Showing posts with label Christian. Show all posts
Showing posts with label Christian. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

International Burn A Koran Day?

Pepagi lagi aku dah on komputer then kat FACEBOOK ada 1 video oleh sorang kawan ni. A CNN News. Tentang sorang wartawan ni temubual Terry Jones, Senior Pastor sebuah church di Gainesville, Florida berkaitan plannya untok jadi host International Burn A Koran Day pada 11 September ni pada jam 6-9 pm. Lebih mengharukan apabila tujuan membakar al-Quran aka Islam punya holy book adalah disebabkan untuk memperingati mangsa peristiwa pengeboman 11/9 dulu. Hmmmm...


Bila ditanya tentang kewajaran membakar kitab suci umat Islam ni, so the pastor kata r yang Islam Is Of The Evil. So aku mempersoalkan otak korang yang pemikirannya aku yakin leh fikir ngan waras "Adakah perbuatan membakar kitab suci agama orang laen dikira satu tindakan non evil?"

Then ditanya lagi matlamat selepas aktiviti membakar kitab suci umat Islam ni dilakukan? So the pastor jawab r supaya akan diadakan dialog terbuka tentang kedua-dua agama. So aku soal korang lagi "Kalu ada orang nak bakar kitab suci korang then korang rasa matlamat dia nak bwat open dialog yang aman ker?"









A Christian man kuarkan 1 post kat FACEBOOK suarakan x puas hati kata "Jesus ialah anak tuhan kepada kami tapi Islam merendah2kan tahapnya kepada hanya seorang manusia biasa sahaja. Do you know how does that make us feel?" 

 So aku teringin je nak balas kata ngan ayat yang sedikitpun aku x bermaksud nak timbulkan isu keagamaan "Jesus aka Isa ialah antara rasul yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menyampaikan ajaran-Nya tapi Christian dengan mudah menyatakan bahawa Isa itu ialah anak Allah. And do you know how does it make us feel bila kuasa tuhan disamakan dengan manusia?" hmmm


Then isu tu pasti akan membuatkan aku teringat surah al IKHLAS. Surah yang sangat pendek tapi each time aku baca akan membuatkan aku rasa mengigil sebab meaningnya sangat besar. And even Rasulullah s.a.w. ada kata surah ni dah kira menyamai 1/3 al-Quran. 

112.1 : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
112.2 : “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
112.3 : “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
112.4 :  “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.



Then teringat masa kecik2 di sekolah rendah dulu ada kkawan yang nakal tanya ustaz tentang surah ni so ustaz pun jawab r "Kalau tuhan beranak (ada anak) maka di akan diberanakan (ada bapa sebelumnya). Maka adalah Tuhan Datuk, Tuhan Moyang, Tuhan Cucu, Tuhan Cicit etc or in other word apabila ada yang beranak maka akan ada kematian Tuhan. Then anak akan bergaduh dengan bapa sebab berbeza pandangan (teringat kisah sejarah di India apabila anak bunuh bapa untuk dapatkan tahta memerintah). So apa yg akan membezakan tuhan dengan manusia?"






Sebab in Islam, Allah s.w.t itu AHAD aka SATU dan Dia tidak pernah beranak (punya anak) dan Dia tidak pernah diberanakan (tidak ada bapa). Betulkan aku kalu aku salah







Andai kata ada yang non Muslim membaca post kali ni then aku nak tanya "Dalam diri korang ada something yang menyeru korang bwat jahat x?" or "Korang pernah bwat jahat x?" Kalu jawapan korang x, then aku teringin sangat nak jumpa ko pasal ko ni memang bersih dari dosa r tapi kalu korang jawab ya then kesimpulan yang cukup mudah ialah: baik dan jahat ada dalam setiap diri semua orang. 


Hanya kerana orang yang jahil bwat extremist thing tu beragama Islam dan guna alasan agama untuk berperang doesnt mean that is Islam. Then what if a few Christian melakukan keganasan dan mengunakan alasan agama? Adakah ia bermakna tindakan minoriti itu mengambarkan apa ajaran Christian sebenarnya?









International Burn A Koran Day bakal diadakan pada 11 hb September ni aka Insyallah akan jatuh pada hari kedua umat Islam beraya. So korang still leh in mood raya even thought kitab suci korang sedang dibakar?

Friday, July 30, 2010

Tudung

Bermesej ngan sorang kawan lama masa belajar kat Universiti dulu. Asalnya aku just tanya dia tentang filem THE LAST AIR BENDER (pasal dia yang start memperkenalkan aku to this series). Borak punya borak then keluar issue laen. Issu sorang budak separa tomboy yang rambut selalu bertukar color (hmmm.. bukan aku dulu cam tu jugak ker?), ngan perangai hampir jantan, muka rock habis ttiba dapat tahu yang dia sekarang bertudung labuh. Hmmmm



Aku gila tergamam. First aku andaikan yang dia hanya guna tudung cam SHEILA RUSLY ker or BIENDA ker or paling koman ikut trend cam tudung DATO SITI NURHALIZA ker. Bila kawan aku tu kata dia pakai tudung labuh then aku tergamam sangat2. Otak terhenti..
.
Aku neutral jer ngan wanita bertudung. Tudung sepatutnya (dari sisi Islam) adalah kain yang digunakan untuk menutup aurat di kepala wanita. Even in wanita CHRISTIAN zaman pertengahan dulu pon pakai tudung ngan tujuan yang sama. And even women in ORTODOKS JEWISH pun sama gak.

Cuma sekarang ni tudung dah jadi macam fashion or trend. Pakai tudung tapi tak sembahyang. Pakai tudung tapi sebar cerita keburukan orang sana sini. Pakai tudung tapi guna baju nampak ketiak. Pakai tudung tapi bwat video lucah. Sedangkan orang negara luar sanggup bergaduh mati-matian dan naik turun mahkamah hanya sebab nak mempertahankan tudung.
.
.
.
.
.
I dont wanna comment r bila ada yang kata "Aku x bertudong tapi aku semayang" or "Ompuan yang bertudung pon belum tentu baek then masok syurga".. Semuanya itu urusan dia dan Tuhannya sahaja. Tapi aku cukup x suka bila ada aktivis yang kata bertudung ialah cara Islam mengongkong, melanggar kebebasan hak dan eksploitasi terhadap wanita muslim. Tapi kalu wanita separa or berbogel penuh plak x ada apa2 penentangan dunia.
.
.
.
.
.

Dan dalam hidup aku gak ada banyak tranformasi berlaku kat wanita2 di persekitaran. Ada yang dulu x bertudung then mulai berjinak bertudung dan ada yang dari bertudung terus gone with the wind. I no komen.









Cuma kawan ni tadi musti dah mendapat 'Nur dari Illahi'.. Alhamdulillah..





Bila masa turn aku plak (bukan turn aku bertudong r buduh)