Friday, November 9, 2012

Manusia Yang Manja

Antara perangai manusia yang aku tak suka ialah: Sangat baik kat depan tapi mengata teruk-teruk kat belakang, sangat cakap besar tentang kelebihan diri sendiri, mulut sangat manis masa mintak tolong tapi kedian masa lain totally stranger, manja tak bertempat bla bla bla. Apa yang aku nak cerita hari ni: Manusia yang manjanya tak bertempat. Hmmm..


Kat universiti dulu ada sorang mamat ni kami panggil dia sultan (ni bukan Hafis Johor tu ar) sebab semua benda dia tak berani, tak mahu, tak nak buat. Dia tak ar tahap sultan yang zalim or kuat pemerintah suruh  itu ini tapi orang annoying pada dia sebab dia sultan yang tak nak mencemar duli. Contoh bila dia nak tahu satu info ni then dia akan mintak kita tanya pada si A yang tahu sebab dia malu nak tanya sendiri. Or dia nak beli satu barang then dia akan mintak kita gi kedai ni dan beli sebab dia tak pernah dan tak berani buat benda tu sendiri. Pendek kata dia sangat manja tak bertempat ar.


Sebab aku ni bukan jenis manusia yang suka mintak tolong orang, bergantung pada orang lain untuk hidup or in other word 'Beli Kari' (berdikari) ar. Aku tak suka guna alasan aku tak berani sebab aku tak pernah buat, aku malu kalau orang kata itu ini pada aku, aku takut benda aku buat tu nanti salah, etc. Bagi aku kalau aku tak pernah buat satu benda ni contoh cam nak bukak account bank then aku gi satu bank ni, tanya pak guard, gi kaunter tanya itu ni then aku dapat pengalaman baru dan benda aku nak tu siap. Tak perlu ar aku nak fikir malunya aku pak guard tu mesti fikir aku ni bodoh sebab nak bukak account pun tak pernah bla bla bla.

Semua orang mesti ada first time moment laa. Kalau kau buat silap sekalipun at least ko akan belajar something from it. Jangan peduli sangat cakap orang. Dah orang tu ada otak dan mulut then mesti ar dia berfikir dan leh cakap. So wat? Plus manusia yang terlalu bimbang apa orang fikir dan kata ni biasanya akan fikir dan kata benda yang sama terhadap orang lain yang pernah dan akan berada kat tempat tu gak. Contoh kalau dia nampak sorang makhluk tuhan ni makan sesorang then dia akan fikir or kata yang individu tu as loner, tak ada life, sombong, bermasalah mental, tak ada kawan etc so satu hari dia lapar dan kekawan dia tak ada so dia lebih refer sakit perut, gastrik daripada makan sesorang sebab dia takut orang akan kata apa yang difikir selama ni. Hmmm...


















Bagi aku manusia yang berdikari ialah individu yang hot. Seriously. Plus kalau ada orang yang manja tak bertempat ni then guna teknik yang aku guna ni. Kata kat dia: Sapa kau nak manja-manja ngan aku? Kau bukan awek aku pun? Hmmm..

2 comments:

Shila said...

haritu raya haji, jiran bagi masak lemak kulit lembu..

1st time jumpa..excited gila nak rasa..
sedap gak..

ko penah makan..?

aku kategori manja..tp xde sapa nk manjakan..sedihkan..

Aj Abdullah said...

Mukadimah atas ngan ayat terakhir cam berbeza sangat ar kan? Pernah gak makan kulit lembu. tu ar masa raya haji jer selalu dapat. memula rasa geli tapi bila dah makan woke pulak


manja x kisah janji bertempat kan?