Showing posts with label Bible terjemahan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bible terjemahan Melayu. Show all posts

Friday, August 12, 2016

Tips Menulis Novel/Drama Melayu Tipikal

Adakah anda salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang suka menonton drama jam 7 TV3 or drama jam 10 kat Astro 104 or mana-mana drama or filem Melayu adabtasi dari novel-novel cinta keluaran tempatan? Or kau bercita-cita untuk jadi penulis novel cinta dengan idea yang sama tapi kau rasa semua tajuk dah dijadikan cerita: Suamiku Encik Sotong, Suamiku Encik Perfect 10, Suamiku Ustaz, Suamiku Jatuh Dari Langit, Playboy Itu Suami aku, Suami Tanpa Cinta, Suamiku Ahli Suicide Squad (hmmm), Suami Sebelah Rumah bla-bla-bla. So post kali ni didedikasikan untuk mereka-mereka di luar sana yang nak mencari inspirasi or tips menulis novel yang seterusnya akan menjadi drama Melayu tipikal. Hmmm..



1.
Perempuan naif vs Lelaki berlagak. Semuanya bermula apabila seorang perempuan naif plus clumsy dari kampung (kalau boleh pakai tudung) terjumpa dengan seorang lelaki kaya (or anak orang kaya) yang disukai ramai perempuan. Perempuan tu boleh jadi orang gaji, pekerja kat office si lelaki, anak kepada kawan baik emak si lelaki or sekadar mereka asyik terserempak dan setiap kali ia berlaku, sikap clumsy si perempuan such as selalu terjatuh, minuman tertumpah kat baju lelaki, cakap laju budjet cute, tak ada confident dalam diri, buat muka bersalah yang comel sehingga akhirnya memikat hati lelaki tanpa sedar.

Konsep ni banyak berlaku dalam novel cinta tempatan sebab target marketnya ialah perempuan naif yang sentiasa berharap agar kes cinderella: perempuan biasa-biasa leh kahwin dengan lelaki kacak+kaya tu juga akan berlaku pada mereka in real life. Yap, anda boleh mencuba nasib dengan  jadi orang gaji kat rumah seorang lelaki bujang, kacak, kaya, badan sado yang tinggal sorang diri which the end possibility could be either dia tak mungkin akan jatuh cinta dengan orang gaji dia sendiri or kau realize dia asyik bawak kawan lelaki ke rumah, upload gambar shirtless selfie memanjang kat Instagram dan OPS... sila isi tempat kosong sendiri.



2
Lelaki baik vs. Perempuan ego. Versi berlawanan dari yang pertama di mana kali ni si perempuan ialah a spoil anak orang kaya yang ego bukan main tinggi yang terjumpa dengan seorang lelaki baik (baik tahap annoying untuk manusia normal macam aku) or mereka dijodohkan oleh keluarga si perempuan. Si perempuan tu of coz laa tak nak sebab dia liar, masih muda dan jalan hidup mereka totally bertentangan tapi seperti mana-mana drama Melayu lain, akhirnya sedikit demi sedikit, ego si perempuan start cair. Kalau sebelum ni dia pakai baju ketat, kurang kain then dia mulai pakai tudung bla-bla-bla dan cakap pun dah start budjet ayu. Such a typical ending kan?

Sekali lagi target market novel cinta tempatan ni memang khas unutk perempuan naif. Sebab mereka suka sangat tengok perempuan yang ego ni saat dijatuhkan. Kalau dah dijadikan drama then sepanjang sejam drama tu berjalan, sepanjang tu jugak ar mulut mereka asyik buat ulasan sendiri "Apa masalah perempuan ni bla-bla-bla,,", "Padan muka kau perempuan bla-bla-bla..", "Aku tak faham kenapa betina sorang ni bla-bla-bla" dan disulami kata-kata mencarut lain. Memang tahap akak-akak or standard mak cik-mak cik kat kampung ar.



3.
Reaksi keluarga. Kalau cerita jenis jumpa terus kahwin, ada anak & live happily ever after memang tak best ar kan? Better layan channel National Geography je. Maka berlakulah halangan dari keluarga mostly dari keluarga lelaki yang kaya especially oleh si emak yang datin-datin. Sebabnya? Dia fikir perempuan kampung tu nak kikis harta anak dia je. Tapi kalau versi keluarga perempuan kaya pulak berlawanan. Mostly mereka lebih sopan santun dan memang nak bermenatukan lelaki baik-baik supaya mampu mengubah dan mendidik anak perempuan mereka yang spoil tu. Hmmm..



4.
Halangan Orang ketiga. Sentiasa ada je orang ketiga especially apabila melibatkan lelaki kaya yang suka dengan perempuan naif. Watak mereka digambarkan sebagai perempuan kaya gak, fasionista yang glam habis, make-up tebal-tebal dan dalam berjuta-juta lelaki di dunia ni, still dia tanpa putus asa dan istiqamah berusaha untuk memutuskan hubungan si couple tu. Dia akan upah photographer ambik gambar si perempuan naif dengan lelaki lain, dia akan mengapi-apikan kat mak si lelaki, dia akan menggoda si lelaki tapi tak sampai scene 18SG etc but of coz laa tak akan berjaya. 







TAMAT.







Then kau tanya "Aj, macam mana kau tahu semua ni? Kau layan drama-drama tu gak ke? Hahaha Kantoi" Tak ar. Sebabnya aku ada kakak, emak, anak buah perempuan so dari situ aku tahu dan boleh buat pola-pola tu. Ia dah sama macam tengok drama Tanah Kubur di mana kat kampung tu mostly semua orang memang perangai setan habis dan tak nak pergi setiap kali ada orang kampung mati dengan  balasan dunia muka make-up hodoh dan seterusnya belajar agar tak senasib dengan mereka in the next episode. Hmmm..

Monday, July 6, 2015

Melayu vs Puasa vs Valentine Day

Tahun ni tahun pertama Amber Chia berpuasa dan tahun ke empat untuk Soo Winci berpuasa. Rata-rata kata mula-mula memang susah sikit tapi lama kelamaan dah biasa dan tak bagi apa-apa masalah pun. Aku kenal sorang kawan non Muslim yang setiap kali Ramadhan tiba je then dia pasti akan join puasa sekali. And the great part tentang mereka ni ialah diaorang bukan je sekadar lapar tak makan dan tak minum je malah turut sekali jaga kata-kata mereka. On the other part of the universe pulak, orang kita (mostly muda-muda) makin tak malu menunjukkan diri mereka tak berpuasa. Merokok kat public, minun secara terbuka, makan tanpa segan silu dan bila ditanya sebab tak puasa then jawapan mereka "Tak tahan sebab lapar.." OMG..!!


Puasa memang ar kena lapar. Dah namanya pun proses menahan diri dari lapar dan dahaga so puasa memang ar lapar. Tapi masih lagi ada persediaan dengan sahur dan berbuka. Bukannya puasa ni tak makan langsung 24 jam sehari selama sebulan. Itu penyeksaan namanya. Then keluar pulak iklan produk-produk Melayu yang claim kalau makan barang mereka tu waktu sahur then tak akan terasa lapar langsung a.k.a kenyang je sepanjang hari. Itu lagi pelik. Puasa dengan matlamat tak rasa lapar langsung. Sedangkan salah satu kesedaran yang cuba dibawa oleh amalan puasa ialah agar kita boleh rasa sedikit sebanyak (sedikit je pun) berkongsi penderitaan manusia-manusia in other part of world yang terpaksa berlapar sepanjang hari tanpa sempat nak sahur or berbuka dengan membeli makanan kat Bazaar lagi. Hmmm.


Tak salah kalau aku katakan yang puasa ni dah jadi macam aktiviti tradisi orang Melayu je berbanding sepatutnya sebagai amalan umat yang mengaku dirinya Islam. Lebih kurang macam sambutan Valentine Day gak ar. Kenapa kita sambut Valentine Day? Sebabnya orang lain sambut, kat TV ada banyak filem sambut dan ia nampak so romantis, dan kebetulan aku ada awek so aku kena beli bunga, kad, keluar makan dengan dia tanda bukti aku sayangkan dia dan kalau tak dia akan marah etc. Sebab sebenar kenapa perlu sambut Valentine Day? Entah. Sama gak  macam kenapa kita berpuasa? Sebabnya emak bapak aku suruh aku puasa sejak kecik (kalau tak puasa maka tak boleh raya) so puasa ialah benda yang aku dah biasa buat, kat TV ada banyak cerita tentang orang puasa jadi makin ramai yang puasa so puasa ialah aktiviti yang so trending so aku kena joun plus masa puasa kena pergi bazaar, pergi buffet, sembahyang tarawih etc dan kalau tak buat rasa macam rutin tak lengkap pulak. Sebab sebenar perlu puasa? Entah.


Buktinya lagi, siapa yang tak pernah pergi bazaar dan tak pernah berlaku kes: karipap inti angin, rupa cantik tapi rasa macam tayar basikal, lauk dihiasi ulat, terberak-berak sepanjang malam sebab lauk dah basi, beli banyak tapi tak habis makan then buang, makan banyak sampai terlebih kenyang dan terlepas ibadah etc. Or kat FACEBOOK sentiasa je ada komen-komen lucah, caki maki bila tengok Rosmah tak pandai sarung kasut sendiri, Najib curi duit rakyat sekali lagi untuk sekian kalinya, tengok muka Ahmad Maslan tersenyum. Or terkini aktiviti keganasan bersama ayat caki maki menyerang Lim Kit Siang kat kedai kopitiam. Kata Islam agama keamanan, kata Melayu bangsa berbudi bahasa, Ramadhan pulak sepatutnya adalah bulan untuk fokus beramal ibadah. Jadi siapa yang buat semua benda tu? Atau paling koman ar siapa yang puasa penuh sebulan tapi sembayang langsung tak buat? Hmmm..















Kemudian pada 10 hari terakhir ni pulak ramai yang berharap Ramadhan cepat pergi. Sebab mereka dah tak sabar nak sambut raya. Pelik kan? Sepatutnya kita nak Ramadhan berterusan biar sampai setahun dan Syawal tak pernah muncul tiba sebab ketika Ramadhan je ar Tuhan jadi lebih pemurah untuk melipatgandakan setiap amalan. Tapi sebaliknya. Kan?

Monday, June 15, 2015

Penceramah Kaki Putar Belit Alam

Semalam aku pergi satu event ni. Ia sepatutnya satu talk about art and etc tapi entah kenapa ia dimulakan dengan seorang lelaki jenis yang kita selalu jumpa kat program MLM pulak (aku tak pernah join apa-apa MLM tapi aku dah biasa sangat dengar ayat klise diaorang). Sebabnya korang pasti dah biasa sangat dengar statement macam "Saya dulu tak pandai masa sekolah, waktu universiti dulu pun berhenti tengah jalan, keluarga pula miskin, dengan bermodalkan duit yang sikit saya buat semua kerja dari bawah, malah pernah ada malam-malam hari saya geledah tong sampah untuk cari barang yang boleh saya guna, saya korbankan masa lepak-lepak malam hari dengan kawan kat kedai mamak dan akhirnya saya dah berjaya hari ni bla bla bla" Klise kan?


Yap, kita kena akui yang Mark Zuckerberg memang bagi banyak pengaruh besar kepada dunia tapi disebabkan dah ramai sangat tahu siapa mamat tu plus dah tengok filem The Social Network then statement 'tak tamat universiti tapi boleh kaya dan berjaya' tu totally dah basi kot especially bila ceramah tu melibatkan manusia-manusia yang hidup mereka tak pernah berenggang dengan teknologi. Lain ar kalau ayat yang sama digunakan untuk mak cik-mak cik kampung yang fanatik dengar ceramah Ustaz Kazim Elias then barulah ia akan berjaya kot. 

Plus satu perkara tentang manusia yang banyak cakap ni ialah mereka biasanya akan terkehel lidah. It either statement mereka kedengaran boleh dipertikaikan or dua statement sama yang bercanggah. Aku referring ayat bro tu semalam. Dia kata dia tak pandai masa sekolah, selalu gagal ujian dan kemudian berhenti tengah jalan masa universiti. Ia membuatkan aku terfikir: Kenapa seorang yang selalu gagal ujian masa sekolah boleh terfikir untuk masuk universiti dan berfikir yang dia tak akan gagal lagi masa unversiti kelak? Ooh wait manusia macam tu memang wujud kat dunia ni sebab aku sendiri pernah jumpa. Mereka dengan yakin kata 'Aku Melayu dan UiTM sentiasa terbuka untuk orang-orang macam aku' Ayat kejam tapi aku no komen. Hmmm..

Kemudian ada part dia kata keluarganya sangat miskin tapi dia sangat bersyukur yang keluarga mereka bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah dan ia sangat membantu proses komunikasi dalam perniagaannya. Waktu tu teringin je aku nak angkat tangan dan tanya "Define miskin please.." Mungkin ia wujud dalam dunia zaman sekarang ni tapi miskin yang aku pernah nampak ialah bila si bapak keluar ketika dunia masih gelap dan terpaksa balik sebelum air surut dengan rumah mereka dari papan nipis dengan satu bilik yang dikhaskan untuk anak yang dah kahwin yang kalau ada anak lain lagi yang akan kawen then the previous one akan tidur bersama ahli keluarga lain sama-sama di ruang tamu dan lokasi dan permainan anak-anak kecil mereka bermain ialah sampah sarap yang ada disekitar rumah. That is miskin..!! Tapi siapalah aku nak mempersoalkan apa kemiskinan dah memberi effect kepada keluarga dia kan? Mungkin parentnya sangat positif dan punya visi dan misi yang jauh dan melihat betapa bahasa Inggeris (dan universiti) mampu mengubah kemiskinan yang sedia ada kan? 

Kemudian dia kata "Saya masih ingat lagi sewaktu saya berumur 6 tahun, ayah saya pernah berkata kepada saya bla-bla-bla.." Ooh seriusly? Korang masih ingat apa serious talk yang bapak kau pernah kata kat kau masa umur kau 6 tahun dulu? Aku dah lupa apa yang bapak aku pernah bagitahu minggu lepas. Yap, aku different case tapi korang pernah tak cuba buat serious talk dengan anak or anak buah korang yang umur 6 tahun dengan harapan dia akan duduk diam, buat muka serius dan kemudian hadam satu persatu ayat yang keluar dari mulut kau. Naa sebab pada usia 6 tahun setiap benda yang ada disekitar kau akan ganggu fokus dia. Hmmm




Tapi part tak boleh blah (selain dia tunjuk beberapa slide gambar dia shirtless angkat barang kononnya dia juga boleh buat kerja orang bawahan walaupun dah kaya) ialah bila dua statement yang sama bercanggah. Salah satunya ialah bila dia kata dia bukak business muzik tanpa dia tahu apa-apa tentang muzik malah langsung tak tahu bermain apa-apa instrument muzik. Dia terpaksa belajar dari Youtube cara main gitar untuk tarik orang masuk studio dan beli gitar dari dia. Kemudian dia bla-bla-bla cakap puji-puji diri dan  dia keluar statement kata dia mulai main gitar pada usia 18 tahun (disebabkan dia sama umur aku then macam mana dia boleh belajar dari Youtube kalau Youtube belum lagi wujud pada zaman tu?) dan dia tubuhkan band dan disitu dia mulai ada minat nak buat business muzik. Tapi bukan ke sebelum tu dia kata dia mulai business muzik tanpa tahu apa-apapun tentang muzik? Hmmm.







Realitinya mungkin dia seorang manusia jujur yang bernasib baik sebab walaupun miskin tapi still boleh masuk universiti walaupun result sekolah tak bagus (still English dia boleh bunyi cam mat salleh habis) kemudian buat business tanpa pernah mengalami muflis sekalipun dan dia punya ingatan yang cukup bagus. It could happen. Dan aku pula sekadar salah seorang dari jutaan tipikal Malaysian yang ada masanya memang gemar berfikiran negatif. Mungkin sebab aku dah biasa sangat jumpa manusia-manusia jenis yang banyak mulut, sikit-sikit nak up diri sendiri puji kata itu ini, tapi last-last tin kosong. Or individu yang gelar diri jutawan muda yang nak kongsi petua jadi kaya kepada orang ramai tapi realitinya korang yang bayar beratus-ratus ringgit untuk hadir event tu lah yang menjadikan dia sebenarnya kaya. No komen ar kan?

Monday, May 14, 2012

Tanah Kubor lah Sangat

Korang tengok tak rancangan Tanah Kubor kat ASTRO OASIS? Pernah tak korang mempersoalkan 'Apsal orang kat kampung tu semuanya bermasalah masa nak kena kuborkan? Diaorang tu tak pernah tengok dan belajar ker dari pengalaman masa kat kubor tu? Ni x, asyik-asyik bila nak kubor then ada jer problem pok cik lakonan Naser Bilal Khan ngan anak dia nak handle...' Hmmmm..


Parents aku sangat suka tengok drama tu. Aku selalu dengar dari dalam bilik aku, suara mereka akan kata 'Haa, patutlah kena balasan cam tu' or 'Baru padan muka, buat lagi benda tu masa hidup, kan dah kena...' etc. Sedangkan kalau aku tengok sendiri drama tu ia akan buat aku ketawa sesorang sebab rasa cam tengok series Indonesia Mak Lampir jer.. Lawak

Teringat masa sekolah menengah dulu-dulu era majalah Mastika bukan main laris lagi dikalangan pelajar. Tau-tau je lah yang Mastika ni bahan ceritanya bukan main mistik tahap gaban lagi ar. Bukan jer pokok berhantu, jelmaan itu ini malah sampai cerita UFO lagi ar. So satu hari ni lepas solat Jumaat ada ar sorang orang kampung ni ninggal so ramai gak gi sana. Dan kebanyakkanya budak sekolah yang dudok asrama ar. 

Tanah kampung kami jenis pasir dan berpaya so kalau gali kubor then memang berair lah tapi bebudak asrama tu akibat terlalu banyak sangat membaca Mastika leh ngan senang berbisik sesama mereka kata 'Entah apa amalan orang meninggal ni sampai kubornya penuh air'. Haaa.. itulah akibat suka sangat baca buku Mastika. Buku ilmu cam Geography tak nak baca.. Kan dah dapat sijil TOLOL secara percuma..















Aku rasa most of orang yang tengok cerita Tanah Kubor tu mostlynya cuma nak tahu apa balasan orang tu masa kena kubor jer daripada belajar untuk jadi someone yang lebih baik sebelum menonton episode tu. 










Teringat satu malam aku layan drama tu ngan anak buah aku so aku kata: lepas ni pasti mamat tu mati dan kemudian memang mamat tu tergelincir depan rumah dan mati so anak buah umor 6 tahun tu pun tanya "Cam ne Usu leh tahu...?" Duh. Setiap episode jalan ceritanya sama jer. Cam cerita ultraman: lawan-lampu merah-charge power-lawan balik- ultramen menang. Yang peliknya apsal setiap episode bandar Tokyo cepat jer membangun balik..?

Monday, December 26, 2011

Facebooker Melayu

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul". Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud "Aku suka Israel". Penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin, "U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "


Korang pernah terbaca statement ni tru kawan-kawan di FACEBOOK tak? Then apa reaksi korang:
a) Korang terus melarang anak-anak or adik-adik korang tengok Upin Ipin then bagitahu kat mak cik-mak cik sebelah rumah yang Upin Ipin ialah propaganda Yahudi yang nak menyesatkan orang Melayu (yang Islam hanya pada IC jer)

b) Korang ngan maniac like status tu then share link dengan matlamat agar seantero Malaysia gempar dan sedar bahawa ada anak Melayu yang sanggup makan duit haram Yahudi semata-mata nak menyesat lagi menyesatkan anak bangsa sendiri. Hmmm

c) Korang ketawa terguling-guling kat lantai sebab ada jugak orang Melayu yang bodoh leh percaya benda  buduh ni. Wakaka


...


Realitinya mungkin sebab Upin dan Ipin ialah cerita tempatan then logiknya kita leh fikir ar. tak  kan anak Melayu sanggup makan telunjuk Yahudi nak menyesatkan agama sendiri ar kan (tapi kalau benarpun siapa tahu)? Tapi selain benda tu ada berapa banyak dah statement yang korang yang Melayu yang beragama Islam yang dah forward, share, like bila ia melibatkan teknologi barat, makanan dari barat, lagu dari barat, penyanyi dari barat yang dikatakan ia haram, ia menghina Islam, ia berasal dari Yahudi yang korang sangat yakin ia benar tapi tindakan susulan yang korang lakukan sekadar sebarkan benda tu tanpa sebarang kajian lanjut?


Teringat bertahun dulu ada satu restoran baru ni dibukak then sambutannya sangat hebat sehinggakan ia penuh dan orang sanggup beratur panjang untuk makan kat situ. Then one day tersebar satu cerita yang kata owner kedai tu letak babi dalam makanan then dengan cepat berita tu tersebar sehingga dalam seminggu restoran tu korang dan few week ia dah tutup. Realitinya tak ada sesiapa pun yang buat kajian or tanya jabatan agama Islam negeri ker, datang buat kajian sendiri ker tapi mereka just judge by apa yang mereka dengar dari orang lain yang mereka tak kenal cakap jer. 

Sebab rumusnya sangat senang: orang Melayu either yang setiap hari minum arak pun akan jadi cukup sensitif bila dapat tahu makanan mereka ada BABI. Mereka lebih refer makan kat kedai yang tukang masaknya bukan Islam tapi ada sign tulis 'serve no PORK' or ada banyak orang Melayu pakai tudung makan kat situ.

So orang Melayu yang mudah menghasilkan hasad dengki makin senang ar nak buat business







...





Then korang ketawa cam Inspektor Sahab seraya berkata "That why ar aku tak layan FACEBOOK". 









Mungkin FACEBOOK tak berjaya memperbodohkan korang tapi cam mana ngan media lain cam berita? Kalau tak ada yang percaya then tak mungkin cukup ramai jadi mangsa diperbodohkan mentah-mentah dengan percaya sebijik-sebijik maklumat yang disampaikan di berita tempatan? Then korang kata sekali lagi "That why aku percaya berita dari internet" Look, korang pun percaya maklumat hanya dari satu sumber sahaja tanpa buat penilaian dari sumber lain.












Or paling basic: bagaimana iklan mempengaruhi otak kita ngan kata jenama tu lebih bagus dari jenama ni etc. Then korang kata sekali lagi "Iklan hanya berjaya pengaruhi otak budak kecik je r" then kenapa kita masih beli baju-baju berjenama mahal, melancong ke negara luar dan menjadikan music luar as better then our own?
















Teringat sorang kawan pernah tegur aku kata "Aj, STARBUCK tu haram bla bla bla"














Just jangan mudah melatah

Tuesday, July 13, 2010

Best Buddy Award

Pernah x ada kawan korang kuar statement: korang r best buddy mereka dunia dan akhirat or guna ayat2 poyo cam mereka sangat2 terhutang budi ngan ko sampai janji nak jalani susah senang bersama? Kalau ya then apa first reaksi korang? Adakah korang rasa sangat2 bangga sehingga lobang hidong korang kembang 0.5 cm or korang just kata "Ya..ya..ya...." dan korang ambik duit syiling 50sen kat poket punggong seluar korang then suroh diaorang pergi berambos.


Teringat ayat2 puji2an terlampau yang pernah aku terima. 

1. Sorang mamat ni kata aku ni r kawan dunia akhirat dia sebab aku bagi hutang dia beratus2 ringgit then terfikir balik wei kawan dunia akhirat aku tu belum bayar balik lagi duit tu walupon dah 2 tahun berlalu. May be sekarang ni dia dah tengah tunggu aku kat akhirat kot nak bayar hutang tu. Memang kawan hidop mati r dia ni.

2. Then the other mamat ni plak entah berapa kali dia nak tegaskan each time dia teringat. Kedian dia kata kat kekawan laen depan2 aku "Aj r kawan terbaek yang aku pernah ada. Dia ada setiap kali aku masok hospital. Dia ada setiap kali aku ada masalah.." Awal2 memang r rasa cam mengenang budi sunggoh mamat ni tapi lama2 aku dah rasa bosan plak.Memang r dia selalu masok hospital tapi jangan r ulang skrip yang sama ngan bilangan kuasa 2 dan 3 dan 4 kali ngan ayat yang sama. Bunyik cam x ikhlas sunggoh.

3. Kedian gak ada r yang kata "Aj ko r kawan aku yang paling special dan tersendiri yang aku pernah jumpa", "Aj, kau sangat baek sebab sentiasa bersama aku susah senang", "Aj, walau aku kenal ramai kawan baru then x ada sorang pon yang leh ganti tempat ko..".. Dan reaksi aku? I wish that kalu aku boleh percaya tapi persoalannya sekarang "Mana pergi semua semua yang entitled aku as best buddy diaorang ni?" Gone with the wind..? As time goes by korang seems hilang sekali.. Hmmm...


Post kali ni bukan aku kuarkan untok bwat promosi betapa aku ialah seorang hamba tuhan  yang terbaek yang sering melakukan kebaikan or in other hand sengaja nak mengungkit setiap kebaikan yang pernah aku lakukan. No, Im not SAINT AJ. Cuma entah r aku rasa x perlu lah nak kuar statement berbaur bodek-membodek ngan ayat GRATIS ni.

Wei bro, Im 25 years old laa. The same old trick will never-ever berkesan 2 kali untok aku. Im not saying that korang just guna ayat tu untok permainkan aku or what ever (even kalu ya pon bukan ada sesapa yang laen leh tahu. Kan?). May be korang maksudkan something tapi korang luahkan ngan klausa yang terlebih2 gramatis. Akibatnya ayat korang tu berbunyi terlalu hebat. Dan aku terfikir, kalau aku tukarkan each of puji2an tu ke dalam bentok medal then baju aku mesti dah jadi sangat2 berat ngan pengiktirafan korang tu.


Plus jangan kata sesuatu kalu korang x maksudkannya. Jangan janji apa2 melainkan korang benar2 maksudkannya. As BIBLE bagitau 'Treat others as the way you want people to treat you'..







Dan seingat aku laa, aku x pernah lagi kuarkan statement 'You re my best buddy' kepada sesiapa pun. May be someday I will. But aku rasa pengiktirafan terbaek yang boleh aku lakukan terhadap kawan aku ialah hanya dengan be the best for him/her. That it. TAMAT