Last week ada satu gig ni dijalankan kat satu club di bandar Kuching ni. Sorang kawan aku ni ngan member dia ada band yang buat performance at that night at that gig. Aku sangat minat ngan muzik mereka and most of the band yang perform that night cuma masalahnya aku dah tak biasa gi mana-mana sesorang sebab mostly most events yang aku pergi recently mesti berkawan. Then korang tanya "Then what the problem?" Kalu aku bahagikan kkawan aku kepada beberapa bahagian: satu bahagian aku gaduh, satu bahagian lagi aku tak tegur lagi, satu bahagian tak minat genre muzik tu dan bakinya tak sesuai bawak gi club cam tu memalam hari. Akibatnya aku tak gi that gig. Hmmmm
A day before that event aku postkan dalam FACEBOOK tentang mencari sesapa kkawan yang rela hati temankan aku for the event. Realitinya Im quite desperate mencari teman that night for the event. Then ada seorang kawan yang balas kata: kenapa tak gi sesorang jer? Aku pun tak tahu kenapa aku tak leh gi sorang. Sedangkan ia sekadar di bandar Kuching jer. Even kalu kat event tu pasti akan jumpa kkawan lain yang kaki gig or kaki clubbing sekali. Not such a real big deal r kan tapi the end aku tak gi that gig sebab apa? SEBAB AKU DAH TERBIASA GI MANA-MANA NGAN KKAWAN. Hmmm.. Suck isnt it?
Sedangkan before aku sangat anti ngan mana-mana makhluk tuhan yang perangai sebijik cam tu. Teringat zaman universiti dulu banyak gila kkawan yang cam tu. Bila nak bungkus makanan kat kafe nak berteman. Bila gi foyer check surat nak berteman. Bila nak kunci motosikal nak berteman. Bila nak tengok TV nak berteman. Aku realitinya not such a real big deal pun sekali sekala nak temankan cuma bila setiap kali rasa rimas gak r. Then bila tanya kenapa tak leh gi sesorang? Bahaya sangat ke tempat tu? Ada musuh ke yang akan mencederkan ko kat sana? Jawapannya: sebab tak nak orang kata diri tu as LONER. LOSER, tak ada kawan etc.
Aku gelak besar ngan orang-orang cam ni. Cam mana nak buat apa-apa perkara kalu nak buat mesti ada teman baru nak start. Tak gi jauh r cam tu kan? Plus kalau korang lapar and harapkan berteman baru makan, then mati kebulur r engkau tau tak.
Sedangkan aku pulak dulu kalau kawan tak dapat then aku gi je r sesorang. Lepak makan sesorang, shopping sesorang, tengok wayang sesorang, buat everything sesorang. Then bila ada kenalan yang tengok start keluarkan statement simpati: Aj, ko tak ada kawan ker? Next time kalau ko nak gi memana ajak aku tau. Or ada yang kuar statement: kalau aku gi mana-mana sesorang then pasti orang akan tengok aku semacam. Rimas r..
WTF
But since setahun-dua-tiga kebelakangan ni fenomena bertentangan berlaku. Lepak Mc D ngan kekawan, tengok wayang ngan kekawan, shopping ngan kekawan, smoking ngan kekawan, lepak sana sini ngan kekawan, melancong ngan kekawan etc semuanya ngan kekawan. Sehingga ada part bila start nak gi mana-mana pun rasa pelik dan janggal r sesangat sesorang.
Just imagine r sekarang, bila kkawan tak minat benda yang sama cam aku such movie then selama-lamanya r aku tak akan tengok cerita tu sehingga DVD ia kuar or dah keluar kat TV masa raya nanti. Plus imagine r yang Mc D pun aku hanya keluar sebulan sekali jer. Bukan sebab aku tak ada duit tapi sebab aku rasa pelik orang tengok aku masuk sana and makan sesorang.
Realitinya ada masa memang baik berkawan dan ada masanya lebih baik juga masa bersendiri itu ada. Kan?
Better ikut nasihat Lukman Al Hakim pada anaknya bab naik unta tu. Buat yang tak tahu or lupa biar aku ringkaskan. Lukman dan anaknya membawa seekor unta mengembara ke satu kawasan dan berpaksa melimpas 3 perkampungan. Kat kawasan pertama Lukman menarik unta sementara anaknya diatas unta then penduduk kampung pertama marah pada si anak sebab menjadikan bapaknya yang tua as hamba. So si anak turun menrik unta manakala Lukman pula naik belakang unta. At the second kampung, penduduk situ pulak marah pada Lukman sebab membiarkan anak yang kecil menarik unta sedangkan dia bersenang lenang atas unta. So anak beranak ni turun r dan memasing tarik unta. Dan di lokasi ketiga, orang kampung tu pulak kata yang anak beranak ni bodoh sebab ada unta tapi tak nak naik.
So nasihat Lukman pada anak dia: kalau apa yang kita buat tu betul, jangan peduli apa orang disekeliling kita kata. Sebab manusia ni tak akan berhenti berkata-kata sampai bila-bila. Dan kalau kita terpengaruh oleh kata-kata orang, then kita tak akan ke mana-mana pun. Kan?
No comments:
Post a Comment