Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Lelaki - Lelaki Kacak

Siapa lelaki yang paling kacak yang pernah korang jumpa or siapa lelaki yang kau letakkan pada paras tertinggi dalam carta lelaki kacak korang? Adakah Aaron Aziz, Brad Pitt, Salman Khan, Jackey Chan, Won Bin etc? Kacak tu subjektif tapi cukup pasti recently otak aku asyik teringatkan tentang beberapa orang lelaki-lelaki kacak ni.


Kau pernah tak masa buat satu kerja ni then terlimpas ar sorang lelaki yang kacak sehingga buat kau terhenti dan menoleh seketika? Yap, lelaki tu kacak tapi adakah dia berada pada tahap kalau kau tengah potong sayur or buah or siang ikan then bila seorang lelaki tu muncul sehingga membuatkan kau tergamam tapi tangan kau masih terus memotong sehingga tanpa sedar pisau yang kau pegang tu dah memotong jari jemari kau. Dan disebabkan oleh paras wajah lelaki tu, kau tak berasa sakit sikitpun. Kalau event tu berlaku, then barulah lelaki tu benar-benar kacak.

Lelaki itu ialah Nabi Yusof A.S.



Atau kau pernah tengok bulan mengambang or masa bulan terang? Ia cukup indah sehingga buat sesiapa tergamam seketika. Membutkan sesiapa pastu akan terpesona dengan keindahan cahayanya. Tapi ada seorang lelaki yang kalau wajahnya dibandingkan dengan bulan mengambang terang tu then kau tak akan pedulikan sikitpun pada bulan tu lagi. Sebab wajah lelaki tu lebih indah dan lebih bercahaya daripada bulan tu. Then kalau kau boleh membandingkan mana-mana lelaki dengan lelaki tu then barulah ia benar-benar kacak.

Lelaki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W











Atau kau pernah bakar unggun dan tengok percikkan apinya? Warna merah terang, besar, terbang lalu membuatkan kau terkesima dengan keindahan percikan api tu. Ada seorang lelaki yang paras wajahnya cukup kacak sehingga dibandingkan seperti percikkan api yang mampu menjadikan mata terpaku melihatnya. 

Lelaki itu ialah Abu Jahal. Bapa saudara Rasulullah yang terkenal kerana kejahilan dan kejahatannya. Betapa tak semua orang berwajah kacak tu baik. Tapi lebih elok kalau kita muka buruk tapi perangai baik. Kan?

Tuesday, January 4, 2011

Immortal

Last few day Im make a jock ngan one of our trainee: KAK LIN yang comment ngan nada separa kecewa betapa umur manusia akan meningkat setiap tahun baru bermula. So aku balas r ngan jenaka advice supaya dia leh cari mana-mana vampire untuk bite and turn her into a immortal. Then dia balas balik: kat mana nak cari ek? Wakaka..


Soalan bonus 01:
Apa yang korang akan buat jika korang memang benar-benar immortal yang akan kekal ngan usia dan tenaga yang sedia ada seperti sekarang? Adakah korang akan plan pada usia 30 tahun korang akan buat itu, pada usia 60 tahun akan buat ini, 90 tahun akan pergi sana, 120 tahun akan pergi sini etc sehingga hari dunia ini berakhir bersama berakhirnya tempoh riwayat hidup engkau sekali? Atau korang akan enjoying korang punya life tanpa plan yang teratur: jumpa orang tu then having SEKS ngan dia, tak ada duit then rompak kedai, bila nak kahwen then kahwen then bila dah bosan then cerai then cari baru lagi, ada party then layn dan menikmati perubahan dunia yang berlaku dan ko tak terjejas sedikitpun. Atau korang nak beribadah dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa atas anugerah tu?

Soalan bonus 02:
Apa yang korang akan buat jika korang tahu yang korang hanya ada masa yang sedikit sahaja lagi untuk hidup? Adakah korang akan plan esok perlu buat apa, lusa perlu buat apa pulak dan hari-hari seterusnya sehingga sebelum korang melabuhkan nafas yang terakhir-korang dah achieve apa yang korang nak. Atau korang akan enjoy FUCK-ing, muck-ing or what ever sekalipun semata-mata nak menikmati semua perkara before korang mati dan tak dapat buat apa-apa sekalipun? Atau korang nak beribadah sepenuhnya dengan sisa-sisa masa yang terluang sebelum diri ko dijemput untuk bertemu Dia?














Mungkin kerana aku memang tak akan hidup buat selama-lamanya menjadikan aku menghargai setiap kali aku terbangun dari tidur setiap pagi. Kerana setiap hari adalah anugerah. Anugerah yang jarang kita sedari. Kite lebih rela untuk mengeluh sebab terpaksa bangun untuk kerja and more refer untuk sambung tidur balik. Tetapi kenapa kita tak pernah bersyukur sebab tuhan bagi kita satu lagi peluang untuk hidup di bumi-Nya lagi?

Aku ada anak buah yang meninggal beberapa hari sebelum dia sempat melihat dunia. Aku ada kawan yang meninggal pada ketika kami masih sama-sama di tadika. Aku ada kawan yang meninggal sebelum tamat lagi zaman sekolah menenggah kami. Mati ialah kepastian untuk setiap perkara yang hidup. Cuma kita tak pernah akan tahu bila masa seruan kita untuk menghadap Yang Maha Pencipta.

















Aku tak nak jadikan post kali ni sebagai satu ceramah agama or kelas pendidikan moral or siviv or etc pada masa tahun baru aku yang sebenar akan bermula. Cuma disebabkan aku tak suka ketika aku jatuh, tiada tangan yang sedia untuk membantu aku bangun semula. Lalu aku mahu jadi tangan yang akan sedia membantu ketika korang terjatuh.

Mungkin semuanya bermula semalam apabila ada seorang rakan bertanyakan aku tentang waktu sembahyang Maghrib. Tempohari dia bertanyakan waktu sembahyang Jumaat. Kedua-dua tempoh waktu yang dianggarnya salah. Dan tadi ketika aku Zuhur, tiba-tiba ada tangan menyentuh bahu kiri aku. Seorang makmum lelaki sembahyang di sebelah kiri aku. That mean either dia memang tak pernah sembahyang or dia tak pernah tengok orang terdekat dia sembahyang. Aku tergamam lalu aku tegur dirinya. Aku menegur dia bukan sebab aku cuba bertindak terlebih pandai atau apa. Sebab jika aku buat salah then aku mahu someone tegur aku so sebab tu aku tegur dia apabila dia buat salah.

Semuanya membuatkan aku sedar bahawa aku selama ini telah tersasar dari jalan-Nya. Walaupun aku tidak sesat tapi aku hampir keluar dari jalan yang sepatutnya. Namun sesungguhnya aku bersyukur yang aku tidak pergi jauh. Lalu aku tak mampu untuk pura-pura tak melihat, pura-pura tak mendengar dan pura-pura tak mampu bercakap jika memang benar aku melihat kejahilan, mendengar kejahilan dan mampu menegur kejahilan itu. Kerana manusia bukan hidup sendiri sahaja. So jangan mementingkan diri sendiri. Jangan hanya nak masuk SYURGA sorang diri sahaja. As BIBLE said: treat others the way you want others to treat you... rite?














I do make mistake sebab aku tak sempurna tapi aku mahu jadi orang baru. Orang baru yang bukan orang lain tapi masih lagi aku. Aku mahu menjadi seorang aku yang baru yang akan lebih menghargai kehidupan sebab aku tahu hidup aku tak akan lama.













Selamat Datang Tahun Baru....

Monday, October 11, 2010

Ilmu Pengasih

Hari ni tadi aku pergi satu lagi interview, then tengah-tengah dengar taklimat dari peng-interview then ada mesej dari kawan. Chat punya chat rrupanya curiousity kami tentang satu issue ni terjawab. Rrupanya ada orang tu sebenarnya guna ilmu pemanis aka ilmu pengasih selama ni. Hmmm....


Dalam dunia serba moden ngan IT or jalur lebar or IPhone 4 etc memang cukup sukar untuk kita nak percaya tentang perkara-perkara mistik cam santau, pembenci, minyak dagu, saka etc. Bagi kita that such thing hanya wujud sekitar zaman datuk nenek kita jer. As time goes by cerita yang bunyi cam mengarut tu hilang digantikan ngan cerita moden cam sekarang ni.

Susah gak nak cakap either percaya or tak benda ni. Melainkan ia benar-benar berlaku kat depan mata kepala kita sendiri. Hmmm...

Emak aku pernah cerita yang her father aka datuk aku memang ada pelihara that such thing. Then start r kuar cerita cam tak ada gunting yang leh gunting rambut dia or x da picagari yang leh inject dia melainkan dia benarkan. Then dia susah nak mati melainkan lepas dia turunkan ilmu tu pada ahli keluarga. That is SAKA sebab ia diwarisi.

Last few month kulit bapak aku ttiba mengembang.. Setiap kali time MAGHRIB then dia akan jadi sangat mengantuk tapi lepas tamat jer masa MAGHRIB or lewat malam mata dia tak dapat nak tidur langsung. Then pergi berubat ngan salah seorang saudara then dia kata ada yang hantar 'something'. Masa tu gak dia baru je kuarkan something dari rumah sorang patient ni: sepasang patung tembaga yang di tanam depan rumah nya. Hmmm..

Before puasa, my sis ANGAH plak asyik kena sound, marah plus cam dibenci oleh bos dia walau dia tak buat apa-apa pun tapi kawan sekerja dia sorang ni plak bwat salah cam ne,  guna duit office untok urusan peribadi etc still bosnya tak kisah and even still disayang. Bila check-check rrupanya ANGAH aku kena ilmu pembenci dan dia plak guna ilmu pengasih. Bila dah berubat ttiba officemate ANGAH cam leh tahu dan tak tegur ANGAH lagi. Cam betul plak apa yg disangka. Hmmm..

Belum masuk issue ada family member kena penunduk oleh isteri, kekawan lagi yang ada special gifted sebab warisan keluarga etc.. Hmmm..





...





Akhir-akhir ni kami start syak something pelik r berlaku yang offce lama aku ni. Satu persatu kawan aku mulai rapat ngan sorang makhluk tuhan ni. Aku terfikir gak r yang may be selama ni aku tak kenal dia sangat then may be dia tu sebenarnya baik. Tapi semua officemate tempat kerja dia sebelum ni asyik kata yang perangai makhluk tu memang cam SIAL SHIT. Tak ada orang yang suka ngan dia..

Tu buat aku bertambah heran. Even kawan aku yang selama ni asyik sumpah seranah dia depan aku suddenly kawan aku kata dia sangat rapat plak ngan dia. Sehingga r sorang kawan ni pergi berubat ngan sorang witch doctor ni r. Rrupanya si makhluk SIAL SHIT ni menggunakan ilmu pemanis aka ilmu pengasih supaya orang suka kat dia. Si bomoh tu kata dia letakkannya dalam gula kat pantry office. Then semua yang akan minum suka r kat dia..


Aku kasihan plus simpati betul r ngan orang-orang cam ni. Dah r rupa huduh then perangai pun dua kali lima huduh. Dah tahu perangai tu tak baik then jangan r harap orang leh suka kat ko. Then bila orang tak suka maka start r guna ilmu-ilmu penunduk ni. Tak ingat balasan akhirat ke ko ni? Agama jer Islam tapi perangai sebijik cam anak setan.

Aku sedih pada kkawan aku yang jadi mangsa setan cam tu r. Orang kata sekali kita kena ilmu pengasih ni susah nak buangkan. Kita kata cam ne sekalipun tetap dia kata orang tu r yang terbaik gak.
















Setan r ko then semoga kena laknat..!!!

Thursday, October 7, 2010

Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri

dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya

dan aku dari golongan orang Islam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ameeen.

Tuesday, September 7, 2010

International Burn A Koran Day?

Pepagi lagi aku dah on komputer then kat FACEBOOK ada 1 video oleh sorang kawan ni. A CNN News. Tentang sorang wartawan ni temubual Terry Jones, Senior Pastor sebuah church di Gainesville, Florida berkaitan plannya untok jadi host International Burn A Koran Day pada 11 September ni pada jam 6-9 pm. Lebih mengharukan apabila tujuan membakar al-Quran aka Islam punya holy book adalah disebabkan untuk memperingati mangsa peristiwa pengeboman 11/9 dulu. Hmmmm...


Bila ditanya tentang kewajaran membakar kitab suci umat Islam ni, so the pastor kata r yang Islam Is Of The Evil. So aku mempersoalkan otak korang yang pemikirannya aku yakin leh fikir ngan waras "Adakah perbuatan membakar kitab suci agama orang laen dikira satu tindakan non evil?"

Then ditanya lagi matlamat selepas aktiviti membakar kitab suci umat Islam ni dilakukan? So the pastor jawab r supaya akan diadakan dialog terbuka tentang kedua-dua agama. So aku soal korang lagi "Kalu ada orang nak bakar kitab suci korang then korang rasa matlamat dia nak bwat open dialog yang aman ker?"









A Christian man kuarkan 1 post kat FACEBOOK suarakan x puas hati kata "Jesus ialah anak tuhan kepada kami tapi Islam merendah2kan tahapnya kepada hanya seorang manusia biasa sahaja. Do you know how does that make us feel?" 

 So aku teringin je nak balas kata ngan ayat yang sedikitpun aku x bermaksud nak timbulkan isu keagamaan "Jesus aka Isa ialah antara rasul yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menyampaikan ajaran-Nya tapi Christian dengan mudah menyatakan bahawa Isa itu ialah anak Allah. And do you know how does it make us feel bila kuasa tuhan disamakan dengan manusia?" hmmm


Then isu tu pasti akan membuatkan aku teringat surah al IKHLAS. Surah yang sangat pendek tapi each time aku baca akan membuatkan aku rasa mengigil sebab meaningnya sangat besar. And even Rasulullah s.a.w. ada kata surah ni dah kira menyamai 1/3 al-Quran. 

112.1 : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
112.2 : “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
112.3 : “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
112.4 :  “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.



Then teringat masa kecik2 di sekolah rendah dulu ada kkawan yang nakal tanya ustaz tentang surah ni so ustaz pun jawab r "Kalau tuhan beranak (ada anak) maka di akan diberanakan (ada bapa sebelumnya). Maka adalah Tuhan Datuk, Tuhan Moyang, Tuhan Cucu, Tuhan Cicit etc or in other word apabila ada yang beranak maka akan ada kematian Tuhan. Then anak akan bergaduh dengan bapa sebab berbeza pandangan (teringat kisah sejarah di India apabila anak bunuh bapa untuk dapatkan tahta memerintah). So apa yg akan membezakan tuhan dengan manusia?"






Sebab in Islam, Allah s.w.t itu AHAD aka SATU dan Dia tidak pernah beranak (punya anak) dan Dia tidak pernah diberanakan (tidak ada bapa). Betulkan aku kalu aku salah







Andai kata ada yang non Muslim membaca post kali ni then aku nak tanya "Dalam diri korang ada something yang menyeru korang bwat jahat x?" or "Korang pernah bwat jahat x?" Kalu jawapan korang x, then aku teringin sangat nak jumpa ko pasal ko ni memang bersih dari dosa r tapi kalu korang jawab ya then kesimpulan yang cukup mudah ialah: baik dan jahat ada dalam setiap diri semua orang. 


Hanya kerana orang yang jahil bwat extremist thing tu beragama Islam dan guna alasan agama untuk berperang doesnt mean that is Islam. Then what if a few Christian melakukan keganasan dan mengunakan alasan agama? Adakah ia bermakna tindakan minoriti itu mengambarkan apa ajaran Christian sebenarnya?









International Burn A Koran Day bakal diadakan pada 11 hb September ni aka Insyallah akan jatuh pada hari kedua umat Islam beraya. So korang still leh in mood raya even thought kitab suci korang sedang dibakar?

Thursday, September 2, 2010

Teo Nie Cheng masuk masjid?

Aku ingat lagi tahun 2008 tu: tahun akher aku di universiti semasa negara tengah sibuk hal pilihanraya. Pasal waktu pilihanraya tu aku & 3 other Sarawakians yg x dapat balik untuk mengundi pergi melencong ke GENTING. Tapi that not the real issue r. Cuma teringat kalu gi mana2 ke KAJANG, then pasti akan jumpa poster TEO NIE CHING sebab dia wakil untuk parlimen SERDANG. Dan dia menang. Cuma lately jer kuar nama dia balik tentang kes dia masok masjid yang digembar gemburkan oleh certain Melayu yang taksub x tentu pasal. Hmmm...
.
.
Pada masa aku dengar issue ni kuar TV dulu, gila menyumpah gak r aku. Perkara cam ni pun nak dijadikan issue besar oleh certain parti politik tertentu. Then aku just kuarkan shout out kat FACEBOOK jer tanda protes. Tapi tadi aku terbaca 2 post oleh mr. OBIFIEND yang aku sangat2 galakan rakyat MALAYSIA baca. Walaupun ia dinyatakan dalam bentuk humor dan penuh unsur perli tapi mesejnya sangat kuat.

Persatuan Bukan Islam Sambut Baik Arahan MAIS
OBECOMIC#15 - Dear PERKASA

Dan aku sendiri pun pernah suarakan tak puas hati aku dalam previous post tentang issue LIM GUAN ENG dulu. Ni kira sambungannya r.


Soalan pertama aku: Korang pernah dengar tentang PERJANJIAN HUDAIBIAH tak? 


Korang kena baca or refresh balik memori sekolah korang dulu pasal aku x akan cerita keseluruhan r. Secara ringkasnya perjanjian ni berlaku antara musyrikin MEKAH dan RASULULLAH s.a.w sekitar tahun ke 6 Hijrah. Perjanjian ini dijalankan sebab utamanya ialah hasrat untuk beribadah HAJI & UMRAH di MEKAH tapi at that time MEKAH masih lagi dibawah penguasaan musyrikin QURAISY. So perjanjian ini pun dibuat.

Antara isi perjanjian ialah: 
1. Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di MEKAH selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
2. Orang Quraisy yang lari ke pihak ISLAM tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
3. Orang Islam yang lari ke pihak QURAISY tidak perlu dikembalikan.
(sumber wikipedia)



Secara zahirnya kalu korang ialah makhluk yang buta tuli (as same as situasi yang berlaku sekarang) then korang akan kata perjanjian tu sangat2 berat sebelah dan x menguntungkan masyarakat ISLAM sedikitpun pada masa tu.

Tapi disebabkan kebijaksanaan RASULULLAH s.a.w akibatnya ISLAM tersebar luas dan MEKAH dikuasai oleh ISLAM. Just imagine hanya ngan 1 perjanjian membawa perkara besar yang effectnya bawak ke hari ini gak.





So masyarakat MELAYU yang taksub x tentu pasal ngan diapi-apikan lagi oleh parti politik yang berkepentingan ni then makin hangin r. Maka Non-Muslim x dibenarkan masuk masjid, x dibenar baca Al-Quran (or terjemahan), x dibenar ambil subjek Agama Islam, x dibenar cari maklumat tentang Islam etc. So kalu kita kaitkan balik ngan era perjanjian Hudaibiah tu tadi, korang rasa mereka ni berada di pihak Quraisy or Islam? 






Sebenarnya korang sedang menyempitkan semua issue tentang Islam. Itu x boleh. Ini x boleh. Last2 semua orang jadi takut nak tahu tentang Islam. Dan lebih sadis korang bwat orang lain x boleh masuk dunia Islam. Sedangkan Islam sangat terbuka. Betulkan aku kalu aku salah.







Tolong r jangan jadikan hal agama sebagai issue politik korang untuk menang on pilihanraya akan datang ni.  Korang jadikan agama as alasan korang menangi hati rakyat2 kampung yang still taksub hal2 cam ni.

















Dan cukup pasti korang leh tahu which side yang aku akan pangkah next pilihanraya kan? TEEET..!! Undi adalah rahsia..!!!