Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Khai Bahar, Sarawak & ...

Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak & alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.

Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya dari sana etc.

Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka keganasan. Hmmm…


Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of belonging’ yang kuat.




Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang memang dah  tahu, kalau ialah seorang Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..

Semalam ada satu cebisan video tentang sorang penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..

Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak. Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.


Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung) naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar, ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.







Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka juga tak sama.



Plus Sarawakian memang punya sense of belonging yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka. Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.








Cumanya past paling sedih ialah bila baca komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak, ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians, apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.







Kesimpulan di sini: 
Stop making stupid people famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..

Tuesday, May 21, 2013

Asrama Book Review

Imagine sebuah buku bertajuk Asrama dengan muka depan seorang budak perempuan membelakangkan sebatang pokok besar then pasti dalam kepala otak semua orang akan timbul kenangan pernah duduk asrama sekolah yang cukup pasti ada kisah-kisah pelik sendiri dan dengan harapan yang sama buku tu akan membantu korang goosebumps ingat balik kisah ngeri kau di zaman persekolahan dulu. But unfortunately buku ni tak membantu sikitpun.


Mungkin sebab aku bagi expectation yang terlalu besar sangat kot untuk buku ni. Plus aku tak merancang nak beli buku ni so aku tak baca lagi free chapter on FIXI pages dan semua buku ni yang ada kat MPH masa tu lak semuanya berbalut plastik so aku tak dapat nak bagi penilaian awal. Tapi bila aku dah beli dan baca mukasurat pertama then hati aku hancur berkecai. Aku aka lelaki yang menganggur setahun setengah dengan kewangan  hampir mencecah sifar telah membazirkan RM19.90 untuk something yang sia-sia (aku nak guna ayat yang effect lebih gramatis tapi tak yah ar kot). Hmmm..

Sejujornya kita boleh tahu satu karya penulisan ni bagus or tak hanya based on muka surat pertama jer. Yap, tak semua buku kita boleh nilai macam ni tapi ada masa ia membantu. Bahasa penulisan Asrama oleh Muhammad Fatrim adalah agak lemah bagi aku. Aku pernah jadi cikgu yang mengajar budak form 1 and 2 dan buku ni seolah-olah ditulis oleh budak sekolah yang berumur 13 or 14 tahun yang duduk asrama dan bercerita dengan kita tentang kisah hantu kat hostel diaorang dengan gaya bahasa mereka yang mudah, terlalu santai dan straight forward. Tak ada bunga-bunga langsung.

Imaginelah kalau ada orang bercerita dengan kau "Tadi aku pergi toilet then aku dengar bunyi ada orang cuci baju then aku toleh tak ada orang so aku blah. Tamat cerita" Kau tergamam sebab kau tak sempat nak timbul rasa takut sikitpun then cerita tu dah habis. Cerita Asrama ni tak ada emosi takut or sedih or marah or apa-apa, tak ada adegan suspen yang leh buat kau nak terus baca, terlalu banyak watak yang tak penting dengan aktiviti tak penting, mesej kebudayaan Sabah yang cuba diserap tu totally sangat tak berjaya, masa berjalan dengan sangat cepat tanpa bagi apa-apa effect sedikitpun kepada pembaca, cerita ni tak ada gambaran detail untuk pembaca maacm besar macam sekolah tu, sekolah tu dan cukup pasti cerita ni tak ada unsur psiko dan ia tak menakutkan langsung.

Sejujornya aku sangat kecewa. Realitinya dengan tajuk yang kukuh dan mukadepan yang cantik but creepy tu, ia sepatutnya boleh bagi effect epik untuk FIXI. Then bila boleh baca novel macam ni buat aku terfikir: Macam mana idea ni boleh lepas saringan untuk dijadikan buku..? Sayang sebab penulisnya tak memanfaatkan ciri-ciri kekuatan tu sikitpun. Mungkin kalau bagi penulis lain macam Syaihan Syafiq ke then may be buku ni akan berjaya ar kot. Paling koman aku imagine before aku baca buku ni ia at least bagi effect yang lebih kurang sama macam filem Histeria lakonan LJ, Scha, Yana Samsudin dulu tu ar. Tapi hancus..!!











Bila baca biodata penulis then dia seorang siswazah lepasan jurusan penulisan kreatif UiTM dan dah beberapa kali ada pengalaman menulis. Sepatutnya karya dia gempak tapi mana silapnya? Sebab dia orang Sabah ke...? Naaa..

Tuesday, November 29, 2011

Re-Publish Journey To Kota Kinabalu 02

Satu post aku title Journey To Kota Kinabalu 02 yang aku publishkan 3 tahun lepas masih sehingga hari ini dibaca dan dikomen secara 'cukup serius' oleh certain-certain pembaca yang most of the time aku tak faham reason reaksi mereka. Mungkin realiti dasar orang Melayu ni tak kira tempat or masa memang tak boleh ditegur or dengar ayat yang tak best terhadap mereka. Sebab mereka hanya nak dengar orang puji-puji mereka je. So dengan ini aku re-publish post yang sama dengan ayat-ayat yang jauh lebih 'memuji' dengan bahasa yang jauh indah-indah. 


Aku masih ingat waktu tu seawal jam 6 pagi aku dan Uda: my bro tinggalkan Marriot Hotel sebab mode beriya-iya nak menjejakkan kaki buat pertama kali sekaligus nak gak ronda-ronda di negara jiran yang cukup terkenal dengan kekayaan hasil bumi semula jadinya iaitu Brunei Darul Salam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama: Sabah negeri di bawah bayu.

Dan tak lupa kebetulan hari kami berdua menjejakkan kaki ke Brunei adalah kebetulan jatuh pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei iaitu Sultan Hasanal Bolkiah. So almost di setiap pelusuk ruang jalan akan ada banner, bunting dan fishtail yang memperlihatkan kasih sayang sepenuhnya masyarakat Brunei terhadap pemerintah utama mereka. Even sepanjang masa kami bukak radio channel Brunei pun rakyat turut menyampaikan kasih sayang tak berbelah bahagi mereka kepada pemerintah utama, permaisuri-permaisuri (waktu tu Azrinaz Mazhar Hakim masih lagi Pengiran Isteri Sultan) dan pemerintah-pemerintah besar lain.

Aku dan Uda just tersenyum. Hmmm..

(Passport kedua aku: Passport terhad ke Brunei. Passport pertama: antarabangsa yang warna merah)
Jujor aku katakan yang aku punya expectation yang cukup besar terhadap Brunei disebabkan oleh publisiti-publisiti dan cetakkan-cetakkan media terhadap negeri Brunei. Kira macam Dubai versi Asia Tenggara ar. Mana taknya persamaan kedua-dua negara tu ialah hasil utama pendapatan negara ialah melalui Petroleum. Dan yang tak mengejutkannya ialah harga minyak di Brunei ialah serendah $B0.53 perliter jer (tu nilai 3 tahun lepas ar. Sekarang tak tahu lagi).But still at that time harga minyak agak tinggi dan ia turut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hidup masyarakat kat sana.Tapi whose cara kalau pemerintah sana sangat prihatin terhadap permasalahan dan penderitaan rakyat ar kan?

Kehidupan masyarakat Brunei pulak sangat mewah dan makmur. Imagine walaupun rumah tu just rumah kayu tapi siap ada 2-3 bijik kereta mewah lagi. Dan sepanjang beberapa jam kami berada di Brunei, kami hanya berkesempatan tengok 5 bijik je motosikal: 2 milik Pizza Hut delivery, 2 milik polis dan sebijik rakyat biasa. Itupun motosikal dia dah bukan main mewah lagi. So pendek katanya kereta Produa Kelisa yang kami berdua pandu tu lah kereta paling naif dan daif kat sana. 



Brunei ialah negara yang cukup terkenal dengan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Permaisuri dan isteri-isteri pemerintah pakai tudung. Even kat jalan-jalan penuh dengan tulisan jawi dan pujian-pujian...





















Okey STOP.





















Aku tak boleh teruskan lagi buat benda ni. Ia sangat menyeksakan diri aku. Baru je previous post aku publish yang aku anti kaki bodek so aku tak akan puji-puji or bodek-bodek orang. Plus aku lebih refer orang yang depan-depan kata kelemahan aku daripada puji aku itu ini depan-depan tapi belakang entah apa yang berlaku.

Yap, memang ada rakyat Brunei yang terkenal dengan sopan santun, budi bahasa, kekayaan budayanya tu memaki itu ini pada ruangan komen aku. So what? Itu hak mereka ar kan. Sama cam bila ada beberapa immature blogger dari Indonesia yang keluarkan cerita pelik-pelik burukkan Malaysia dengan cerita itu ini tapi mostly rakyat Malaysia yang tahu kebenaran just buat tak layan jer. Sebab mereka tahu kalau mereka layan balik dengan caki maki so ia akan menjelaskan sikap buruk yang ada pada diri mereka gak kan?

Dan aku 3 tahun lepas just seorang yang mengembara ke tempat baru. Sama cam aku masuk tempat kerja baru or kenal kawan baru. Kalau aku rasa ada yang tak betul tentang tempat tu or orang tu then aku bagitau ar. 












Plus jangan biarkan diri selalu dipuji dengan pujian-pujian tanpa boleh ditegur sikit pun. Sebab puji-pujian tu hanya milik Dia jer. Dan kita manusia memang tak sempurna. Perlu ditegur. (yap aku akui yang teguran aku agak teruk tapi kalau berbunga sangat nanti ramai pulak yang tak faham kan?) Buat rakyat Brunei yang terasa aku mintak maaf tapi buat yang faham apa yang aku nak share then aku ucap terima kasih sebab faham.


















Btw kisah perceraian Azrinaz Mazhar Hakim (or previous wife, Mariam Abdul Aziz) buat aku teringat pada satu cerita pendek dari buku Malaysian Tales: Retold and Remixed. Pengolahan semula cerita Bawag Puteh dan Bawang Merah. You guy should read it.

Thursday, September 16, 2010

Oooh Malaysia

Setiap kali ada orang kata MALAYSIA merdeka 53 tahun then bwat aku tersenyum sesorang pasal fikir either that person ialah seorang yang sangat lurus or buta sejarah sebab 53 tahun yang lalu MALAYSIA not yet exist laa. Sebab setahu aku MALAYSIA hanya wujud pada 1963. So how come a country that does not exist yet can celebrate hari kemerdekaannya.


Sama gak cam kalu balik kampong kat Johor masa teens dulu then ada gak r family member sana (yang oldies r) ttiba tanya soalan "Lama ke balik MALAYSIA ni?" Mereka merujuk MALAYSIA as hanya Semenanjung sahaja so technically SABAH and SARAWAK ialah negara laen plak. X r terniat nak salahkan mereka. Mungkin masa perbentukan MALAYSIA dulu mereka x ada ke r kan. Cuma a little bit SUCK bila masa belajar UKM last few year still ada plak youngster yang masih menyatakan hanya Semenanjung sahaja as MALAYSIA. Hmmmm...


Or sama gak kalu ada MALAYSIAn yang senang-senang jer kata: SABAH and SARAWAK join aka menyertai MALAYSIA. So nak persoalkan r ko lagi: Gagasan MALAYSIA hanya wujud sekitar September 1963 dan before tu hanya wujud Persekutuan Tanah Melayu jer. Then sekali lagi aku nak kata yang SABAH and SARAWAK cannot join something yang belum wujud. So Semenanjung, SABAH and SARAWAK membentuk gagasan MALAYSIA.


Plus ada gak mulut-mulut jahat masa belajar dulu kata: kalu SABAH and SARAWAK x join MALAYSIA (ya ya ya) then pasti orang SABAH and SARAWAK sekarang masih tinggal dalam gua and pakai cawat lagi. Duuh... kasihan betol aku ngan orang-orang cam tu r. Mereka-mereka ni kena buka buku sejarah balik r. The reason why our first PM aka Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj membentuk MALAYSIA ialah atas alasan yang sama kalu what if last Pilihanraya Umum, undian dari SABAH and SARAWAK x dikira skali. Golongan anti kerajaan may be akan gembira kata 'Good bye UMNO. Goodbye BN' And most good part are MALAYSIA tanpa SABAH and SARAWAK tu will become 2nd SINGAPORE aka 'Goodbye Malay too..!!'










Im not saying this just because Im a SARAWAKIAN tapi as a MALAYSIAN. Sangat simpati kalu hanya sebab otak kita yang sempit tu akan memecah-belahkan perpaduan yang sekian lama dah terbina. And learn our history sebab as bijak pandai or kumpulan NEWBOYZ yang xtra poyo always say: Sejarah mungkin berulang..











Ya ya ya... aku dapat A on paper sejarah STPM aku dulu. Dan selamat Hari MALAYSIA,,