Friday, March 29, 2013

Awek Chuck Taylor Book Review

Setiap lelaki pasti ada meletakkan satu garis panduan untuk menggambarkan sorang gadis ni as a hot girl. Antara ciri-ciri hot girl aku ialah sorang girl yang pakai flannel shirt, jeans dan high cut Chuck Taylor sneakers. Pendek kata aku dan Hafiz (watak utama dalam novel Awek Chuck Taylor) berkongsi ciri-ciri hot girl yang sama. Wakaka..


Bila aku baca novel Awek Chuck Taylor oleh Nami Cob Nobbler ni then otak aku secara tak langsung mengimaginasikan ia dilakonkan dalam bentuk drama dengan barisan pelakon Beto Kusyairy as Hafiz sebab 1st: aku suka lakonan Beto yang mantap and 2nd sebab digambarkan dalam novel ni yang watak tu tak kacak, Syarifah Amani as Mira sebab watak ni perlukan girl yang tegas pendirian, Syarifah Ariana as Mira yang tampak monotones tapi penyayang dan Izzue Islam as Aiman yang gila dan rempit. Seriusly, aku baca jer buku ni then otak aku imagine diaorang. Hmmm..


Sinopsis: Hafiz fail masa universiti dan dia nak mula balik life ngan ambik form 6 semula. Gila apa kan? Rasanya tak perlu kot ulang balik STPM 2 tahun semata-mata nak masok universiti semula. Tapi itu antara sebab aku nak beli buku ni. Tapi masalahnya isu masuk semula form 6 ni hanya digembar gemburkan dalam beberapa muka surat jer pun. Ingatkan ia big deal sangat tapi tak. 

Hafiz ni ada masalah ngan keyakinan diri bila masuk part perempuan. Dia quite desperate sebenarnya. Mana taknya. Dia leh couple ngan girl yang dia jumpa kat Myspace twice dan sorang tu sah-sah just nak duit jer bila asyik mintak top-up kredit handphone dan mintak duit untuk shopping but still si Hafiz jadi bodoh turutkan sedangkan dia just makan meggi jer. Dan dia tak nak break up sebab tak nak menyendiri. Hmmm..

Kedian dia couple ngan Mira yang asyik nak against the world jer memanjang dan gila cepat moody. Kalau moody then sepak terajang, barang melayang-layang etc. Just imagine kalau awek ko tampar ko di khalayak ramai. Malu tu wei. Dan still kau nak couple ngan dia lagi...?

Then muncul watak Nana aka adik Mira yang perangai totally berbeza ngan kakaknya. Yap, muncul kecelaruan dalam diri Hafiz bila dia pun ada perasaan pada si adik. Dan berlaku konflik yang quite interesting gak ar.

Graf cerita ni a bit tak stabil ar. Kalau cerita biasa then grafnya cam piramid yang kemuncaknya ialak klimaks cerita tapi cerita ni lain. Rasanya part diaorang nak gi Kanada tu dah cukup sesuai jadi penamat tapi ia start baru semula. Aku suka ending dia. Someone need to die untuk menjadikan ia sebuah epik tapi penamatnya agak mengejut ar. Tapi aku suka cerita yang tak berakhir ngan happy ending. Hmmm..

 









Novel Awek Chuck Taylor ni best sebenarnya tapi sebab aku dah terbaca Lelaki Eksistensial oleh penulis yang sama terlebih dahulu so menjadikan buku ni just biasa-biasa jer. Lelaki Eksistensial lebih dewasa manakala Awek Chuck Taylor lebih kepada dunia remaja. Dan aku lak dah meninggalkan zaman remaja so effect cerita ni kureng sikit buat aku ar. Cintan cintun sana sini but still bayang-bayang Lelaki Eksistensial ada gak pada Awek Chuck Taylor ni terutama part curang. Hmmm..








Kesimpulannya: cerita ni best kalau korang cintan cintun dan masih remaja. Plus cerita ni menurut penulisnya ialah dari event sebenar. Hmmm..

No comments: