Showing posts with label P. Ramlee. Show all posts
Showing posts with label P. Ramlee. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Sitora Harimau Jadian Review

Hari ni aku akan buat review tentang Sitora. Sitora bukan Tora Datang Lagi aka kawan seangkatan Ding  Dang yang kita beli era 90-an dulu semata-mata untuk dapatkan mainan  (kotak bukan main besar lagi) dan bukan bola biskut bersalut coklat yang rasanya entah apa-apa entah tu. Sebaliknya Sitora ialah title sebuah buku. Hmmmm..


Korang tau tak apa-apa tajuk buku bacaan klasik dalam bahasa Melayu yang ada di Malaysia? Ada tak novel-novel klasik tempatan yang ada di pasaran cam novel klasik barat such as Pride and Prejudice, Sense and Sensibility, The Adventure of Tom Sawyer, Huckleberry Finn, To Kill A Mocking Bird etc yang rasanya sentiasa akan ada kat rak-rak di kedai buku. Even dah dicetak dalam berapa kali entah sesi cetakkan dah. Persoalannya ada ke novel klasik tempatan cam tu..? Hmmmm..

Sitora Harimau Jadian ialah satu lagi buku keluaran FIXI under label retro ar. Retro sebab ia adalah karya asal P.Ramlee yang diadaptasi dari filem yang sama judulnya. Then kalau korang tanya "Apsal tak pernah tengok or dengar pun filem ni kat TV ?". Reasonnya: First ia adalah filem yang dihasilkan di Kuala Lumpur di mana era P.Ramlee dah a bit tua dan ceritanya dah suram and Second ia tak dimainkan kat TV sebab roll cerita tu dah hilang. So that one of the reason novel ni dihasilkan iaitu kira usaha pemuliharaan agar kita still leh tahu tentang kewujudan filem tu walaupun hanya dalam bentuk sebuah buku jer.

Novel Sitora Harimau Jadian adalah sebuah novel yang cukup pendek. It takes just few hour jer untuk tamat baca buku ni. Sinopsisnya kira: Sebuah kampong kena serang harimau jadian - hero tak percaya such nonsense datang kampong tu - then dia kena serang dan jadi weretiger. Ia cuba mengekalkan gaya bahasa dan gaya penulisan era zaman tu yang setiap kali aku baca buat aku terngiang-ngiang gaya orang dulu-dulu cakap cam Nyonya Mansur cakap dalam Ibu Mertuaku jer. Jalan cerita pun cukup ringkas untuk difahami. Imaginasi aku bila baca buku ni pulak lebih terarah kepada filem Kala Malam Bulan Mengambang dimana Sitora tu pulak cam watak Farid Kamil as harimau jadian dalam filem tu.


Sejujornya aku cukup respek pada usaha penghasilan buku ni.Walaupun as pembaca muda, gaya bahasa  dan jalan cerita dalam buku ni agak membosankan but still aku leh baca tu sekaligus sampai habis. As aku kata earliar, waktu aku baca buku ni antara perkara yang aku fikir ialah apa yang berlaku kepada penulisan-penulisan era as early as 40-an dalam negara kita? Mesti ada bahan tulisan zaman tu kan as kita baca buku sejarah dulu kata penulis era tu giat menulis cerpen-cerpen yang berbentuk nasionalisme menentang jepun dan penjajah barat. What happens to those penulisan? Adakah ia dah reput ditelan zaman?











Bapak aku pada era mudanya suka membaca di mana aku rasa habit tu turun kepada aku (emak aku pulak versi berlawanan sebab dia suka bakar buku tu. Hmmmm). Aku masih ingat beberapa novel-novel dalam koleksi bapak aku dulu yang sekarang ni entah di mana dah cam Tengelamanya Kapal Van Der Wijck, Bulan Dan Juga Angin, Bujang Selamat etc. Walaupun aku yakin yang most of it ialah karya penulis Indonesia but still gaya bahasanya lebih kurang sama jer ngan bahasa kita masa tu. Even aku pernah baca buku Tengelamnya Kapal Van Der Wijck (yang aku rasa ia pernah diadaptasi ke dalam bentuk drama bersiri oleh Erma Fatimah) waktu sekolah menengah dulu. Yap, feelnya berbeza cam baca classic barat punya novel gak cuma kali ni versi tempatan.














Dan as aku kata earlier tadi, novel-novel klasik barat pulak cukup mudah didapati malah dijual ngan harga yang cukup murah agar ia mampu menarik minat generasi muda untuk memahami nilai karya lama. Ngan nilai RM9.90 leh dapatkan bacaan tu. Yap, aku dah beli beberapa. Even bila fikir-fikir balik kita (or even aku) lebih banyak didodoikan ngan karya klasik dan fairy tales dari barat berbanding dari dalam negeri kita sendiri. Hmmm..



















So aku sangat-sangat berharap agar FIXI or mana-mana penerbitan tempatan menerbitkan semula or at least menghasilkan novel berdasarkan karya klasik. Jangan remake cam Malaysian Tales: Retold & Remake tu tapi buat cam gaya Sitora ni tapi ngan idea yang lebih segar. Dalam otak aku dah leh imagine kalu filem Madu Tiga or Ali Baba Bujang Lapok diadaptasikan ke dalam bentuk novel pulak lepas ni. Mesti feelnya cam dengar lagu Yuna- Terukir Di Bintang yang moden tapi klasik. Hmmmm 

Tuesday, April 24, 2012

Remake Musang Berjanggut

Aku yakin korang mesti setuju kalau aku kata ada beberapa filem P.Ramlee adalah cerita evergreen yang kita tak akan boring untuk tengok berulang kali. Dan malam tadi bermain entah untuk berapa ratus kali ulangan dah cerita Musang Berjanggut dan aku sekali lagi layan dan ketawa cam tak pernah tengok cerita tu sebelum ni. Antara part yang pasti akan buat aku ketawa cam bila bapak si Puspasari kata namanya Kemenyan manakala ibunya Setanggi so tetiba Puspasari mencelah dan kata namanya Tempat Bara.. Wakaka..


Dan jujor aku katakan yang kalau ada orang nak remake balik cerita famous P.Ramlee then ia akan jadi Box Office tapi dengan syarat ia tak memandai-mandai nak ubah keseluruhan cerita based on zaman ni pulak. Kan selalu cerita remake orang-orang kita buat akan cuba nak memastikan cerita tu realistik dengan mengubah keseluruhan cerita zaman dulu kepada zaman moden sekarang. Kononnya supaya penonton rasa lebih dekat dengan life mereka.

Maka putera raja tu may be still anak angkat raja or anak orang kaya (or anak menteri lebih best kot sebab ramai anak menteri spoiled sekarang nih) dan mencari isteri yang bijak. So one day dia terjumpa sorang anak dara (dara ke?) yang tengah main game online (sebab tak logik pulak kalau ada girl zaman sekarang main nenek si bongkok tiga kan?) dan bermulalah cerita tu. Sebab rasanya kalau si putera still nak memasukkan rempah ratus dan beras ke dalam uncang then harapan putera tu untuk kawen pasti tak akan tercapai sampai bila-bila ar.

Bila cerita yang cukup elok dihasilkan semula dengan garapan sesuka hati pengarah menjadikan cerita tu cam sampah pulak kan? Tengok jer cam lagu-lagu lama yang cuba diremake oleh penyanyi baru dan hasilnya tak semua menjadi kan? But still ada yang menjadi sama or jauh lebih merdu dari lagu asal. Rahsianya: mereka tak mengubah sepenuhnya lagu tu tapi sekadar memperbaiki certain part jer. Contoh cam lagu Gelora Jiwa by Yuna. 




Pernah tengok remake Madu Tiga kat ASTRO satu masa dulu lakonan Aflin Shauki dulu tu ngan tajuk Babak 4 Madu Tiga kalau tak silap. Bab bila mereka memainkan semula watak based on cerita lama  sangat menghiburkan tapi bila ia dah diubah then jadi merapu pulak. Hmmm..









So rasanya kalau nak remake cerita Musang Berjanggut ke what ever then pastikan setiap babak, skrip, watak, pakaian, latar masa dan tempat masih sama. Cerita tu berlaku zaman dulu so kekalkan as zaman dulu gak. Cuma pelakonnya jer yang berbeza.

Thursday, August 18, 2011

Why People Like Kassim Selamat Exist?

Sangat suka layan cerita-cerita P. Ramlee (era Studio Jalan Ampas). Kekadang layan banyak kali pun masih leh terus layan lagi tanpa jemu. Tadi baru je habis quality time ngan bapak layan Ibu Mertuaku.Bapak aku kata waktu cerita tu kuar wayang dia baru jer belajar di darjah 5 dan ia masih lagi dimainkan sehingga sekarang. Sejujornya cerita tu cerita yang sedih tapi a bit ridiculous. Tapi nak tak nak kita tetap perlu akui yang perkara yang berlaku pada Kassim Selamat akan terus berlaku sehingga ke hari ni. Hmmmm..


Adakah Kassim Selamat sepatutnya dikelaskan sebagai mangsa keadaan? Or Nyonya Mansoor as ibu yang kejam? Or Sabariah dan Chombi as seorang yang cuba ambil kesempatan? 

Realitinya Kassim Selamat ialah seorang artis yang baru je popular dengan 1-2 single yang selalu dimainkan kat radio then bila jumpa sorang peminat fanatik yang cantik dari keluarga yang kaya then terus nak kahwin (cam kes Jimmy Shanley plak). Bila dah kahwin guna duit mertua terus tinggalkan band music, pergi enjoy sakan main judi kuda plak. Bila dah miskin baru sedar diri.Last-last dah bagus-bagus orang sponser operate mata kedian senang-senang jer nak cucok mata guna garfu. Mangsa keadaan ke ni? Dia sendiri yang carik pasal apa?

Nyonya Mansoor pulak ialah sorang ibu tunggal yang terpaksa berdikari jalankan business tinggalan arwah suami dia sesorang diri. Then bila her teenage daughter yang minat sangat pada mamat yang dia just dengar dalam radio then terus nak kahwin so tak kan ar semudah tu jer mak dia nak bagi. Dah ar Sabariah tu satu-satunya anaknya. Ibu mana yang sanggup biarkan anak sendiri yang masih remaja kahwin ngan sorang artis yang tak ada masa depan dengan alasan itu cinta sejati dia? Dude, Nyonya Mansoor (teringat Rosmah Mansor plak) ialah ibu yang baik ar.. Hmmm

Sabariah masa jatuh cinta ngan Kassim dulu memang tak ingat dunia. Pendek kata hidup susah payah biarlah bersama aka itulah cinta mati dia. Tapi lepas tammat jer episode ngan Kassim Selamat then cepat-cepat plak leh kahwin rela hati plak ngan doktor bernama Ismadi. Al maklum doktor lebih glamour dari bekas penyanyi yang dudok bawah rumah orang apa. Sama kes gak ngan Chombi. Suami baru je lepas mati berjuang di medan perang. Nanggis-nanggis tak nak makan konon. Bila Kassim Selamat datang ngan nama Osman Jailani then tak nak layan lelaki buta ar. Tapi bila dapat tahu yang mamat tu sebenarnya Kassim Selamat, terus jer peluk tak nak lepas-lepas. Geli....
















So apa pengajaran dari cerita ni?
a) Please fikir banyak kali kalau ada artis ttiba nak ajak korang kahwin. Kalau setakat Tomok yang baru menang duit sejuta dari program realiti tu still please bandingkan dengan mana-mana doktor mata yang still single.
b) Kalau parents ko reject pilihan hati ko jangan terus merajuk nak lari ke Golok or Patani ar. Be in their shoes. Diaorang just tak nak tengok anak diaorang jadi janda kepada seorang lelaki yang hidup bawah lantai rumah orang lain ar.
c) Jangan simpan set sudu garfu tergantung kat dalam bilik tidur. Kebarangkalian korang tengah frust then nak cucok mata korang sendiri or pasangan korang cucok mata korang masa korang tidor sebab dapat tahu korang dating ngan other person pon sangat tinggi. Hmmmmm...



























Wakaka