Isyraf, seorang kawan pernah kata: Awan ialah apa yang otak kita mahu ia jadi. Kalau otak kita kata satu bentuk awan tu as bentuk gajah then walau ada beribu orang lain kata ia adalah bentuk lain sekalipun ia akan tetap jadi bentuk gajah kepada kita sebab otak kita dah kata macam tu. Sama gak ngan kehidupan. Kita adalah apa yang kita mahu ia jadi. So kalau kita kata kejayaan ialah dalam satu bentuk tu then walau ada beribu kata sebaliknya dengan idea-idea pelik mereka still kejayaan bagi kita ialah apa yang kita gambarkan. Sebab kita ialah apa yang kita mahu. Hmmm...
Rasanya dah almost 2 bulan perkara tu berlaku. After that ia agak menguasai otak aku. Each and everytime aku berseorangan then aku akan terfikir tentangnya. Cuma recently jer aku dah agak lupa tentangnya. Sehingga last nite ada sorang kawan yang tersebut satu perkataan: SOSCO then ingatan tu datang lagi.
Last 2 month aku dan emak jumpa dia. Dia masih muda technicallynya. Sekitar pertengahan or akhir 30-an. Tapi dia dah pencen: pencet ilat SOSCO. Dia pencen atas nasihat doktor sebab kesihatan dia tak menggalakan dia bekerja lagi. Sebab ia akan menjadikan ia jauh lebih teruk lagi kelak. Btw sebelum aku pergi jauh, dia ada penyakit sama cam aku. Tapi at that day bila tengok dia it seems she was born normal. Her skin sangat normal. Dan dia kata ngan senyuman kata dia tak pernah imagine one day dia akan kuar pakai baju lengan pendek.
Hey, that my dream too.. One little thing that gonna makes life great.
Cuma dia kata: she still need to go for therapy dalam certain masa, makan ubat, get some injection, and operate ambik 'things' dari tulang belakang bla bla bla. The result: she got a good skin tapi dia sangat dah tak boleh berdiri lama sangat. So dia just duduk jer di rumah berbekalkan duit pencen dia..
Kedian dia tanya aku "Aj, kenapa tak apply pencen SOSCO?"
Aku just tersenyum. Tapi dalam hati aku nak kata: Im just 26 dan aku tak nak menamatkan hidup aku seawal tu. Masih banyak perkara lagi yang belum aku buat. Aku masih nak berdiri, nak berjalan as lama as I could. Dan aku tak nak jadi tikus makmal lagi. Aku tak nak makan bebelas biji pill yang besar-besar tu setiap hari, ambil darah 3 kali seminggu, pergi sana sini, buat rawatan itu ini. Tapi aku dah letih hidup dalam jasad ni. Ia menyakitkan aku.
Dah lebih 6 tahun aku tinggalkan hospital tu. Dan tak terdetik untuk aku rindu tempat tu. Tapi mungkin petang ni aku akan pergi ke situ lagi. Start dapatkan rawatan balik..
Price of being normal: you need to be abnormal then you can be normal.. Hmmm..
No comments:
Post a Comment