Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Rashidi & Sekolah

Khutbah Jumaat yang lepas Khatib talks about trending issue iaitu sesi sekolah yang baru bermula dan bagaimana peranan ibu bapa dalam membangunkan sahsiah anak mereka sendiri. Entah apsal suddently ia buat aku teringat tentang seorang budak lelaki yang bernama Rashidi yang tak tahu eja nama dia. Setiap kali dia eja nama dia then ia akan jadi R-A-S-She-Dee-Yee. Dia bukan ahli keluarga. Bukan juga saudara.  Tapi sorang anak kecil yang tak ada ibu bapa yang membesar dari saat dia kenal dunia di rumah anak yatim piatu. Hmmm..


Anak buah aku si Puteri tu baru masuk darjah 1 beberapa hari lepas. Dia sangat manja dan emak dia sangat suka memanjakannya. So tamat jer sesi tadika dulu dah banyak barang sekolah yang dibelikan. Even masa hari pertama sekolah si adik ni bukan main bersemangat lagi nak ke sekolah sehingga bangun cukup awal dan cepat (second day dah buat hal dah wei) dan emaknya tunggu kat sekolah gak untuk sejam dua. 



Ia buat aku terfikir cam mana kisah Rashidi dan anak-anak yang senasib dengan dia pada hari pertama persekolahan..? Adakah mereka juga cukup tak sabar seperti kanak-kanak yang lain..? Atau pada hari pertama mereka bersekolah tanpa ada sesiapa yang menemani. Lebih teruk bila melihat rakan-rakan lain datang bertemankan ibu bapa untuk sejam dua. Atau ketika waktu pulang tak ada sesiapa yang menunggu mereka. Hmmm..









Aku rasa kita terlalu mementingkan diri sendiri. Kenapa kita tak nak mencurahkan sedikit kasih sayang kepada mereka yang tak punya sesiapa untuk menyayangi mereka seperti anak kita yang punya ibu dan bapa..?



















Ketika Rashidi pegang tangan aku, genggaman dia erat. Kuat. Seolah-olah dia tak nak aku terleka seketika dan kemudian terhilangkan dia. Tak seperti kalau aku pegang tangan anak-anak buah aku. Malah diaorang cukup suka menolak sebab mereka tahu yang aku akan tetap ada disitu. Hmmm

Friday, June 22, 2012

Men & Jelly

Kalau korang ialah sorang yang berfikiran kotor then bila aku kata girl and jelly then korang pasti akan tersenyum sesorang sambil jilat lidah. Aaargh, kotornya otak korang. Tapi what if kalu tajuk post aku ni bagitau men and jelly then agaknya adakah korang akan muntah or tak tahu what the fuck sebenarnya aku nak bagitahu nih. Hmmmm..


Aku ada sorang kawan lelaki ni ar. Dia ada satu bad habit di mana most of the time dia tak suka kawal sifat x senonoh pada diri dia. Dia lebih suka bebas jadi diri dia ar kononnya. Contoh dia kalau nak kentut then dia akan lepaskan cam tu jer. Ngan bau dan muka x bersalah slumber jer tu memang annoying ar. Plus muka dia kira leh kategori kacak ar gak then most of kawan kata mesti dia just buat benda tu depan kekawan jer dan depan awek dia sendiri tak. Tapi aku pernah jumpa awek dia dan awek dia kata: dia dah imun ngan bau kentut balak dia. Hampeh..

Back to story, satu hari ni habis solat Jumaat then kekawan ramai-ramai lepas dalam satu kelas ni ar so datang ar sorang kawan laki ni ngan pakai seluar baju Melayu ngan t-shirt. Dan tetiba si kawan bengong ni terus grab punggong laki tu. Kekawan lain terkejut beruk. Nak tahu apa explanation dia? Dia kata "Aku geram ar tengok punggong dia bergerak cam jelly jer..!!" Damn..









...








Setiap kali solat Jumaat antara benda yang selalu ganggu fokus aku ialah bila ada para lelaki yang pakai seluar baju Melayu jenis kain satin (satin kan berat dan jatuh lalu membentuk shape) ngan t-shirt. Bila mereka bergerak then ia akan memperlihatkan adegan Bay Watch versi dada transplants jello mello Pamela Anderson versi jatoh ke ponggong. 

Kedian bila mereka Ruku dan Sujud then satu lagi malapetaka berlaku. Nampak pulak garisan underwear mamat nih. Lagi ar mengharukan keadaan. Jujor cakap kalau girl kita leh layan lagi then baru tegur tapi ni lelaki. Suasananya menyakitkan mata memandang, sakit lagi bahu memikulnya.













Then teringat word kawan aku tu "Geram..." dan "Jelly....". Hmmmmm..

Friday, March 2, 2012

Reason Sembahyang Jumaat

Aku ada 1 soalan yang berbunyi: Apakah sebab sebenar seseorang pergi ke masjid pada hari Jumaat?


a) Untuk merehatkan mata aka tidur
b) Untuk melihat seni reka dan struktur bangunan masjid
c) Untuk bertemu rakan sebaya di samping berkongsi maklumat terkini
d) Untuk mengenalpasti warna dan rekaan baju Melayu yang sesuai untuk raya nanti
e) Untuk mengisi masa lapang sebab masa rehat pada hari Jumaat sangat panjang












or aku rasa sebab utama orang pergi ke masjid pada hari Jumaat ialah sebab datok dia dulu pernah dan selalu pergi  masjid pada Hari Jumaat dan bapak dia pulak selalu suroh pergi masjid hari Jumaat masa kecik-kecik so dia pun perlu pergi masjid gak pada Hari Jumaat supaya dia boleh suroh anak cucu dia jugak untuk pergi ke masjid pada hari Jumaat sebagai satu rutin tipikal generasi lelaki Melayu dalam keluarga tu. Hmmm..


Sebab bagi aku most of orang yang pergi ke masjid hari Jumaat sebenarnya tak tahu kenapa dia perlu berbuat begitu.It seem ia dah ada dalam otak diaorang bahawa setiap kali Jumaat perlu pergi masjid sama cam dalam otak bebudak kecik dah set bahawa setiap hari Sabtu mesti tengok NTV7 start dari jam 7 malam sebab ada Shin Chan dan kemudian Doraemon.

Dibuktikan bila setiap minggu ada je jenis manusia yang datang then terus gi kat dinding or tiang-tiang dan tidur dan bila start sembahyang-mereka sembahyang dan balik or ada yang datang imam baca khutbah mereka tertoleh kiri kanan atas bawah tengok masjid, tengok orang lalu lalang jer or ada gak yang datang untuk berbual-bual luar masjid cam nothing happens inside masjid tu dan hanya masok bila dah nak sembahyang. Dan tak terkecuali mereka-mereka yang datang pada masa dah nak start sembahyang dan masa imam bagi salam then mereka terus blah. Pendek kata mereka ni jenis paling akhir datang dan paling awal balik. 

Jadi apa matlamat sembahyang Jumaat ni sebenarnya? Sekadar nak buang masa dan habiskan minyak kereta jer ker? Sama cam orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan tapi tak tahu sebab sebenar mereka perlu berpuasa. So as 1 bulan berakhir apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga (dan kalau bernasib baik then berat badan bertambah) sahaja.. Rugi kan?













So apa jawapan korang? Please kata korang pilih D as jawapan.

Wednesday, August 25, 2010

Lim Guan Eng & Sembahyang Jumaat

Recently heboh gak kat media massa tentang issue LIM GUAN ENG (selain issue bapak yang gila penggal kepala anak) pasal nama dia mengantikan AGONG dalam bacaan doa masa SEMAYANG JUMAAT. So ini komen aku...


Issunya sama cam issue ada orang ambik video MALAIKAT landing atas KAABAH. So korang2 yang taksud lalu ngan bangga kata inilah MALAIKAT sebenar2nya pasal ia landing kat tempat suci umat ISLAM. So korang sebar2 r video ni kat FACEBOOK dan makin bertambah r kkawan korang yang taksub ngan benda ni. 

Realitinya aku jadi hairan either korang ni buat2 buduh or korang memang extra buduh baghral dalam bab2 berfikir guna otak. MALAIKAT umat ISLAM dicipta dari cahaya dan ia adalah makhluk ghaib. So ia bergerak ngan kelajuan cahaya dan ia x akan nampak oleh mata manusia yang zahirnya dicipta dari tanah. And even digambarkan kalu JIBRAIL bukak separuh kepak dia then gelaplah bumi betapa mengambarkan betapa besarnya makhluk MALAIKAT ni. Plus yang menambahkan keBENGONGan aku ialah cam ne manusia2 yang taksub ni leh yakin sangat bahawa 'kamera buatan manusia' ngan senang2 jer leh rakam makhluk ghaib ALLAH tu?

Kedian bila korang tahu yang video tu diedit oleh sorang NON-MUSLIM then korang ngan taksub plak nak tuduh itu ini. Korang kata ia cara mereka nak KAFIRkan korang. Dey tambey, yang korang awal2 taksub x tentu pasal awal2 dulu tanpa fikir panjang bwat apa? Nak salahkan orang plak. Salahkan diri sendiri r yang x guna otak berfikir.

So kesimpulan dalam bab ni ialah korang kena beriman ngan MALAIKAT tanpa perlu taksub nak tahu cam ne rupa zahir dia sebab ISLAM suruh kita beriman aka yakin kepada antara benda2 ghaib cam ni. Betulkan aku kalu aku salah.












Then bab LIM GUAN ENG plak. Korang taksub2 sangat nak pi kutuk and salahkan dia bwat apa? Dia bukannya ISLAM pun then dia bukannya tahu hukum hakam ISLAM. Kalu dia nak letak nama dia ganti AGONG pun bukan salah dia pun. Kalu korang nak cari someone untuk disalahkan untuk pastikan parti politik tertentu lebih nampak ISLAMIK then salahkan r orang2 ISLAM yang jadi penasihat dia or salahkan r IMAM yang baca khutbah JUMAAT tu. Sebab mereka2 ni r yang jauh lebih tahu yang masa HAK dan yang mana BATIL. Kan?


Or kalu nak tengok in sudut yang lebih kecilnya cam aku ngan kkawan NON-MUSLIM aku. They keep asking me sampai bila aku nak puasa pasal x boleh lepak2 makan or tenggok wayang as usual tapi aku keep saying ini ialah tanggungjawab aku as an ISLAM tapi ada gak kkawan ISLAM yang laen tanpa segan silu makan lunch ngan mereka. So korang nak salahkan kkawan NON-MUSLIM aku atas alasan mempengaruhi kawan ISLAM aku suroh ponteng puasa or korang patut blame kawan MUSLIM aku yang x kuat pegangan agamanya?





Plus x salah pun rasanya untuk umat ISLAM nak doakan kesejahteraan yang bukan ISLAM kan? Dalam doa aku after sembahyang aku keep mengharapkan ALLAH agar sentiasa memberi kesejahteraan and iman kepada semua kkawan aku either yang ISLAM or not. 









So may be dengan doa2 yang diameenkan ini akan leh bwat LIM GUAN ENG lebih terbuka dan menerima ISLAM ngan ikhlas. Dan untuk parti2 politik tertentu ni (either KERAJAAN or PEMBANGKANG) please r jangan guna issue agama as korang punya reason untuk menarik pengaruh pengundi. Al maklum masyarakat kita ni cukup taksub bila masuk hal agama. BABI haram tapi ARAK dan RIBA boleh plak. Kan?

Wednesday, July 14, 2010

Raya?

Kalu aku kuar post pasal RAYA seawal ni then pasti akan ada yang kuar statement "Wei Aj dah x sabar nak sambut RAYA r even puasa pon lom start lagi" kata mereka sambil ketawa besar dan aku plak tengah check either masih ada peluru lagi x dalam pistol cabok aku pasal aku nak bwat pembunuhan jarak dekat secara sengaja.. Hmmm...


Orang yang kenal aku pasti tahu bahawasanya aku bukanlah antara makhluk Tuhan yang tak sukakan Raya or apa2 events sekalipun. Pasal bagi aku ia sama sahaja ngan hari2 biasa. Cuma hari tu orang pakai cantik2, kemas rumah hebat2 dan makan makanan yang x ada pada hari biasa. Even realitinya dah 2 tahun aku x ada baju RAYA baru dan x terfikirpun nak ada untok tahun ni. 

Plus RAYA gak adalah satu moment sedih pasal berakhernya tempoh sebulan RAMADHAN. Aku x tahu kenapa moment ni sangat sedih.Then teringat last year punya KHUTBAH JUMAAT masa bulan RAMADHAN lepas. The Imam asked "What if kita x buat betol2 RAMADHAN tahun ni dan kita x sempat lagi berjumpa the next RAMADHAN? Betapa banyak kerugian yang telah kita bazirkan"  May be sebab RAMADHAN ialah bulan yang dianugerahkan oleh Tuhan penoh ngan rahmat untuk kita  ngan mudah untuk dapat pahala. Bwat apa2 benda baek then pahalanya berlipat kali ganda berbanding pada hari2 biasa. Then sangat rugi kalu kita x buat apa2 (or worst thing: bwat dosa) sepanjang RAMADHAN.

Rugi aku kata pasal kalu korang gi mana2 or even tengok kat TV or RADIO sekarang ni then garenti dah ada banyak iklan RAYA yang kuar. Wei, hari ni baru 2nd day of SYAABAN. Tapi iklan RAYA dah kuar cam esok lusa nak RAYA. Jualan sana sini ngan harga murah terlampau. Apa matlamat di sini? Nak bagitahu bahawa SYAWAL adalah matlamat sebenar dan bukannya RAMADHAN? Wei, SYAWAL adalah hari kemenangan untuk mereka yang berjaya menempuhi dugaan sebulan di RAMADHAN r. Duh..!! 

So akibatnya ada r sorang jiran aku ni: puasa cuma 2-3 hari jer kedian haram x bwat lagi. Alasan nak siapkan kuih2 raya, nak persiapan jahit langsir, baju etc. Plus ada je alasan x dapat berpuasa. Sakit itu ini r tapi persiapan raya awal dah ready. Mak aku tegor pun dia IMUN jer. Nak bwat cam ner. Dia dah tua pon. Dah jadi emak orang pon. Then anak2 dia pun ikot r dan cucu2 dia dan generasi seterusnya.. Hmmmm...



Terfikir balik, kenapa x ada plak nak promosi suroh bwat PUASA SUNAT sebagai persediaan menghadapi puasa sebenar aka RAMADHAN? Or untok akak2 dan mak cik2 yang x mampu penuhi puasa last year supaya ganti puasa diaorang pasal kurang 4 minggu lagi nak RAMADHAN. Mana boleh puasa x diganti ni? Tahu ke x hukum hakamnya? Plus mana leh guna fatwa sendiri bab ni wahai KAUM HAWA sekalian..

Terbaca 1 blog last night bila bulan RAMADHAN kat USA orang ISLAM sana terpaksa bayar USD300 semalam untok sewa ruang kat KUIL JEWS ORTODOKS semata2 nak dapat pahala jemaah TARAWIH sesama. Kita sini plak berhabis duit untok beli barang RAYA jer. Sama ke nilainya? Lu fikir sendiri r..





Aku kuar post ni sekadar untuk saling memperingati diri aku sendiri r. Bukan tujuan untok kuar KHUTBAH syok sendiri r.



Plus RAYA ni pasti x meriah lagi pasal geng yang selalu keluar jalan2 ada yang dah KAHWIN, yang kerja jaoh2 etc. Hmmmm