Pernah x korang gi satu tempat suddenly ada stranger or kenalan baru keluar statement "Kita pernah berjumpa x sebelum ni? Muka awak macam familiar r sesangat.." Bwat ko ingat betul2 tapi last2 ko confirm yang ko x kenal pon orang tu sapa. Then bwat ko terfikir lagi sekali yang ko pernah bwat salah sehingga keluar poster wanted ngan gambar ko as the main model. Hmmm.. Tapi kalu ko seorang perempuan so percaya r yang mamat tu either dia sangat jujor (yang realitinya dah pupus) or dia try nak pikat ko cara konvensional cam zaman pak kadok dulu2.
Last night gi kuar berbuka ngan rakan2 sebaya. Walaupun realitinya cuma 2 je yang berpuasa dan selebihnya x (non-Muslim). Sorang kawan girl ni bawak her friend. So berkenalan r. Then terus keluar dari mulut dia "Muka cam familiar r.." then aku balas r ngan lawak "I pernah jadi model dulu..!!!" Wakaka.. Lawak plak.
Tapi itu r realiti yang terpaksa dilalui oleh manusia bernama AJ ni. Bukan senang wei. Pergi mana2 pun mesti ada yang sama cam tu.
Muka 01: MUKA NAJIB ALI
Zaman universiti dulu ada beberapa orang pensyarah terus jer panggil aku Najib sebab kata muka aku cam Najib Ali: host dari Singapore. (And even sorang pensyarah ni dulu asyik kata aku ni asal dari Singapore tanpa aku tahu sebab musababnya). Aku relakan je lah nama tu dengan harapan mereka suka panggil aku Najib then markah aku hujung semester pun aku suka gak. Tapi hampeh....
Dan pernah sekali tu aku gi bayar saman trafik ni. Tetiba je sampai kat kaunter terus kakak tu heboh bising2. "Wei, ada selebriti nak bayar saman...!!" Hmmm... Apa-apa je r
Muka 02: MUKA CINA
Dalam adik beradik, aku lah yang satu2nya memiliki kulit paling hitam disamping paras rupa yang berbeza. Kalu gi mana2 ngan bro, sis or 1 keluarga then mesti ramai akan kata yang aku ni outsider. Cos im physically different. Abang n kakak start dari kecik gi mana2 mesti orang akan kata mereka ni as Chinese tapi aku plak... hmmmm...
Tapi masa masok UKM laen plak cerita. Punya ramai budak Cina cakap Cina ngan aku. Aku sepatah haram x paham. Bila aku kata aku Melayu then malu r mereka. Gi KL pun dapat nasib serupa. Ada yang curios leh rajin tanya "Tumpang tanya, awak ni bangsa apa ek?" Hmmm. Itu belum masok bab beberapa mamat dari Kelantan yang langsung x menoleh ngan muka masam tengok aku pasal fikir aku ni Cina.. Racist sungguh...
Muka 03: MUKA KAWAN KORANG
Ini lagi satu yang paling aku sakit hati. Bila gi new environment then pasti ada yang akan kuar statement "Ko tau x AJ, muka ko memang sebijik cam muka kawan aku. Ngan tingginya. Cara bercakap. Memang sebijik r.." so aku as usual akan kata "Dalam dunia ni kan memang ada banyak yang muka seiras what..?"
Tapi bila tengok gambar "Ceh, manusia buruk cam ni ko kata cam muka aku. 0.5% peratus pun x ada persamaan.. Hmmm"
Kesimpulannya, muka aku ni leh dikira as muka yang bersepah dimana2. Hmmm
3 comments:
bila tengok balik, ada la ckit iras muka Najib Ali...Asia Bagus!!!
shut up Looong..!!!
aku penah kena same case.especialy masa skola dulu tp smenjak aku ade jnggut tiada lg kemusykilan.ade gak la tp people tend to choose the safer way.ask aku in malay.hehe.
Post a Comment