Showing posts with label Laila. Show all posts
Showing posts with label Laila. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Suami Kawan Aku

Korang percaya tak pada statement bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan boleh hanya berada pada tahap kawan sahaja tanpa melibatkan perasaan lain*..? Pada pandangan aku then aku x dapat nak setuju or bangkang sepenuhnya sebab pada experience aku sendiri: yap, aku mampu kekalkan certain kawan girl ni tetap pada tahap kawan jer tapi ada masa memang wujud perasaan lain* tu. 

p/s: *perasaan lain tu bukan nafsu seks ar..!!


Perkahwinan adalah sesuatu yang mampu membawa perubahan kepada hidup semua orang. Bukan sahaja buat pasangan pengantin malah juga kepada manusia-manusia lain disekelilingnya. Contoh cam tahun ni ramai giler kekawan aku yang dah x lagi menyambut raya sesorang sebab dah kawen. Even ada yang dah tambah orang ketiga lagi (orang ketiga ni bukan pengacau or isteri kedua ar tapi anak).

Dan entah apsal there something about marriage ni yang agak annoying apabila once satu pasangan ni dah kawen then it seems like mereka dah buat satu kontrak yang mereka akan meninggalkan hobi dan kawan-kawan mereka yang terdahulu. Then ia cuma ada suami dan isteri dan bila ada anak then dunia mereka hanya akan berkitar disitu jer. Yap, may be ar setahun dua mereka masih lagi x berubah but then things start changing. Hmmmm..

Contoh cam effect untuk kawan yang masih bachelor yang semakin menyusut ni aka aku ar. It seems like hubungan ngan kawan yang dah kawen ni umpama ada satu tembok yang besar menghalang. Ianya cam kalau aku nak ajak lepak or cakap-cakap or paling simple nak SMS tanya khabar pun susah. Always akan timbul what if dia tengah eheem eheeem ker, or pasangan dia jeles then marah dan menjejaskan relationship mereka etc terutama bila ia melibatkan kawan girl.

Contoh cam tahun lepas ada sorang kawan girl ni kami dah kenal berbelas tahun dari zaman sekolah menengah sampai universiti dan seterusnya ni nak kawen. But unfortunately hari dia akad nikah ni, x ada kekawan lain yang dapat datang so aku terfikir ar x kan ar aku nak datang sesorang. Memang ar family dia dah lama kenal aku tapi apa pulak fikir si suami, keluarga suami or orang-orang kampung tu lihat sorang mamat ni datang sesorang masa akad nikah. Dia ni bekas balak ke or dia ni ada apa-apa ke ngan girl tu etc. Sehingga end of the day dia SMS kecewa sebab aku x datang. Sedangkan dalam belasan tahun tu kami gelak ketawa, lepak sama-sama, buat itu ini sesama ngan kekawan lain. But hari sanding dia aku still datang ar.

Even sampai sekarang emak aku pon selalu ingatkan aku supaya jangan selalu SMS ngan dia, jangan rapat sangat ngan dia jangan itu ini nanti takut timbul pelik-pelik kang. Mungkin aku open minded dan dia pon open minded dan kami both anggap memasing as kawan tapi apa pandangan suami dan masyarakat sekitar sama ngan kami gak? Hmmmm..





















Persoalan: Adakah perkahwinan ialah satu kontrak yang menghapuskan nilai persahabatan. Hmmmm..

Friday, June 22, 2012

Manusia Baik-baik


Sejujurnya aku selalu terlupa bahawa di sekitar aku ada ramai manusia yang baik-baik. Cuma disebabkan aku seringkali ‘terjumpa’ sebahagian minority manusia yang tak seberapa nak baik sekaligus mereka menjadikan  aku kabur lalu hilang di dalam ketidak-baikkan diri mereka sehinggalah dia datang dan menegur diri aku kembali.














Kemudian baru aku tersedar bahawa kalian ialah manusia-manusia baik itu.

Saturday, August 27, 2011

Mencari Pasangan Part Time

Kawan aku, Si Laila ni baru balik cuti raya dari Putrajaya bersama suami yang baru kurang setahun kahwin dan bakal anak dalam perut yang berusia kurang 4 bulan lagi plan nak bukak puasa sama-sama 28hb ni ngan kekawan satu sekolah yang kebetulan belajar sama satu universiti: Ramlah dah almost 2 tahun kahwen, Faezah dan bertunang dan bakal kahwin Disember ni, Ijam plak tengah kumpol duit nak start aktiviti tu ngan awek dia dari sekolah dulu lagi dan yang terakhir aku yang ..... Hmmmm.. sendirian berhad. 


Aku sangat teruja sebab dah lama tak lepak sama-sama cam zaman U or setahun dua lepas tamat belajar. Dulu  kalau ada birthday mesti sambut sesama, then raya jalan sesama, kareoke sesama (realiti aku tak nyanyi ar sebab suara aku gemersik terlampau-lampau), lepak gi Sunway & Genting etc. Kedian bila masa berlalu makin susah nak kumpol sebab memasing dah start ada komitment sendiri cam kerja, suami, keluarga etc. So nak kumpolkan semua dalam satu masa tu bukan main susah lagi. Even last time kumpol makan masa few day after Laila kahwin dan automatically nya tak kan ar nak ganggu pasangan baru kahwen..









So kali ni harap dapat kumpol ar walaupun cukup pasti semua bawak pasangan sendiri ar.

















Dan menjadikan keadaan lebih sayu bila dalam FACEBOOK tadi Laila sempat kuarkan satu statement "Aj, ko bawak ar pasangan..."





























Hmmmmm...


(untok memori yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila)





















...

Sunday, March 13, 2011

Wedding Season

Emak aku pernah kuarkan satu statement: ada 2 events yang akan mengumpulkan semua ahli keluarga iaitu- perkahwinan dan kematian. Tapi kali ni aku tak akan bercerita tentang kematian sebab it is cuti sekolah aka wedding season. Hari ni seperti yang digembar gemburkan aku sorang kawan aku akan kahween iaitu Puan Nurlaila dan Encik Zul Helmi. Hmmm


Pagi hujan agak lebat. Aku agak bimbang how the wedding will be. Tapi masa sampai sana walaupun hujan agak lebat tapi still ramai yang datang. Family aku pun ramai yang akan datang sebab aku dan Laila aka pengantin perempuan masih lagi saudara walaupun agak jauh. Plus walaupun kami 2 kampung yang berbeza tapi perjalanan dari rumah aku ke rumah dia tak sampai 10 minit pun. Sejujurnya ramai yang datang dan suasana sangat meriah.

Aku kenal Laila since dari form 1 dan form 3 dia sambung belajar di tempat lain tapi jumpa balik masa form 6 dan kemudian jumpa sekali lagi masa universiti. So kami agak rapat. We do a lot of stuff sama-sama. Lepak, jalan-jalan, kareoke, sambut birthday dan banyak lagi in a group of friend ni. So bila satu persatu kawan kahwen, ia agak terasa r. Dah tak boleh lepak sama-sama lagi cam dulu. Even dalam satu part ni tadi bila bapak Laila buat ucapan, ttiba ia keluar nada sedih dan almost mengalir gak air mata bapak dia bila nak melepaskan satu-satunya anak perempuan dia. Kami pun agak sedih bila keadaan dah tak macam dulu tapi happy bila kawan happy dan ada kehidupan baru yang jauh lebih best.

Masa wedding tu jugak jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ada kawan yang dah  kahwen yang aku tak tahu bila mereka kahwen. Ada kawan yang totally jadi cantik yang sangat berbeza masa sekolah dulu. Ada kawan yang dah tak kenal aku lagi (mungkin aku sangat tembam sekarang berbeza masa sekolah dulu). Ada junior yang dulu aku buli masa sekolah tapi sekarang dah ramah ngan aku. Dan ramai lagi r kenalan yang dijumpa.











Tapi paling aku tak lupa ialah wajah sorang tu. Dia junior. Aku tak akan boleh lupa apa yang aku pernah buat kat dia masa sekolah dulu. Tadi pun dia datang jugak. Aku tak terfikir yang dia akan tersenyum macam tu pada aku. It seems dia nak bagitahu: The past is the past dan hari ni ialah hari ni aka hari yang berbeza. Aku lega bila dia tersenyum macam tu..













Semoga Laila dan Zul Helmi akan bahagia sampai bila-bila..














Mode jeles bila kawan kahween.. Hmmm..

Saturday, July 3, 2010

L for Lembu

MUKADIMAH
Korang pernah berada dalam kereta di mana aku memandu x (x termasok kereta tu korang yang punya r)? Kalu korang kata ya then teroskan membaca.


Most of the time aku akan sedaya upaya untok x nak memandu ngan guna alasan 'Aku malas...!!' So aku akan bagi r kunci kereta kat sesapa yang tahu dan punya lesen memandu untok bawak kereta KENARI MERAH ANGAH. Tapi kalu dah kkawan yang sedia ada x da lesen or x tau memandu then nak x nak aku akan bawak gak.

Then pasti salah seorang antara mereka akan kata "Aj bawak cam biasa je aku tengok.." Yap.. Pasal apa? Pasal aku rasa sangat2 terbeban ngan tanggungjawab untok memastikan anak2 orang yang menumpang ngan kereta aku bawak tu selamat. X nak r gi tangan dua ttiba balik hilang sebelah. X ke naya namanya.. hmmmm..


Pasal in realitinya aku seorang yang sangat enjoyed ngan cara pemanduan aku. Aku bukak tingkap luas2 then bukak X-FRESH.FM kuat2 then anggap aku dan kereta yang aku bawak adalah satu.. hmmmm...



As last few year bila time raya akan kuar r ngan group of friends sama belajar di UKM dulu. Masa tu still ramai lagi yang solo then guna 1 kereta je r. Aku r yang bawak. Then mereka2 tu: IJAM, ZAI, RAMLAH, LAILA, FAIZAH pasti akan kata yang mereka sedang naek ROLLERCOSTER. Pasal aku suka maen selekoh. Then saat tu r mereka akan bising2 kat belakang.. wakaka..

But as time goes by, last raya mereka dah start bwat kesimpulan bahawa pemanduan aku dah semakin berhemah.. wakaka.. al maklum r.. matang kononnya.



Tapi realitinya kalu aku bawak kereta kat jalan raya then esoknya kalu terjumpa sesapa yang kenal then pasti akan marah2 kata "Aj, ko bawak kereta macam nak mampos. Kalu nak mati, mati r ssorang. Jangan bawak orang laen" Then aku pon anggok2 sambil setengah jam kemudian aku terus x ingat langsong apa dia kata... hmmmm....



Then aku terfikir, ramai orang kata pemanduan aku sucks. Kedian aku tambah: korang lom tengok bro aku:UDA bawak kereta lagi. Makin hebat ADRINALIN korang naek kang. Tapi korang lom lagi tengok sis aku: ANGAH yang bawak kereta. Then berbuih r mulot ko sambil jantong ko dah jaoh tertinggal kat belakang... So ia bukannya kejuruteraan bendalir tapi sebaliknya ia tentang GENETIK kami.. wakaka...



TAMAT MUKADIMAH
It happen yesterday r. Ada r 1 peristiwa ni yang akhernya menjadikan aku sebagai seorang pemandu secara terpaksa bila one of my relative ni nak gi belajar masok USM. So aku kena hantar dia r. Realitinya aku x kisah pon pasal selama ni aku dah anggap dia cam adik aku pon. Cuma bab yang x bestnya mak dia ni yang gila kolot, otak tertutup etc yang terlampau. Even aku yakin arwah nenek aku jaoh lebih open berbanding dia..

I dont know r nak mengata cam mana. Kalu mengata terok pon kira keluarga (jaoh r) gak r. Suami and anak dia yang 10 tahun tu wokey r plak. Dia je yang cam tu. Umornya muda lagi tapi kalu start dia bukak mulot then pada saat yang sama gak r ko akan start menyumpah seranah dalam hati ko. Dah sampai tahap annoying and irritating yang x leh terima dek akal. Sakit hati berulam jantong dah wei. Setiap kali limit hangin aku dah tinggi aku bukak radio kereta kuat sikit. Naik lagi then jalan jaoh2 dari dia. Tapi memang ada sekali dua tu memang aku dah tertinggikan suara gak r. So dia diam sekejap then sambong lagi...



Sooo..

Bila anak dia yang masok U tu dah flight, perjalanan balik... aku bawak kereta cam CINABENG atas jalan raya. Terdiam dia.. Padan muka..

Monday, January 26, 2009

Roots & Foods

Semalam adalah 1 hari yg cukop2 panjang dan meletihkan. Bangon awal2 then ngan parents gi amik aunt n cousin b4 gi Lundu pasal ada family kawen. Perjalanan yg agak jaoh dan meletihkan. Dan bayangkan dlm 1 jam 30 minit, aku hanya boleh bwak kereta ngan pemanduan x boleh lebeh dari 80km/jam walupon x ada kereta d hadapan, belakang, kiri or kanan pasal parents n aunt aku akan start bising dan membebel. Duh..!!

Lundu ialah tmpat asal nenek (emak sebelah bapak aku). Bahagian keluarga yg ‘cukop2 asing’ bagi aku. Bila aku kata ‘cukop2 asing’ then maknanya aku baru jejak kami d rumah family tu hanya 2 kali sepanjang aku umor 24 tahon ni. Asing kan? So hari ni banyak r jumpa aunt2 & uncle2 kazen bapak yg langsong x pernah aku tau kewujudan diaorg. Even lepas kenduri kawen gi dari rumah ke rumah sadara mara & cakap2 dan cakap2 lagi.

Ada r 1 bab ni bwat aku makin bingong ttg family tree yg cabang d atas yg semakin rumit. Datok kepada nenek aku (emak bapak aku r) berasal dari keluarga di raja d bahagian sumatera yg atas diaorg lg ada kawen ngan sorang minah saleh. So maknanya aku ni ada darah orang puteh r.. wakaka…

Balik jer aku teros sedaya upaya bawak laju walopun terkantoi dan akibatnya telingga jadi panas dengar bebelan parents n aunt aku. Tp aku still perlu balik ngan segera psl jam 4 ada janji nak keluar makan2 ngan kkawan. Hantar aunt aku kat kampong Semarang then balik rumah. Mandi, tukar baju & tengok jam dah 4.30 pm. Duh.., nak kena amik Ijam kat Senari plak..!! dari 3 penjuru dunia aku bawak kereta tanpa henti..

Dah amik satu2 kawan jam dah masok jam 6pm. Sori r bebanyak. Badan sangat letih dan kepala sangat pusing. Akhir2 ni kepala asyik pusing. Fikir2 balik dlm tempoh beberapa hari ni aku dah makan banyak benda yg aku masok dlm list x leh makan. Ari tu makan steamboat yg penoh ngan seafoods, then kat rumah makan udang ngan sup daging, then mc D: French fries, bubor ayam, Sunday, then kfc: cheesy wedges & fries, kenduri: ayam, daging, then ngan kkawan ni plak makan ayam penyek. Duh… patot r pening makin jadi. Kolestrol banyak dah r..

Ari ni tadi jalan2 then biasa r kongsi banyak benda2 baru. Cakap2 ttg banyak gak r perubahan. Pengalaman kerja. Pengalaman kembali belajar (aku r). dan ada sorang yg still setia dudok d rumah. Dan as usual pasti ada benda yg bwat aku ketawa besar pasal biasa r ada isu umpatan yg d rahsiakan.

Tp at the end of the night ttiba keluar issue ttg usia 24 tahon dan terbongkar r yg ari ni adalah bestday Ijam dan beberapa hari b4 bestday aku. So Ramlah yg dah kerja dan bergaji paling besar antara kami belanja r kek coklat n sambot kat Waterfront dlm kesejokan malam.. makan dan makan lagi… Duh..!!




btw thanks Ramlah 4 the cake n ayam penyek…!!!