Monday, April 18, 2011

Enche Hassan

Aku ada satu (salah satu) bad habit iaitu aku suka cari gaduh ngan kawan lelaki aku. Kawan lelaki di sini merujuk kepada kawan berjantina lelaki aka bukan double meaning tu r. As aku buat satu kajian tak formal ni, makin aku rapat ngan kawan lelaki ni then makin besar potensi aku bergaduh ngan diaorang. Contoh terdekat: aku pernah ada berbelas orang rumate lelaki (kalau perempuan lain pulak ceritanya) dan aku pernah bergaduh ngan semua mereka kecuali sorang ni: Encik Isyraf (yang aku akan cerita dalam post kali ni). 


Realitinya ini kali ke berapa entah aku tulis tentang dia. Biasa r, lelaki baik sangat susah nak dijumpai sekarang ni. Dan hari ni aku bermesej dengan dia lagi sebab hari ni hari lahir dia. Dan each time kami bermesej then pasti akan ada kenangan lalu yang disentuh balik. It like yesterday jer semua tu kami buat bersama. Tapi realitinya dah 3 tahun berlalu. 3 tahun tempoh yang cukup lama. Manusia boleh berubah dalam masa sehari dan inikan pulak 3 tahun. Tapi kami masih berhubung, berkawan berdasarkan memori kenangan lalu.



Sesungguhnya aku rindu pada kenangan lalu.



Pada masa Mc D bukan sekadar tempat yang hanya ada makanan jer. Ia tempat untuk 2 orang lelaki untuk saling kenal antara satu sama lain. Bercakap. Berborak berjam-jam. Topik entah apa-apa entah. Berjenaka. Ketawa. Serius. Hampir setiap malam. Either kat Mc D 24/7 Kajang or Mc D area Warta. Dah ada seat khas setiap kali lepak sana. Kumpul toys. Sedangkan both of us tak ada kenderaan pun masa tu. Kita sanggup pinjam dari sesiapa. Motorsikal dan 2 helmet. Lepak berjam-jam. Tak tahu either nak label tu as dinner, supper or early breakfast. Bulan puasa pun ada gak setan yang terlepas lepak sana pepagi hari. Tak peduli betapa sejuk or gelap dan berlubang-lubang jalan kat kajang tu. Semata-mata sebab free refill, lada hitam, dan fries. Kita tetap akan pergi Mc D.



Dan tangki air blok asrama kita..







 Dan bilik kita







Dan setiap kenangan bersama..












Aku tak tahu entah kenapa aku tak pernah bergaduh ngan ko cam apa yang aku buat ngan rumate-rumate lain. 









Aku tak tahu kenapa ko sangat bertahan ngan perangai kurang ajar aku.









Selamat hari jadi enche Isyraf. Semoga tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki ko.














Semoga persahabatan ni akan kekal berpanjangan..






















Then korang tanya "Apsal ko cuma gaduh ngan lelaki jer? Curious betol r orientasi ko ni, Aj..!!"

So aku jawab "Ko suka ke tengok lelaki gaduh ngan perempuan? Dalam otak aku dah set lelaki cam tu sangat DAYUS. Plus kalau aku terkasar ngan mana-mana perempuan then cepat-cepat akan timbul rasa bersalah dalam diri aku dan segera aku pujuk. Tapi kalau sesama lelaki buat apa? Bukannya leh menghasilkan baby pun..!!"







Jawapan ego seorang lelaki.. Hmmm

No comments: