Thursday, March 21, 2013

Oh My SPM

Waktu keputusan PMR keluar, aku ambik resultnya lambat beberapa hari. Sebab waktu tu tengah musim buah so aku ngan parents aku bermalam di kebun. Tak pasti kenapa kami nak bermalam di kebun sedangkan kami boleh jer balik hari kot. Macam ar kebun tu jauh sangat. Setakat sekitar setengah jam je kot. Pelik. May be nak ambik feel musim buah versi vintage kot.


Cikgu kat sekolah bagi big expectation gak pada aku ar untuk PMR sebab abang aku pernah bagi keputusan hebat buat sekolah pada paper PMRnya. Even aku pun sejujornya expect something big gak ar walaupun form 3 aku a bit astray aka lari sedikit dari laluan yang sebenarnya ar. So bila result keluar setakat 5A 3B so aku okey tapi rasa kecewa tu memang ada.

Bila sesi sekolah form 4 bermula then sebahagian ahli kelas lama dah pindah sekolah. Ada yang ambik sekolah teknik vokasional, sekolah sains etc. So bila ramai keluar so ramai budak kelas lain masok kelas kami. Aku pun dapat tawaran ke sekolah yang lebih baik gak tapi aku tolak. Aku tak tahu kenapa. Tapi cukup pasti form 4 aku lebih jauh menyimpang ar. Mungkin sebab effect lega selepas ambik big exam PMR so form 4 ialah masa untuk relaks. Then feel kekawan ramai pindah tu pun bagi effect tak best gak. Dan kekawan pun makin gila-gila menjadikan rasa memberontak aku makin kuat.

Akibatnya aku banyak main dari belajar masa form 4. Dulu form 1 sampai form 3 untuk paper math aku mesti dapat A tapi form 4 paper math kalau tak D then C. Mungkin niat nak belajar sungguh-sungguh masa form 5 nanti kot. Tapi masa form 5 lebih teruk. Siap beberapa orang cikgu tu leh merajuk dan tak nak ngajar kelas kami. Tu belum masok part ada cikgu yang pulaukan aku dan kekawan dalam kelas. Hmmm..

Kemudian perkara paling besar berlaku. Form 5 aku accident motosikal dan tak sekolah untuk lebih 2 bulan. Masuk balik sekolah 2 minggu lagi nak paper pertama SPM. 4 hari before SPM baru pecahkan semen kat tangan kanan. Akibatnya nak menulis pun tergetar-getar. Even siap cikgu advice aku lagi suroh ambik SPM tahun akan datang. Hmmm..









Masa hari ambik result, aku gi ngan kekawan. Aku memang tak expect apa-apa. Even sekolah pun tak bagi expectation sangat pada aku kot. Dan kebetulan hari tu terjumpa cikgu ngajar BM form 5 aka cikgu disiplin sekolah yang pernah kata kat aku masa kelas dia yang aku garenti akan dapat D untuk paper dia. Tapi doa dia tak menjadi. Aku dapat A. Aku setakat dapat 3A 5B 1C. Tak ada apa yang nak disesalkan. Im deserve it. 










Untuk adik-adik yang ambik result SPM hari ni please ar jangan menitiskan air mata bila keputusan tu totally hancur. Korang tahu yang korang deserve ngan result tu. Macam ar ko untuk 2 tahun tu setiap hari tidur 3 pagi untuk ulangkaji, hujung minggu gi tuisyen then balik terus gi library tapi keluar result straight C then tu baru pelik. 

Tapi jangan hanya sebab result ko fail then ko rasa hidup ko fail gak. NOOOOO..!! SPM setakat SPM jer. Kehidupan ialah chapter yang berbeza. Betapa ramai yang dapat keputusan SPM jauh lebih teruk dari aku tapi life mereka jauh lebih advance dari aku. Kereta bertukar ganti, ada rumah sendiri, ada family sendiri etc. 

Sebab kehidupan ni bukan tentang cam mana ia bermula atau apa ranjau laluan kau tapi cam mana ia berakhir kelak. 









Last week cousin aku datang rumah. Kami cakap-cakap. Antaranya dia suarakan kebimbangan dia pada aku yang belajar tinggi-tinggi tapi setahun tak bekerja. Sedangkan dia tak belajar tinggi cam aku tapi ada life yang jauh meninggalkan aku di belakang..


Hey, aku selalu kata: Kalau kebahagian tu diukur dari harta kekayaan then aku ialah manusia yang cukup miskin. Allah itu maha Esa. Dia dah tentukan laluan setiap manusia. Dan aku yakin yang aku masih berada pada laluan yang dah ditentukan olehNya untuk aku. Dan aku bahagia...

1 comment:

Anonymous said...


Our updates Recent articles: