Aku ingat lagi pada tahun terakhir aku di universiti, satu hari ni aku naik komuter. Kebetulan ada sorang junior naik sekali. Sebenarnya kami tak pernah bertegur pun dalam kolej tapi sebab aku tak nak ar jadi terlalu sombong so aku tegur ar so kami cakap-cakap. Then tak sangka lak leh ada chemistry. Aku bagitahu dia ar yang aku nak gi Chow Kit. Dia tanya yang Chow Kit tu bukan tempat 'hitam' ker sebab sepanjang dia lahir dan membesar kat Lembah Klang, sekalipun dia tak pernah jejak kaki kat Chow Kit.
Sepanjang aku belajar 3 tahun di UKM, aku selalu sangat gi Chow Kit sesorang diri. Aku pernah ajak kekawan tapi mereka tak berani gi sana. Sebab mindset dah kata yang kawasan tu ialah kawasan 'hitam' or bermasalah ngan kepadatan warga asing dari pelbagai negara, bangunan yang dah terbiar, pengemis dan kutu-kutu yang selekeh tepi jalan, pelacur etc. Tapi alhamdulillah sepanjang aku gi sana, there nothing happens.
Ada 2 part pada Chow Kit yang best bagi aku. First: Pasar Basah and second: Pasar Bundle. Pasar Basah Chow Kit ni jual banyak barang dari jamu, buah-buahan, sayuran, kuih etc. Pasar ni besar dan panjang dan letih gak ar nak jalan. Aku suka pasar ni sebab ia menggingatkan aku tentang Old Sunday Market kat Satok, Kuching dan sayur dan buah jual situ murah dan segar.
Pasar Bundle lak as namanya jual barang bundle ar dari baju, seluar, beg, topi etc. Aku suka barang bundle sebab ia sangat authentic, rare, berkualiti dan murah. Kalu aku gi pasar ni then aku akan buat 3-4 kali pusing dan kat satu kedai tu aku akan belek banyak kali ar.
Kalau aku gi Chow Kit hari Sabtu then baliknya aku akan jalan kaki untuk gi pasar malam jalan TAR untuk beli caramel puding dan balik guna komuter station bang negara dan sampai UKM hari dah malam.
Entah apsal tetiba aku rindukan Chow Kit. Aku rindukan bunyi bising lagu dangdut dibukak pada volume tertinggi guna speaker besar. Aku rindu feel berada kat Indonesia plus Bangladesh. Aku rindu pada bapak dan emak ayam tua yang cakap bahasa Cina sambil tarik-tarik aku gi layan anak ayam diaorang ngan serendah RM10. Aku rindu bau baju-baju bundle yang cam sengit semacam. Aku rindu tengok pelacur-pelacur tua yang gemuk ngan perut berlapis sambil pakai baju tidur dan merokok dan panggil customer seawal jam 10 pagi. Aku rindu kesesakkan berjalan melalui lorong-lorong yang penuh ngan manusia yang punya perangai pelbagai..
Hmmmm..
No comments:
Post a Comment