Showing posts with label Rizal Uray. Show all posts
Showing posts with label Rizal Uray. Show all posts

Friday, September 25, 2015

Selamat Tinggal Enche Misai

Aku seorang lelaki yang punya kadar pertumbuhan misai yang agak subur berbanding dengan bulu-bulu aku yang lain. Ia agak mengannoyingkan apabila aku terpaksa cukur misai sehingga 3-4 kali seminggu. Sehingga aku pernah terfikir nak makan pill hormon perempuan untuk memperlahankan pertumbuhan misai tu (just kidding).  So last pagi raya Aidilfitri lalu ialah kali terakhir aku guna pencukur. Sebulan berlalu, misai aku dah hampir sama tebal ngan kening aku (yap, kening aku tebal tahap Hagemaru). 2 bulan berlalu, aku either boleh menyamar jadi anak Datuk K or adik kepada Wak Doyok walaupun realiti sebenar misai aku tak ar tebal mana sangat pun. Tapi disebabkan ini kali pertama aku tak cukur misai untuk lebih 2 bulan then rasanya lain sikit.

(pedulikan rambut rosmah mansur tersebut)

Macam mana rasanya ada misai panjang? Imagine setiap kali cakap then akan ada je bulu-bulu kasar masuk sekali ke dalam mulut tapi of coz laa tak tertelan or kalau naik motorsikal atau ada angin kuat then selain rambut kau sesekali akan menampar manja pipi kau then bulu di atas bibir kau tu pun nak main sama. Ataupun setiap kali kau makan ice cream or makan benda-benda berkuah then misai kau akan bertukar warna dan rasa sekali. Paling aku suka ialah tangan dan bibir-bibir aku akan sentiasa gagal je nak main dengan misai tu. Untuk perempuan yang tak faham situasi tu then imagine waktu korang suka pintal-pintal hujung rambut korang yang panjang tu tapi kali ni aktiviti tu bertukar kepada misai. Hmmm..


Dan sepertimana tajuk post kali ni, setelah 2 bulan 12 hari berlalu, aku akhirnya mengalah dan menggunakan pencukur untuk menghapuskan misai tu walaupun niat dalam hati nak simpan sampai tamat tahun ni. Sebabnya? Bukan aku dah dipinang tapi atas beberapa faktor ar. Beberapa hari lepas selepas shopping untuk persiapan raya, aku terserempak dengan seorang lelaki kurang siuman yang rambutnya lebih kurang sama panjang rambut aku, misai dan janggutnya pun hampir gak ngan misai dan janggut aku dan bila aku tengok cermin kat rumah betapa rumah aku sangat kurang human friendly or in other wordnya kalau berlaku kes pecah rumah, rogol, liwat bersiri then tanpa soal siasat then aku garenti akan terus kena sumbat dalam penjara. Hmmm..




Setelah proses pencukuran penuh berlaku (sebelum tu aku cukur bahagian tepi dan tinggalkan yang tengah buat ala-ala Hitler dan ia nampak sangat lawak sehingga aku ketawa sorang-sorang, emak aku kehairanan tapi aku tak nak tunjuk gambar tu, takut nanti korang akan peras ugut aku pada masa depan masa aku jadi artis popular kelak) so aku nampak sangat suci seperti seorang lelaki yang langsung tak pernah tengok porn selama hidup 30 tahun di dunia yang fana ni. Hmmm..

Tuesday, January 17, 2012

As Cute As Korean Guy

Abang aku balik dari China atas urusan kerja dan berjumpa rakan seangkatan seorang lelaki dari Korea yang share a bit about Korean ni. Kata dia almost 90% Korean aka bukan Korea Utara pernah buat plastic surgery pada bahagian muka mereka sekaligus menjadikan almost semua minah-minah dan mamat-mamat Korea ni sangat jambu-jambu walaupun realiti masa kecik or zaman belum buat surgery tu muka sebijik cam jambu batu. But still walaupun masyakat dunia tahu yang kecomelan beliau-beliau tu tak asli tapi mereka masih lagi adore mereka tu semua.


So kali ni aku nak mengajar manusia-manusia Melayu yang kaki kipas susah mati K-POP ni melalui 2 cara iaitu 1st melalui Adobe Photoshop yang kedian korang leh upload jadi primary pic kat FACEBOOK korang untuk menunjok-nunjok kat dunia yang korang ni ada darah kacukan Korea ar sangat. Hmmm..





Wokey kali ni aku tak nak guna muka aku sendiri sebab aku bukan kaki K-POP so aku guna muka sorang kawan aku yang bernama Rizal Uray as model utama. Dalam bulatan kecil tu ialah gambar asal dia dan as usual aku guna teknik yang sama untuk hasilkan hasil cartoon look a like tu. Kalau korang still nak tau cam mana then rujuk previous post on Photoshop technique.




Teknik pertama untok nampak Korea ialah korang mesti ada asset rambut cam artis korea. 1st: panjang & kembang,  2nd: style kena sharp, 3rd: warna kena meriah. Kalau korang berani mati kena ceramah ngan parents or jiran tetangga then guna bleach color yang hasil blond habis-habis puteh baru K-POP sepenuhnya ar korang. Dan untuk impak gambar ni pulak aku guna brush yang korang leh search dan download percuma kat tenet untuk hasilkan effect rambut yang nampak a bit real tu. Hmmm..



Then beralih kepada muka. Lelaki Korea punya kening yang tebal, bulu mata yang lebat dan mata yang bolat (sebab surgery ar). Sebab most Malaysian memang punya mata bolat-bolat so korang tak perlu operate ar. Melainkan bab anak mata besar tu leh guna contact lense yang membesar dan menghitamkan anak mata tu ar. Solusi kening yang tebal then orang kata selalu cabut akan buat bulu yang baru lebih tebal dan lebat. Hmmm.. try je lah. Bulu mata lak? Guna maskara.. Wakaka..

Back to Photoshop untuk effect mata besar aku guna Filter> Liquify> Bloat Tool.



Yang terakhir ialah aksesori. Apakah K-POP tanpa aksesori yang pelik dan padat. Pakai cermin mata yang pelik, besar-besar ngan warna terang-terang, anting-anting yang padat kat telinga, baju penuh zip sat badan, seluar ketat warna terang-terang etc so terhasillah seorang Melayu yang berK-POP dan boleh ar korang memperagakan diri korang kat area Bukit Bintang etc dan menari ar K-POP kat situ ngan kekawan Super Junior korang tu.






Tapi 








Disebabkan aku seorang yang 'pelik' pada pandangan mata orang so aku pilih gaya-gaya yang berbeza cam kat bawak ni plak:


(Versi Indie cam Noh Hujan may be?)









Or jadi cam














Ni siap leh jadi mr Potato or even A. Galak pun kalah ar.. Wakaka














or jadi...
















Jadi cam rambut dr. Rozmey pun okey gak



















Kesimpulan di sini. Jadi diri sendiri jauh lebih better jadi jadi orang lain sebab kita tak perlu jadi orang lain semata-mata nak jadi orang. Kan?