Thursday, April 21, 2011

Cinta & Kahwin

Aku baju jer balik dari ambik my 9 years old nephew dari sekolah dia. Kebetulan hari ni tadi anak jiran sebelah aka rakan sekelas dia menumpang aku balik sekali. Tapi ada event berlaku sebelum tu. Baru je dia jejak kaki keluar dari bangunan sekolah dia terus jer dia menjerit kuat-kuat kat sorang girl ni "Mashita, I love you..!!" Bapak-bapak budak including bapak si Mashita yang tengah aman jer parking kenderaan memasing ttiba ketawa besar. 9 tahun dah tahu bercinta? Aku yang ada kat situ tumpang malu je r.


Soalan Bonus: Bila korang first jatuh cinta dan bila korang benar-benar tahu apa itu cinta?
.
Ada yang jumpa jer minah or mamat cantik/kacak then terus kata "Im in love..!!", ada yang as early as belum akil baligh lagi dah ada couple, ada yang tak boleh hidup tanpa pasangan so bila putus terus je as soon as possible ada penganti, ada yang bercerai atas alasan cinta dah tak ada lagi antara mereka, ada  yang bercouple lebih dari sorang dalam satu masa, ada yang menanggis and bunuh diri sebab putus cinta etc. Tapi apa yang mereka tahu tentang cinta dan apa yang anda tahu tentang makna cinta?



Korang pernah tengok couple sekolah menengah yang bercinta bagai nak rak dan dah plan kahwen nanti nak berapa orang anak and sempat plan lagi nama-nama anak. Erk. Then bila parents halang so berlaku r adegan Romeo Juliet, Uda Dara, Qaish Laila etc.Meraung kata parents tak paham makna cinta, cinta mereka tu cinta sejati r, lelaki tu tulang rusuk dia r etc. WTF.























Realitinya ramai pasangan yang berkahwen berpuluh-puluh tahun, ada anak berbelas orang still tak tahu apa itu cinta. Mereka kahwen sebab orang lain kahwen. Mereka berpasangan sebab orang lain berpasangan. Realitinya mereka tak tahu kenapa mereka perlu kahwen dan kenapa mereka perlu berpasangan. Mereka buat sebab orang lain buat. 










Ia sekadar ikutan. Itu sahaja. Hmmm..

2 comments:

MORIBAYU said...

Cinta macam warna.
Ianya akan pudar...dan lusuh.

Masalahnya bermula....bukan pada waktu..ianya mulai pudar.

tetapi,dari waktu....kita mula mewarna.

------tiada siapa yang pandai mewarna.itulah masalahnya.

Aj Abdullah said...

kelas "mari belajar mewarna" ramai yang datang tapi bila bab cikgu mengajar depan then ramai buat projek sendiri kat belakang so warna yang dihasilkan tak cam mana yang sepatutnya... hmmmm