Tuesday, March 12, 2013

Cikgu Nowadays

Last few day aku sms ngan Pak Isyraf aka roomate aku masa zaman universiti dulu. Lama dah sebenarnya nak sms tapi asyik lupa jer. Kkawan ni kalau asyik aktif kat FACEBOOK tapi tak followed kat sms or call nanti rasanya cam tak ikhlas lak. So aku sms ar tanya khabar berita..


Sekarang ni dia mengajar English kat sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor. Kalau tak silap aku kali terakhir aku sms dia masa dia baru start mengajar kat situ. Kira lama gak dah tu. So tanya ar khabar berita, cam mana mengajar dan life sekarang ni. Memula dia kata enjoy mengajar yang buat aku cam tak caya then mempersoalkan dia betul-betul. So jawapan betul-betulnya:Stress ar. Sebab ngan perangai student yang spoil ngan parents yang extra spoil lagi yang siap-siap nak saman cikgu dan sekolah jer memanjang. Hmmm..



...



Sepanjang aku berbelas tahun sekolah, aku mengkelaskan cikgu kepada beberapa jenis: 

a) Cikgu yang datang ke sekolah setiap hari, baca buku teks sambil duduk kat kerusi, bagi kerja rumah dan keluar bila bunyi lonceng untuk habis sesi aka jenis manusia yang tunggu gaji keluar hujung bulan jer.

b) Cikgu yang kekal menulis kat papan hitam sambil ulas sikit sebanyak apa yang dia ajar tanpa pedulik bebudak kat belakang yang bising dalam kelas aka cikgu yang dedikasi mengajar tapi takut nak tegur students.

c) Cikgu yang mengandong then cuti beranak beberapa bulan dan mengajar balik for few month dan kedian kita sedar dia start mengandong balik dan ia berulang banyak kali. Even rasanya cikgu tu lebih banyak cuti dari mengajar aka cikgu kilang anak.

d) Cikgu yang banyak membebel panjang dalam kelas, tak puas hati ngan kerajaan, protes sistem itu ini dan dia tak sedar setiap kali benda yang dia bebel ialah benda yang sama jer.Tapi bila dalam mesyuarat then dia ar manusia yang paling diam dan banyak angguk aka jenis cikgu jaguh kampung.

e) Cikgu yang paling sikit populasi dan makin terpupus: Cikgu dedikasi pada pelajaran dan anak murid. Hmmm..



...



Aku pernah jadi cikgu untuk satu tempoh masa yang singkat disebuah sekolah swasta. Aku masih ingat antara perkara terawal yang diingatkan kepada aku ialah: Jangan sampai student or parents diaorang saman awak. Sejujurnya aku mengaku yang aku tak berjaya sebagai seorang cikgu. So before aku mencemarkan kemuliaan pekerjaan cikgu tu so aku resign. 





...



Last few year, anak buah aku kena tarik telingga oleh sorang cikgu fardu ain ni. Emak dan kakak aku bukan main meletup lagi. Aku tak faham kenapa mereka nak meletup melainkan ar kalau anak buah aku tu sangat baik perangai then lain ar. Sebab semua orang tahu yang anak buah aku tu nakal. Aku yang mengajar dia pun leh tak sabar inikan pulak cikgu. 









...




Kita bising bila tengok berita kes student-student sekolah yang perangai cam hantu. Tapi kita jauh lebih marah bila cikgu hukum anak kita yang cam hantu tu? Tu apa kes? Sebab ia melibatkan darah daging kita ke? So cadangan aku: jangan hantar anak ke sekolah. Ajar je anak tu sendiri...!!









Memang ar cikgu tu manusia so diaorang tak sempurna. Even jumlah cikgu yang aku benci lebih banyak dari cikgu yang aku hormat tapi at least ibu bapa please ar jangan jadi manja sangat. Biar ar cikgu buat kerja diaorang untuk membetulkan perkara yang korang tak berjaya buat kat rumah. Hmmm..

No comments: