yang berbeza. 







So untuk yang berseorangan malam ni, selamat berjaya mengharungi malam-malam anda. 

Thursday, August 4, 2011

Speciesism

Selama ni aku hanya pernah dengar istilah racism aka mistreated by race jer ar tanpa tahu kewujudan istilah speciesism. So speciesism ni pulak ialah mistreated by species. Tapi species mana yang dimaksudkan? Kalau ular makan katak then ular tu speciesism ke? Naa sebab "Katak memang makanan aku" as ular kata dalam lagu 'bangau oh bangau'. So speciesism ni ialah mistreated of animals by humans. So only humans did it..

Pernah tak korang tengok ada certain masyarakat yang makan benda-benda pelik yang dikatakan exotik yang kononnya leh bawak fungsi-fungsi tertentu terutamanya berkhasiat untuk tujuan seksual kononnya. So ada yang makan otak monyet yang still hidup etc. Belum lagi part makan haiwan-haiwan yang hanya dibunug semata-mata nak makan certain part jer. Part lain dibuang. Most of kita bila sebut part ni lebih refer untuk rasa geli daripada rasa tanggungjawab as manusia yang ada otak. 


Pernah tengok certain manusia yang suka jadikan part of haiwan as perhiasan such as tanduk rusa, gading gajah, tanduk badak etc. Sama gak. Part tu dipotong hidup-hidup dari haiwan dan kemudian biarkan haiwan tu mati just like that jer. 


Or certain manusia lain yang suka jadikan bulu-bulu haiwan as fesyen untuk bermegah-megah. Sedangkan proses nak matikan haiwan semata-mata untuk bulu tu sangat damn tak ada perikemanusiaan. DAMN.







...






Just imagine kalau manusia bertindak yang sama ke atas manusia. Yap memang ada manusia yang dah makan manusia lain dan jadikannya hidangan cam gulai, masak merah, panggang, kari, kurma etc. Tapi what if one day korang kena tangkap then kepala korang dikerat dan otak korang dididih ketika korang masih hidup dan ada orang lain makan otak korang. Or dia just potong tangan korang semata-mata nak jadikan koleksi kat dinding dan kemudian biar kau terkurung mati semata-mata untuk tangan jer. Or kulit korang disiat ketika korang hidup-hidup lagi semata-mata untuk fashion yang sekali dua je orang pakai?













Watch this video. Sangat penting untuk korang agar jangan jadi speciesism.





Hmmmmm...

Wednesday, June 8, 2011

Dajjal al-Masih

Dajjal digambarkan sebagai seorang lelaki yang buta sebelah mata, pendek, berkulit merah, berambut kerinting plus-plus-plus. So ditakdirkan last few year di sebuah negara arab lahir seorang budak yang cyclops dan memiliki basic ciri-ciri Dajjal lalu dibunuh oleh masyarakat tempat tu atas alasan: that little boy could be Dajjal aka tanda-tanda besar kiamat nanti.. Hmmm...


Aku pernah berdiskusi di Sungai Sarawak ngan sorang kawan ni. Ada part aku tanya dia: macam mana Abu Bakar leh percaya bila sorang lelaki tu kata satu malam dia menaiki seekor haiwan yang berbentuk cam kuda, bersayap dan berkepala manusia menaiki 7 peringkat langit, melawat syurga dan neraka, pergi ke Palestine dan kemudian balik semula ke Mekah just like that jer? 

Akibat dari peristiwa tu, ramai yang mempersoalkan kewarasan Muhammad S.A.W. dan ia terus dijadikan issue oleh pihak-pihak tertentu sehingga ke hari ni. Pada waktu tu jugak ramai yang keluar dari Islam. Selebihnya yang percaya bertambah kuat keimanan mereka.

Just imagine kalu ttiba satu hari dekat area Bukit Bintang suddenly ada sorang lelaki buat statement yang hampir serupa. Apa reaksi korang? Korang akan berlalu pergi tanpa fikir panjang or worst korang fikir ada rancangan tengah trick korang ngan camera tersembunyi. Then tak lama pas tu orang tu kena tahan van bawak ke hospital sakit mental. 

It sound funny isnt it? Tapi kenapa sewaktu Ayah Pin kata dia pernah berjumpa dengan tuhan di langit lalu membentuk kerajaan langitnya sendiri dan ramai yang percaya? Bukan sahaja orang kampung berfikiran tahap SPM jer percaya malah ustazah, peguam, orang kaya yang berfikiran global pun leh ikut sama percaya.. Hmmm.. 

...

Bagi sesiapa yang tak tahu, Dajjal dari perspektif Islam adalah ciri-ciri besar yang menunjukkan kiamat akan tiba. Even Christian pun wujud satu watak yang hampir sama iaitu Antichrist aka Man of Sin. Plus Jewish pun ada jugak yang sama. Tak kira apa pun kepercayaan korang, kalau korang ialah seorang Believer then korang perlu tahu yang bahawasanya Dajjal itu sesuatu yang pasti.

Teringat sewaktu Sai Baba masih hidup dulu, ramai yang kata dia adalah Dajjal. Konon-kononnya dia memiliki ciri yang dimiliki Dajjal. Belum lagi masok bab dia leh hasilkan tepung dari tangan, menukar besi kepada emas,  menyembuhkan orang buta dan lumpuh etc. Tapi bila dia mati, orang pertikaikan statement tu balik sebab Dajjal takkan mati sebab sakit tua or kegagalan fungsi organ or etc. Aku just ketawa besar. 

Aku pernah terbaca satu blog yang aku tak dapat nak link-kan sebab dah lama dulu aku baca then tak ingat lagi mana entah hilangnya link tu. Blog tu kata kalau Dajjal betul-betul muncul dalam keadaan bermata satu (or buta sebelah), rambut kerinting, pendek, gemuk, hodoh then aku pasti tak akan ada sesiapa pun yang akan nak dengar kata-kata dia. Or awal-awal lagi dah ramai orang fanatik akan bunuh dia sebab tahu dia dajjal. 

Dajjal dari pendapat blog tu dan aku setuju jugak dikatakan akan muncul sebagai seorang yang boleh diterima oleh semua orang dengan senang. Ciri-ciri tu still ada cuma ia dikaburi oleh wajah lain: wajah yang orang beriman sahaja dapat bezakan. Just imagine kalau ada seorang lelaki yang kacak, berpakaian kemas, budi bahasa baik, disenangi ramai then bila dia keluarkan 'fitnah-fitnah'nya semua orang akan percaya dengan mudah kan? kecuali oleh orang-orang yang beriman sahaja.
















Dikatakan bahawa Dajjal telah lama hidup. Dia tak mati-mati lagi. Dia berada dalam persembunyiannya. Memerhati masyarakat dunia. Dan dia akan keluar bila masanya dia dah bersedia. Kita dah bersedia ke menerimanya? Hmmmm...