Showing posts with label Kurt Husky. Show all posts
Showing posts with label Kurt Husky. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Muzika

Apa definisi korang tentang MUZIK? Kalu korang kata ia sekadar KEBISINGAN yang TAK BERFAEDAH then what else can I say kalu itu ialah makna muzik bagi korang. Bagi aku MUZIK ialah something yang GHAIB, x nampak, x dapat disentuh tapi ia mampu MENYENTUH aku. It seem ia adalah MAGIS yang ada SOUL. Hmmmm
.


Korang layan program KEYNOTE kat ASTRO x? Last night ialah FINAL KONSERTnya. Aku dah cam budak lelaki yang baru first time layan BLUE. Dudok sangat dekat ngan TV ngan kadar keterujaan yang sangat tinggi. Pendek kata FAAN ialah pujaan hati aku di samping FEROZ. Something tentang FAAN ni muzik dia cam IWAN FALS (yang aku baru je last few month kenal dekat2 muzik dia) yang sangat JUJOR, BEBAS dan ada JIWA sendiri. Hmmmm
.
(This is Faan)

Talk about MUZIK, sejujornya aku seorang yang sangat BATU or KAYU. Korang bagi je what ever type of music instrumental pada aku then ia akan mencipta KEBISINGAN. Berbeza ngan my sis, ANGAH: dia just dudok2 then kita akan dapat dengar rentak irama baru either ngan MELODIAN lama di rumah or with nothing. Kalu ikut sejarah keluarga: arwah ATUK memang pemain BIOLA dan benda klasik bertali yang ada kepala kat hujungnya (yang aku x tahu namanya) PAK CIK aku ada band ROCK zaman AMY SEARCH dulu dan bapak aku teror menyanyi. Yang selebihnya still boleh kareoke sambil orang tepuk tangan kecuali aku yang bersuara persis FASHA SANDA versi lelaki. Hmmm..
.
.
Kekawan pun ramai gak yang terlibat secara aktif dalam dunia MUZIK ni cam AZAN, KURT HUSKY, NABIL dan beberapa lagi r secara x langsung. And tentang AZAN yang I used to bagitahu dia bercakap n muka sangat mengantuk all the time akan turn to be sangat bertenaga bila datang 2 perkara. First waktu bercakap tentang MALINI (awek dia) dan second: LUCILLE iaitu band muzik dia.







Kesimpulannya: MUZIK bukan sekadar FREQUENCY. Ia adalah jiwa yang menhidupkan seseorang. Ia adalah terapi yang mampu bwat kita tersenyum, marah, sedih, dan banyak emosi laen. May be that why aku sangat respect kat sesapa yang pandai cipta MUZIK ni.







Dan pengaruh MUZIK aku? As time goes by aku sentiasa bergerak. Tapi MUZIK tetap MUZIK. Aku akan mendengar dan menghayati dan menghormati MUZIK (kecuali lagu yang dinyanyi oleh MAWI) . Cuma yang evergreen di hati aku musti r EVANESCENCE.

Sunday, May 23, 2010

Reason to Quit

Kalu korang tanya aku: a) Kenapa aku join form 6 dulu then jawapannya sebab aku x nak kerja. b) Kenapa aku masok universiti then jawapannya sebab aku nak lari dari rumah. c) Kenapa aku joins GEMS then jawapannya sebab aku nak lari dari masalah. d) Kenapa aku join PEMERKASAAN di Wisma Bapa sekarang then jawapannya….


Bila aku berhenti mengajar di LODGE dulu bwat aku terfikir sekarang betapa keputusan tu adalah looser sangat2. Im not even been there untok 2 bulan pon. Biasa r persekitaran baru perlukan penyesuaian. Then kalu aku kata reason aku berhenti hanya sebab umpatan dan gosip2 liar yang dihantar ke Mr CHAIRMAN memang aku rasa sangat bodoh r kalu aku berhenti. Even aku x join pon politik office sana lagi teros mengalah. Tapi realitinya aku berhenti sebab betapa aku sayang pada students2 aku. Then aku nak ada proper guru yang leh ajar mereka perkara yang aku x mampu ajar. May be that a good reason untok mengundor diri. Hmmm…




The same situation happen again. Aku rasa betapa aku perlu berhenti. Sekali lagi mungkin setahun yang akan datang aku akan kata betapa keputusan berhenti hanya kurang 2 bulan adalah keputusan yang sangat2 looser. Kalu aku kata gosip2 dan umpatan kakak dan abang2 seniar kat sana pada aku jadi reason untok aku berhenti sangat2 r lemah. Kat mana2 pon politic office cam tu memang akan ada. Kita Cuma perlu berdepan ngan mereka ni ngan cara bijaksana jer. hmmm..

Then aku aku kata aku x pernah bwat kerja ngan betol sehingga ada 1 ketika tu PENGURUS BESAR kena effect bila surat yang dihantar tersalah data. Orang yang baru kerja govern kuarang sebelas tahon ttiba data kata dia dah kerja start umor 2 tahun lagi (might sound funny tapi reality sangat sucks bila kena tegor by Pengurus Besar that day) dan aku yang handle and sent that letter. Sekarang kena handle beratos2 lagi application pekerja govern di Sarawak yang nak naek gaji dan pangkat. Prosedurenya mukan mudah pon. What if I make another mistake again and again. Besar wei tanggungjawabnya. Then pasti ada akan kata gak ‘Biasa r baru 2 bulan mana leh master in everything. Orang yg kerja bertahon pon x perfect mana pon..’.


Then aku persoalkan balik : When are the rite time untok berhenti? Selepas 2 tahon kahwen dan ada anak sorang or pada usia 58 tahun? Duh.. aku rasa tempoh 2 bulan adalah masa yang terbaek untok aku lihat bagaimana aku di persekitaran ni. Sama ada ia sesuai ataupon x. Dan aku x nak bazir masa aku yang ada. Kan…?



REASON TO STAY
CHIN dan PIZA (Pelajar praktikal KAUNSELING dari UNIMAS) tanya kenapa aku pilih PEMERKASAAN di JABATAN KETUA MENTERI. Jawapan dari aku bwat mereka terkejut. They don’t even think that reason adalah jawapan yang mereka harus dengar. Walupon awal2nya mereka kata reason tu x kukoh then bila aku jelaskan then mereka setuju. So as time goes by, walupon hanya dalam 2 bulan aku rasa aku dah fulfill the reason. So may be pada saat aku accomplish it so aku dah boleh berhenti dengan lega hati.

Dalam tempoh kurang 2bulan ni jugak aku temui kawan2 baru. Kali kedua aku rapat dengan seorang wanita yang aku anggap as kawan (yang harapnya x ada perasaan lain) selepas DIDI. Seorang wanita yang menjadikan aku lebih dalam memahami wanita (may be next post akan cerita tentang FIONA). Dan juga SALMIAH dan KURT HUSKY. Malah aku juga mulai mengenali WAN AZAN yang selama ini hanya wujud pada rupa dan nama sahaja.




















Lalu aku mungkin akan berhenti sebelum aku melakukan kesalahan dan kesalahan lagi melainkan akan ada seseorang yang berjaya menahan aku. Or may be benar kata NAZ, it it is in our genetic bila kami kata ya that mean ya and not even anyone can stop us..




Mungkin tertutupnya pintu ini, akan terbuka pintu lembaran yang baru.. Hmmmm…

Monday, May 3, 2010

Prank FRIEND

Kalu korang layan Panggilan Hangit kat HOT.FM or Panggilan Kena Burn kat X-FRESH.FM (dah x ada lagi pasal Burn dah pindah station), WAKENABEB kat NTV7 ke or BANG BANG BOM kat TV3 then aku pasti korang akan layan giler karenah yang jadi mangsa. Bukan maen hebat lagi diaorang kena prank dek kkawan sendiri. Then soalan sekarang ialah what if suddenly korang kena prank.. leh ke korang ketawa balik…? Hmmm…


Selepas seminggu bercuti dari bwat apa2 kerja then bila balik office rrupanya kerja yang aku dah bwat a week before that still lom selesai. Bukan sebab KURT HUSKY or JULIAN x buwat apa2 kerja tp as usual sentiasa ada perubahan demi perubahan setiap hari pada kerja yang sama. Akibatnya banyak pembetolan demi pembetolan yang perlu dibuat b4 hari due date. Kebetolan hari aku masok kerja balik ni ialah hari BIG BOSS aka DATOK gi meeting so perubahan terbaru dibwat last2 minit. Mmg kelam kabot gak r nak handle itu ini dalam masa singkat shingga mengakibatkan perot jadi terlapar yang teramat bila kerja akhernya dah tamat.

So sekitar 11.30 cam tu turon r ke café ngan FIONA dan SAL (KURT dah hilang entah ke mana r plak). Lepas order ROJAK INDIA ttiba dapat msj dari kawan sorang ni r plak (satu building tapi laen tingkat r). Dia mintak nombor contact pejabat aku pasal nak bagitau 1 hal penting ni r. Aku bagitau r yang aku kat café so x da faedah r nak suroh dia call office. Ttiba ada call ni. Aku jawab r. Ayat dia pendek jer. Ppaham r yang telinga aku ni ada probs sikit so aku dengar something yg x best r. Lebih gratis, lom sempat aku nak kata apa2 ttiba talian terputos.

Then aku teros je keluar dari café tanpa peduli perot yang sedang lapar ngan order lom sampai plus kawan yang x tau hujong pangkal cerita tengok perangai semacam aku… Bila aku call his handphone x berjawab. Called balik nombor talian tetap yang dia guna called aku tadi pon x ada yang jawab. Duh.. Aku teros naik je tingkat office dia nak tahu apa kata kkawan yang kenal dia.

Sampai je depan office dia tengok dia wokey jer sambil sibok bwat kerja. Kalu boleh aku blah jer tp aku tunggu dia kurang busy layan senior office dia. Kot2 there are something hidden disebalik senyoman dia. Then rrupanya perkara penting yang dia nak bagitau ialah nak ajak aku makan ke luar. Dude…


WHAT DA FCUK..



Bila aku balik semula ke café, rasa lapar dah hilang. Dan order aku still blom siap lagi. Dan sorang kawan tu tanya: apsal muka aku nampak sedih? Plus yang sorang tanya: apsal muka aku nampak kecewa sangat? Hmmm…


GUYS,
Ko or memana kawan or family or sesapa yang aku kenal dan sayang.. kalau ada something happen to you guys, I don’t thinks that I can just let it go cam x da apa2 berlaku. What hurts you guys will effect me double or triple. Please do not pranks me with a jocks yang cukop pasti x akan bwat aku ketawa if anything happens to you.

Dan jangan kata something penting melainkan ia benar2 penting.













Balik dari kerja aku dikejotkan apabila EMAK bagitau yang FAIZUL (anak buah aku yang x jaoh beza usia kami) anak ANDAK accident last month dalam kemalangan x jaoh dari rumah di RENGIT. Dia bawak motosikal try untok elak berlanggar dengan kereta tapi terlanggar pokok plak. Tulang belakang dia patah so dia terpaksa makan dan berak terbaring atas katil jer. FAIZUL ialah relative yang agak rapat sebab kami selalu bermain bersama ngan KAK ILAH (kakak dia) ngan ANGAH (kakak aku) dan UDA (abang aku) masa kecik2 dulu kat rumah di BELAHAN TAMPOK. Dia seorang yang berbadan besar dan aktif tapi sekarang dengar beritanya dah jadi sangat kuros dan x leh bwat apa2 pon. Dan ianya bukannya pranks.