Showing posts with label Eman Manan. Show all posts
Showing posts with label Eman Manan. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Parit Jawa vs Orang Jawa

Kalau korang pernah tengok drama Parit Jawa kat ASTRO then korang pasti akan kata yang ia sebuah cerita sedih. Agak-agaknya apakah punca kesedihan tu berlaku..?
a) Eman Manan cakap Jawa yang totally cam Tomok masa nyanyi lagu raya...? (Korang nanggis bukan sebab lagu raya tu sedih tapi sebab Tomok merosakkan mood raya korang)
b) Pelakon yang jadi orang Jawa totally tak ada muka iras-iras orang Jawa akibatnya cam feel tengok Fasha Sanda bawak watak budak kampung yang naif.
c) Banyak pelakon hebat-hebat tapi watak tak dikembangkan ngan baik dan mendalam.
d) Ia kisah keluarga yang bergaduh hanya disebabkan oleh tanah pusaka.

Jawapan aku: A


Emak aku kata orang Jawa ni kulitnya putih dan mata diaorang a bit sepet tapi tak lah cam sepet mata Cina zaman dulu-dulu (sebab mata Cina sekarang pon dah bolat-bolat gak ar kan?). Dan kalau dia masih Jawa yang kuat then tengok nama pun dah tahu. Contoh cam Suhaimi. Sah-sah nama Jawa. Even aku ada sorang junior masa universiti dulu yang nama Suhaimi, asal Batu Pahat dan cakap Jawa memang lancar giler tapi tune jer yang jauh lari. By the way, emak aku yang kuar statement tu lak bukan orang Jawa tapi Banjar.

Tapi banyak gak family member sebelah emak yang kawen ngan orang Jawa. Waktu tu rasanya sifat tak boleh kawen ngan orang dari bangsa berbeza dah tak wujud sangat ar. Tapi effect paling pelik ialah mostly family member tu akan hilang Banjar namun berasimilasi jadi Jawa pulak. Ada sorang cousin aku ni (yang umor dia lebih kurang sama ngan umor emak aku) kawen Jawa then cakapnya totally Jawa.

Then korang tanya: ada beza ke Jawa dan Banjar ni? Pendek kata Jawa asal dari Pulau Jawa manakala Banjar lak dari Banjarmasin aka kat Borneo sana tu. Kalau kita tak perasan memang cam tak ada beza bunyik intonasinya tapi sebenarnya banyak perbezaannya tu. Contoh kalau kita orang luar then berbual ngan orang Jawa yang masih pekat then dia cakap BM standard then bunyiknya leh buat kita makan hati tau. Mungkin kita akan kata dia tu kasar or marahkan kita tapi sebenarnya tak. Sebab intonasi Jawa ni agak tegas dan penekanannya tinggi. Manakala Banjar lak lebih lembut sedikit.

Tapi sebab zaman dah berubah then bila jumpa bebudak muda Johor ni then kita cakap-cakap mereka mostly kata mereka Melayu jer. Even ada yang malu nak kata mereka tu Jawa ke, Banjar ke or Bugis etc. Or mereka-mereka tak totally hilang jati diri mereka. Jangan tengok jaoh-jaoh ar. Family emak aku jer. Adik beradik cakap guna bahasa Melayu. Yang tahu tak nak dia ajar ke anak. Last-last hilang. Emak aku sendiri pun cakap Banjar tak pandai. Setakat kalau orang cakap dia faham. Itu jer.

Sayang wei..












Back to cerita. Kita tengok Eman Manan dalam Parit Jawa tu. Duh, dengar dia cakap sebijik-sebijik ngan muka terlebih emosi buat aku rasa cam 'Leh tak aku nak tukar channel lain sebab cara dia cakap cukup menyedihkan dan memalukan..'. Sama cam dalam drama Keluarga Iskandar yang konon-kononnya mereka ni Jawa mix Bugis tapi langsung tak ada tune. Memang ar orang kata dialek Johor ni sama je cam BM standard tapi sebenarnya tak sama lah. Sebab setiap kali balik Johor antara perkara terawal yang aku rindu ialah tune mereka bercakap. Seriusly.

Dan lagi bagi aku kegagalan utama Parit Jawa ialah bila ia memilih banyak gandingan pelakon-pelakon hebat tapi watak mereka sangat tak berkembang. Sepatutnya ia dijadikan drama bersiri so setiap anak-anak ngan masalah mereka ada cerita sendiri. Ini tak: anak yang jual tempe just itu jer, anak yang nak beli rumah sebelah just kurang 10 minit scene, menantu kena tarik kereta pun situ jer. Konflik tak kuat. Watak antogonis Jalil Hamid yang suppose to be kita benci cam terbantut. Sama cam Namron yang cam tak bagi apa-apa konflik besar. Hmmm..

Sayang, cerita yang sepatutnya leh jadi epic Jawa yang hebat jadi sekadar bolehlah jer. Hmmm

Monday, September 27, 2010

Lurus

Before aku pergi jauh sehingga ramai yang membaca rasa cam pelik then better aku bwat kronologi sikit tentang apa yang aku bakal tulis kali ni:

Jika Lurus ialah Straight
Maka Bengkok ialah Gay

Walaupun my reader sangat tertarik ngan issue GAY tapi percaya r yang aku bukan tulis tentang hal tu kali ni tapi aku maksudkan Lurus as perangai orang.. Hmmm....


Last night aku chatting ngan sorang kawan ni. Dia agak mempersoalkan kewajaran aku kuarkan 1 post tu. Dia kata aku menyentuh tentang issue 2 other person yang kediannya akan menjadikan keadaan jauh lebih teruk. Then chat punya chat, banyak gak r perkara dia kuarkan sambil aku sangat tak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. The end baru aku tahu.

Dia jenis seorang 'thinker' aka otak sangat berfungsi ngan jauh then bila dia baca blog aku, dia melihat each of simple words yang aku guna as ada makna lain disebaliknya (double meaning r). That how concern dia mulai timbul. Sedangkan realiti sebenarnya aku seorang yang 'sangat malas berfikir' sehingga apa yang aku tulis ialah 100% apa yang terfikir di otak aku pada masa tu. Ooh aku ttiba terfikir, may be that why ramai yang kata penulisan aku jujor.. Hmmm...





Dalam kehidupan sebenar, aku akui yang aku ialah seorang yang agak lurus tapi x r tahap LURUS BENDOL. Kalu ko kata pada aku yang dunia ni segiempat then memang r aku x akan percaya sebab aku bukan budak umur 4 tahun yang dudok kat Afrika Utara yang x pernah tengok TV seumur hidupnya.

Aku lurus tahap sangat mudah percaya pada orang. Makin rapat aku ngan seseorang tu then makin tahap tinggi kepercayaan aku pada mereka. Then kalu korang cakap something yang just ajak-ajak ayam tapi to me ia akan jadi satu promise. Sama gak kalau ko suka aku tapi ko x bagitahu then aku x akan tahu. Then dulu kalu ada kawan yang merajuk aku akan kata awal-awal yang diaorang tengah merajuk sebab aku x akan tahu selagi x ada yang bagitahu.

Satu lagi, aku terima a thing or any one secara bulat-bulat tanpa aku terfikir untuk mempersoalkan or what ever. Kalu ko kata aku kawan ko then aku x akan ever2 expect yang ko akan ada feeling lain pada aku. Sama cam kalu aku anggap ko as adik ke then that feeling akan kekal sampai bila-bila. Im not my cousin yang semalam anggap that person as adik tapi a year later dengar-dengar dah berlaku adegan 'fucking-mucking' dia ngan adik dia. What The Fuck..!! 






Untuk kawan yang chat ngan aku last night, aku yakin banyak perkara yang ko dah belajar kan? Memang otak kita perlu berfikir tapi jangan berfikir terlalu jauh untok something yang terlalu simple. Nanti akan kuar double, triple meaning yang sepatutnya x ada pun. Cam last night event, daripada ko nak merahsiakan what ever 'that big thing' are sehingga ia almost leaking pada aku. So it is important untok : JANGAN MUDAH MELATAH..!!














Plus jangan mudah percaya pada kata-kata sesiapa pun. As orang baik tak akan kata dia baik. Sama cam orang jahat tak akan kata dia jahat. So orang yang lurus pun x akan kata dia lurus gak.. Jadi ia cuma permainan siapa yang mampu mempermainkan sesiapa sahaja. Chow..

Sunday, February 1, 2009

Kawen? Ngan jiran?



Korang pernah x simpan perasaan pada salah sorang jiran kat sebelah rumah korang. Jiran yg stiap ari muka dia ko nampak. Bila dia kuar rumah. Bila dia balik rumah. Siap ko leh tau lg warna apa baju kegemaran jiran ko. Hobi dia. Cita2 dia. Ari ni dia makan apa. Esok dia makan apa. Bila dia bwat hair cut. Even ko leh tau semua peristiwa dlm sejarah hidop jiran ko 2. Duh..

Then nak djadikan cerita plak dia sewa salah sbuah rumah sewa milik family ko. So makin slalu r korang jumpa. Dan nak d jadikan cerita ni lebih tragis bila dia ni sbenarnya dah kawen(dan ko dah tau awal2 lg). Dia dudok kat rumah 2 ngan pasangan dia secara sah ngan aman dan bahagia(cuma ko jer yg rasa x bahagia) . Siap leh ada anak lg yg d hantar kat rumah ko stiap ari bila diaorg kerja. Shingga 1 ketika timbol 1 prasaan yg ko jaoh seribu kali lebih layak jadi pasangan jiran ko 2 dan anak dia 2 sepatotnya jd anak ko ngan jiran 2. Duh…!!

Rasa cam tgh layan filem barat jer. kira cam at the end ko akan bwat slalu call n msj jiran ko ngan ayat2 yg penoh imaginasi saat2 indah ko dan jiran ko 2. Dan ko sangop bwat apa saja untok bersama dia shingga ko sangop ugut suroh diaorg bcerai or ko akan apa2kan anak dia even ko nak bunoh pasangan jiran ko 2. Ceh.. mmg movie r kalu cam 2. Tp kalu benda2 cam ni mmg berlaku dlm reality kehidopan ko so nasihat aku ….. better someone please call hospital mental skarang gak.

Sbenarnya sjak bberapa hari ni aku asyik bbalas sms r ngan sorg kenalan ni. Rapat gak r masa U dulu. 2 r dia ni ttiba suka plak (mmula x r) ngan jiran dia yg dah kawen, ada isteri dan siap ngan pakej anak skali.Tp probs dia ni dbelengu ngan rasa bsalah psl: 1st dia ompuan dan dia x nak r bmadu psl bagi dia bmadu ni jaoh x baek dr yg baek (biasa r ompuan), n 2nd jiran 2 plak baru je dpt anak baru, girl yg chomel lg.
Dia asyik tanya aku apa dia perlu bwat. Aku sendiri pon x leh nak bg komen pa2. Bg aku kalu dah suka sangat then bmadu 2 mmg r x salah. Psl family aku banyak yg kawen lebih dr sorg. Tp x adil r nak samakan kes dia ngan kes family aku. So kalu korang ada penyelesaian sila r kongsi kat aku. Then leh r aku kongsi ngan dia nnt.

So apa kaitan ngan kes bunoh2 yg aku cerita awal td? Ssaja jer nak tambah thriller sama cam video clips Michael Jackson. Wakaka..

Then bila kkawan datang llepak kat rumah tanya bila aku nak kawen then aku kata ngan penoh ciri2 lelaki Melayu terakher plus tambah unsor2 kesopanan “Kalu kat Bumi ni cuma tinggal aku, anak jiran dpan rumah aku dan sekor biri-biri then aku lebeh rela kawen ngan biri2 tu drpd kawen ngan dia..!!” Duh… statement…!!



Nota tambahan: Sementara sorg jiran lg(dpan sebelah kanan) tgh sibok psl ada shooting drama kat rumah diaorg. Eman Manan plak belakon tu…