Sunday, March 3, 2013

Islam & Psoriasis

Aku pernah kuar statement yang aku tak perlu bimbang kehilangan apa-apa sebab aku tak punya apa-apa untuk dibimbangkan. Bila aku kata aku tak ada apa-apa then ia hanya bermakna bahawa aku tak ada harta kekayaan, material yang mahal or wang ringgit yang banyak. Tapi sebalik tu aku ada perkara yang tak boleh dibeli ngan wang ringgit cam keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada disisi. Still kalau aku kehilangan mereka still aku leh terima ngan hati yang terbuka dan redha. Cuma ada satu harta yang paling mahal dan besar yang kalau aku hilang then aku totally nothing iaitu agama.


Aku bukan sorang alim warak yang hafal al-Quran or tunggang terbalik solat or menyampaikan dakwah sana sini. Aku sekadar sorang lelaki yang Islam melalui kelahiran dari ibu bapa yang Islam, aku mengamalkan kewajiban yang diwajibkan ke atas aku tapi still amal ibadah aku masih jauh dari sempurna untuk aku banggakan. Tapi aku masih lagi cuba untuk merangkak perlahan lahan setapak demi setapak ke arah pengabdian diri sepenuhnya kepada tuhan yang Maha Esa. And so sure perjalanan tu masih jauh dan ianya tak mudah. Hmmm..

Aku beriman kepada Qada & Qadar Allah. Aku percaya bahawa masa aku kerja, berhenti dan mengganggur ni ialah laluan yang dah ditentukan olehNya ke atas aku. So sepanjang tempoh tu aku mulai attend kelas-kelas ilmu (yang bukan radikal ar) dan tahun ni makin kerap. Dalam tempoh sebulan ni at least attend sebuah kelas ilmu sekali seminggu. Dan aku belajar dan belajar.












Aku menghidap psoriasis sejak dari kecik lagi. Plus aku melalui psoriasis pada persekitaran masyarakat yang tak membantu so bila aku berada tahap remaja maka aku menyalahkan tuhan dan melabel psoriasis sebagai sumpahan. As time goes by: masyarakat masih tak jauh berubah, psoriasis aku makin teruk tapi reaksi berbeza berlaku pada aku. Aku lak boleh menerima psoriasis aku sepenuhnya. Sehingga pada tahap kalau aku diberi peluang untuk lahir semula then aku akan pilih untuk hidup sebagai seorang psoriasis semula. 

Sebabnya: aku ada agama. Islam ialah agama yang cukup indah. Ia mengindahkan hidup aku. Walaupun orang masih lagi mengata belakang aku, tengok aku ngan pandangan yang geli dan hina or makin sakit aku berdiri tegak or berjalan bengkak bengkok or kulit aku terik sehingga berdarah tapi aku makin gembira dan makin aku bersyukur. 






Sebab aku beriman bahawa kesakitan itu ialah ganjaran pahala dan menghapus dosa serta Allah tak akan bagi ujian hebat melainkan hanya kepada orang yang hebat. Betapa sejak aku umur 2 tahun sehingga 28 tahun ni, psoriasis aku tak pernah hilang dan betapa rahmat tuhan yang Maha Pengasih & Maha Penyayang telah menurunkan pahala ke atas aku tanpa henti untuk tempoh 26 tahun. Dan 26 tahun tu gak tempoh dosa-dosa aku terpadam sikit demi sedikit. Betapa aku bukan orang biasa-biasa. Betapa psoriasis ini ialah anugerah yang menjadikan aku manusia terpilih. Betapa bertuahnya aku sebab sentiasa dalam jagaan Allah selama ni dan kalau aku masih lagi pilih untuk tak beriman maka aku ialah manusia yang benar-benar rugi. Hmmm..










Kalau kekayaan dikira melalui harta dan wang ringgit maka aku ialah manusia yang cukup miskin tapi kalau kekayaan dikira melalui kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan maka akulah manusia terkaya di dunia. TQ Allah

2 comments:

Shila said...

ko nak tau, bapak aku ada beli produk yg kt pamplet dia kata bole sembuh proriasis ni..

Menipu je kan?

Aj Abdullah said...

Entah. Sah-sah psoriasis tak leh sembuh. Mesti yang kuar produk tu tak tahu menahu tentang psoriasis. hmmmm