Showing posts with label Akademi Fantasi 7. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasi 7. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Khai Bahar, Sarawak & ...

Mungkin tak ramai yang tahu kes ni, beberapa tahun lepas (agak lama) Nazim Othman keluar statement kat social media ni kata tentang bangunan UKM yang usang & haunted look alike. So bebudak & alumni UKM naik berang lalu serang online kat social media pelakon tu sehingga keluar ayat-ayat tak best. Orang luar yang tahu kes ni pulak naik hairan kenapa mereka-mereka yang sepatutnya ilmuan boleh bertindak macam tu sekali.

Or beberapa tahun lepas (juga agak lama), kita di Malaysia ni hairan apabila kat Indonesia bukan main hebat lagi rally menentang Malaysia dengan membakar bendera, baling telur busuk kat student Malaysia belajar sana dan malah mengancam akan mencederakan rakyat Malaysia dengan buluh runcing lagi. Dan semuanya dikhabarkan hanya disebabkan oleh dakwaan kata kita cuba mencuri tarian pendet milik mereka. Sedangkan realitinya banyak isu-isu lain sebelum ni yang turut membawa kepada insiden tu seperti kes orang gaji Indonesia yang didera malah ada sampai mati, kes kerabat diraja yang kahwin dengan model Indonesia kemudian kena sexual abuse, pertuduhan Malaysia curi lagu dan budaya dari sana etc.

Ataupun apabila seorang pelukis Perancis buat komik tentang Nabi Muhammad s.a.w sehingga menimbulkan kebangkitan tunjuk perasaan aman/separa/ganas hampir di setiap tempat yang ada umat Islam yang tahu tentang kes tu. Ia membuatkan masyarakat luar naik hairan. Sedangkan ia sekadar comic satire je sekaligus membenarkan andaian bahawa umat Islam memang suka keganasan. Hmmm…


Semua kes tu berlaku disebabkan oleh ‘sense of belonging’ yang kuat.




Kalau kau peminat selebriti tu then rasanya korang memang dah  tahu, kalau ialah seorang Sarawakian then korang mungkin tahu or mungkin tak atau mungkin kau ambik peduli or mungkin gak kau tak tapi kalau kau bukan dari dua circle tu then korang mungkin akan kata ‘What the F yang sedang aku baca sekarang ni..’ Hmmm..

Semalam ada satu cebisan video tentang sorang penyanyi nama Khai Bahar (jujur aku tak tahu sapa) ni ditemubual kat rancangan Malaysia Hari Ini dan keluar satu statement yang membuatkan ‘percikkan api’ tu berlaku. Sedangkan semua orang tahu yang dia bukanlah penyanyi yang dilatih professional untuk jadi penyanyi dengan persediaan menghadapi gossip, wartawan, soalan-soalan panas etc. Ditambah pula ia rancangan siaran langsung so apa yang keluar dari mulut ialah benda yang tak dirancang yang keluar secara spontan je. Tapi disebabkan ia melibatkan Sarawak then it became a big deal. Hmmmm..

Macam contoh kes Indonesia tadi, banyak kes-kes lain sebelum issue ‘Khai Bahar’ tu yang membawa kepada kemarahan penduduk Sarawak. Mungkin kalau kau dari Semenanjung then kau tak akan faham situasi tu tapi kalau kau dari Sabah or Sarawak then kau pasti pernah melaluinya. Soalan-soalan macam: Kau duduk rumah panjang ke? Kau duduk atas pokok ke? Kau hari-hari pakai cawat ke? Kau setiap kali berak kena gali lubang ke? Kenapa orang Sarawak suka makan biawak? or statement paling biasa ‘Pertama kali datang Malaysia ke?’ or “Sabah Sarawak masuk Malaysia”. Yap, it does sound ridiculously hilarious tapi aku dan kawan-kawan Sarawak lain pernah kena tanya soalan tu. Lebih teruk apabila soalan-soalan tu bukannya dikeluarkan dari mereka-mereka yang terkandas SPM tapi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.


Kalau korang jenis tak tidur masa subjek sejarah sekolah dulu then ada term ‘Bebanan Orang Putih’ which antara sebab kenapa orang putih nak menjajah negara-negara Asia adalah untuk mengajar ketamadunan kepada kita a.k.a in another wordnya: kita tak bertamadun. So dalam kes ni, ia sangat membencikan apabila terjumpa orang-orang dari Semenanjung (bukan semua) yang ke Sarawak atas tiket kerja or melancong datang sekali dengan ‘lagak lebih baik’ mereka tu. Kalau setakat jumpa budak askar (senang sangat nak bezakan askar dari Semenanjung) naik motosikal in group, dengan lagak rempit, parking sesuka hati, cakap besar, ketawa kat orang tempatan dah biasa sangat. Or pelancong dengan muka jelik tengok semua tempat, cakap sikit-sikit nak bandingkan Semenanjung lebih bagus, buang sampah sesuka hati, sikit-sikit tak kena terus kutuk itu ini pun dah biasa.







Masalahnya tak semua orang Semenanjung macam tu. Realitinya sikit je yang berperangai macam tu kot. Cumanya sebab sekor lembu bawak lumpur so semua lembu-lembu lain kat belakang pun terpalit sekali. Ada je orang Semenanjung yang datang bekerja kat Sarawak, kahwin dengan orang Sarawak dan terus menetap kat Sarawak. Even kalau kita dengar cara dia bercakap pun kita tak akan tahu yang dia asal dari Semenanjung. Mereka kata Sarawak lebih tenang, harmony dan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak. Bak kata pepatah lagi ‘Kalau masuk kandang kambing then silalah belajar mengembek sekali’ sebab ‘Takkan hilang bisa ular kalau menyusur akar’ kan? (ceh, banyak pulak peribahasa aku pakai dalam post ni). Setiap tempat tak sama, budaya berbeza so sensitivity mereka juga tak sama.



Plus Sarawakian memang punya sense of belonging yang kuat pada Sarawak seperti budak UKM pada universiti mereka or seperti Indonesian pada negara mereka atau seperti umat Islam pada nabi mereka. Disebabkan rasa sayang so mereka mempertahankan negeri mereka.








Cumanya past paling sedih ialah bila baca komen-komen kat FACEBOOK. Orang kita sangat cepat melatah, sumpah seranah sana sini, guna ayat yang kita baca pun seram apatah lagi kalau dengar depan-depan which end up jadi cyber bully yang menyedihkan. Ada yang suka ambik kesempatan siram minyak kat bara api, ada yang komen sebab dahagakan like banyak-banyak, ada yang tanpa usul periksa terus serang dan serang dan ada yang rasa diri tu sempurna tahap tak pernah buat silap langsung dalam hidup. Dear my Sarawakians, apa yang korang buat sangat menyedihkan. Ia totally tak matang dan agak memalukan kot.







Kesimpulan di sini: 
Stop making stupid people famous a.k.a stop being stupid by making stupid people famous. Hmmm..

Thursday, November 13, 2014

Seekor Ironi Bernama Prosiasis

Kalau kau ialah penghidap psoriasis (or apa-apa penyakit sekalipun realitinya) then akan ada sentiasa individu-individu prihatin di sekitar yang akan ringan mulut untuk bagi nasihat, pandangan, cadangan tentang kaedah atau ubat-ubatan yang dikatakan mampu mengubati sakit kulit kau tu. Mereka akan kata adik dia, abang ipar, jiran sebelah rumah, kawan kepada abang, bekas awek kepada roomate zaman kolej etc pernah ada sakit kulit macam kau (realitinya ia adalah campak, alergi, kurap, eczema etc) dan orang tu pernah pakai minyak janin, makan ular, rendam air laut, jumpa bomoh tu, jumpa pawang ni bla-bla-bla dan sembuh. Matlamat mereka sangat baik sebenarnya tapi kalau kau jumpa manusia yang berperangai yang sama setiap kali kau jejak kaki keluar rumah then ia sangat annoying dan merimaskan. Hmmm..


Nasihat aku fikir paling tak boleh blah ialah tentang stress. Stress ialah antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan kulit psoriasis. Waktu sekolah dulu kalau masa nak exam tu garenti kulit psoriasis akan bertambah aktif. Bila dah besar semua benda akan menjadikan sesiapa pun akan stress. Bagitahu aku siapa yang boleh tak stress dalam satu hari? Harga minyak naik. Harga barang naik. Jalan jem. Kereta buat hal setiap hujung bulan. Setiap petang ribut. Boss perangai macam cousin setan. Jerawat tumbuh kat pipi. Nombor plat kereta tak ikut spesifikasi JPJ. ASTRO asyik main rancangan yang sama berulang-ulang kali. Aman dapat second place kat Akademi Fantasi etc. Semua perkara boleh buat sesiapa pun stress. Jadi nasihat yang bagi aku paling tak boleh blah ialah jangan stress.



So aku buat 2 analogi ni yang semua yang punya psoriasis pasti setuju ar.

1. Expectation:



It seems like: Apabila otak stress then psoriasis jadi teruk. Apabila pssoriasis teruk then kita pun jadi stress. Dan ia berulang-ulang tapi:



2. Realitinya:



Apabila psoriasis tumbuh then otak start stress dan apabila stress then psoriasis jadi teruk. Apabila psoriasis jadi teruk then stress jadi lebih teruk. Apabila stress jadi lebih teruk then psoriasis jadi jauh lebih teruk dan seterusnya.













Kesimpulannya: Aku tahu niat korang baik dan nak membantu je cumanya ada masa ubat ialah antara benda terakhir yang kami cari. 

Friday, February 25, 2011

Barberian

Kalau aku kuarkan satu statement ni then korang pasti akan ketawa. Im not sure either ia akan jadi ketawa besar or just ketawa jer. Aku ada satu irrational fobia: fobia gunting rambut kat barber shop. Then korang balas balik statement tersebut "Aj, ko terlalu terpengaruh ngan movie Sweeney Todd r or ngan lawak library=librarian so barber=barberian. Wakaka" So aku reply "What the fuck and shut up" Hmmm..


Tahun ni aku baru pergi barber sekali. Last year tak pernah. A year before sekali jer. A year before that tak pernah. Dan hari ni tadi plan nak gunting rambut kat barber salon tapi sebab irrational fobia ni ttiba datang so plan cancel. Mungkin ditakdirkan tahun ni aku cuma pergi sekali jer kot. Hmmm..


























WTF kan?

Wednesday, February 17, 2010

The OTHER blog

(Awas: post ini banyak mengandungi artikel mengampu diri tahap masok bakol angkat sendiri)

Aku upload gambar untok primary picture kat FACEBOOK then terima beberapa komen. Salah satu komen dari MIE. Satu soalan yang cukop selalu orang tanya kat aku tapi aku sendiri x tahu kenapa aku x ada jawapannya.. “Kenapa aku x jadikan bakat aku as a kerjaya?” Hmmm…

(Poster versi poyo r. Kira cam model RAY BAN r)

As UDA selalu bagitau aku betapa dia sangat2 jealous ngan bakat aku. Dia selalu kata yang aku boleh hasilkan something yang GEMPAK hanya based dari sumber yang cukup terhad. Then dia kata lagi kalu dia ada bakat cam aku pasti dah banyak duit yang dia dah bwat. Dia akan bwat photography. Dia akan bwat graphic designing. Dia akan bwat web designing. Dan banyak lagi. Sebab dia x ada bakat cam aku so dia akan start membebel kat telefon setiap kali hari jadi aku dan setiap kali dia rasa dia nak membebel panjang. So mulot aku akan kaya ya.. ya.. yaa.. sambil tangan aku tekan2 keyboard computer maen game.. wakaka..

It is a reality bila ada orang sanggup belajar tinggi2 dan mahal2 semata2 untok dapatkan bakat tertentu. Dan ada orang pulak memang dah dilahirkan ngan bakat2 tertentu. Dan bak kata aku selalu pada kkawan “Kalu suara aku merdu, muka aku kacak (termasok kalu perot x boroi) musti dah lama aku join AKADEMI FANTASIA wakaka..

Tapi aku sendiri heran kenapa aku x terdetik sikitpon nak jadikan bakat yang dianugerahkan tuhan ni as a kerjaya. Teringat zaman sekolah2 dulu masa kelas PENDIDIKAN SENI, then ramai r kkawan mengelilingi meja mintak tunjok ajar (termasok mintak aku melukis sekali) then pasti ada cikgu yang tanya soalan wajib “Dah besar nanti nak jadi pelukis/ pelukis komik ker, Aj?”.. Senyom je r..





Mungkin salah satu sebabnya ialah aku ni jenis yang x leh nak terima arahan dan tegoran (arahan mak bapak sendiri pon langgar inikan plak arahan orang laen). As sorang kawan ni dia pernah upah aku bwat design baju as a freelance r. Mmula dia bagi arahan design2 yang dia nak tapi aku x dapat link ngan kreativiti aku. Then bila aku bagi design aku then dia tegor suroh tukar itu ini. So aku bwat r then dia mintak tukar lagi dan lagi dan lagi.. aku pon apa lagi: naek benggong r.. Mungkin ni ialah namanya ego seorang artist yang mempertahankan karyanya.. wakaka..


Even zaman U dulu kalu duit PTPTN belom masok, so income sampingan utama ialah ambik upah melukis portrait.. Memang r hasilnya lumayan tapi aku ada 2 masalah: 1st) Aku sangat sayang setiap karya aku sehinggakan aku x sampai hati nak bagi balik kat orang yang mengupah tu. 2nd) Then aku x tau nak letak nilai pada karya tu. Even aku rasa cam nak bagi tanpa sebarang fee pasal harganya sangat priceless bagi aku.



Tapi antara banyak2 gifted bakat, aku cuma nak jadikan 1 je as a kerjaya iaitu:


Panjang giler mukadimah.. so untok mengetahui sambonganya sila click kat link bawah ni:




http://hisnameisnazir.blogspot.com/








(Poster versi promosi muka LOONG.. wakaka)

Wednesday, September 23, 2009

I Don’t Talk

Kalu di refer ngan family, aku adalah satu2nya group of the member yang berbeza. Even kalu korang tengok family portrait or kalu korang tengah kuar shopping ttiba tengok aku then korang pasti ingat yang aku sorang jer walupon reality family aku ada sekali.

Dulu awal2 memang r sangat2 terasa. Just imagine kalu each time kita bersama keluarga then kita dianggap as outsider. X kira ngan sis or bro or pernah 1 masa (realitynya banyak kali) kuar dinner ngan adik tiri emak, sepanjang masa malam tu dia fikir yang aku sekadar kawan Uda. Dan ayat power dia bunyi “ Kenapa dia sorang jer yang berbeza dari yang laen ni?”. Dan parents aku teros bukak topic laen. Hmmm

Aku paling hitam dalam adik beradik. Even dalam family. Dan muka aku berbeza berbanding Along, Angah or Uda. Dulu pernah gak r terfikir yang may b aku ni adopted tapi kedian aku fikir semuanya x bawak apa2 perbezaan pon.

Selain fizikal, part perangai pon ada gak perbezaannya. Perbezaan yang dah lama aku sedar tapi baru raya ni diungkit kembali.

Kalu korang pergi jumpa family aku korang akan sedar betapa mereka sangat2 banyak cakap. Makin korang pergi ke family besar, makin besar dan banyak percakapan diaorang. Dan aku: berbeza. Even kalu hari2 biasa, aku lebih banyak masa dihabiskan dalam bilik. Dudok depan computer, baca buku or melukis. Dan kadang2 sahaja aku bercakap.


I don’t talk to my parents or to my bro or my sis bila ada masalah. Even I don’t to anyone tentang apa2pon tentang diri aku.



I don’t talk cause you won’t listen..

Monday, May 18, 2009

AFUNDI HAFIZ

Tahniah Hafiz sbb memenangi Akademi Fantasi yang ke 7. Kalu korang kata aku sokong Hafiz sbb dia dari Sarawak then aku bangkang r pendapat korang. Aku pon bukan 100% Sarawak. Then semangat kenegerian aku sangat2 kurang x seperti korang2 yg ssuka jer judge x tentu pasal. Aku sokong dia sbb dia memang layak untok jadi juara. Sekali lagi tahniah buat Hafiz.











Then buat Fadzlee n Radzi, jangan plak ttiba bila Hafiz dah menang then korang heboh plak ttiba angkat bendera baru nak mengaku dia tu uncle korang plak.. Duh..