Showing posts with label Farah Adiba. Show all posts
Showing posts with label Farah Adiba. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Pawagam Berhantu

Waktu filem Lelaki Harapan Dunia keluar dulu aku cukup tak puas hati sebab ia tak dimainkan kat mana-mana pawagam di Kuching pun (even perhaps satu Sarawak kot). Kemudian filem Terbaik Dari Langit pula hanya dimainkan kat Samarahan je (punya ar besar Sarawak, hanya 1 pawagam je yang main). Buat yang tak tahu geography, kalau Sarawak ialah Semenanjung then Kuching dan Samarahan ialah dua buah negeri yang berbeza. Nak buat macam mana kalau Melayu hanyalah majoriti ketiga terbesar selepas Dayak dan Cina dan peratusan perbezaan tu pula boleh tahan besarnya. Tapi yang peliknya bila filem-filem melambak keluaran Metrowealth boleh pulak ditayangkan. Hmmm..


Hari ni aku pergi layan Usup Wilca dalam Werewolf Dari Bangladesh. Seperti yang dijangka, hanya 1 pawagam je yang tayangkan filem ni. Dan ia bukan dari pawagam yang besar dan serba canggih. Even masa aku gi pawagam tu, hanya aku sorang je yang ada kat situ. Jangan katakan filem tu, malah semua hall kosong. (yap, aku pergi waktu siang hari masa orang lain tengah kerja). Dan pawagam tu pun guna konsep kalau hanya ada sorang je penonton then filem tak akan main. So buat kali kedua selepas Talentime, aku beli 2 tiket untuk tengok movie kat pawagam. Hmmm..


Tapi buat pertama kali dalam hidup aku apabila aku satu-satunya manusia dalam satu hall. Sebelum ni paling sikit pun 2 orang waktu aku tengok cerita Amir dan Lokman Pergi ke Laut. Hall aku masuk ni saiz sederhana je. Seat bahagi 2 bahagian dan satu baris ada sekitar 5 or 6 seat dan laluan keluar masuk satu kat depan je. Aku sepatutnya duduk 2 seat dari belakang dari rasa macam belakang sangat then aku berganjak ke hadapan sikit dan duduk kat paling tepi tempat laluan. Dan aku masuk masa trailer satu cerita hantu omputeh ni. Belum ada apa-apa lagi berlaku.


Ketika cerita baru start sekitar 15 minit macam tu aku dikejutkan dengan bunyi 'orang' terlanggar tempat letak tangan antara seat. Aku kata terkejut sebab bunyinya agak kuat dan ia betul-betul kat belakang kiri aku. Bunyi tu biasanya kita dengar bila masa cerita dah main, lampu hall dah dipadam dan beberapa kumpulan manusia datang lewat dan terlanggar sana sini. Lagipun masa aku masuk hall memang dah gelap. Selalunya bila iklan or trailer terakhir sebelum cerita nak start then baru mereka padamkan lampu hall tapi sebab aku sorang je so mereka malas nak buat. Tapi sejujurnya aku tak rasa apa-apa sangat lagi.

Kemudian tetiba semerbak timbul bau bunga ros. Ia bukan bau minyak wangi ros. Sebab aku ada Body Shop perfume oil rose. Baunya lain. Kat rumah aku ada banyak pokok bunga ros. Jadi aku tahu bezanya. Bau segarnya lebih kurang sama tapi yang ini semerbaknya lain. Waktu tu aku dah rasa pelik. Tapi aku postitifkan diri kata yang pawagam ni milik orang India jadi mungkin mereka guna air mawar untuk merenjis orang kahwin sebagai penyegar hall je kot. But if in case bau tu tiba-tiba bertukar busuk macam bangkai then aku akan bangun dan blah.


p/s: aku seorang yang penakut. Giler penakut. Plus aku sentiasa ada imaginasi suatu hari masa tengok cerita seram or pembunuhan kejam kat pawagam yang penuh dengan orang dan berlaku aksi menjerit-jerit oleh penonton ketika aksi seram dan dalam masa yang sama ada seorang pembunuh yang ada masalah mental dan bunuh satu persatu manusia dalam hall tu. Namun disebabkan keadaan gelap dan semua asyik menjerit then akhirnya semua dalam hall tu mati. Hmmm..


Tapi disebabkan aku dah bayar extra untuk tiket dan cerita tak sampai setengah jam main then aku tak nak keluar. Melainkan kalau ketika tu ada benda keluarkan nafas sejuk kat leher aku or ada benda main-main ngan rambut aku or paling tak pun ada bunyi benda mengilai-ngilai belakang aku then baru aku berambus. Jadi sepanjang masa tayangan tu mata aku just fokus pada skrin dan ketawa kuat-kuat untuk tenangkan diri aku sendiri. Aku langsung tak toleh kiri kanan. Belakang lagi ar tidak. Tak nak aku tetiba tertoleh dan lihat sorang perempuan muka pucat, rambut panjang, baju putih dan terus ketawa besar. Innalillah ar aku jawabnya lepas tu.






Aku berada kat situ sampai filem habis. Dan bau tu pulak tak ada di situ sepanjang masa. Kalau dalam hall sederhana kecil tu dan beraircond pula then sepatutnya bau akan kekal dari masa aku masuk dan aku keluar ar kan secara logiknya. Dan mungkin memang ada pintu yang aku tak nampak belakang dinding sana dan ada pekerja yang curi-curi masuk nak tengok cerita dan kebetulan dia tertumpah air mawar ketika nak turun kerja tadi tapi kenapa dia langsung tak ketawa sepanjang cerita tu bermain? Hmmmm..










Paling peliknya aku tak rasa sejuk goosebumps. Sebab sebelum ni aku pernah kena kacau dan rasa sejuknya tak sama walaupun waktu tu aku berada dalam bilik air cond kuat. So hantu ke? Perhaps yes or perhaps not. Tak siapa yang tahu. Jadi apa kata kau yang sedang berada di Kuching sekarang ni pergi masuk hall tu tengok movie sorang-sorang pulak. Ada berani?

Tuesday, February 10, 2009

Lawatan Sambil MELENCONG

Ari ni 10hb February aka 4 hari b4 Valentine (yg aku x sambot) dan 3 hari b4 mock exam. Kami bbudak INSEP SAFETY n HEALTH OFFICER 2008/09 spt drancang telah mmbuat lawatan kdua dlm tempoh seminggu. Last Friday lawat 1 hospital swasta ni r. Then ari ni plak melawat CMS CEMENTS Sdn. Bhd. As dia punya syarikat ni bwat cements r dan yg paling teruja ni pasal ia adalah penguasaan penoh cements d Sarawak oleh (ehem2 jer r). So kami seramai 16 (syikin ttiba muncol balik) masok r tempat yg selama ni aku leh tengok dr luar je r. Kesimpulannya hari ni: hidong sangat sakit pasal debu yg sangat2 banyak bertaburan d udara. Tengok je r gambar ni (sbagaimana sepatotnya LAWATAN SAMBIL BELAJAR tp aku as usual plak telah melencong dan seterusnya mnjadikan xpidisi ni as masa riadah dlm mineral dust dan mendedahkan diri kpada silikosis)


Aku dan pelancong asing dgn izin

Gambar Kiri ni antara Silo2 yg cukop banyak dan besar2 kat tempat ni. Stiap 1 leh proses bukan maen banyak lg cements. Kanan plak ketua kelas kami yg cukop besar dan dedikasi iaitu enche BOB.

Gambar kiri: enche Alistair (yg slalu kena tangkap tido dlm kelas oleh Bob dan kekawan) dan kanan: enche Deff (yg nama real dia sangat susah nak d eja, tulis ataupon sebot)

Gambar kiri: enceh Aminor (yg bak kata Bob as lelaki yg muka x tunjok emosi dan aku mati2 selalu kena tipu dek muka x da emosi dia tu) dan kanan: enche Romi (sepupu Bob yg tinggi dari aku dan d kaitan as Romeo dlm kelas)

Gambar kiri: ence Roland (yg bawak kamera gak ari ni dan aku sangat jelous kamera dia) dan kanan: enche Fendi (yg sangat sempoi ngan rambot kerinting sangat2 dan kembang-Razy ko kena bwat ikot rambot dia r)

Gambar kiri: enche Khalik(also known as bapak kambing ngan business yg banyak sangat nak kena handle, dlm perancangan etc. kaki business wei) dan kanan: Aaron(sub-cont dlm kelas pasal bawak kepala sendiri suka hati masok suka hati balik. Duh..!!)

Gambar kanan: ence Man (yg most of the time otak dia gila ngan ketawa mengilai cam pontianak jantan tp laen masa dia waras r) dan kanan: miss Ina (gadis idaman Bob, dan semua budak llaki dlm kelas pasal bunga cuma tinggal dia sorg jer lg)

Gambar Kiri: enche Felix (nampak jer diam2 tp kalu dia dah ada tenaga, duh ramai r mangsa kiri kanan dpan belakang dia) dan kanan: enche Charles (aka org kanan Bob pasal mana ada Bob then situ r ada dia)

Gambar kiri: enche Marvin (ni r satu2nya ahli kelas yg cukop cool n neutral n normal sikit berbanding yg laen plus baju dia semua jersey bola jer) dan kanan miss Syikin (adik Khalik yg dah dpt kerja kat Putra Jaya tp ttiba leh datang kelas plak ari ni td)