Showing posts with label Emma Stone. Show all posts
Showing posts with label Emma Stone. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

My Ramona Flowers

Michael Cera mostly dalam semua filem yang dia berlakon akan bawa watak seorang lelaki yang cukup cool bagi aku. Contohnya macam dalam Scott Pilgrim vs The World, Superbad, Young in Revolt, Juno, Nick & Jonah bla-bla-bla, Sejujurnya kalau aku perempuan dan watak-watak tu real dan bukannya fictional characters then aku akan bercouple dengan dia. Hmmm..


Versi cool untuk perempuan bagi aku pula ialah Ramona Flowers dalam Scott Pilgrim vs The World (dan tak lupa Emma Stone). Yap, Im in love with fictional character tapi Ramona Flowers ialah ciri-ciri checklist perempuan yang tersangat cool bagi aku. Tolak part dia ada 7 evil ex-boyrfriend (include sorang girlfriend) dia memang cool habis. Dia tak peduli tentang rambut dia, tentang pakaian dia, tentang apa orang nak kata tentang dia etc dan dia hanya jadi diri dia sendiri.


Nowaday semua orang nak jadi cool tapi genuine cool sangat susah nak cari. Lebih banyak wanna be je yang ada. Sebab zaman sekarang ni semua gaya ada panduan senarai pakaiannya tersendiri. Kalau nak nampak nerd then pakai cermin bingkai plastik tebal, baju kemeja tuck in, rambut kena licin berminyak etc. Sedangkan dulu nerd ialah kaki buku yang selalu jadi bahan ketawa kat sekolah tapi sekarang ni semua nak jadi nerd sebab ia ialah fashion statement. Sama gak macam gaya vintage, hippies pelbagai. Artis barat pakai then artis sini pakai so semua orang nak pakai sebab nak nampak cool. Plus kat kedai dah melambak pakaian-pakaian yang ada ciri-ciri tu. So orang yang genuinely cool tu totally sangat rare nak jumpa.





...




Dan semalam aku jumpa my Ramona Flowers. Aku keluar dari satu klinik ni, naik motosikal, pakai helmet dan aku nampak dia. Perkara yang dah lama tak berlaku dah berlaku pada aku semalam. Aku tengok dia dalam keadaan tergamam (dan dia pun tengok aku) dan aku berterusan tengok dia sehingga dia masuk dalam klinik tu. Imagine tengok F1 secara langsung di mana part kepala kita bergerak 180 darjah seiring pergerakkan kereta tu. So macam tu gak ar kepala aku berpusing. Betapa menunjukkan betapa aku ialah seorang lelaki yang sangat desperate dan dia mungkin berfikir aku ialah seorang lelaki gatal. Dan tak lupa part ialah ialah perempuan yang sangat cool aku pernah nampak dan dia berjaya buat aku anggau sampai saat dan ketika ni.

Kalau korang pernah tengok filem Submarine then rambut dia lebih kurang macam Jordana Bevan tapi tak setebal tu ar. Dan dia cantik. Plus cara dia tengok aku dengan muka mencuka tu totally membuatkan aku feel kena panah cupid ar. Waktu tu aku totally tak tahu nak buat apa. Aku terus hidup enjin dan senyum sorang-sorang sepanjang perjalanan.










Aku bukan seorang lelaki yang cool. Tak ada apa-apa sebahagian dari diri aku yang dapat dikelaskan sebagai cool. Kalau nak menyamakan aku dengan mana-mana character then aku ialah Mindy Lahiri dalam The Mindy Project versi lelaki. Aku clumsy, otak penuh fictional dan aku emosi tak tentu pasal. Lagi pula kau memang tak merancang untuk berada dalam mana-mana bentuk relationship dengan sesiapa pun. Tapi kalau suatu hari kelak aku terjumpa dia lagi then aku akan tegur dia and give it a try. Sebab dia bukan seorang perempuan yang akan datang setiap hari dan mampu bagi effect yang sama pada hati aku.









Kehadapan my Ramona Flowers,
Kalau awak si gadis yang berambut aras atas bahu dengan potong depan atas keniing berbaju magenta muda bersama ibu or nenek di hadapan klinik Chen Batu Lintang Hari Jumaat 17 Oktober sekitar masa 2.45 pm dan terbaca post ni then tolong tinggalkan pesanan untuk saya. 

Friday, March 8, 2013

Oz The Great & Powerful Movie Review

Kalau korang tahu kisah pengembaraan Dorothy bersama fellowhipnya iaitu Scarecrow, Tin Man & Lion yang coward di dunia Oz then korang pasti dah tahu tentang filem Oz The Great & Powerful ni. Ia kiranya cam prequel kepada filem The Wizard of Oz laa before kedatangan Dorothy. Hmmm..


Sebelum aku memulakan review aku so firstly aku nak jelaskan pada korang yang cerita ni diterbitkan under Disney so the great part tentang cerita ni ialah ia cukup ceria then the not great part tentang cerita ni gak ialah ia cukup ceria. Sedangkan cerita pirate berlawan dalam Pirates of Carribean pun tak leh ada setitik darah then apatah lagi kisah John Carter of Mars yang sepatutnya dark dan erotic bertukar jadi comel dan kelakar lak. Nak buat cam mana kalau Disney punya target market ialah untuk tontonan keluarga. 

Plus aku bagi hint satu lagi yang cerita ni tak ada elemen suprise melainkan kalau korang tak pernah tahu tentang Dorothy dan The Wizard of Oz then korang akan terngangga tengok cerita ni. Tapi kalau korang pernah baca novel or tengok filem or tengok cartoon or tengok remake demi remake then cerita ni sangat tak ada suprise. 

Sebab pertama: Korang tahu kan yang dalam pengembaraan Dorothy dalam Wizard of Oz tu berakhir bila mereka berempat berada dalam emerald castle tu dan nak cari wizard tu tapi rerupanya wizard tu tak ada kuasa nak bagi wish pada mereka berempat sebab Oz tu sekadar lelaki biasa. So kalau korang sangat naive dan yakin si Oz lakonan James Franco tu last-last ada magical power then jangan harap ar. Ia tak akan berlaku.

Sebab kedua: Korang awal-awal dah tahu yang 2 adik beradik witch lakonan Mila Kunis & Rahcel Weisz tu ialah East & West witch jahat yang akan ganggu perjalanan Dorothy dalam The Wizard of Oz. Cuma dalam cerita ni ialah perjalanan muka mereka jadi hodoh cam Star Wars saat-saat kita nak tahu cam mana Anarkin Skywalker akan pakai topeng Darth Vader tu jer. Hmmm..








Selebihnya cerita ni cam tengok Dora The Explorer versi manusia. Ngan laluan pejalan kaki yang skema dan ceria dan Oz lak ada kawan monyet yang pandai cakap dan sesekali ada persimpangan jalan yang mereka tak tahu nak pilih jalan mana. Cam Dora je bunyiknya kan?







Part kureng bagi aku tentang cerita ni ialah bila si Oz (bukan Os dalam OSBON) ni nak bunuh Glinda yang dikatakan sebagai witch jahat tapi bila Glinda cakap dia witch baik then terus je si Oz percaya tanpa ada pergolakkan perasaan langsung. Dan pengarah cam memang tak nak buat penonton tertipu sikitpun. Cuba ar suroh penonton mempersoalkan sapa yang betul-betul baik dan sapa yang betul-betul jahat.

Then masa Oz dan kekawan part akhir nak melawan evil witch tu totally rasa cam tengok part Merong Mahawangsa lawan lanun guna cermin pecah tu. Duh, lame ar sangat. Dan witch yang hebat dan bijak then diperbodohkan sedemikian rupa. Hmmm..








The great impact pada aku lak pada part Emma Stone nampak sangat naive membuatkan dia nampak sangat hot. Jauh lebih hot berbanding part dia dalam Friends With Benefit. Kedian masa dia kena tipu kakak dia dan dia marah pada Oz tu best ar. Sedikit tamparan di pipi aku. Hmmm

Kemudian cameo sikit-sikit watak dalam Wizard of Oz cam Lion yang aku yakin itu ialah the Coward Lion dan Scarecrow tu cam best ar. Cuma kalau dia buat statement sikit-sikit tentang Dorothy masa last-last best lagi ar. Plus magical creature dalam filem ni sikit sangat. Setakat monyet bersayap, baboon bersayap, pari-pari air dan ceramic girl tu je kot.










Kesimpulan: Cerita ni setakat boleh-boleh ar. Kalau korang tak nak tengok cerita ni then tengok Dora pun feelnya sama jer. Hmmm

Tuesday, January 1, 2013

The Perks Of Being A Wallflower Movie Review

Novel The Perks Of Being A Wallflower ialah antara novel terbaik yang pernah aku baca. Aku ambik masa beberapa jam jer untuk menghabiskan keseluruhan novel. Yap, memang ar novel ni agak nipis tapi disebabkan ceritanya yang best menjadikan aku baca lebih cepat. So tamat baca novel tu aku ngan penuh ketidaksabaran menunggu akan keluarnya versi novel nya lak. Tapi unfortunately ia tak keluar di pawagam Kuching. Make thing worst bila aku nak nonton online gambar lak tak cantek. Tapi hari ni tadi aku recheck dan dapati versi kualiti video bagus dan keluar so aku download dan nonton.


Seperti yang dijangka it hard untuk memastikan sebuah filem yang diadabtasi dari novel akan betul-betul memuaskan hati pembaca. Memang kalau korang tak baca buku then it will be a great movie tapi malangnya aku dah baca novel tu dulu so aku agak sedikit kecewa ar. Jalan cerita dan emosi dalam novel tak kesampaian dalam filemnya. Itu belum masuk part yang kena buang dan tambah untuk memenuhi had masa kurang 2 jam plus untuk memenuhi kesesuaian selera penonton filem gak.

Sejujornya aku tahu tentang kewujudan The Perks Of Being A Wallflower bila aku check IMDB Emma Watson dan kemudian baru aku gi kedai buku dan beli novelnya. Emma Watson nampak berbeza dalam filem ni ngan filem terakhir Harry Potter. Dalam episode terakhir Harry Potter, Emma Watson nampak lebih matured tapi dalam The Perks Of Being A Wallflower lak dia nampak muda dan mentah bila disamping Logan Lerman. Sedangkan watak Sam dalam buku mempunyai karektoristik yang kuat dan matang dan liar. Emma lak a cute and nice English girl yang cuba cakap American Accent. Hmmm..

Logan Lerman lak punya muka yang cukup sesuai untuk watak ni. Tapi once dia keluarkan suaranya then kita akan setuju kata yang dia terlalu matured untuk bawak watak Charlie yang lurus dan nerdy. Most of the part kita tak dapat nak lihat dia untuk menjayakan watak tu. Dia cam lebih layak jadi budak famous as pemain basketball yang kiri kanan ada perempuan kat American High School. Tapi sejujornya tengok Logan Lerman dalam cerita in certain part akan buat kita kata "Soo Comel.." dan ada banyak masa gak dia berjaya bawak watak emosi Charlie yang bercelaru.







The Perks Of Being A Wallflower versi novel cukup banyak bermain emosi yang sejujornya buat aku rasa sangat bimbang dan takut pada Charlie yang ada masalah emosi yang tak stabil. Ada masa dia kemurungan sangat. Lebih teruk bila kawan rapatnya suddenly bunuh diri dan menjadikannya lebih teruk. Malangnya dalam filem ia tak ditunjuk sangat sehingga bab-bab selepas Sam pergi melanjutkan pelajarannya then emosi dia bergolak betul-betul. 

Plus dalam novel dia sedang menulis surat kepada sorang yang dia tak kenal dan orang tu tak kenal pun siapa Charlie. Malangnya once again kalau orang tak baca novel then pasti tak tahu apsal sebab dia nak tulis surat tu. Plus watak cikgunya lakonan Paul Rudd pun tak berkembang. Sekadar 2-3 scene yang ada dan tak cam tak membantu sangat pun. Hmmmm..

Endingnya pun kalau tak silap aku lain. Dalam filem ia quite happy ending sedangkan dalam novel sebaliknya. So aku nak baca balik novel tu pas ni. Hmmm..














Kesimpulannya filem The Perks Of Being A Wallflower  mungkin berjaya kalau orang tak tahu ia juga sebenarnya wujud dalam bentuk novel first place. Tapi nak buat cam mana kalau penulis dan pengarah filem (kalau tak silap aku) ialah orang yang sama. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk filemnya sendiri. Kan...?

Thursday, July 5, 2012

Lelaki Lelabah Yang Menggagumkan

Bila Tobey Mcquire bagitahu dia x akan berlakon mana-mana filem Spiderman or the last Spiderman film announced by Brian Singer as trilogi terakhir olehnya buat peminat filem adiwira Marvel (including me) rasa sedih gak ar. Then previous year pulak dengar ura-ura akan ada film Spiderman baru yang melibatkan pelakon baru dan pengarah baru then ia start balik dari mula then perasan best dan x puas hati tu bercampur baur. Part yang tak puas hati tu ialah bila watak Peter Parker tu dibawak oleh Andrew Garfield. Garfield as Spiderman? Hmmmm..


Spiderman always known as superhero yang sentiasa bernasib malang. Parentsnya dah meninggal, bukan anak orang kaya, Uncle Ben mati, Aunt May selalu sakit masuk hospital, episode cinta ngan beberapa girl yang tak jadi dan lastly ngan MJ but still bermasalah gak, boss Daily Buggle benci dia and even kalu ikut komik banyak orang benci dia. Hmmm..

Kalau korang pengikut Spiderman then korang pasti tahu yang Spiderman or mana-mana komik either Marvel or DC or mana-mana ar pasti punya banyak versi yang berbeza walaupun ia menceritakan hero yang sama. Cam Spiderman ni ada Spiderman, The Amazing Spiderman, Ultimate Spiderman, Spiderman versi manga or even ada Spiderman India. Yap, aku ada komik tu. Peter Parker dah jadi Pavitr Prabhakar. LOL isnt it?





Back to the movie. Disebabkan cerita ni start balik dari mula so there nothing much we can expext: Peter kena gigit dek spider mutant - Spider sense - Uncle Ben mati - balas dendam. Cuma apa yang membezakan kali ni ialah filem kali ni lebih realistik berbanding versi Brian Singer yang tampak ke-komik-an sangat ar. So this film will be darker and less humor ar. Plus korang tak akan jumpa si gadis berambut merah yang bernama Marry Jane Watson sebab dia belum wujud lagi. Then korang pun marah sambil kata "Mana leh cam tu? MJ Watson kira Louis Lane untuk Superman ar..!!"

Ya ya ya. Kalau korang tengok film terakhir tu memang wujud watak kecil Gwen as pengacau tapi kalau versi komik Gwen ialah watak cinta terawal Peter Parker before MJ. Even lepas tu dia ada beberapa lagi awek. Antara yang aku ingat secretary kat Daily Buggle tu. Hmmm..







Once again back to the movie. Dalam film ni Aunt May kurang tua dan rambutnya tak berwarna perang penuh ngan uban dan Uncle Ben pun tak kuar statement "..with great power there must also come great responsibility bla bla bla..". Dan penjahat kali ni bukan Norman Osborn sebaliknya The Lizard aka profesor yang kudung satu tangan dalam previous film yang x jadi jahat lagi. Dan kadar kejahatannya pun biasa-biasa jer.











Secara keseluruhan film ni memang leh mengubat kerinduan peminat Spiderman tapi disebabkan ia bermula sekali lagi bdari mula so peminat cam dah leh jangka what happen rite so nothing suprise. Plus tak ada part yang unforgettable moment setanding part cam second Spiderman masa Peter Parker nak menahan keretapi tu dari jatuh etc. Even tak nampak sangat part Spiderman as 'friendly neighborhood' menjaga bandar dari penjahat.  Plus part Emma Stone cam sikit sangat sehingga tak bawak apa-apa effect sangat dalam film ni sehingga kita tak tahu pun apa sebenarnya perasaan mereka berdua tu or bila perasaan mereka berkembang etc sehingga ttiba mereka dah cium-cium. 

Kedian Andrew Garfield pulak badannya agak sekeping dan nampak agak janggal bila pakai kostume tu. Plus kepala dia nampak besar tatkala leher dia agak panjang. Peter Parker suppose to be nerd tapi ke-nerd-an dia tak terserlah ar. Dia lebih ke arah pemberontak. 











The good part selain part gelap dan serius bagi aku ialah kissing part. Entah apsal bagi aku kissing part tu memang berjaya ar. Cuma Emma Stone nampak lame pulak berambut blond berbanding sewaktu dia berambut ginger red dalam Zombieland yang HOOOOOOT...!!!!














Keseluruhan, kena tunggu film kedua dulu.. Huhuhuhu.