Sunday, March 3, 2013

Suprise..Suprise..Suprise..

Situasi:
Hari tu birthday kau. Kawan kau ajak lepak. Then sampai sana group of other kawan dah ready ngan belon dan kek sambil nyanyi lagu birthday. Ko lak ngan reaksi giler terkejut dan upload status kat FACEBOOK kata: Thanks kekawan sebab buat suprise birthday party buat aku. Terkejut dan terharu sangat. Hmmm..


Aku tak faham. Hari tu kan birthday kau dan kekawan yang sama pasti akan buat parti yang sama pada tarikh yang sama setiap tahun. Diaorang tak pernah miss sekalipun. Jadi cam mana kau leh labelkan benda tu sebagai suprise party sedangkan kau dah cukup pasti kekawan yang sama akan buat benda yang sama cam tahun-tahun sebelumnya. Dan cam mana ko leh kata kau terkejut? Lain ar kalau party tu dibuat pada satu tarikh yang cukup rambang ker cam beberapa bulan sebelum or selepas birthday kau ke or pada satu moment yang tak leh dijangka oleh akal manusia yang waras cam kau tengah berak kat public toilet tetiba pintu diketuk dan kau bukak then ramai kekawan bawak kek dan korang malam dalam toilet. Then itu baru betul-betul suprise.









Terkejut konon. Menyampah aku tengok..!!

No comments: