Showing posts with label Kazen. Show all posts
Showing posts with label Kazen. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Cikgu Dulu vs Cikgu Sekarang

Korang pernah tak tengok parents yang marah-marah bila tengok kat berita kes ibu bapa yang saman cikgu sebab hukum anak mereka dan bila anak diaorang sendiri kena hukum cikgu diaorang kat sekolah then merekalah orang pertama yang datang serang sekolah dan nak saman semua cikgu kat sekolah tu. Ooor korang ialah salah seorang daripada parents yang aku maksudkan tu..?LOL aka tolol..!!

Kalau korang tanya pendapat aku siapa yang bersalah then aku salahkan ketiga-tiga mereka: Parents, anak dan cikgu. Hmmm..


Aku ingat cerita emak aku sekolah dulu ada parents memang bagi khas dengan cikgu sebatang rotan dan siap suruh cikgu pukul anak mereka lagi. Zaman aku of coz laa tak ada dengar cerita macam tu tapi aku tak pernah nak report kat parents pun apa yang cikgu dah buat pada aku (macam pelik je bunyi 'apa cikgu dah buat pada aku'). Memanglah aku bukan budak nakal kat sekolah tapi kalau setakat kena rotan kat tangan dan punggong tu biasa ar dah namanya pelajar ada je sebab yang memang patut kena sebat pun. Even kalau aku ringan mulut nak bagitahu pun pasti aku akan kena bising kat rumah. Bukannya nak menyebelahi kita malah leh buat siaran ulangan untuk keberapa kali entah kes zaman diaorang sekolah dulu yang jauh lebih advance. Lagipun dah salah aku pun kot kan?

Tapi seriusly sepanjang berbelas tahun belajar di bangku sekolah hanya ada beberapa orang cikgu je yang aku respect sebagai cikgu. Selebihnya hanya seorang lelaki yang tak diterima untuk berkerja kat tempat lain dan terpaksa jadi cikgu, seorang perempuan yang setiap tahun mengandung dan banyak masa diambil dengan cuti bersalin, seorang perempuan yang ada masalah rumahtangga dan melepaskan rasa tak puas hatinya pada pelajar, sepasang suami isteri yang aku tak tahu apa yang mereka 'buat' kat rumah sehingga setiap hari diaorang nampak letih je memanjang dan bla bla bla. 

Akibatnya korang pasti pernah jumpa cikgu yang setiap kali masuk kelas sekadar duduk kat kerusi dia, suruh kita bukak buku dan pilih sorang demi sorang student baca perengan demi perengan plus sangat enjoy hukum pelajar or cikgu yang masuk untuk kurang 5 minit dalam kelas itupun semata-mata nak bagitahu yang dia ada urusan lain dan suruh korang ulangkaji sendiri dan jangan buat bising or cikgu yang setiap hari dia datang kelas semata-mata untuk membebel benda yang sama berulang-ulang kali tentang tak puas hatinya pada semua perkara or cikgu yang sangat bersemangat untuk mengajar tapi teknik pengajaran dia sangat-sangat membosankan. Hmmm..



But still dalam berpuluh-puluh cikgu yang kureng tu still masih ada cikgu yang layak untuk diberi tabik spring yang aku boleh kira dengan sebelah tangan. Paling aku bagi respect ialah pada cikgu Hazani Mahadi. Dia ialah jenis cikgu yang setiap kali dia masuk kelas then kita akan berpura-pura jadi orang lain semata-mata tak nak dia kesan kesalahan yang kita dah buat. Dan dia ialah cikgu yang kita akan cukup-cukup benci sebab dia tak nak jadi macam cikgu-cikgu biasa. Cikgu-cikgu biasa ialah cikgu yang mudah lentur dengan trick tipikal pelajar. Kita semua pernah jadi pelajar dan kita sendiri pasti pernah buat trick tu yang akhirnya membuatkan cikgu tu terpaksa akur dan terima je. Tapi dia lain ar. 

Aku tak tahu entah apsal masa form 6 sikap memberontak aku tu membuak-buak sangat. May be sebab aku masuk form 6 bukan sebab nak belajar dan dalam masa yang sama aku malas untuk kerja. Dia menjadikan tempoh singkat dua tahun tu sebagai masa yang cukup 'menarik' buat aku. Sebabnya? Dia tak fall dengan trick tipikal pelajar tu dan dia..., seorang cikgu yang hebat. Ada satu kem motivasi wajib untuk budak upper six dan aku tak nak pergi. Aku bagi surat dari parent konon bagi support ar tapi dia tak makan saman then dia panggil bapak aku ke sekolah. Bapak aku termakan pujuk rayu tu but still depan-depan kelas aku kata yang aku tak akan pergi. Kedian dia buat private session ngan aku dan ia tegang dan penuh emosi but still aku kata yang aku tak akan pergi. Even ada sorang cikgu Pengajian Am tu siap ugut kata sesapa yang tak pergi kem tu tak akan boleh masuk kelas dia lagi (merujuk pada aku ar tu sebenarnya) sehingga beberapa hari before kem cikgu Hazani ni datang pada aku masa tugas pagi dan tanya baik-baik but still aku reject dan akibatnya aku satu-satunya yang tak pergi kem tu. Wakaka..

Sama macam bila dia paksa seluruh kelas pergi ceramah motivasi Dr Syukri Abdullah dan sekali lagi aku sorang je yang tak nak. Aku sangat yakin yang aku hanya akan membazirkan masa aku di situ sebab aku percaya yang aku tak akan dapat motivasi hanya dengan pergi ke ceramah motivasi. Kemudian dia guna alasan sekolah dah kuar banyak duit untuk jemput penceramah ni jadi aku kata yang aku akan bayar yuran tu tapi aku tak akan datang. Aku tak pasti apa ugutan dia sehingga menjadikan aku terpaksa datang gak ke ceramah tu. Dan bila dia tengok aku pagi tu dia tersenyum puas tapi lepas minum pagi tu aku terus berambus. Esoknya datang sekolah beberapa orang budak kelas kata yang aku akan kena teruk sebab semalam dia asyik cari aku je. Tapi bila dia masuk kelas dia buat tak layan aku je. Kira main psiko ar. Tapi lepas tu dia masih lagi terus menyusahkan hidup aku.





Seriusly cikgu macam tu ar yang kita semua perlukan. Bukan setakat cikgu yang masuk pagi pulang petang dan ambik gaji setiap hujung bulan or cikgu hasil lambakkan siswazah yang terpaksa jadi cikgu hanya sebab dia tak berpotensi untuk diterima di tempat lain. Sejujurnya sebab cikgu Hazani yang muncul pada 2 tahun terakhir persekolahan aku lah menjadikan aku respect pada institusi perguruan, menjadikan aku ambik subjek linguistik di universiti dan aku sendiri pernah jadi cikgu dan terpaksa meletakkan jawatan sebab aku rasa aku tak layak untuk pegang jawatan mulia tu. Kalau andai kata aku tak jumpa cikgu Hazani dalam hidup aku maka aku ialah salah seorang dari mereka yang support tindakan saman ibu bapa tu.

Even aku cukup yakin yang parents yang nak saman cikgu tu ialah pada waktu sekolah dulu mereka ialah pelajar-pelajar yang tak berkesempatan untuk jumpa seorang cikgu yang benar-benar berperanan sebagai seorang cikgu. Sebaliknya mereka hanya berjumpa dengan cikgu-cikgu biasa yang hanya tahu mengandung dan menghukum pelajar je dan mereka percaya yang hukuman tu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan seperti sekarang ni. Hmmmm..

Sunday, February 10, 2013

Pencemburu

Cemburu adalah perasaan yang irrational yang ada orang kata as tanda orang tu sayang dan tak kurang gak tanda orang tu ada masalah mental sebab cemburu tak tentu pasal. Sejujornya aku agak pasif dan pelik sikit dalam bab cemburu ni. Part yang aku patut cemburu tapi tak bagi effect pada aku or part sepatutnya aku tak cemburu lak buat aku cemburu giler. Hmmm..


Orang selalu kata yang aku mesti cemburu ngan Uda aka abang aku sebab dia kacak, parents extra sayang kat dia, family idolakan dia, arwah nenek selalu bagi duit lebih kat dia, masyarakat tabik spring ngan dia, dia ada great wife and anak yang comel, kerja hebat ngan gaji besar bla bla bla. Sedangkan aku ialah versi berlawanan ngan Uda. Tapi reaksi aku: biasa jer kot. Buat apa aku nak cemburu ngan abang aku sendiri. Pelik.

Or pada kawan aku sorang ni yang punya hobi suka menukar benda yang leh ditukar start dari hobi, gadget, kereta, tempat tinggal, kekasih, skandal, mangsa, one night stand etc. Semuanya bertukar ganti. Sedangkan satu-satunya perkara yang aku selalu tukar ialah kerja tapi last-last mengganggur sampai sekarang. Dan setiap kali jumpa then dia pasti akan cerita tentang social life dia yang sangat happening cam dia selalu gi melancong luar negeri, beberapa kali buat threesome or cuba skill tertentu yang sound cuma leh dibuat kat porn jer etc. Tapi reaksi aku: tumpang gembira je ar. Cemburu..? Sikit pun tak pernah. Lagipun dia kawan aku kot. Hmmm...












As aku kata earlier: aku sangat pasif bab cemburu. Kekadang dalam setahun tu aku langsung tak ada rasa cemburu (mungkin ada tapi aku secara tak perasan). Sebab aku tak tahu sebab untuk aku cemburu. Aku tak cemburu ngan orang yang kerja jawatan tinggi dan bergaji besar with kereta besar etc.Mungkin sebab aku tak ada apa-apa untuk aku bandingkan kot. Cam ko ada kerja tapi aku jobless. Kau ada kereta tapi aku ada motosikal under nama bapak aku. Bak kata omputeh: you dont worry to loose anything when you have nothing. Hmmm..





Tapi aku masih ingat rasa cemburu. Rasanya sangat tak menyelesakan. Salah satunya masa bekas awek aku (waktu tu still couple) cakap ngan lelaki lain. Waktu tu rasa hati ni sangat tak dapat nak dudok senang. Rasa nak marah jer mamat tu sedangkan rasional dalam diri kata: diaorang bercakap jer kot. Bukannya berromance pon. Hmmm..

Or masa kawan baik aku ni jumpa one guy ni dan diaorang jadi sangat rapat. Diaorang tengok wayang then lepak Mc D aka aktiviti yang kami (aku dan kawan) aku selalu buat tapi diaorang tak ajak aku sekali. Dan setiap kali lepak then dia selalu kata mamat tu perangainya sebijik cam aku. So timbol ar rasa tak best tu. Aku rasa cam tempat aku dah digantikan oleh kewujudan mamat tu. Perasaan aku bercampur marah-sedih-kecewa aka last-last aku tahu bahawasanya aku sedang cemburu.











Dan sekarang aku jadi makin pasif. Aku makin tak ada sebab untuk cemburu. Tapi kekadang muncul gak rasa cemburu tengok orang pandai melukis, menulis (cam Megat Eusofe) or ada idea untuk novel yang hebat. Tapi tak ar sampai tahap aku nak hantar santau etc ker. Tapi kekadang heran gak bila ada orang yang jadi hamba pada rasa cemburu ni sehingga sanggup jumpa bomoh hantar benda pelik-pelik, bodek boss, masok pasir dalam periuk nasi kawan sekerja etc. 












...




Recently aunt aku kata "Kesian tengok budak-budak tahfiz tu. Baju putih dah bertukar kuning. Pakaian selekeh jer. Tempat belajar pun cam reban ayam.." Tapi dalam hati aku cemburu lak pada mereka. Sebab mereka tak kejar duniawi. Mereka hafal Al-Quran dan hidup dalam kesederhanaan. Dan aku lak: sebaliknya. Hmmm..

Wednesday, August 22, 2012

19. Seriously?

Aku totally x ada mood untuk jalan raya tahun ni atas 2 sebab:
First: Orang akan tanya "Aj, ko kerja apa sekarang nih..?"
Second: Orang akan tanya "Aj, apsal gemuk sangat sekarang ni...?" Hmmmm..


Tadi masa jalan raya jumpa sorang kawan yang sama-sama sengal ar. Sedangkan rumah dekat jer kot. Setakat nak jalan x akan buat peluh mengalir lebih satu sudu pon agaknya tapi apalah fungsi raya ar kan kalau leh jumpa setiap hari then x ada ar perkembangan yang best nak dishare nanti.

Setiap kali jumpa pasti dia akan share tentang balak baru dia. Aku dah x peduli sangat kot. Sebab aku dah kenal dia since dari kecik lagi so memang sikap dia bertukar balak cam tukar baju. It not such a real big deal pon. Sebab dulu rasanya dia jauh lebih advance kot. Ingat lagi masa aku universiti dulu dia ada masa leh sent gambar balak demi balak dia dalam versi 18SG or call aku few minutes before dia dan balak dia nak masuk bilik hotel. Hmmmm


Mungkin sekarang both kami memasing dah umor 27 mungkin ia menjadikan dia dah agak matang sikit kot. Yap, bila aku katakan sikit then aku maksudkan as sikit. Hmmmmm..


Back to the story. Kawan aku kata ar (as benda yang sama dia kata pada several balak-balak terdahulu) yang dia yakin bahawa balak kali ni special berbanding previous one. So dia tunjok ar gambar balak baru dia. Dia lupa yang dia pernah bawak balak tu last few month dulu. Even jujor aku katakan yang pilihan kawan aku ni memang terhebat dari ladang ar aka bukan jenis lelaki-lelaki yang korang jumpa tepi jalan je ar. Teringat dulu zaman sekolah aku boleh tahu apa citarasa dia so aku leh tunjuk certain-certain orang yang aku leh jamin yang mereka x akan terlepas ngan selamat dari kawan aku ni. 

Tapi as balak baru dia tu nampak lain. Muka sangat matured. Bila borak-borak the rerupanya baru tahu yang umornya baru 19 tahun. Seriously 19 tahun. Ia buat aku a bit shock tapi tak lah shock sangat sebab selera kawan aku ni kekadang leh dijangka gak ar sebab kami both ada perkaitan sikit tahap kegilaan ar.




Ia buat aku terfikir: kami both 27 (even tho ramai akan kata yang kami both look early 20's) dan dia 19 tahun. 8 tahun beza tu. Jauh beza tu.

Then korang masuk campur cakap "Kalau dah jodoh then nak wat cam ne ar kan...?"

Yap, memang ar jodoh lain cerita tapi untuk kawan aku dan balak 19 tahun tu it not going anyway. As aku kata kawan aku tu tukar balak setahun berapa orang tah kira cam obsesi aku tukar kerja pulak. Dan si balak 19 tahun tu bukannya x tahu pun fungsi dia. Sebab mereka both tahu yang relationship tu x akan leh pergi ke another stage pun. Bukannya leh suruh mana-mana wakil keluarga datang merisik or kedian bertunang or then kawen dan bersanding ker sebab both ar guys.














Aku quite homophobic tapi once ia melibatkan kawan aku sendiri then kami both cukup open talks about it. Aku x kisah pon ngan sapa dia nak couple tapi buat si balak 19 tahun tu. 19 tahun ialah usia yang cukup muda. It seem cam zaman aku sekolah dulu ada 2 pelajar lelaki form 2 kena tangkap sebab have a seks dalam tandas. Usia 14 tahun dah decided satu keputusan yang cukup besar cam tu? Duh, sedih kan? (sedangkan kawan aku tu darjah 6 lagi dah hilang teruna what. Hmmmmm)










Then as usual benda yang sama kami pernah cakap masa sekolah dulu-dulu "Kalau kita dah tua nanti kita duduk rumah sama-sama ar.." cuma kali ni aku buat penambahan " Tak nak ar aku. Nanti setiap hari aku dengar bunyi aaah aaargh aaar kat dalam bilik kau sebab waktu tu ko masih lagi balak umur 15 tahun pulak kot.."






























Memang ar kalau lihat dari positif sidenya pulak kalau daging muda then berbeza ar ngan daging tua kan? Lebih segar, lembut dan manis. Wakaka

Saturday, July 3, 2010

L for Lembu

MUKADIMAH
Korang pernah berada dalam kereta di mana aku memandu x (x termasok kereta tu korang yang punya r)? Kalu korang kata ya then teroskan membaca.


Most of the time aku akan sedaya upaya untok x nak memandu ngan guna alasan 'Aku malas...!!' So aku akan bagi r kunci kereta kat sesapa yang tahu dan punya lesen memandu untok bawak kereta KENARI MERAH ANGAH. Tapi kalu dah kkawan yang sedia ada x da lesen or x tau memandu then nak x nak aku akan bawak gak.

Then pasti salah seorang antara mereka akan kata "Aj bawak cam biasa je aku tengok.." Yap.. Pasal apa? Pasal aku rasa sangat2 terbeban ngan tanggungjawab untok memastikan anak2 orang yang menumpang ngan kereta aku bawak tu selamat. X nak r gi tangan dua ttiba balik hilang sebelah. X ke naya namanya.. hmmmm..


Pasal in realitinya aku seorang yang sangat enjoyed ngan cara pemanduan aku. Aku bukak tingkap luas2 then bukak X-FRESH.FM kuat2 then anggap aku dan kereta yang aku bawak adalah satu.. hmmmm...



As last few year bila time raya akan kuar r ngan group of friends sama belajar di UKM dulu. Masa tu still ramai lagi yang solo then guna 1 kereta je r. Aku r yang bawak. Then mereka2 tu: IJAM, ZAI, RAMLAH, LAILA, FAIZAH pasti akan kata yang mereka sedang naek ROLLERCOSTER. Pasal aku suka maen selekoh. Then saat tu r mereka akan bising2 kat belakang.. wakaka..

But as time goes by, last raya mereka dah start bwat kesimpulan bahawa pemanduan aku dah semakin berhemah.. wakaka.. al maklum r.. matang kononnya.



Tapi realitinya kalu aku bawak kereta kat jalan raya then esoknya kalu terjumpa sesapa yang kenal then pasti akan marah2 kata "Aj, ko bawak kereta macam nak mampos. Kalu nak mati, mati r ssorang. Jangan bawak orang laen" Then aku pon anggok2 sambil setengah jam kemudian aku terus x ingat langsong apa dia kata... hmmmm....



Then aku terfikir, ramai orang kata pemanduan aku sucks. Kedian aku tambah: korang lom tengok bro aku:UDA bawak kereta lagi. Makin hebat ADRINALIN korang naek kang. Tapi korang lom lagi tengok sis aku: ANGAH yang bawak kereta. Then berbuih r mulot ko sambil jantong ko dah jaoh tertinggal kat belakang... So ia bukannya kejuruteraan bendalir tapi sebaliknya ia tentang GENETIK kami.. wakaka...



TAMAT MUKADIMAH
It happen yesterday r. Ada r 1 peristiwa ni yang akhernya menjadikan aku sebagai seorang pemandu secara terpaksa bila one of my relative ni nak gi belajar masok USM. So aku kena hantar dia r. Realitinya aku x kisah pon pasal selama ni aku dah anggap dia cam adik aku pon. Cuma bab yang x bestnya mak dia ni yang gila kolot, otak tertutup etc yang terlampau. Even aku yakin arwah nenek aku jaoh lebih open berbanding dia..

I dont know r nak mengata cam mana. Kalu mengata terok pon kira keluarga (jaoh r) gak r. Suami and anak dia yang 10 tahun tu wokey r plak. Dia je yang cam tu. Umornya muda lagi tapi kalu start dia bukak mulot then pada saat yang sama gak r ko akan start menyumpah seranah dalam hati ko. Dah sampai tahap annoying and irritating yang x leh terima dek akal. Sakit hati berulam jantong dah wei. Setiap kali limit hangin aku dah tinggi aku bukak radio kereta kuat sikit. Naik lagi then jalan jaoh2 dari dia. Tapi memang ada sekali dua tu memang aku dah tertinggikan suara gak r. So dia diam sekejap then sambong lagi...



Sooo..

Bila anak dia yang masok U tu dah flight, perjalanan balik... aku bawak kereta cam CINABENG atas jalan raya. Terdiam dia.. Padan muka..

Sunday, June 6, 2010

Cucok PONGGONG

Post yang bakal korang baca ni mengandungi aksi 18SG yg x sesuai untok golongan bawah 18 tahun tapi aku yakin semakin kita larang yang belom cukop akal ni baca then makin suka r diaorang baca. Sukati korang r…


Tapi aku kuar r lepak makan2 ngan group of kkawan ni then kedian plan nenggok wayang kat LOTUS FIVE STAR yang dah berkurun aku x tenggok sejak adanya MBO kat SPRING. Dipendekan cerita masa dah nak masok hall aku r yang paling belakang sekali dan masa tu plak mamat yang jaga ticket bukan maen berbudi bahasa aka lambat r sesangat nak check tiket yang sejempot tu. So berasak2 gak r manusia yang tahap BARBARIAN masa tu.

Dan nak dijadikan cerita plak belakang aku ni ada r 2 ‘lelaki’ yang kurang ciri2 kelelakian beliau. So dalam situasi rapat2 ni tadi ttiba beliau sorang tu berlanggar r aku. Still NO BIG DEAL. Tapi kedian adegan tersebut berulang 2-3 kali. Sambil beliau MENGESEL2KAN DADA beliau yang x cukop sifat tu kat badan aku. Then boleh plak beliau yang kedua tu bwat bunyi MAK NYAH tengah layan ONANI.

Duuh…

Aku x pasti apakah OBJEKTIF beliau2 itu buwat benda cam tu. Beliau fikir aku akan berkata sambil tersenyom “Ooh tahniah sebab korang dah berjaya bwat aku GHAIRAH. So sebagai HADIAHnya apa kata kita gi TOILET pasal aku nak COCOK PONGGONG korang..!!” Oooh Shitnya statement tu.

Based on appearance luaran ngan gaya percakapan, diaorang either MELAYU or BUMIPUTRA still sekolah menengah yang pada tahap usia teringin sangat MERASA kena COCOK. Tapi penampilan hancus. Wei bro, kalu dah teringat nak merasa jadi PEREMPUAN then OPERATE r tukar jadi TRANS. Jangan setakat makan PILL HORMON nak bwat DADA nampak lebih besar jer. Then balik rumah berLAKON JANTAN depan parents sebab takot STIGMA masyarakat.

Kalu ko nak sangat then aku leh kenalkan r RELATIVE or KKAWAN aku as a MENTOR yang dulu zaman sekolah bukan maen LELAKI tapi sekarang dah jadi PEREMPUAN tulen. Ni x, setkdar bwat aksi GESEL2 DADA korang yang BONJOL sikit tu jer then dalam bilik kat rumah COCOK TIMUN dalam PONGGONG sendiri. Dude, x dengar ke orang putih dah kata ‘As COOL as CUCUMBERthen mana SYIOK kalu benda SEJOK cam tu masok PONGGONG. Cari r real ‘cucumber’ yang PANAS yang at the end leh kuar susu segar dari ladang ker. Kalu ko fikir dah nak bwat dosa sangat then jangan dudok atas pagar r. x ada tempat tengah2 antara SYURGA dan NERAKA r.. choose either one jer..


Entah apsal memang HANGIN gak r aku petang tadi. Realitinya aku x kisah pon ngan NYAH, LESBIAN or mmamat GAY ni ker. That their orang punya pilihan sendiri. Even ramai kawan aku yang cam tu tapi aku NO BIG DEAL pasal aku x pilih kawan. Tapi jangan r bwat perkara cam tu tadi kat orang2 awam yang orang laen x suka. Yaap.. in realitinya memang aku pasti ada yang suka diLAYAN cam tu tapi aku x… DAMN..




Then teringat kata AZAN: “Entah kenapa susah betol PEREMPUAN suka kat aku tapi kalu mamat GAY ramai plak berminat kat aku..” (realitinya PONGGONG AZAN telah diiktiraf oleh kkawan girls n lelaki-s as TERLALU UNIK untok sorang lelaki… hmmmm) Itu r aku pon heran. Sejak dari zaman sekolah sampai r sekarang. Kalu gi lepak2 kat shopping2 komplek ssorang then garenti ada jer mmamat yang ringan mulot ASKING FOR A SEXS WITH.. Apsal? Muka aku ni cam bagus bwat aksi COCOK PONGGONG or PONGGONG aku ni cam sesuai diCOCOK ker?










Then teringat plak kata RADZI: “Aj, dulu aku fikir ko ni GAY r…!!” Then dalam hati aku kata ‘Patot r ko takot semacam ngan aku. Ko fikir aku teringin sangat ngan PONGGONG BERBULU ko tu ker?’… Then suara jahat pon tanya ‘Btw cam ne ko tau ponggong dia berbulu…?’… shut up..!!!

Monday, May 31, 2010

Re-UNION

Ttiba last few day aku check kat FACEBOOK ttiba ada jemputan events. REUNION ssama bbudak sekolah menengah dulu. Ooh damn..



Entah kenapa aku x suka benda nama reunion ni. Memang r realitinya nothing big deal pon sekadar lepak2 sambil makan2 dan cakap2 tentang apa yang berlaku sepanjang 9 tahun lepas. Then akan ada yang kata

Aku dah kahwen. Dah ada 2 orang anak (yang second child dia ialah anak hasil hubongan ngan lelaki bukan laki dia sendiri). X ada kerja then may be plan nak tambah anak lagi. Dan lagi dan lagi ..

Aku kerja kat 1 company antarabangsa ni dan dah ada sebijik kereta antarabangsa bla blaa blaaa..

Aku dah lakukan seks ngan banyak orang then pergi sana sini kat luar dalam negara ngan si itu dan ini dan kereta aku dah tukar sekali lagi dan bla blaa blaaa (ini garenti kazen aku r)

Aku sekarang ambik master then plan jadi pensyarah kat universiti itu ini pasal banyak sangat tawaran dah menanti.. ya yaa yaaa

Aku dah bertunang

Aku baru kahween


Aku dah kahwen dan cerai dan kahwen lagi..







Then ttiba semua tengok kat aku yang selama 1 jam 55 minit tadi just senyom dan angok2 dengar cerita orang laen. Kedian salah sorang dari mereka pon tanya r ngan ayat penoh budi bahasa: “Aj, cerita r tentang hidop ko selama ni…”


So aku senyom r sambil dalam hati aku sumpah seranah pasal dia ttiba leh plak perasan kewujodan aku kat sudot meja paling hujong dan terbelakang sekali. Then perlahan2 aku jawab:

“Aku tak kahwen lagi. Bertunang pon belom. Couple pon tak ada lagi…”

Then garenti kazen aku akan menyampok tanya:
“Takkan couple laki pon x ada gak …?”

So aku tengok dia sambil tersenyom sambil tangan sebelah kiri aku sedang menunjokkan lambang lucah kepadanya dan jawab balik:

“Couple laki pon x da gak r, kazen. Plus aku x ada kerja tetap lagi. Still dudok ngan parents. And even harta paling mahal yang aku ada sekarang pon just kamera digital ngan hp NOKIA yang kalu aku jual balik dah x ada apa2 nilai harga pon…”

So aku dah target muka mana akan ketawa masa tu. Dan certain yang akan keluar suara “What such a statement. Looser sungoh beliau itu. Dulu kat sekolah bukan maen berlagak lagi. Asyik dapat nombor 1 then hujong tahon hadiah x pernah miss.. tapi sekarang x da life langsong…”



So saat tu lah aku terfikir kalu ada masa mereka menoleh kat arah laen, aku akan meludah satu-satu gelas mereka yang ‘cinabeng’ kat aku. Biar coke mereka bertambah extra buih.. wakaka…








Realitinya itu semua hanyalah imaginasi penulis. Aku x pedulipon kalu mereka nak kata yang aku ni masa sekolah dulu bukan maen pandai lagi, plus ada masa depan yang cerah ker, ciri2 kepimpinan yang tinggi ker or what ever ke tapi bila sekarang looser nak mampuih. Sukati diaorang r. (plan meludah tu may be still on kot)



Even realitinya aku sangat bangga ngan kehidupan aku sekarang. Setiap apa yang aku lalui sejak aku tinggalkan bangku sekolah tu: jatoh dan bangon aku, ketawa dan tangis aku dan setiap orang dengan pengalaman dan kisah suka duka yang menjadikan aku sekarang. Satu nilai yang tak terbayar oleh wang ringgit. Dan aku jumpa ramai kawan (yang sebahagiannya aku bergadoh ngan mereka) sepanjang 9 tahun yang lepas..


I wish that aku x nak pergi. Sekolah menengah dulu adalah saat yang kalu boleh aku just nak tinggalkan as my past yang kalu boleh aku x nak sentoh lagi. Tapi sebab aku dah janji yang aku x akan lari dari smua tu lagi. Aku perlu berdepan ngan semuanya. Then kat FACEBOOK’s invitation tu aku click status ‘may be’. Hmmmm…






So may be next Tuesday’s nite nanti aku akan ready untok diketawakan or mengetawakan orang2 yang jaoh ebih looser dari aku.. (dan ready minuman di ludah kembali)… hmmmm…

Sunday, December 27, 2009

Paranormal ME

Malam tadi layan Paranormal Activity (cetak rompak punye r).. then bwat aku teringat bberapa accident paranormal yang berlaku dalam hidop ni yg x da penjelasan kenapa dan bagaimana ia berlaku. Sesuatu yang diluar logika akal untok berlaku tp ia berlaku gak. Ada 1 garisan yang memisahkan otak manusia biasa (cam aku) ngan ‘alam’ tu. So post kali ni aku nak bwat countdown perkara paling Goosebumps dalam hidop aku. Hmmm….

05. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Orang yg pernah masok UKM musti akan kata universiti ni mmg tempat jin bertendang. Mahunya x ngan bangunan yang prasejarah plus hutan tebal nak mampos. Even kalu nak bwat shooting cerita seram mmg best. Then selalu r gak dengar cerita2 kkawan yang kata kat Dectar sangat keras (ada guard jumpa budak carik bapak ttgh pagi jam 1-2 am) then kat Kolej Ibrahim Yaakob pernah nampak minah terbang ngan kain putih. X terkecuali dengar urban legend bagitau yg kat UKM ada 3 or 7 perigi yang own by native Bangi tu so perjanjiannya pihak UKM perlu sediakan bas selepas jam 11 malam. Then bila malam2 even sampai jam 1-2 am kita musti akan tengok bas pusing2 tanpa ada sorang pon kat dalam. Pelik gak r. Sedangkan perkhidmatan bas dah lama abis. Pelik..

Tapi kalu student dalam sana musti kata x mungkin aka nada hantoo kat UKM. Pasal apa? Sebab bbudak UKM mmg x akan tidor sehingga r matahari terbit. Mmg r jalan agak sunyi tp kolej kediaman cam Ungku Omar mmg x pernah sunyi. Gi je foyer kolej, berbelas yang tgh surf tenet. Gi dobi, ramai lagi tgh berator nak cuci baju. Pergi sana sini sikit, jumpa couple tgh dating. Tengok bilik2, bunyik bising maen game. Gi kuar UKM, ramai layan mapley. Even jenis yang susah tido cam aku, leh pusing2 jalan kaki gi Fakulti Sains Sosial, Fakulti Sains Teknologi, gi Masjid UKM ssorang jam 2-3 am still nothing happen. Cuma kalu bertuah je leh jumpa Salleh yang kebetolan tgh bwat tawaf skali (pasal x leh tidor gak).

Cuma pada tahoon tahun 3 several thing happen r. Waktu tu dudok kat bilik K7C 202 ngan rumate yang paling lama bertahan ngan karenah aku iaitu mr ISYRAF. Antara event yang aku ingat cam beg kecik yang aku simpan kat rak atas tempat aku duduk ttiba leh terpelanting jauh ke belakang. Heran gak r. x ada angin or tikus ker. At least kalu ia jatoh, ia akan jatoh kat depan aku r… Then pernah gak ada suara ttiba panggil aku dekat kat sebelah telinga sedangkan x ada ssapa kat bilik masa tu. Even rumate pon pernah gak ‘kena’ r masa bbaring. Then kemuncaknya bila Ali, jiran sebelah yang ada ‘kelebihan’ pernah lihat bbayang cam aku berdiri kat depan pintu bilik aku.. hmmm…


04. Rumah Kazen kat Gombak
This event happen sebelum semester ke-2, tahun 3 U start. Abang aku nak bertunang r. So parents n family bermalam di rumah kazen ni kat Gombak. On first nite tu aku sangat keletihan then teros tido x sedar apa2 r. Malam kedua, family sebelah emak start ramai datang and then Bang Aenal (kazen) start cerita r. Dia kata kalu ttgh malam ttiba jer dengar bunyik cam orang heret barang or lari2 dari tingkat atas then jangan heran r. Tambah dia lagi, that thing bukan jer berlaku kat rumah dia jer even kat semua rumah kat situ. Even dia mmula ingatkan jiran atas nak pindah barang ttgh malam tapi ia berlaku almost every nite. Rrupanya ‘ia’ x wujod. Cuma ‘benda tu’ x pernah kacau selain dari versi visual semata2..

So that nite aku ngan Taufiq (the other cousin) tido lewat. Aku still ingat kami tengok Miami’s Ink malam tu.. Uda, bapak & bapak (bapak Taufiq) dah lama tidor berdengkor kat ruang tamu. Bila abis jer kami tutop tv r. Start baring jer, suasana mmg sunyi r. Then kuar r bunyi dari atas. Bunyik cam ada yang tengah bwat make over house. Perabot yang besar dan berat di tarik. Then berhenti then sambong balik. Then ada bunyik orang berlari. Yang peliknya, bunyik berlari tu just came dari satu arah. Ia start dan berhenti. Kedian ia bermula dari tempat yang sama lagi. Sedar x sedar aku dah tertidor.

Keesokannya aku dan Taufiq cakap2 r yang kami dua mmg dengar benda yg sama. Then bila majlis bertunang selesai semua family member balik then tinggal aku, Uda n parents jer. Entah kenapa malam tu aku letak 1 niat dalam hati kecil r. Aku bwat r monolog dalaman ‘Musti best kalu aku leh nampak benda tu. Bukan sekadar just bunyi jer..' Then malam tu aku still gak ingat layan Kami Series (ulangan kali ke berapa entah) yang habis dia mmg akher gak r. Then bila start nak baring, ttiba bunyi tu datang lagi. Mmula ia dari tingkat atas cam semalam. Aku ambik satu bantal tutop telinga r. Then bunyik tu beralih arah. Aku sangat yakin apa yang aku dengar. Ia beralih ke aras kami. Aku dengar bunyik berlari tu dalam gema ruang tamu rumah tu. Then ngan lampu kuning dari dapur, aku curi2 tengok dari ruang kecil bantal yang menutup muka aku. Aku terfikir: wat if ‘benda’ yang berlari tu ttiba terlanggar kali aku..

The next nite: aku tido ngan parents dalam bilik. Wat such a penakot. Wakaka..


03: My family
Pernah zaman U dulu, kami bbudak teater dudok2 dalam group kecil talk ttg cerita hantu sampai pagi2. Sorang kawan tu tanya kat aku either family aku ada ‘pelihara’ ‘benda’ tu x? He asked me that question pasal bapak aku asal Sarawak then rumor kata Sarawakian banyak guna ‘pelindung’, ‘minyak’ & etc. Aku ketawa. Aku bagitau r yang family sebelah bapak sangat2 bersih. Tapi berlawanan ngan family sebelah emak dari Johor yang banyak cerita. Biasa r orang dulu2 mostlynya ‘pelihara’ ‘benda’ tu untuk melindungi keluarga dan tanaman. Atok aku dulu pon dengar ceritanya perlu wariskan ‘peliharaannya’ pada one of my cousin before meninggal.

Then early of this year (or late of last year), 1 big thing happens r. Masa tu aku ngan emak jer di rumah. Tgh syok layan tv tiba mak panggil dari bilik. Mak tengah atas katil masa tu teros kuar skrip yang menakotkan r. Dia berulang2 kali cakap skrip yang sama. Dia tanya “Emak ko mana..?”. Mmg mengalir r air mata aku. Aku called bapak kat surau suroh dia balik. Aku suroh dia mengucap and ingatkan dia balik siapa dia. Tp dia still kata benda yang sama. Lebih gramatis bila dia kuar ayat power “Emak rasa emak bukan emak. Emak rasa emak-emak (my late granny) ada dalam badan emak. Dulu pon ada benda laen dalam badan emak-emak..”.. Dude… seriously shit. Seram wei..

Then bapak balik dan bwat air penawar. Kedian bberapa hari kedian, bila keadaan emak dah woke aku tanya r balik ayat dia malam tu. Either dia mengelamun or wat. Dia kata sebaliknya. Dia kata masa emak-emak muda dulu mmg ada ‘benda’ laen dalam badan dia (my late granny).. Even teringat sejak dari kecik sampai r sekarang, bila tengok potret lukisan arwah emak-emak mmg Goosebumps r.. Gambar tu memperlihatkan seorang wanita yang sangat x termakan oleh usia. Dan mata dia seperti benar2 hidup dan sedang mmerhati..
So may be benda tu mmg dah ada dalam darah each of our family member.. 'ia' mengikut ke mana sahaja kami pergi. Cuma kami sahaja yang x dapat melihat. Dan sesekali 'ia' keluar...

02. Pustaka Negeri Sarawak
After tamat form 6 aku bwat kerja kontrak kat Sarawak State Library. Kat sana aku handle naskah2 lama and simpanan negeri. Dan satu tempat yang selalu kami (group of three laa) berada antaranya ialah ruang simpanan yang cukup2 terasing dari dunia luar. Ia x lah besar sangat tapi penuh ngan rak2 besi yang besar dan tinggi dan banyak. Sebelom ni kami bertiga cukup suka bermain kat dalam sana. Makan2 (walupon dilarang), ketawa2 etc. So 1 hari ni tadi aku dudok2 r ssorang kat dalam sana, susun2 buku. No big deal pon bwat kerja tu ssorang sebelom ni. Tapi entah kenapa ari tu aku rasa semacam. Tapi aku bwat as nothing happen r.. then kedian aku start dengar r bunyi tapak kaki berlari. Aku x peduli lagi. Ingatkan si Zool (kawan) ni r yang nak menyakat aku. Pasal kami mmg selalu gak berlari2 kat dalam sana pasal org luar x akan dengar pon. Dan bunyi tapak kaki berlari tu mmg sama cam yang selalu kami buat.. then bunyi tu berterusan tapi mamat Zool ni still x ada gak.

Then aku kuar. Si Zool ni still setia menaip bar code kat meja luar. Aku tanya dia either dia ada masok. Dia ngan blur jawab x ada. So aku dudok sana. Jantong dah nak jatoh. Muka sangat2 pucat. Aku bagitau dia apa yang berlaku dan sejak ari tu aku x berani masok sana walau sekejap pon ssorang..

Cerita ni x tamat kat sini je. Kedian bila aku dah sambong U, then balik untok raya. Angah (kakak aku) cerita r kesinambungan cerita aku dulu. Waktu tu Angah tengah mengandong anak kedua. Dia masok ke the other store yang jaoh lebih besar ngan rak besi yang lebih banyak dan lebih besar. Dia ssorang je masok dalam nak ambik fail petang tu. Mmula nothing happen r.. then kedian dia dengar bunyi orang berlari. Dia x peduli. Then kedian dia toleh sebelah. ‘Benda tu’. Sorang budak berdiri sebelah dia dan melihat dia. Angah bagitau budak tu hitam cam terbakar ngan rambut yang mengerinting. Tau apa tindakan Angah aku, dia just lalu sebelah dia dan back to her seat. Gosh.. Thanks God cause nothing bad happens to her and her baby dalam perot.




Dude.. Banyak lagi benda2 sengal ni yang happens kat aku yg x dcerita cam cermin dalam bilik etc. Then muncol plak paranormal kkawan yang ada special 'gift' yang leh nampak benda yang x terlihat oleh mata manusia etc. Even aku yakin semuaorang ada cerita mmasing yang x masok dek akal yang x leh dijawab oleh sains. Cuma selebihnya bergantong pada kita nak lihat ia dari sudut pandangan yang cam ner. Bak kata Uda (my bro) "Jangan fikir then benda tu x akan wujod". Kira cam kalu korang jenis kipas susah mati cerita TWILIGHT then korang nak terima or x idea vampire and werewolf ni wujud dalam kehidupan reality. Plus kata aku yang gila penakot dan lom berjumpa then teringin gak nak jumpa.. janji bukan jenis hantoo Korea yang nak balas dendam dah..





Btw then ada yang tanya, mana nombor 1?