Friday, April 15, 2011

Mode Pilihanraya 2

Kalau hari ni tak kiamat then Insya-Allah rakyat Sarawak akan keluar mengundi esok. Dan kalau tak ada aral melintang lain then aku pun akan buat julung-julung kalinya akan mengundi untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak pada usia 26 tahun ni. Huuu. So post kali ni aku nak share ngan korang beberapa perkara or statement yang sangat aku tak puas hati each time datang part pilihanraya ni. Aku ni memang jenis kaki tak puas hati ngan semua perkara pun realitinya.. Wakaka


A. Perang Poster
Aku sangat maniac-ly tak berminat each time datang jer pilihanraya then akan tergantung beribu-ribu poster, kain rentang, plastik rentang or what ever gelaran sekalipun  yang pelbagai saiz yang tergantung kat tiang lampu, pokok tepi jalan, bus station, jambatan, tengah padang, atas atap, belakang lembu etc. Poster yang tergantung tu pulak dari basic just X dan lambang parti kepada muka yang bertanding  kepada cogan kata, propaganda, kartun, serangan peribadi, or just terlalu abstrak sehingga susah nak paham.

Golongan marhaen pulak akan kuar statement: 'Mana meriah kalau pilihanraya tak ada perang poster' or 'Makin banyak poster parti then maknanya makin kuat pengaruh parti or kuat kawasan tu'. WTF sungguh statement tu. Belum lagi ada yang maniac parti politik tertentu yang kata 'Tengok r parti ____ punya poster besar galak. Tak macam parti _____ then macam mana nak membentuk kerajaan. Buat poster pun kecik..' 

Tak pedulik r poster-poster tu guna duit peribadi or kelab ker janji jangan guna duit rakyat buat poster beribu-ribu bagai ngan nilai beribu-ribu ringgit yang hanya untuk dipaparkan seminggu dua saja tapi after pilihanraya then semuanya akan masuk dalam tong sampah. Bukannya dapat direcycle pun. Jangan harap r nak guna untuk next pilihanraya. So semuanya akan jadi sampah-sampah-sampah. Nak buat earth hour 24 jam pun tak leh nak bantu kalu cam ni.. Hmmmm...




Kenapalah perlu gantung banyak-banyak poster ni? Rakyat tak dapat memilih ker kalu tak ada beribu-ribu poster ni. Rakyatkan dah bijak. Mereka dah tahu siapa yang akan mewakli mereka. Cukup r sekadar buat kempen jer. Jimatkan duit dari buat poster tu kepada pembangunan selepas pilihanraya tu kelak kan bagus.. Hmmmm...



B. Politik Pembangunan
Ciri yang jelas menunjukan pilihanraya Sarawak ni semakin dekat dulu ialah apabila banyak pembangunan ttiba siap dengan mengejut. Jalan raya yang tertangguh beberapa tahun leh siap dalam beberapa bulan. Bangunan itu ini ttiba bangun dengan cepat. Bila tengok TV banyak cerita tentang Sarawak keluar. Menteri-menteri besar Malaysia mulai turun padang lancar itu ini. Isu tanah NCR yang bertahun-tahun bermasalaah ttiba dapat diselesaikan beberapa hari jer. Program itu ini ttiba jer dilancarkan. 

Bila ada kempen pulak ada cabutan bertuah motosikal, kereta etc untuk menarik orang datang. Ada yang dibayar untuk datang majlis-majlis tertentu. Siap jemput penyanyi, artis, dan penari-penari separa erotik lagi untuk pukau penunjung. Kat kawasan pedalaman pulak ada yang diberikan radio percuma kepada setiap seorang penduduk. Besar ke nilai radio ni unuk tarik pengundi berbanding nilai maruah diri?

Itu belum lagi masuk janji pembangunan itu ini selepas pilihanraya nanti. Tengok saja kat kampung aku. 10 tahun lepas janji nak buat masjid baru so seminggu before pilihanraya penduduk yang mendiami kawasan tu dipindahkan, tanah merah ditimbus etc tapi after pilihanraya: SUNYI. 5 tahun lepas kuar lagi issue nak buat masjid baru tu ngan nilai RM 1 juta  tapi after pilihanraya lepas: SUNYI lagi. Last week Perdana Menteri datang kampung aku janji nak buat masjid baru ngan nilai RM 3 juta. Kalau after pilihanraya kali ni still SUNYI aku rasa next 5 years, President US pulak yang datang agaknya.. Huhuhu




Gosh, aku tak nak merujuk kepada mana-mana parti politik tapi tolong r berhenti buat politik pembangunan edidi khas nak pilhanraya ni as jalan pikat hati rakyat r. Turun padang nak jumpa rakyat pun 5 tahun sekali jer. Kalau tak haram nak tahu cerita sebenar rakyat. Jalankan pemerintahan yang bijak r... Hmmmm...




C. Pekerja Kerajaan
Aku paling tak puas hati setiap kali ada pilihanraya then berjumpa ngan kaki tangan pekerja sektor kerajaan, then mereka pasti akan kuar statement "Aku ni kerja kerajaan. Anak bini aku kerja kerajaan then macam mana aku nak pilih pembangkang?". Aku sangat-sangat tak paham kerelevenan statement ni. Apa motif utama statement ni? Adakah kalau pembangkang menang then pembangkang akan memberhentikan perkhidmatan mereka dalam kerajaan secara serta merta or mereka tak akan dibayar gaji langsung oleh pembangkang aka kerajaan baru tu nanti?


So maknanya pekerja sektor awam di Selangor, Kedah etc tu bekerja tak bergaji ker? 


Masyarakat sangat di-brain wash dari dulu lagi dengan dinyatakan bahawa pembangkang ialah orang jahat yang nak salah gunakan wang rakyat untuk kepentingan diri mereka dan kroni-kroni mereka sahaja. Pembangkang or kerajaan adalah 2 parti politik yang ada fahaman masing-masing jer. Kalau pembangkang menang then ia akan jadi kerajaan dan sebaliknya kerajaan. Ia tak ada berkaitan sedikitpun dengan dark force, kuasa kejahatan, evil, devil etc.







Dan andai kata kalu each time seorang pekerja sektor kerajaan mengundi pembangkang setiap tahun then ttiba beliau-beliau ini dipindahkan ke kawasan pedalaman then nampak sangat berlaku 'ketulusan' sesebuah pilihanraya r kan?

















So selamat mengundi semua... HOHOHO

No comments: