Showing posts with label Mental Disorder. Show all posts
Showing posts with label Mental Disorder. Show all posts

Saturday, September 22, 2018

Poor You

Korang pasti pernah jumpa individu-individu tertentu yang punya perangai/sikap teruk seperti jenis suka buat cerita, pemarah, kaki bodek boss, otak terlalu buruk sangka, ayat keluar dari mulut terlalu negatif, lidah bercabang sehingga terdetik jauh di sudut hati kau berkata 'Apa yang dah berlaku pada dia sebelum ni sehingga menjadikan dia apa yang ada pada hari ni?'


Dia ada zaman kanak-kanak yang terlampau menyedihkan ke? Ibu bapa dia bercerai ke? Dia pernah kena pukul (or worst) oleh ahli keluarga dia ke? Dia dulu selalu kena buli di sekolah ke? Dia pernah kena tipu oleh kekasih sehingga hilang maruah diri ke? Kena tipu kawan baik? Bla bla bla


Kemudian kau terfikir: Kalaulah situasi sama yang pernah berlaku kepada dia sebelum ni juga berlaku kepada kau dulu then kau mungkin akan jadi sama seperti dia hari ni.



Atau tak.




Mungkin zaman kanak-kanak kau tak lah terlalu menyedihkan, keluarga kau tak lah terlalu bergelora mana sangat pun, kau tak pernah kena jentik oleh parents kau, kaki buli sekolah tak pernah target kau, semua ex kekasih kau tak lah iblis mana sangat dan kawan-kawan yang kau ada kebetulan ok-ok jer tapi but still shit happen along the way. Ada sampai kau jatuh teruk at the bottom sehingga susah nak bangkit semula. But still kau tak ada perangai seteruk dia. Kau masih lagi jalani kehidupan dengan nilai-nilai murni dan pemikiran yang positif. Walaupun tak sepenuhnya but still kau tak pernah jadi seteruk tahap dia. 





Simpati kan?






Di tempat kerja baru aku ni ada sorang kaki bodek boss. Mostly semua orang tak suka dia tapi they still got manner plus jawatan dia berpotensi untuk naik lebih tinggi so nak tak nak terpaksa gak mereka semua ni ikutkan pe'el dia. Aku? Aku ni aku lah. Jenis manusia tak makan saman. So target dia tertumpu pada aku. Setiap benda betul aku buat akan jadi salah. Setiap kesalahan kecil aku buat akan diperbesarkan. Dan setiap kesalahan dia tak akan pernah jadi sesalahan dia sebaliknya akan jadi kesalahan aku. Semalam kami buat meeting sesama management dan dia serang aku sehabis boleh. Reaksi aku: senyum dan dalam hati aku simpati. Agak-agaknya apalah cerita aku yang dia jaja pada boss. I dont care.

Di tempat kerja baru aku ni juga ada sorang mamat yang mostly ramai tak suka. sebab dia jenis mulut manis, pandai reka cerita sehingga ada masa kita tak tahu yang mana fakta dan yang mana auta, dan dia selalu emo tak tentu pasal pada semua orang. So dua hari lepas dia naik minyak pada kesalahan yang dia sendiri buat. Tengah kami buat kerja dia suddenly marah, rosakkan barang, suarakan ketidakpuasan hati dia sedangkan ia terlalu obvious memang dah salah dia. Kau pernah tengok drama TV di mana sorang pelakon ni over acting sangat sedangkan plot cerita lemah, skrip teruk yang tak memerlukan dia over react sangat sehingga menimbulkan rasa annoyed pada kau? So dengan rasa penuh annoyed aku tinggikan suara balik dan tamatkan lakonan dia hari tu. FYI, kalau kau tak kenal aku then aku ni bukan jenis Zul Ariffin yang sado dan nampak kuat tapi aku ni jeis Zul Yahya (adik-adik, sila google) yang people dont take you for serious. Dia blah dan kemudian dia upload status ancaman dalam group Whatsapp yang pekerja lain anggap ia ditujukan untuk aku. Dan reaksi aku: I dont care.













Mungkin aku pernah berhadapan dengan manusia yang jauh lebih teruk jadi apa yang mereka-mereka ni buat nampak totally amature atau sebab kondisi otak aku yang tak stabil buat aku tak ambik peduli lagi. Tapi jujur cakap, aku simpati dengan mereka.

Tuesday, December 22, 2015

Being 30

Pada usia 30, sebahagian besar kawan-kawan or individu yang kau pernah kenal dah kahwin dan mostlynya yang perempuan annoyingly akan selalu update gambar anak mereka kat FACEBOOK. Gambar anak senyum, anak gosok gigi, anak senyum, anak pakai baju baru, anak lepas mandi, anak senyum, anak senyum dan lagi dan lagi. Manakala baki sebahagian lagi it either in relationship, desperately wish to be in relationship tapi sangat mengharapkan keajaiban agar the right guy/girl untuk turun dari langit or ketiga: mereka terlalu sangat selesa hidup solo. Tapi mostly number 2 laa. Hmmm..



Ada orang kata hidup bermula pada usia 30 tahun. Kalau ia belum bermula lagi then wait untuk another 10 year sebab ada bijak pandai lain (sapa entah) yang kata live starts at 40 (and some say at 50). Tapi bagi aku, 30 ialah satu episode baru yang totally berbeza berbanding chapter-chapter umur sebelum tu. Aku selalu mengibaratkan hidup ni macam sebuah novel dimana ia bermula ketika kita lahir, melalui beberapa klimaks (jangan fikir guna otak kotor) dan tamat ketika hidup kita tamat kelak. Dan entah kenapa it seem 29 ialah penamat buku yang lepas dan 30 ialah buku sequel kepada yang lepas. Sebabnya 30 ialah permulaan baru yang berbeza dan aku bermula dari level yang cukup rendah. 

Aku hidup bersama PSORIASIS selama sekitar 29 tahun. Pada usia 29 tahun it covered around 95% of my body. Surprisingly ia tak memberikan effect teruk kepada aku at least not as worst as the arthritis part yang aku sangat tak tahan. So aku dapatkan rawatan pakar, makan pill yang long term effectnya akan jadi lebih teruk dan pada usia 30 tahun, suddenly my PSORIASIS completely gone. Buat pertama kalinya aku rasa cukup pelik apabila pegang kulit aku sendiri. Sebab aku tak ingat or tak tahu macam mana rasa kulit manusia sebenar. It suppose to be the happy ending part but.. there alway be but.

Things are suppose to get better and Im suppose to be happier tapi entah kenapa ia tak berlaku macam tu. Ia bagi effect yang sangat besar kepada emosi aku. Berlaku 3 kali serangan dalam selang beberapa bulan. Aku menanggis untuk seminggu tapi alasan yang rasional bila fikir-fikir balik, Im avoiding everyone, jadi hyper moody dan lastly aku almost try to hurt myself. Dan semuanya aku tak dapat kawal. So aku dapatkan rawatan psychiatry dan being diagnose with depression & anxiety. So sekarang ni selang beberapa bulan aku perlu hadiri terapi dan setiap malam aku perlu telan pills untuk memastikan aku dapat tidur dan supaya otak aku tak terlebih berfikir sangat. And few month after, satu event pelik pulak berlaku. Aku jadi terlebih ceria, terlebih bertenaga, hyperactive in everthing untuk sekitar seminggu dan sekali lagi aku tak dapat nak kawal diri aku. Bila aku bagitahu doktor then aku diagnose with symptoms of bipolar pulak. Hmmm..


Last few month, projek novel aku yang sepatutnya keluar 2 tahun lepas dan setahun lepas then dapat update yang kedua-duanya kena reject atas alasan perubahan management. Entah kenapa semuanya macam dah dirancang dengan cukup kemas. Satu demi satu berlaku dan it totally not helping laa. As doktor kata pill yang membantu sekitar kurang 30% je so awan mendung yang memayungi aku bertambah gelap dan hitam.








Maka pada usia 30 aku ialah seorang lelaki yang jobless, hopeless, full of negativity, anti social, emotionally unstable, mentally unstable bla-bla-bla. 








Andai hidup aku bermula pada usia 30 tahun maka ia bermula dari level yang cukup bawah. Yap, thing can get worst tapi kalau jatuh pada peringkat ni then rasa sakitnya tak berasa sangat. Plus, I have nothing so I got nothing else to loose. Chapter 31 akan bermula tak lama lagi, as Im wishing all the best for you guys dengan harapan korang akan doakan perkara yang sama untuk aku juga. Bye.

Thursday, March 8, 2012

John Carter's Nipples

Kalau korang pernah baca novel graphic John Carter Of Mars then korang pasti akan setuju kalau aku kata ia boleh buat orang self orgasm or pre cum disebabkan ia penuh ngan image realism yang fully erotic etc dan korang berharap kalau ia difilemkan then ia akan membuatkan korang masturbate for few time sesorang dalam cinema ngan pancutan like a firework (include kegembiraan Katy Perry dalam video clip tu sekali). But unfortunately mimpi korang pasti hancur sebab Disney yang produce cerita tu. Hmmm..


What can you expect dari cerita yang diterbitkan oleh Disney's? No blood, no extremely fight, no bad words, no nudity, no intimate kiss, no sex (worst part) include cute monster doing cute face, or bad guy doing cute humor and lastly for sure happy ending or pendek katanya family oriented lah sangat.

Sejujornya movie John Carter ni seharusnya dark, kejam, tak ada perikemanusiaan, luka berdarah sehingga patah tulang, penuh darah, erotic tahap lucah (yakin ngan pilihan ayat ni), pakaian kurang kain yang mengiurkan, makhluk asing yang sangat huduh, langit yang magenta kelam, barbarian etc tapi...

Tapi disebabkan ia diterbitkan oleh Disney's then cerita ni jadi sangat ceria ngan orang jahat yang tak mampu nak mencederakan sesiapa dan tutur kata sangat terpelihara. John Carter yang asyik melompat dan berlawan tu plak punya muka dan body yang tak ada kesan parut or cela sedikitpun. Darah yang ada cuma warna biru (darah alien) dan darah John Carter pun  mengalir sekadar kurang 3 second. Pakaian plak tak lah menutup aurat cuma pakaian nurse jauh lebih mengiurkan. Aliennya plak sangat comel. Yang pelik gak apsal langit Mars ni warna biru sedangkan kat situ x ada laut? Hmmm..








Korang pernah tengok movie Conan The Barbarian? (Chop: teringat lawak masa kerja cinema bila ada sorang customer tanya either Conan tu ialah cerita Detective Conan. X buduh tahap barbarian ke orang tu?) Aku x lah expect Taylor Kitsch will be segagah perkasa cam badan Conan tu cuma biarlah ia kejam gila  gaban potong kepala orang sesuka hati dan erotic sikit ar. Ni tak, yang ada cuma nipples John Carter yang reddish tu je all the time..

















Pendek kata menonton movie John Carter ni feelnya cam menonton Upin Ipin sambil dengar lagu Najwa Latif. Ia tak membosankan cuma ia terlebih ceria. Hmmm

Sunday, September 13, 2009

Dia & Kotak Sejuta Mimpi


1.
Aku x pasti sejak bila perasaan ni wujud. Aku x sabar turon kerja setiap pagi sebab nak tengok dia. Nak tengok wajah dia. Nak dengar dia bercakap. Nak dengar apa sahaja yg keluar dari mulot dia. Aku x peduli apa orang kata tentang dia. Dia adalah dia. Dia yang berbeza.

2.
Click on this LINK.
Tq DIDI. Post yang kedua dari dia untok aku. Even aku rasa yang kedua yang pernah dipost kat dunia ni khas untok aku. Terharu sangat. Aku mmg x boleh tengok ko menanggis. Tengok ko pura2 tersenyom. Aku akan sentiasa ada d sisi ko slagi kau mahu aku d situ.






Hmmm

Sunday, September 6, 2009

Mentally Disorder

Last few night pada hari aku rasa cam nak demam then teringin r nak layan Mc D, even housemate yang laen pon teringin gak r tp sebab Koland (pemilik transport utama) x nak so batal r nak quality time ssama kat Mc D. Aku no hal r. Still kuar naek motosikal. Bawak & baca r sekali satu novel yang dah lama tergantung “False Memory”. Leh layan gak r. Ttg group of individu yang mempunyai mental disorder yang tersendiri. Then balik rumah skitar jam 1 pagi, mata dah x mengantok then Koland plak bagi pinjam line tenet so aku teros check maklumat tentang mental disorder. Ada r satu test ni dan aku try r check. At the end result dia:

Paranoid: Very High
Schizoid: Very High
Narcissistic: Very High
Schizotypal:
High
Antisocial:
High
Obsessive-Compulsive:
High
Borderline: Moderate
Histrionic: Moderate
Avoidant: Moderate
Dependent: Moderate


Soalan2 test tu menjawab kenapa aku sangat sukar untok focus, kenapa aku sangat senang lari dari focus, kenapa aku sangat susah nak percaya orang etc. Bwat aku terfikir balik kat novel tu ttg cam ne akal manusia cukop hebat mencipta data2 yang dikehendaki oleh otak memasing sehingga bwat dia rasa benda tu betol2 wujod dan mempengaruhi dan beri effect pada diri sendiri.

So what if ngan kadar paranoia aku yang sangat tinggi tu bwat otak aku cipta delusi yang jadikan aku anggap semuanya betol walupon realitynya tak. Setiap cerita yang aku sebarkan, yang aku dakwa benar tentang sorang lelaki tu as jahatlah or itu & inilah then semuanya sebenarnya x pernah wujud. Tapi otak aku ssaja nak mencipta sesuatu sebab aku nak ia berlaku. Such as gak aku imagine yang selama ni yang persekitaran aku nak menjatuhkan aku. Tapi still gak benda tu x berlaku. Hanya bermain dalam otak aku betapa hidup ni x adil dan penoh ngan manusia jahat. Dan kemudian aku cipta watak2 manusia jahat berdasarkan karektoristik pada apa yang aku gambarkan. Kedian aku pilih sorang mamat yang x bersalah as orang yang aku nak ia jadi bahagian jahat dalam cerita aku. Lebih terok aku jadikan diri aku as mangsa kepada keadaan semua tu.

Ada 2 orang kawan aku ni setiap kali aku kuar ngan diaorang then diaorang akan persoalkan bahawa aku x pernah ada kawan laen selain diaorang dan aku sengaja reka2 cerita ttg kawan imaginasi setiap kali aku share cerita ttg kawan laen. Hmmm. Bwat aku terfikir kkawan yang sewa rumah sekarang ni, or yang lepak kuar makan, or yang layan movie, or yang jalan2 raya or yang selalu lepak kat rumah aku tu betol ker or just ada dalam otak aku je?

Or may b cermin yang aku kata berhantu dalam bilik aku selama ni (refer last post), rrupanya aku sendiri yang bwat. Aku sengaja kotorkan cermin tu sendiri tapi bahagian otak aku denied it dan kata aku x pernah bwat semata2 nak tarik perhatian orang? Damn… gila psiko.. leh bwat novel ni..




So guys yang korang rasa korang ni kawan aku yang aku sangat yakin wujod, tolong yakinkan aku bahawa korang bukan delusi. Tolong yakinkan aku bahawa setiap komen yang korang hantar untok post ni bukan aku sendiri yang hantar dan kedian aku sendiri yang balas. Pasal otak aku sekarang dah berada pada tahap yang aku keliru membezakan perkara lepas as mimpi or pernah benar2 terjadi. So jangan biarkan aku cipta dunia aku sendiri plak kedian.