Showing posts with label Selfish. Show all posts
Showing posts with label Selfish. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Rashidi & Sekolah

Khutbah Jumaat yang lepas Khatib talks about trending issue iaitu sesi sekolah yang baru bermula dan bagaimana peranan ibu bapa dalam membangunkan sahsiah anak mereka sendiri. Entah apsal suddently ia buat aku teringat tentang seorang budak lelaki yang bernama Rashidi yang tak tahu eja nama dia. Setiap kali dia eja nama dia then ia akan jadi R-A-S-She-Dee-Yee. Dia bukan ahli keluarga. Bukan juga saudara.  Tapi sorang anak kecil yang tak ada ibu bapa yang membesar dari saat dia kenal dunia di rumah anak yatim piatu. Hmmm..


Anak buah aku si Puteri tu baru masuk darjah 1 beberapa hari lepas. Dia sangat manja dan emak dia sangat suka memanjakannya. So tamat jer sesi tadika dulu dah banyak barang sekolah yang dibelikan. Even masa hari pertama sekolah si adik ni bukan main bersemangat lagi nak ke sekolah sehingga bangun cukup awal dan cepat (second day dah buat hal dah wei) dan emaknya tunggu kat sekolah gak untuk sejam dua. 



Ia buat aku terfikir cam mana kisah Rashidi dan anak-anak yang senasib dengan dia pada hari pertama persekolahan..? Adakah mereka juga cukup tak sabar seperti kanak-kanak yang lain..? Atau pada hari pertama mereka bersekolah tanpa ada sesiapa yang menemani. Lebih teruk bila melihat rakan-rakan lain datang bertemankan ibu bapa untuk sejam dua. Atau ketika waktu pulang tak ada sesiapa yang menunggu mereka. Hmmm..









Aku rasa kita terlalu mementingkan diri sendiri. Kenapa kita tak nak mencurahkan sedikit kasih sayang kepada mereka yang tak punya sesiapa untuk menyayangi mereka seperti anak kita yang punya ibu dan bapa..?



















Ketika Rashidi pegang tangan aku, genggaman dia erat. Kuat. Seolah-olah dia tak nak aku terleka seketika dan kemudian terhilangkan dia. Tak seperti kalau aku pegang tangan anak-anak buah aku. Malah diaorang cukup suka menolak sebab mereka tahu yang aku akan tetap ada disitu. Hmmm

Tuesday, May 18, 2010

Me & MY SHADOW

Semalam ada seorang kawan bertanya: ke mana hilangnya AJ yang dahulu? AJ yang sentiasa tersenyom dan ketawa. Dan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan ketawa kerana senyumannya. Dia yang sentiasa memberi harapan dan kekuatan kepada setiap kawan yang memerlukan. Sentiasa ada untok jadi telinga untok mendengar setiap cerita mereka. Berkongsi jenaka dan cerita sedih bersama. Menjadi tempat untok mengeringkan air mata. Dan dia tanya lagi: kenapa AJ sekarang berbeza. Dia jadi cukop lemah…



Kemudian aku jawab. AJ yang ada sekarang masih lagi AJ yang dulu. AJ sekarang masih lagi ketawa. Ketawanya makin bertambah kuat. sekarang AJ dah mulai belajar untuk mengeluarkan emosi yang lain. Walau dia masih tersenyom tapi kita akan mudah membaca emosinya. Hanya melalui riak wajahnya. Dia tersenyom tapi kita tahu hatinya sedih. Dia tersenyom tapi kita tahu dia tersentoh. Dia tersenyom dan kita tahu betapa dia x ingin tersenyom dan betapa senyumanya itu cukop menyakitkan hati sesiapa yang melihat.

Mungkin sebab AJ yang dulu percaya bahawa dia boleh hidop sendiri tanpa perlu peduli tentang apa orang akan kata tentang dirinya. So he don’t believe in love (kecuali cinta sejati). He don’t believe in friendship. He don’t believe in any one. He just AJ yang mementingkan diri sendiri. He just accept everything people gave to him without turn it back to them. Lalu mungkin kerana itu membuatkan AJ yang dulu cukop kuat. Mungkin kerana pengalaman lalu membuatkan AJ sebegitu..







Tapi pada awal tahun yang lepas AJ asked his GOD for a favor. Dia x mintak TUHANnya untok sembohkan penyakitnya. Tapi dia mintak something else. He asked for a friend. Cukoplah hanya seorang kawan. Seorang kawan yang mampu menjadikan dia sempurna di sebalik kekurangannya.





Jadi 2009 adalah tahun TERBESAR untoknya. ‘THE BIG INCIDENT’ memang membuatkan dia benar2 jatoh. Benar2 kecewa. Jadi dia lari dan sembunyi. Dan pada waktu itulah AJ yang dahulu mulai berubah menjadi AJ yang kini. Semuanya kerana dia mulai percaya bahawa TUHANnya telah menunaikan impiannya. Dan kerana rasa percaya itulah menjadikan dia mulai berubah.






But still AJ yang dulu ada dalam dirinya. Dia masih lagi menjadi telinga untok setiap cerita tapi dia sendiri x pernah bercerita anything about him. Dia ingin bercerita tapi dia x tahu bagaimana. Dia ingin meluahkan perasaanya tapi still dia masih lagi diri yang x tahu cara memberi. So he still doing the same mistake berulang2 kali.















Then aku kata pada kawan tu: aku masih lagi merangkak untok memulakan semuanya dari mula. Jadi aku perlukan tangan yang mampu mengajar aku berdiri, berjalan dan seterusnya berlari. Then dia balas balik: Orang x akan beri tangan mereka melainkan kalau ko yang bagi dulu.









But I never gave my hand first…













*AJ ialah penulis aka aku

Sunday, April 11, 2010

Orang BAEK-BAEK

Semalam ambik exam paper SPA. Gi ngan sorang kawan 1 sekolah menengah yang dah lama x dengar khabar berita. Then bila sampai kat pusat peperiksaan jumpa ramai lagi kenalan then kongsi cerita2 terkini sikit sebanyak. Then pass tu ttiba kawan tu kuar 1 statement "Aj, banyak gak kawan ko r. Aku sorang pon x kenal ssapa..” Then aku terfikir balik. Hmmm…

Teringat masa b4 nak masok Universiti dulu, family and friends yang rapat agak bimbang ngan aku dalam 1 perkara ni: mampu ke aku bwat kawan or aku akan menyendiri sepanjang tempoh 3 tahun kat U kelak.. Aku gelak kehairanan jer masa tu. Mungkin sebab tragedy at the end of form 5 dan 2 tahun di form 6 menjadikan ia tempoh KEGELAPAN bagi aku so sepanjang masa tu aku sangat2 menyendiri dan x nak berkawan ngan sesapa.

Tapi bermulanya zaman Universiti semuanya seem to changed. Bermula dari rumate pertama, MUM sehingga ke hari terakhir ngan rumate terakher, ISYRAF bersalam selamat tinggal, then belajar SAFETY, then kerja kat LODGE, then ambik GEMS, then kat STIDC… it seems like tuhan sangat2 sayangkan aku. DIA sentiasa memberikan orang-orang yang baik-baik untok bersama aku. Yap, there r no body perfect tapi mereka2 ni sangat2 terbaek untok aku. Aku sangat2 berterima kasih pada tuhan kerana meminjamkan mereka kepada aku walau untok tempoh yang terhad. Juga berterima kasih pada rasa sayang dan supportivenya mereka kepada aku selama ni.






Cuma aku rasakan aku sahaja yang bukan terbaek untok mereka2 semua ni. Even bukan terbaek untok sesapa pon pasal I never ever try to appreciate their love. It seem like aku sendiri bina pagar sempadan penghalang yang akan menghentikan sesiapa dari masok ke dalam diri aku dan sekaligus menghalang aku sendiri dari keluar. Im just being too selfish.. aku hanya fikir diri aku tanpa fikir perasaan orang laen..



Then akan ada yang kata: that wasn’t true.. Aj akan sentiasa bersama aku stiap kali aku perlukan dia. Dia akan hug aku sehingga aku berhenti menanggis. Dia akan suroh aku tido di bed dia ketika otak aku bercelaru. Dia akan lepak berjam2 untok dengar cerita aku setiap hari.

Cuma persoalannya sekarang: hanya korang sahaja yang memberi hati2 korang pada aku dan aku hanya menerimanya. May be benar kata sorang kawan ni. Aku terlalu banyak menyimpan rahsia. Aku x pernah share it with someone yang aku sendiri gelar as kawan. Seperti aku x pernah bagi hati aku sepenuhnya kepada sesiapa. Seperti aku x pernah percayakan korang pun selama ni..





Aku cukop2 berterima kasih kepada mereka2 yang masih kekal setia mencuba untuk membuka pintu hati aku. Percayalah, aku pon ingin pintu hati aku terbuka Cuma aku x tahu bagaimana..








Esok ialah satu hari baru yang akan memberi peluang kedua kepada aku. Bukan semua manusia diberi peluang kedua untok menebus apa yang telah mereka lakukan. Aku yakin tuhan memilih aku kerana dia mahu aku kekal berada bersama-sama orang2 yang baek.